Seperti yang dijanjikan, Hasya tiba di perkarangan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail tepat jam lapan malam. Terus menuju ke coffee house bersebelahan lobi, dari jauh Hasya dapat melihat kelibat Rafael yang duduk di sebuah meja berhampiran dinding berasaskan gelas yang memberi pandangan luas persekitaran hotel berkenaan di mana lalu lintas kenderaan yang deras bertali arus, turut terlihat jelas. Hasya mengambil tempat yang mengadap Rafael. Dia tidak gentar lagi bertentang mata sebagaimana yang ditakutinya sebelum ini; bimbang, takut juga kalaukalau tergoda. Namun setelah menyedari hakikat bahawa tiada ke mana perhubungannya dengan Bahrain itu; sama ada Rafael atau jejaka lain yang cuba meraih cintanya, atau merenung matanya, sudah tiada bezanya lagi. Whats up
Soalan pertama terpacul dari mulut Hasya. Sewaktu menghubunginya siang tadi, dia hanya diminta Rafael untuk datang makan malam dengannya. I have good news that i would like to share with you, jawab Rafael.
Hasya bertanyakan apa agaknya gerangan berita baik yang dimaksudkannya itu dan apabila Rafael menyatakan bahawa Media Infiniti telah menawarkan kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda dari tawaran asal sekiranya dia bersetuju menyertai syarikat gergasi itu, dia turut teruja! Tapi kenapa dia yang menjadi pilihan bagi meraikan berita gembira itu because you are special to me, kata-kata Rafael yang membuat Hasya terkedu.
Rasanya sudah cukup jelas Hasya memberi gambaran yang dia tidak berminat menjalin hubungan lebih daripada seorang teman dengan Rafael. Susah benarkah baginya untuk memahami maksud yang tersirat Mata masingmasing saling berpandangan sebelum tiba-tiba Rafael mengangkat tangannya ke satu arah serta memberi isyarat agar menyertai mereka. Hasya menoleh. Jantungnya ibarat terhenti buat seketika. Bahrain rupanya!
Apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dikatakan kepada Bahrain Setelah bertemu buat kali terakhir tempohari, mereka langsung tidak berhubung antara satu sama lain walaupun hatinya sarat dengan kerinduan yang tiada penghujung terhadap Bahrain. Wajahnya menunduk tatkala Bahrain mengambil tempat duduk. Rafael tanpa melengahkan masa, terus memperkenalkan Hasya kepada bapanya. Mereka saling mengangguk sebelum Hasya kembali tunduk berdoa agar Rafeal tidak perasan akan kejanggalan yang dialaminya kini
Bahrain tetap tenang sebagaimana lazimnya. Namun renungannya pada Hasya kekal dalam hingga menjadikannya gelisah, sehingga pandangan pun menjadi kelam; tidak tentu arah. Syukur, Rafael menyelamatkan keadaan dengan menjelaskan bahawa kehadiran bapanya ke situ tidak dirancang sama sekali. Bahrain yang baru sahaja selesai mesyuarat di Rennaisance Hotel petang tadi secara kebetulan menghubungi anaknya; bertanyakan di mana dia berada ketika itu. Memandangkan masingmasing yang acapkali berbeza haluan dan sukar untuk sama bersantai; sementelah berada dalam kawasan berhampiran, Rafael berpendapat, We might as well grab this precious opportunity to get together!
Hasya hanya mampu mengangguk. Terpancar resah di wajahnya. Manakala Bahrain pula yang memakai kemeja oren lembut berjenama Ralph Lauren itu selamba saja bertanya khabar Hasya.
Im good, thanks, jawab Hasya pendek.
Melihat Bahrain yang seolah tidak terkesan dengan apa yang telah terjadi di antara mereka, mahu saja dia menumbuk muka yang rambutnya penuh beruban itu. Apa jenis manusia yang bernama Bahrain ini Tidak punya perasaan tidak tahu meluahkan perasaan di mana letaknya hati dan perasaannya sebagai manusia berhemah sebagaimana yang digambarkan pada awal perkenalan mereka dulu Apakah itu sekadar umpan semata-mata untuk meraih perhatiannya Dasar lelaki buaya tembaga tua! Kalau tidak kerana handphone Rafael yang berdering, pasti tangannya sudah hinggap ke batang tengkuk Bahrain sebelum mencekik-cekiknya sehingga mampus!
Excuse me, Rafael minta diri untuk menjawab panggilan yang baru diterima.
My office branch from Philly, katanya lagi sambil memberi isyarat tangan five minutes kepada Hasya.
Sebaik Rafael melangkah pergi, tanpa menunggu lagi Hasya memandang tepat ke muka Bahrain; tepat pada matanya.
You have ruined me, Bahrain. Massively, ayat pertama terpacul dari mulut Hasya. Memang Bahrain telah meninggalkan kebinasaan yang tidak terperi azabnya buat diri Hasya. Dan dia sesungguhnya harus membayar harga itu. Apa dosanya sehingga Bahrain tergamak memperlakukannya sedemikian rupa Membiarkannya sendirian terkapai-kapai kelemasan Bahrain kejam! Inikah maknanya peribahasa Melayu habis madu sepah dibuang
Bahrain terkesima. Dia menafikan tuduhan itu kerana menurutnya, sejak awal lagi dia sememangnya tidak menggalakkan hubungan termeterai antara mereka berdua. Oh thats only because you refused to listen to your heart but rather follow your mathematical brain!
Jawapan pedas Hasya itu membuat telinga Bahrain berdesing. Bagaimana mungkin seseorang yang mendengar kata hati mampu menolak takdir cinta yang hadir tanpa diduga Cinta bukan soal aritmetik yang boleh ditolakbahagi seperti matematik! Why cant you stop using your mathematical brain for once and just listen to your heart I know you love me, Bahrain.
Harus Bahrain akui bahawa sememangnya dia menyintai gadis itu. Hasya terlalu istimewa, siapapun
mahu menjadi teman hidupnya. Tapi terlalu banyak halangan yang harus didepang terlalu banyak percaturan yang harus dikira sebelum mengatur langkah ke depan mahu pun ke belakang ke kiri atau pun kanan dan disebabkan cinta bukan soal matematiklah, maka ianya menjadi terlalu sukar untuk ditebak.
You are overtly a mathematical, analytical person, kenyataan Hasya yang seolah-olah dapat membaca apa di dalam fikirannya sekarang.
Ada masa-masanya dia merasakan adalah lebih baik dirinya berinteraksi dengan dinding yang bisu sahaja, daripada dengan Bahrain yang sifat pemalunya yang melulu. Whats on your mind
Ah bersuara juga akhirnya! Tiba masa untuk Hasya luahkan segalanya dengan soalan yang akhirnya diutarakan
Bahrain itu. Do you even know what love is, Bahrain Bahrain jadi terkebil-kebil.
Love is a mystery to live, not to solve Love can be inspiring, inexplicable, provocative and sometimes infuriating which I have it all with you.
Bahrain terkesan dengan kata-kata yang dilontar Hasya dengan penuh perasaan itu; betapa cinta sesungguhnya mengundang misteri yang bukan bertujuan untuk dicari jawapan tapi diselami fitrahnya betapa cinta memberi inspirasi, sukar difahami, penuh provokasi yang merengsa jiwa di mana segalanya diterokai Hasya hanya bersama Bahrain...
Rasa yang lahir itu bukannya boleh dilakon-lakonkan. I know I have stuff that can cause hydrogen bombs to explode and Im aware of my temperament, my complexity but, what can I do Im so in love with you, Bahrain.
Sesungguhnya bukan mudah untuk Bahrain menebak apa yang berlegar di fikiran Hasya walau pun sedari awal lagi dia sudah memaklumi akan sifat gadis yang penuh ekspresi diri itu; yang boleh disifatkan sebagai bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa saja. Namun barannya, kompleksiti jiwanya itulah yang menjadi tarikan utama buat dirinya. She has a very beautiful mind with a tormented soul, bisik hati kecil Bahrain yang menurut firasatnya tidak mungkin didengari Hasya.
Dengan perlahan Bahrain memegang tangan Hasya lalu mengusapnya; seolah-olah sebagai isyarat bahawa dia sebenarnya amat memahami kondisi Hasya tetapi
I will never ever forgive you, Bahrain you hurt me, Hasya terus berlalu pergi meninggalkan Bahrain yang terpinga-pinga dengan tindakan Hasya yang di luar dugaan itu. My God.. this girl is incredibly unpredictable! Sungut hatinya.
Apa yang harus dikatakan pada Rafael nanti apabila didapatinya Hasya sudah pergi Bahrain benar-benar kebingungan.
Shes gone, itu saja jawapan yang mampu diberi Bahrain bagi menjawab pertanyaan Rafael sekembalinya dari melayan panggilan yang berdurasi panjang itu tadi.
Kini, giliran Rafael pula yang terkebil-kebil.