Ekor kudalah pula. Nasib baik Idlan tak kata ekor beruang. Suaminya tu memang suka berjenaka sejak akhir-akhir ni. Tak tahu apa mimpi.
Tiap kali pulang kerja, adalah yang dia beli macammacam. Paling Idlan suka beli, makananlah. Terutama sekali nasi lemak. Rindu nak makan nasi lemak Nik Asmawi di kampunglah tu. Padahal nasi lemak tu dia pun boleh buat sendiri. Bukan susah sangat. Pejam mata sebelah aje. Ika memuji diri.
Kadang-kadang dia tak faham dengan cara Idlan. Selalunya lelaki akan belikan bunga atau coklat. Tapi, Idlan tak. Berpusing 360 darjah cara Idlan. Makanan pula yang dilebih-lebihkan. Tak sampai seminggu, gemuklah dia.
Saat ini, dalam hatinya tercipta bunga-bunga bahagia yang kian subur dari hari ke hari. Tapi, ada juga rasa tak enak datang menjengah. Soal Irdiana berkunjung tempohari. Entah kenapa Irdiana menuduh Idlan yang bukan-bukan. Dikatanya kondominium ini pemberian Dato Arshad. Ada ke patut tuduh suami dia macam tu
Sebagai suami yang tak pernah berahsia dengannya, dia tahu apa yang Idlan beli, apa yang Idlan buat. Semuanya Idlan ceritakan padanya. Tak ada sekelumit pun rahsia antara mereka. Tapi, sedap-sedap pula Irdiana tuduh macam-macam. Tak ada maknanya Dato Arshad nak habiskan duit untuk suaminya yang dah tak ada kena-mengena. Lainlah kalau Idlan anak kandung Dato Arshad. Barulah boleh diterima akal waras kalau Dato Arshad nak berikan berlori-lori emas sekali pun.
Dia jongket kedua-dua bahu. Malasnya nak fikir fasal bekas isteri suaminya lagi. Buat sakit hati aje. Lebih baik dia isikan masa dan buat sesuatu dengan mesin jahit. Dia melihat jam dinding. Lagi tiga puluh minit Idlan akan pulang dari tempat kerja.
Mesin jahit mula memberi khidmat. Buat pertama kali dia ada mesin jahit sendiri. Kalau dulu, dia hanya gunakan mesin jahit di bengkel jahitan saja. Masih tak mampu nak dibelinya. Untuk meminta-minta dengan Afi Lukman, memang taklah. Dah banyak abangnya berhabis duit ringgit untuk dia seorang. Cukup-cukuplah dengan apa yang Afi Lukman berikan padanya selama ni.
Kalau dia ada pekerjaan, tak perlu dia susahkan sesiapa. Nak beli apa-apa pun tak perlu nak memintaminta. Walau meminta dari suami sendiri, dia rasa macam tak bestlah pula. Agak-agak kalau dia minta izin nak bekerja, suaminya izin tak Tapi, di sini dia nak kerja apa
Jahitannya terhenti saat mata ditutup seseorang.
Jari jemari kasar itu dia tahu siapa yang punya. Tak perlu nak berteka-teka. Bukan sekali dua tangan itu bermain dengan menutup matanya. Dah berkali-kali dia diusik begini. Kalau dia sengaja mematungkan diri, tentu pipinya akan dikucup berkali-kali. Tahu sangat suaminya ni.
Nak Ika teka juga ke siapa yang tengah tutup mata Ika sekarang ni
Kalau tak main teka-teka, tak best... Suara separuh garau itu mula mengusik.
Ika pamer senyum lebar. Macam-macam hal suaminya ni. Ada-ada aje permainannya.
Alaaa.. tak payah tekalah. Kalau abang buat Ika macam ni, nanti pandangan Ika jadi tak jelas. Kelabu. Abang nampak tak Ika tengah buat apa ni Ika tengah menjahit, tau. Kalau pandangan Ika tak jelas nanti, tak fasal-fasal jari Ika pula terjahit sekali.
Ika berpaling dan ubah posisi duduk. Senyum makin lebar saat Idlan hulur tangan kanan minta dicium. Kepalanya digosok, rambutnya dibelai seketika apabila tangan Idlan disambut dan dikucup.
Abang tak bawa balik apa-apa ke hari ni Soalnya apabila melihat tangan Idlan yang kosong.
Faham dengan soalan isteri, Idlan senyum panjang. Hari ni dia benar-benar sibuk hingga terlupa nak belikan sesuatu nak dibawa pulang. Tapi, untuk memberi alasan begitu, tak sampai hati pula dia. Lalu, ada sesuatu yang manis akan dibisikkan pada Ika.
Abang ada bawa balik cinta.
Dahi Ika berkerut-kerut. Cinta
Idlan membongkok. Bibir didekatkan pada telinga Ika, Cinta yang tak perlu abang beli di mana-mana. Ia sentiasa ada di sini dan di sini. Dia tunjuk kepala dan dada sendiri.
Ika tersenyum. Faham apa maksudnya. Tak perlu
nak ditanya-tanya lagi. Boleh Ika ambil Ambil Soal Idlan, tak mengerti.
Cinta yang abang bawa balik tu, boleh Ika ambil
Melantun tawa kecil Idlan saat itu. Ooh... ambillah, sayang. Memang untuk sayang pun.
Untuk Ika sorang Ika sekadar menduga. Nak juga dia tahu apa sebenarnya isi hati Idlan sekarang. Masih ada lagi ke cinta untuk Irdiana seperti yang diakui suaminya sewaktu pertemuan di pantai ketika mereka masih bertunang
Idlan angguk berkali-kali walau terpaksa membohongi Ika dan diri sendiri.
Betul ni Ika masih menyoal. Mahu mendengar suara kejujuran.
Betul, sayang...
Tak ada untuk perempuan lain
Idlan mengusap dahi. Masih tak sampai hati nak katakan yang benar. Kenapalah susah sangat nak dibuang sisa cinta terhadap Irdiana. Walau sisanya tak banyak, tapi dia tetap rasa bersalah terhadap Ika.
Tak ada, sayang...
Janji
Janji, sayang... dia berharap benar janji yang dibuat dapat dikotakan sedikit masa lagi. Namun, bukan dalam waktu terdekat ini.
Dia telah berusaha sehabis daya nak lupakan Irdiana, tapi dia bukan maksum seperti Nabi yang terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada kesalahan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. Sekalipun perkara makruh, lahir atau batin dan dijamin terpelihara hingga ke akhir hayat Nabi-Nabi yang memiliki sifat itu. Tapi, dia hanya lelaki biasa, masih lemah dengan perasaan sendiri.
Ika tersenyum lebar walau di hati lain kisahnya. Dia masih ragu-ragu dengan pengakuan Idlan, tapi dia tak mahu tunjuk sikap memaksa. Apatah lagi Idlan baru pulang dari tempat kerja. Tentu Idlan penat. Dia masih ingat pesan ibunya di kampung. Jangan sesekali ganggu perasaan suami kalau dia baru pulang ke rumah, berada dalam keadaan letih, lapar dan mengantuk. Empat perkara itu mesti dititikberatkan setiap isteri. Itu pesan Mak Wan.
Ika jahit apa ni Idlan menukar topik perbualan.
Sungguh dia kurang selesa apabila Ika menyoal tentang hati dan perasaan. Bimbang andai pembohongannya tertangkap.
Sapu tangan untuk abang, jawabnya sambil menunjuk kain biru tanpa corak berukuran empat segi. Dah habis waktunya nak romantik-romantik dengan Idlan.
Bila Ika mula jahit ni
Baru aje tadi. Ika bosan tak tahu nak buat apa bila abang pergi kerja. Jadi, Ika jahitlah. Erm... abang tak kisah, kan
Idlan tertawa kecil. Kenapalah isterinya ni naif sangat. Takkan itu pun nak diminta kebenaran. Dah tentulah dia tak kisah.
Ika mencemik. Apasal abang ketawa
Buatlah apa yang Ika suka. Abang faham Ika duduk sorang-sorang bila abang tak ada. Ika nak turun bawah pergi jalan-jalan ke, nak pergi mandi kat kolam bawah sana pun tak apa. Terpulang pada Ika. Tak perlu minta izin. Tapi, ingat jaga diri baik-baik.
Ika mencebik. Bila Idlan sebut fasal kolam renang, ia paling tak menahan. Tak kuasa dia nak mandi di kolam itu. Lagipun, bercampur lelaki dan perempuan. Tak kira tua, muda semua bersantai-santai di situ. Eeee... Dia menggerak-gerakkan bahu tanda kegelian. Idlan kerut dahi memandang hairan pada tingkah Ika. Kenapa sayang buat muka pelik
Abang tulah. Sebut fasal kolam renang pula.
Gelilah Ika nak mandi kat situ sorang-sorang. Tapi
Dia dah mula. Sengaja tayang muka comel dengan mata berkelip-kelip. Perkataan, tapi sengaja dilantunkan dengan nada menggoda. Biarlah dia lupakan sekejap soal hati dan perasaan yang masih ragu dengan keikhlasan Idlan mencintainya seorang.
Idlan berdeham kecil melihat gaya Ika. Sungguh nakal isterinya ni. Hilang perasaan gundah dengan soalan maut Ika sebentar tadi.
Tapi, apa Soalnya, perlahan. Kedua-dua kening terjongket. Macam dah tahu apa Ika nak kata bila tengok gaya Ika berubah lain macam.
Lambat-lambat Ika bingkas dari kerusi. Dia mendekati Idlan dan merangkul lembut pinggang suaminya. Kepala diletak dengan selesa di dada Idlan sebelum dia mendongak. Kedua-dua anak mata Idlan berwarna coklat gelap ditatap dan direnung lembut jauh ke dasarnya.
Tapi, kalau abang ada sekali, Ika suka...
Idlan cekak sebelah pinggang. Sebelah tangan lagi meraup muka. Tiba-tiba dia rasa dahinya berpeluh. Pandai sungguh Ika mengharu-birukan hati dan perasaannya. Jantung pula tak usah kiralah. Berdegup pun dah lain macam. Bergendang-gendang dengan pelbagai rentak dan irama lagu. Aduhai Ika...
Suka sangat buat abang macam ni...
Biarlah. Abang kan suami Ika. Suka hati Ikalah nak buat apa pun. Bibir sengaja dimuncungkan. Mengharapkan Idlan menghadiahkan ciuman.
Selalunya Idlan akan buat begitu.
Dia pejam mata. Menunggu sesuatu berlaku, tapi lain pula yang jadi. Idlan hanya meletak dua jari pada bibirnya sebagai ganti.
Bukan sekarang, sayang, tolak Idlan secara lembut.
Ika membuka mata. Idlan hanya tersenyum padanya.
Ingatkan nak dapat hadiah, balasnya separuh merungut.
Hadiah apa Ika nak sebenarnya ni
Hadiah kat sinilah, balas Ika sambil satu jari berada pada dua ulas bibirnya.
Malam nanti. Idlan kenyit mata dan mengheret perlahan tangan Ika supaya mengekor langkahnya ke dapur.
Ika mencebik kecil. Sajalah tu Idlan nak dera perasaan dia.
Abang nak makan ke Ika menyoal dengan wajah teruja. Mana tak teruja kalau tadi dia dah masak lauk sedap-sedap.
Setiap hari memang begitu. Dia akan pastikan menu untuk Idlan lebih dari empat jenis. Dan, setiap hari lauk yang dia masak mestilah berlainan. Dia tak mahu Idlan bosan. Asyik lauk yang sama saja, mestilah bosan juga, kan.
Ika buka tudung saji.
Idlan menjongket kening. Mulutnya membulat dan pandangan beralih pada Ika.
Ika masak lagi semua ni
Ika tengok resepi kat internet tadi. Abang suka tak
Idlan tergeleng-geleng. Tersentuh rasa hati dengan layanan diberikan Ika selama mereka berkahwin. Sebenarnya, bukan begini yang dia harapkan dari sebuah perkahwinan barunya ini. Tindakan seorang isteri bernama Ika Alia ini kadang-kadang agak merimaskan juga. Terlampau high class sangat layanan yang dia terima. Nampaknya, Ika tak boleh dibiarkan selalu begini. Dia harus bercakap dari hati ke hati supaya Ika memahami.
Kedua-dua bahu Ika disentuh lembut. Sepasang mata isterinya ditenung lama hingga buat Ika tertanyatanya.
Ika...
Erm.. ya, abang.
Abang tak minta Ika buat semua ni.
Ika terkebil-kebil. Tak faham. Maksud abang
Kenapa setiap hari Ika masak macam ni
Kenapa, bang Apa yang salah Tak bagus ke Ika masak Abang tak suka Ika... Ika boleh masak yang lain kalau abang tak suka yang ni. Naif sungguh Ika ni. Tak tahu apa-apa.
Tertanya-tanya dengan tingkah yang begitu mendesak. Terjenguk-jenguk dia ke arah lauk pauk yang dimasak sendiri. Mana tahu kalau hiasannya tak kena. Ketam masak berlada tu tercabut sebelah kaki ke. Atau... sotong goreng lada hitam tu berwarna kusam dan tak ceria Mungkin juga udang masak lemak cili api tu kuahnya tak cukup kuning Dia resah menantikan jawapan Idlan.
Idlan menggeleng. Menafikan apa yang disoalkan isterinya. Kasihan dia melihat tingkah Ika sekarang. Nampak gelisah semacam.
Idlan tutup tudung saji. Perlahan dia rapatkan diri pada Ika yang berwajah bimbang. Jari telunjuk menyentuh sehelai rambut Ika yang terjuntai di dahi. Lalu, ia diselitkan di celah telinga.
Bukan abang tak suka. Tapi, cukup-cukuplah dengan apa yang Ika dah bagi pada abang selama ni. Ika jaga abang. Ika layan abang baik-baik. Ika sambut abang balik kerja. Ika hantar abang setiap pagi ke pintu. Semua dah cukup. Abang tak suruh Ika masak yang susah-susah macam ni setiap hari. Abang tak perlukan ni semua. Abang risau nanti Ika...
Ini kan, dah memang jadi tanggungjawab Ika. Lekas-lekas Ika memotong.
Ya, abang tahu. Tapi, takkanlah...
Muka Ika berubah. Jelas nampak terkilan. Abang tak suka apa yang Ika masak, kan Mungkin pada abang Ika masak tak sedap.
Dia pamer wajah sayu. Rasa semacam apabila Idlan cuba pertikaikan apa yang dia buat. Lalu, perasaan ragu sejak sekian lama kembali menjengah. Ia berkaitan dengan Irdiana dan sejauh mana cinta Idlan terhadap dirinya sekarang. Dia dah mula berjauh hati.
Ika jarakkan diri. Mencipta ruang antara dia dan Idlan. Jari telunjuk Idlan yang bermain pada rambutnya, ditepis perlahan.
Idlan garu dahi. Rasa bersalah menyelinap masuk di segenap ruang hati. Bukan macam tu, sayang. Abang cuma tak nak nanti Ika penat. Tiap-tiap hari nak masak macam ni... tak perlulah, sayang. Ala kadar pun cukuplah.
Tapi, Ika dah janji dengan diri sendiri. Ika nak jaga abang baik-baik. Ika tak mahu abang rasa kurang sikit pun bila kita hidup bersama. Tapi, abang... abang macam tak hargai apa yang Ika buat. Salah ke Ika buat semua ni Salah ke Ika masak sedap-sedap untuk abang Salah ke Ika penuhi tanggungjawab sebagai isteri Abang tak dapat semua tu dengan kak Irdiana. Jadi sekarang, biarlah Ika yang ambil alih.
Idlan terdiam. Melihat Ika bagaikan hilang punca, lidahnya kelu. Bukan itu yang dia maksudkan sebenarnya. Bukan dia tak hargai apa yang Ika selalu buat. Cuma dia tak mahu Ika melayannya bagai seorang putera raja dan Ika seperti dayang istana.
Dia tak mahu begitu. Baginya, sebuah perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Perlu saling tolongmenolong. Bukan hanya memenatkan satu pihak saja. Kedua-duanya perlu bergabung, mesti ada toleransi, saling menghormati dan sering memikul tugas bersama.
Tapi, dalam hal ni, Ika tak begitu. Isterinya selalu buat kerja seorang diri. Tak mahu dibantu-bantu. Semuanya Ika nak buat. Sama juga halnya bila tiba waktu memasak. Ika langsung tak benarkan dia masuk ke dapur untuk membantu. Ika kata, abang duduk kat depan tengok tv. Atau, abang main game kat handphone. Pernah juga Ika suruh dia tidur saja. Aduhai... manalah dia biasa semua tu
Ika tahulah, Ika ni orang kampung. Kak Irdiana, bekas isteri abang tu orang bandar. Mungkin apa yang pernah dia masak untuk abang, tak sama dengan apa yang Ika masak. Ika sambung merepek yang bukanbukan.
Ika cakap apa ni Jangan nak mengarut bukanbukanlah. Tiba-tiba sebut nama orang yang abang tak suka. Suara Idlan menekan di hujung ayat. Dia tak sengaja sebenarnya. Tapi, bila Ika sebut nama Irdiana, geram juga dia.
Betul ke abang tak suka Ika sebut nama kak Irdiana Atau, abang sebenarnya masih sayangkan dia Masih cinta lagi, betul kan Abang jangan nak tipu Ikalah. Ika membidas dengan nada keras.
Bibirnya bergetar saat meluahkan pertanyaan. Persoalan yang selama ini buat dia berasa ragu. Dah lama ia ditahan-tahan supaya tak terhambur keluar. Tapi, malangnya petang ini jiwanya tiba-tiba lemah.
Idlan mendengus kasar. Lagi-lagi itu yang menjadi persoalan pada Ika. Memang dia benar-benar tak selesa bila Ika menunjuk sikap begini. Memang betul Ika ada hak untuk mengorek apa yang ada dalam hatinya. Tapi, kalau boleh dia tak mahu Ika persoalkan lagi. Biarlah sisa cintanya terhadap Irdiana beransur hilang perlahan-lahan.
Mengaku ajelah sampai ke hari ni abang masih cintakan kak Irdiana. Ika terus mendesak.
Idlan menolak rambutnya ke belakang. Letih mendengar soal serupa. Untuk puaskan hati Ika, dia nekad berterus-terang.
Ya, perasan tu masih ada hingga ke hari ni. Tapi, tak sebanyak abang cintakan Ika. Itu yang Ika nak tahu sangat
Ika mengetap bibir. Menahan perasaan sebak. Pengakuan Idlan sungguh menyakitkan. Jadi, siasialah apa yang Ika buat untuk abang sejak kita kahwin Ika ingatkan... Ika dah berjaya takluk hati abang. Tapi, rupanya tak. Patutlah apa yang Ika masak untuk abang, tiba-tiba abang persoalkan. Rupanya, hati abang masih ada pada kak Irdiana.
Ika, apa yang Ika buat dan apa yang Ika masak untuk abang, tak ada kena mengena langsung dengan perasaan abang pada dia. Ika tolonglah jangan tokok tambah cerita. Balas Idlan, geram. Buat pertama kali dia berasa marah terhadap Ika.
Ika kecilkan mata. Rasa berjauh hatinya tak dapat ditahan-tahan. Tak ada kena mengena apanya Kalau hati abang tu sepenuhnya sayang dan cintakan Ika, abang takkan sesekali persoalkan apa yang Ika buat dan sediakan untuk abang. Takkan sesekali!
Ika terus meluru masuk ke bilik. Tangisannya pecah sejurus pintu bilik ditutup rapat.