SEPANJANG perjalanan pulang menuju ke arah rumah Airish, sepatah perkataan pun langsung tidak terkeluar dari bibir lelaki itu. Terkumat kamit Dhia berbicara itu dan ini pada Airish namun langsung tidak diambil peduli oleh Airish. Sebaliknya lelaki itu lebih berminat untuk mendiamkan diri sahaja.
Mahu disumpah seranah sahaja oleh Dhia tatkala itu. Hatinya mendongkol-dongkol menahan rasa geram pada Airish. Sambil memandu, sambil itulah hujung matanya menjeling Airish di sebelahnya. Lelaki itu hanya lurus memandang ke depan. Langsung tiada tanda lelaki itu berkalih pandang ke arahnya.
Akhirnya kereta Dhia berhenti tepat di hadapan pintu pagar rumah Airish. Airish terburu-buru keluar. Dhia pantas menahan langkah lelaki itu. Airish tidak jadi mahu membuka pintu, sebaliknya dipandang Dhia di sebelahnya. Tangannya direntap agak kasar dari gengaman Dhia. Dhia tergamam seketika tetapi dikawal riaknya selamba.
Aku fikir walaupun tak bersama, mungkin kita akan jadi kawan. Sebab kau satu-satunya manusia yang faham aku. Tapi sekarang apa yang aku fikir tak akan berlaku!
Dhia terkedu. Lelaki itu lurus memandang ke hadapan. Bagaikan jijik mahu memandangnya sahaja.
Airish. I....
Apa yang berlaku tadi membuka mata aku. Kau bukan Dhia yang dulu. Kalau ikutkan hati, aku belasah kau depan papa tadi! Tapi aku bukan lelaki yang macam tu. Jadi, lebih baik kalau aku tak perlu tengok mula kau lagi lepas ni...!
Lidah Dhia kelu untuk bersuara. Tubuhnya tersandar kemas di kepala kerusi. Tangannya kaku untuk menghalang Airish lagi. Semuanya sudah terlambat buatnya. Lelaki itu sudahpun melangkah pergi meninggalkannya.
Mata Dhia Anna tajam memandang ke hadapan dengan memegang erat stereng keretanya. Kata-kata, Airish tadi seakan-akan terulang kembali dalam mindanya. Masih terbayang bagaimana reaksi wajah lelaki itu padanya.
Ah! tempik Dhia kuat. Stereng kereta dihentak bertubi-tubi, melampiaskan rasa marahnya di situ. Lama dia berkeadaan begitu sebelum Dhia meninggalkan perkarangan rumah Airish.
Dia perlu lakukan sesuatu. Ya, dia perlu! Demi mendapatkan Airish, dia sanggup lakukan apa sahaja. Apa sahaja!
APA kamu buat ni, sayang Sudahlah, pergi mintak maaf dengan papa.
Airish mengeluh. Tidak henti-henti mamanya mengekorinya dari berjalan ke kiri dan ke kanan. Dia yang mahu berkemas pun terasa rimas.
Airish tahu apa yang Airish buat, ma. Mama jangan risau, pujuk Airish lembut.
Datin Fariza memandang sekilas pada Bella, tapi anak daranya hanya menjungkitkan bahunya sahaja.
Buat apa kamu nak kejar perempuan tu balik Sudahlah. Dia yang tinggalkan kamu, buat apa kamu nak cari dia lagi
Airish mendekati mamanya yang sudah duduk di sofa. Airish duduk di sisi mamanya. Matanya merenung mamanya yang sedang menunduk.
Mama..., seru Airish seraya menarik perlahan tangan mamanya. Tangan mamanya diusap perlahan sambil bibirnya tersenyum buat mamanya.
Dalam dunia ni, Airish hanya ada mama, Bella dan Fiqa yang sayangkan Airish. Tak ada yang lain lagi. Fiqalah satu-satunya perempuan yang Airish cari selama ni. Percayalah, mama. Fiqa mampu bahagiakan Airish.
Jadi, mama tolonglah benarkan Airish cari separuh lagi jiwa Airish. Airish tak nak menyesal di kemudian hari.
Datin Fariza bertukar sebak. Dia tahu kesengsaraan yang dialami anak lelakinya itu. Akhirnya, perlahan-lahan kepala Datin Fariza mengangguk. Airish tersenyum lebar seraya memeluk mamanya erat. Bella turut mempamerkan senyuman bahagia. Air mata terharu diseka Bella.
Kalau dah itu yang mampu bahagiakan anak mama, apa yang mama mampu kata. Pergilah, sayang. Cuma, jaga diri elok-elok. Mama sayangkan kamu.
Airish mengangguk faham. Tangan mamanya dikucup penuh kasih.
Along! panggil Bella manja.
Airish mengangkat muka. Adiknya sedang menganggau sesuatu dalam beg tangan sebelum gadis itu mengeluarkan satu kunci. Airish mengerutkan keningnya.
Hadiah untuk along.
Kunci tersebut dihulurkan Bella buat abangnya. Airish mengangkat keningnya sambil membelek kunci tersebut.
Kunci apa ni
Kunci apa lagi. Kunci kenderaanlah. Kalau tak ada ni, macam mana along nak cari Kak long. Cepat-cepat tau bawak kak long balik. Tak sabar nak jumpa kak long.
Airish terdiam sendiri sambil matanya tidak hentihenti memanah pada kunci tersebut.
Jangan bimbang. Ni hadiah daripada adik. Papa tak boleh ambik. 100 peratus duit Bella tau. Along guna aje!
Banyak duit adik beli kereta
Bukan kereta.
Habis Airish mengangkat keningnya.
Bella hanya mengenyitkan mata, nakal. Pantas, Airish melangkah ke ambang pintu rumah. Membulat matanya sebaik sahaja terpandangkan motosikal jenama AFZ terpacak di halamannya. Entah bila motor itu ada di situ dia sendiri pun tidak perasan. Lantas, kepalanya dipusingkan menghadap Bella yang tersengih.
Baru macho bawak motor macam tu. Nanti bila kak long jumpa along, memang sahlah dia akan ikut along naik motor ni. Mesti dia makin jatuh cinta punya.
Airish terdiam. Makin jatuh cinta apanya Budak tu, tengok motor macam ni dah berdiri tegak habis bulu roma dia. Mahu dijerit aje dia nanti sepanjang aku naik motor bawak dia.
Kan, along Kak long boleh peluk along kemaskemas dari belakang nanti.
Airish lambat-lambat mengukirkan senyuman. Ada betul juga tu! Datin Fariza merengus geram. Lalu, bahu Bella pula yang menjadi mangsa. Dilampiaskannya sahaja di situ.
Aduh, sakitlah mama, rungut Bella.
Jangan kau berani nak buat macam tu dengan Daus.
Bella tersengih lebar menayangkan gigi putihnya.
Oh, nama dia Daus ke
Datin Fariza mengangkat pandangannya pada
Airish pula.
Jadi, kamu tak tahu Ya Allah, budak ni! Kalau macam tu, masa kamu pertahankan adik kamu depan papa, kamu tak tahu langsung nama lelaki tu
Airish menggeleng. Bella tergelak kecil. Datin Fariza menarik nafas panjang. Besar-besar begini pun anaknya masih lagi nakal. Apalah nasibnya. Tapi, hati tuanya bahagia. Sudah lama suasana sebegini diimpikannya dalam diam. Namun, anyaman anganannya sukar untuk direalisasikan.
BARANGNYA semua sudah dikemas. Kunci motosikal dicapai. Laju kakinya melangkah. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan Daniel untuk memaklumkan tentang dia yang tidak akan menerima sebarang tawaran drama mahupun filem buat masa yang terdekat ini. Dia perlu mencari Afiqa terlebih dahulu. Selagi dirinya tidak berjumpa dengan Afiqa, selagi itulah dia akan terus mencari dan mencari. Sarung tangan dan topi keledar dicapai laju.
Motosikal dihidupkannya. Fuh! Terasa berdebar pula untuk menaiki motor sebegini. Nafas panjang ditarik sebelum motosikalnya mula memecut laju membelah jalan raya.
Sebaik sahaja motosikal berhenti memakir di suatu sudut di HM studio, kakinya terus menuju laju ke arah di mana Daniel berada. Dia seperti terperasankan sesuatu. Sepanjang perjalanannya, tidak henti-henti dia diperhatikan oleh sekeliling. Kenapa Ada yang tidak kenakah pada pemakaiannya Atau ada sesuatu di wajahnya Muka Airish diraba-raba. Tiada apa-apa pun. Terus, ada apa
Bergegas kakinya melangkah mencari Daniel. Sebaik sahaja sampai di kamar Daniel terus badannya disandarkan di pintu tersebut. Daniel kelihatan kaget dengan kedatangan Airish. Tubuhnya terus berdiri tegak menghadap lelaki itu. Airish pelik melihat tingkah Daniel yang bagaikan cacing kepanasan itu. Keningnya terangkat sebelah. Airish melangkah mendekati Daniel. Kerusi di hadapannya diduduki malas. Sementara kepalanya disandarkan di kepala kerusi.
Woi, kau kenapa Airish melambaikan tangannya di hadapan wajah Daniel.
Daniel tersengih sahaja.
Airish, seru Daniel dengan suaranya yang teragakagak itu.
Aku baru aje terima arahan tadi. Kontrak kau dah ditamatkan, Daniel diburu serba salah setelah melihat wajah kaget Airish itu.
Airish hanya duduk di situ tanpa mengeluarkan sebarang butir bicara. Dia agak terkejut dengan berita yang baru didengarinya tadi.
Kenapa Airish bersuara layu.
Kontrak kau kan sepatutnya diperbaharui awal bulan ni, tapi tiba-tiba aku terima arahan yang kontrak kau tak akan disambung. Aku mintak maaf.
Kau tak perlu nak mintak maaflah! Aku okey! Lagipun, memang patut pun aku ambik cuti. Aku nak rehat, Airish tersenyum paksa.
Daniel tergamam. Dia kenal benar dengan senyuman itu. Senyuman yang bukannya ikhlas yang lahir dari hati lelaki itu. Pasti Airish terkejut benar dengan berita itu.
Daniel hanya memandang pemergian Airish dari kamarnya. Pasti Airish sedih sekarang ini. Dia sendiri tidak faham dengan apa sebenarnya yang berlaku. Secara tiba-tiba, kontrak Airish dilupuskan begitu sahaja sedangkan sebelum bosnya beria-ria benar mahu menyambung kembali kontrak bersama Airish.
Airish menghembuskan nafas berat. Usah ditanya, dia sendiri sudah tahu siapa dalangnya. Masih jelas lagi papanya berkata segala kemewahan yang dimilikinya kini adalah atas usaha lelaki berpengaruh itu.Ya! Dia mengaku selama ini, segala drama mahupun filemnya ditaja papanya. Airish menarik nafas panjang.
Tak! Dia tidak boleh mengalah. Dia mesti kuat. Tanpa berlengah, Airish terus menghidupkan enjin sebelum berlepas dari HM studio. Motosikalnya dipecut laju
menuju ke arah suatu tempat yang bisa membantunya menyelesaikan semua masalahnya.
MENCERLUNG tajam mata Katrina memandang
Airish yang berdiri tegak di dalam biliknya. Bibirnya spontan merengus kasar sambil tangannya meletakkan kembali cermin ke dalam laci.
Ada apa Katrina kembali membelek segala jenis fail-fail di situ. Sengaja menyibukkan diri meskipun tidak sebenarnya.
Mana Fiqa serius sahaja wajah Airish.
Katrina mengangkat mukanya. Bibirnya mengeluh lagi. Penat dengan soalan yang sama. Baru sahaja beberapa jam lepas, biliknya ditempuh masuk oleh Rayhan. Lelaki itu bertanyakan perkara yang sama. Dan sekarang
Aku tak tahu. Berapa kali, aku nak cakap balas Katrina malas.
Kau cakap kau tahu tapi kau tak nak bagitahu.
Katrina terdiam. Betul ke macam tu Ada dia cakap macam tu ke
Oh, samalah tu!
Sampai bila kau nak berahsia dengan aku Apa susah sangat, kau beritahulah pada aku. Kan senang
Katrina menyandar kepala di kerusi sambil matanya merenung mata Airish.
Buat apa Kau nak sakitkan hati dia, lagi
Airish meraupkan wajahnya. Kalau begini caranya, sampai ke akhir dia tidak akan tahu di mana Afiqa berada. Bosan dengan melayani kerenah Katrina, kaki Airish pantas mendekati meja Katrina. Segala barang yang ada di situ digeledah Airish.
Hei, kau buat apa ni
Kau tak nak bagitahu, kan Sekarang, biar aku yang cari sendiri.
Airish terus ralit mencari-cari sesuatu di sebalik meja Katrina. Digeledah satu persatu barang di situ. Bermula pada bekas pensilnya sehinggalah pada deretan fail-fail di situ.
Tak adalah, Airish! marah Katrina.
Bersepah habis mejanya. Mahu dihalang lelaki itu, dia tidak berani. Maklumlah, lihat sahaja muka seriusnya yang menggerunkan. Terus, apa yang dia boleh buat selain berdiam diri.
Tangan Airish terhenti sendiri pada kertas memo yang tercatit alamat di situ. Airish mencapainya. Kertas itu ditenung lama. Pasti ini alamat Afiqa. Ya! Lalu, kertas tersebut disimpan di dalam poketnya. Membulat mata Katrina.
Aku ambik ni! Dah! Lepas ni, aku takkan ganggu kau lagi. Tapi, kalau ni bukan alamat Fiqa, aku akan cari kau lagi! sempat amaran diberikan buat Katrina sebelum melangkah pergi.
Katrina ingin menghalang tetapi terasa berat pula mulutnya ingin dibuka. Lantas, dibiarkan sahaja langkah Airish meninggalkan perkarangan butiknya.
Katrina mula kalut. Telefon bimbitnya dicapai pantas sebelum tangannya melekapkan telefon bimbit tersebut ke telinga. Deringan berganti dengan deringan sebelum talian itu bersambung dengan suara seseorang.
Eh, Fiqa! Ada masalah ni!
AFIQA resah sendiri di sofa hujung sana. Tangan dan kakinya automatik bergerak sendiri tanpa dipinta. Panggilan terakhir dari Katrina amat meresahkannya. Airish sedang menuju ke sini Kalau diikutkan hati, dia ingin larikan diri. Namun agak sukar buatnya untuk melarikan diri daripada lelaki itu.
Oh, hati! Adakah kau masih cinta
Jam dinding di rumahnya dikerling. Alahai, waktu sudah mahu menginjak ke arah 11 malam. Hampir tengah malam sudah. Bunyi guruh yang kadang-kadang kuat dan perlahan, sedikit sebanyak mendebarkan hati Afiqa. Di luar sana sudah menggila hujannya. Afiqa berdiri tidak senang duduk. Lalu langsir di ruang tamu diselak, terintai-intai sana sini jika ternampak bayang Airish di jalan raya.
Hampa.
Afiqa menghembuskan nafas perlahan. Apa perlu dia buat Perlukah dia menunggu atau masuk tidur sekarang ini Dengan keadaan hujan lebat begini semakin menambahkan kantuknya. Akhirnya Afiqa nekad untuk masuk tidur. Mungkin lelaki itu tidak pernah menuju ke sini sebaliknya dirinya sahaja yang beria-ria menunggu lelaki itu dalam diam. Ah! Tak habis-habis dia menunggu.
Afiqa melangkah ke bilik. Baju tidur paras lututnya dibetulkan. Tubuhnya dihenyakkan ke atas katil. Dia perlu berehat, ingin melupakan segala peristiwa hari ini. Sekarang dia mengamalkan cara hidup lupakan perkara yang lepas. Apa yang terjadi kelmarin juga dikira sebagai perkara yang lepas justeru dia perlu lupuskan ingatan itu. Dengan cara ini, setidak-tidaknya dirinya tidak akan dihimpit perasaan luka seperti dahulunya.
Bantal tidurnya ditepuk-tepuk halus sebelum kepalanya didaratkan di situ. Sebelah tangannya memeluk kemas teddy bear pemberian Airish padanya. Matanya cuba untuk dipejamkan.
Sesaat, dua saat.
Terus, mata Afiqa terbuka kembali. Luas. Bunyi ketukan di pintu jelas kedengaran. Afiqa cuba untuk tidak peduli, namun gagal. Hampir 20 minit dia mematikan diri. Disangkanya ketukan itu akan terhenti, namun tidak. Afiqa bangun dalam keterpaksaan. Siapa saja yang datang malam-malam buta ni Tak pahamfaham ke orang dah tutup lampu!
Afiqa terus meluru ke arah pintu. Hatinya mendongkol marah. Gila apa datang rumah orang tengah-tengah malam ni Hujan pula tu! Daun pintu diselak dan.
Afiqa tergamam. Dalam sesaat, seluruh tubuhnya digigit dingin. Baju tidurnya mula basah perlahan-lahan. Semuanya kerana.
Sebaik sahaja pintu dibuka, tanpa bertangguh Airish terus sahaja memeluk erat tubuh Afiqa. Dia tidak peduli dengan kebasahan. Dia hanya peduli dengan rasa rindunya yang sudah gagal diempang. Pelukan itu berlangsung untuk satu tempoh yang agak lama sebelum perlahan-lahan Afiqa meleraikannya.
Airish ditarik masuk ke dalam rumah. Sekejap sahaja Afiqa lenyap ke dalam kamar dan keluar membawa sehelai tuala yang tebal. Tangan Airish ditarik membawanya duduk di sofa. Lalu, tuala tersebut ditutupi seluruh wajah Airish sebelum tangannya sibuk menggosok-gosok dan mengelap rambut suaminya yang kebasahan. Airish di sebalik tuala tersebut menunduk sahaja, merelakan setiap sentuhan Afiqa. Terasa nyaman apabila diambil berat sebegitu rupa.
Begitu pun Airish segera digigit rasa bersalah. Afiqa terlalu baik padanya. Gadis itu sungguh cukup sempurna untuknya, tetapi kenapa selama ini dia tidak pernah sedarinya
Awak ada bawak baju tak
Suara Afiqa menyentakkan Airish dari lamunannya. Matanya kembali terarah pada Afiqa. Melenyapkan kembali segala kenangan lama yang diungkitinya.
Ada. Tapi, dekat luar..., lambat-lambat Airish menjawab.
Terkedu seketika Afiqa dibuatnya. Sudah lama dia tidak menatap wajah comel seperti itu. Tidak menyangka malam ini dia berpeluang untuk melihatnya sekali lagi.
Tak payahlah. Mungkin dah basah dah pun baju awak tu semua. Nanti, saya ambilkan yang lain.
Airish hanya mengangguk sambil memerhatikan sahaja langkah isterinya. Bibirnya mengorak senyuman kecil untuk sesaat sebelum senyumannya mati tiba-tiba.
Aku tak nak pakai baju perempuanlah! laung Airish. Afiqa yang memanjat anak tangga itu tidak berpaling menghadap Airish.
Ah, tak kira! Pakai jugak!
Airish tergelak kecil sahaja dengan keputusan muktamad isterinya. Sungguh dia tidak percaya hanya dalam beberapa minit sahaja, hidupnya segera bertukar menjadi bahagia apabila bersama dengan Afiqa.
Dalam beberapa minit berlalu, Afiqa kembali turun sambil membawa beberapa helai baju di tangannya. Pakaian Afiqa sudah bertukar. Airish pula terpaku melihat Afiqa yang kini perlahan-lahan menapak turun menuju ke arahnya. Lagi membuatkannya dirinya terpaku selepas melihat wajah Afiqa yang tanpa tudung itu. Rambutnya yang basah begitu sedikit sebanyak menganggu gugat imannya. Afiqa melangkah bersahaja menuju ke arah Airish.
Kenapa kau tak pakai tudung
Gadis itu hanya selamba sahaja di hadapannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pelik! Selalunya, dia akan melenting kalau rambutnya terdedah.
Nah, pakai ni, baju-baju di tangan Afiqa dilemparkan pada Airish. Airish mengerutkan dahinya sebaik sahaja terpandangkan baju itu.
Hei, kau ajak lelaki tidur sini sekali ke tiba-tiba Airish melenting. Mana tidak marahnya apabila baju lelaki tiba-tiba berada di tangannya.
Itu baju papa Rina...! jawab Afiqa malas dengan pandangannya lurus ke hadapan. Dia dari tadi lagi sudah mengantuk.
Ini rumah keluarga Rina ke
Afiqa hanya mengangguk.
Gadis itu melekapkan belakang telapak tangannya di dahi Airish bersama matanya terarah pada dahinya juga.
Macam nak demam ni. Nanti saya ambilkan
Panadol.
Afiqa bergegas ke dapur ingin mendapatkan Panadol. Segaris senyuman terukir tatkala Panadol tersebut dijumpainya. Lalu, kakinya kembali melangkah ke arah Airish.
Pergi tukar baju dulu. Baju kotor tu, letak dalam mesin basuh.
Arah Afiqa sambil menatang bersama segelas air suam di tangan. Wajah cemberut Airish dijeling Afiqa sahaja.
Jangan nak mengada. Pergi tukar baju tu dulu. Nanti demam susah. Awak tu dahlah tak boleh kena hujan. Nanti demam panas macam hari tu, macam mana
Airish terdiam. Akhirnya, dia berdiri juga. Menurut setiap patah kata-kata Afiqa. Dalam protesnya dengan sikap menyuruh Afiqa, ada rasa bahagia bertamu dalam dadanya. Dia tidak menyangka gadis itu terlalu mengambil berat tentang dirinya. Tanpa berlengah lagi, baju di tangannya segera ditukar di sebalik kamar mandi tetamu berdekatan dengan dapur.
Tidak lama kemudian, Airish melangkah keluar dari kamar mandi sambil matanya masih lagi membelek penampilannya. Afiqa menyuakan Panadol itu pada Airish sambil sebelah tangannya memegang erat segelas air suam.
Airish sekadar meyambutnya tanpa sebarang bantahan. Gelas yang dihulurkan Afiqa dicapai lembut sambil matanya sempat menjelajah segenap wajah Afiqa. Dalam diam, Airish akui walaupun tanpa secalit mekap sedikit pun wajah Afiqa tetap kelihatan berseri-seri dan cantik. Rambutnya yang ikal mayang melengkapkan kejelitaan gadis itu. Menggoda imannya.
Kau dah nak tidur ke menyedari waktu yang sudah kian larut malam, soalan itu diutarakan Airish.
Sedarnya gadis itu berkali-kali juga menguap tanpa henti. Kesian juga Airish melihatnya.
Namun, soalan itu tidak dijawab Afiqa sebaliknya Afiqa terus menghilangkan dirinya di dapur untuk mencuci gelas tersebut. Matanya yang memberat kekadang agak membataskan juga penglihatannya ketika ini. Maklumlah waktu kini kian mahu menginjak ke arah satu pagi. Dirinya sudahlah letih akibat seharian berkerja. Tambahan pula, esok dia akan berkerja juga. Jangan dia tidur sewaktu kerja esok, sudah.
Panggilan Airish tidak dipedulikan. Malas mahu menjawab. Dia agak letih mahu melayani kerenah lelaki itu. Tak apalah, Fiqa. Pura-pura tidak mendengarnya. Sedang ralit mencuci gelas, tiba-tiba....
Dum!
Afiqa kaget. Automatik, mata yang terasa kecil segera terbuka luas. Suasana gelap begitu menakutkannya. Tidak semena-menanya, peristiwa menakutkan sewaktu di rumah Airish dulu diulang tayang kembali.
Argh! Airish! Airish!
Ada apa
Sapaan suara dekat dengannya, membuatkan Afiqa menarik nafas lega. Terus tubuh itu dipeluk Afiqa kemas. Kemas sehingga tidak mahu dilepaskannya. Matanya yang berkaca-kaca, hampir-hampir mengalir laju di situ juga. Kepalanya dilekapkan kemas di dada Airish. Pinggang Airish dipeluknya. Airish yang agak tergamam pada mulanya akhirnya membiarkan sahaja. Tangannya perlahan-lahan mengusap lembut kepala Afiqa.
Airish tersenyum lebar. Tubuh Afiqa dibalas pelukannya sebelum mereka beriringan masuk ke dalam. Afiqa hanya mengikuti jejak langkah Airish dengan memeluk kemas lelaki itu. Sesampainya, mereka di ruang tamu, segera tubuh Afiqa dilabuhkan duduknya di atas sofa. Afiqa duduk tetapi tangannya tidak dilepaskan daripada memegang tangan Airish.
Kau takut lagi
Afiqa mengangguk sahaja.
Kau nak tidur dalam bilik dengan aku ke atau kau nak tidur dekat sofa ni dengan aku Pilih nak yang mana satu Jangan bagi jawapan lain sebab aku bagi dua pilihan tu aje. Dan kau tak boleh nak lari, mana-mana. Tidur sebelah aku! Airish selamba bertanya dengan sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Afiqa tidak dapat menghentikan senyumannya. Lebar senyumannya sekali dengan tawa kecilnya tercetus jua.
Kenapa kau gelak Aku tak buat lawak pun sekarang ni, ujar Airish sedikit geram dengan reaksi Afiqa.
Sebab saya suka.
Airish membulatkan matanya.
Apa kau cakap tanya Airish. Agaknya dia yang tersalah dengarkah ataupun memang dia mendengarnya
Jangan suruh saya ulang sebab memang saya tak nak ulangnya pun.
Ruang sofa di sebelah Afiqa ditepuknya perlahan menyuruh Airish duduk sekali di sebelahnya. Airish yang agak tergamam pada awalnya, akhirnya menurut juga. Punggungnya dilabuhkan di sisi Afiqa. Lambat-lambat kepala Afiqa disandarkan pada bahu Airish. Airish kaget. Matanya dipalingkan ke sisi.
Bahunya yang sudah disandarkan oleh Afiqa dibiarkan sahaja. Rasa senangnya bertambah bahagia kala ini. Hanya beberapa minit mereka dalam keadaan begitu sebelum suasana gelap antara mereka bertukar cerah kembali. Afiqa yang tersedar dari lelapnya seketika, pantas mengangkat mukanya.
Lampu dah ada. Saya nak masuk tidur dululah.
Airish mengetap bibirnya. Melihat Afiqa yang nekad untuk bangun dari bersandar di bahu Airish memaksa Airish untuk menahan kepala itu dari terus diangkat. Terkejut Afiqa dibuatnya.
Siapa suruh kau angkat kepala kau Dah, tidur aje macam ni.
Lepaskanlah, Afiqa meronta.
Kuat Airish memegang kepalanya agar setia bersandar di bahunya. Tangan Airish kemas melekap pada pipi Afiqa sekaligus membuatkan kepadanya tertampal kemas pada bahu Airish.
Tak nak! Airish membalas laju.
Saya nak tidur ni! Airish menggeleng.
Tidur aje terus atas bahu aku.
Saya tak biasa tidur dalam cerah-cerah macam ni.
Spontan, Airish melarikan tangannya daripada terus melekap pada pipi Afiqa. Bibirnya tidak hentihenti mengukirkan senyuman.
Apa Afiqa menyoal pelik. Seram sejuk melihat senyuman lain macam Airish itu.
Then, kita nak tidur dalam bilik ke Ada privacy sikit.
Nakal sekali bicaranya. Afiqa tersentak mendengarnya. Wajahnya memerah tanpa dipinta. Lalu, tubuh Afiqa ingin bangun dari situ. Cepat! Dia mahu melarikan diri, sebab wajahnya sudah terasa kebasnya.
Ustaz Kazzim Elias pernah cakap tau kalau si suami berdehem dua kali, maknanya dia ajak ke bilik. Dengar ni, ehem... ehem...!
Automatik langkah Afiqa terhenti di tengah jalan. Kepalanya dipaling ke arah Airish. Airish sedang enak bermalas-malasan di atas sofa dengan kedua-dua tangannya menjalar di atas kepala sofa. Bibir lelaki itu memanjang senyuman versi nakalnya. Afiqa memandang lama pada Airish.
Tak sangka pulak saya, awak pernah dengar ceramah agama.
Airish mengetap giginya. Eh! Perempuan ni memang nak kena!
Memang nak kenalah kau ni, Fiqa. Tunggu kau.
Kalau aku dapat kau, aku bawak masuk dalam bilik. Jangan harap! Saya akan kunci pintu dulu.
Kaki Afiqa laju berlari dengan tubuh Airish sempat ditolak menjauhinya. Bingkas Afiqa berlari. Airish yang jatuh terduduk segera mengejar langkah Afiqa yang kian sudahpun memanjat anak tangga. Tetapi, baru sahaja dia teringatkan lampu di ruang tamu mereka yang terang benderang menyala lantas dipadamkan Airish.
Airish! Saya tak nampak!
Padan muka! Tunggu aku. Kita masuk bilik samasama.
Tak nak!
Airish semakin mempercepatkan lariannya.
Wajahnya terpancar dengan sinar penuh kebahagiaan.