Kes apa agaknya kali ni Taufik memandang wajah Faliq. Selaku adik kepada pemilik firma, Faliq adalah antara orang yang boleh memberi jawapan pasti kepada soalan mereka.
Tak tahu. Encik Farhan kita tu perahsia sangat Sekejap lagi kita tahulah tu. Faliq meneguk kopi panas yang disediakan.
Seperti biasa, Faliq kelihatan bersahaja. Dia memang begitu dan dia tidak suka memberi tekanan pada diri sendiri. Jarang sekali dia dilihat tertekan ketika berada di pejabat. Wataknya cuma akan bertukar serius ketika dia berada di dalam kamar mahkamah.
Kau ni semua tak tahu. Makan je kau tahu. Taufik memuncungkan bibirnya.
Rezeki ada depan mata. Kenalah makan. Lagipun sekejap lagi Encik Farhan akan beritahu juga tujuan dia panggil kita mesyuarat. Tak payah nak peningkan kepala kau tu. Botak nanti. Faliq masih lagi sibuk dengan kopi dan kuihnya.
Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Ujar Encik Farhan sebaik sahaja dia masuk ke bilik mesyuarat. Sebelum tu saya nak minta maaf kerana terpaksa mencuri sedikit masa anda semua. Saya tahu semuanya sibuk dengan kes masing-masing, tapi sekarang kita ada satu kes yang agak besar perlu diuruskan. Farhan Helmi Mazlan memandang pasukan peguamnya.
Masing-masing menumpukan perhatian terhadap Farhan dan menanti dengan tenang.
Untuk makluman semua, kita ada dua client baru yang memerlukan khidmat bahagian guaman korporat dan khidmat nasihat guaman. Sebelum tu saya nak anda semua teliti maklumat yang terdapat di dalam fail yang diedarkan.
Ke semua yang hadir dilihat sedang meneliti butirbutir yang ada di dalam fail yang diedarkan.
Our two new clients are Inca Corporation and Tazza Associates.
The construction company Soal Faliq. Keningnya sedikit terangkat.
Yup. Inca Corporation sedang bergelut dengan skandal rasuah dan pecah amanah. Kita diminta menghantar wakil selaku peguam pemerhati untuk mewakili Inca Corporation bagi memantau
perbicaraan kes ini.
Siapa yang kena tuduh
Kes ini melibatkan Pengarah Urusan Inca Corporation sendiri dan sebab tu mereka mahukan kehadiran peguam pemerhati. Ini adalah kes besar, melibatkan orang-orang besar, so I decided to give more attention to this case. I know Alis and Deborah are still working on the recent cases of Bristol & Brits while Kris needs more time to work on her personal problems. I think, I will send Taufik because he has a good experience in handling this type of case. Any objection
Senyuman terukir dibibir yang lain kecuali Taufik dan Faliq.
Tak ada. Jawab Taufik.
Seperti biasa, tugas sebagai peguam pemerhati tidaklah sesukar mana. Dia hanya perlu memberikan nasihat guaman kepada anak guamnya jika perlu dan memberi bantuan teknikal jika anak guamnya tidak memahami perjalanan kes.
Tazza Associates pula kita serahkan pada Faliq, boleh Soal Farhan Helmi.
Wait. According to this document... saya kena mewakili Tazza Associates untuk menghadiri mesyuarat perlantikan Pengerusi baharu Emerald Group
Tazza Associates telah melantik firma kita sebagai proksi di Malaysia. Kita akan mewakili mereka di dalam semua urusan perniagaan mereka di Malaysia sebagai penasihat perundangan. Untuk permulaan, kita akan wakili mereka untuk segala urusan di Emerald Group.
Emerald Group Kening Faliq terangkat. Terus wajah Nadhirah terpampang di depan matanya. Lama benar sudah rasanya mereka tidak bersua. Masingmasing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ah Faliq ternyata dia rindukan Nadhirah saat ini.
Pengerusi pertama meninggal dunia tahun lepas dan pengerusi kedua mereka baru sahaja meletak jawatan. Sekarang mereka akan melalui pemilihan baru. Pengerusi Tazza Associates tidak dapat hadir dan mereka melantik firma kita untuk mewakili mereka di dalam pemilihan berkenaan. Ada soalan apa-apa tak
Faliq menggelengkan kepalanya. Begitu juga dengan yang lain.
Kalau tak ada apa-apa lagi, kita bersurai. Alis and Deborah, dont gp yet. I need to discuss about Bristol & Brits. Yang lain, terima kasih kerana hadir. Ucap Farhan.
FALIQ membelek telefon bimbitnya. Dia sedang berkira-kira untuk memaklumkan Nadhirah mengenai kehadirannya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa di Emerald Group sebagai wakil Tazza Associates hari ini.
Faliq:
Buat apa
Nadhirah:
Kerja. Sibuk sikit hari ini :)
Faliq senyum melihat balasan Nadhirah. Ada smiley emoticon di hujungnya.
Faliq:
Dah makan ke
Nadhirah:
Dah. Hari ni saya makan pizza. Awak
Faliq:
Pizza aja Makan nasilah.
Nadhirah:
Tak sempatlah. Hari ini saya banyak kerja. Ada meeting dari pagi lagi.
Faliq:
Awak makan seorang ke
Nadhirah:
Awak nak temankan ke
Faliq:
Boleh juga.
Nadhirah:
Awak belum makan
Faliq:
Saya dah makan, tapi kalau awak nak saya temankan, sekarang juga saya sampai ke sana.
Nadhirah:
Tak payahlah. Makan pizza pun dah lebih dari cukup. Lagipun sekejap lagi saya ada mesyuarat yang perlu dihadiri.
Faliq: Tahu.
Nadhirah:
Macam mana awak tahu
Faliq:
Adalah. Okey, kita jumpa lagi sekejap lagi.
Faliq sengaja memberi hint akan kedatangannya pada Nadhirah. Entahlah sama ada Nadhirah perasan atau tidak.
Nadhirah:
Jumpa dekat mana Bila
Setelah hampir 10 minit menanti balasan mesej dari Faliq yang tak kunjung tiba, Nadhirah akhirnya meninggalkan ruang pejabatnya untuk menemui Encik Zaki memandangkan Mesyuarat Agung Luar Biasa Emerald Group bakal bermula tidak lama lagi.
Notis pemberitahuan mengenai satu mesyuarat tergempar yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang hari ini telah dihantar padanya beberapa hari yang lepas. Ianya menandakan bahawa Aidid sudah pun menghantar surat perletakan jawatan dan 5 hari selepas itu proses perlantikan Pengerusi baru perlu diadakan.
Macam mana Encik Zaki
Semua maklumat yang Cik Nadhirah mahu sebarkan itu telah dihantar kepada Ahli Lembaga Pengarah yang menjadi tali barut Aidid. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan selain dari memilih Cik Nadhirah pada hari ini. Lainlah jika mereka semua sudi menjadi penghuni penjara. Ujar Encik Zaki.
Nadhirah sudah pun memberikan arahan pada awal pagi tadi kepada orang-orangnya supaya menghantar semua bukti yang mereka ada kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai rekod jenayah dengan mempergunakan nama Emerald Group. Tujuannya cuma mahu mengingatkan mereka semua untuk membuat keputusan tepat sahaja.
Semuanya berjalan lancar
Semua yang kita dah aturkan berjalan lancar. Cik Nadhirah jangan risau. Saya yakin yang kita akan menang hari ini. Ujar Encik Zaki dengan berhati-hati.
Berapa calon yang akan bertanding
Cuma ada dua calon sahaja yang bertanding. Pihak Puan Sri Munirah meletakkan Tan Sri Omar Al Habshie. Jawab Encik Zaki.
Siapa Saya tak kenal pun dia.
Dia adalah orang kuat Puan Sri yang sedang berpengkalan di Sri Lanka. Dia banyak terhutang budi dengan keluarga Tan Sri Malik. Kalau menang, saya yakin yang dia cuma akan jadi boneka sahaja. Puan Sri akan ambil alih tampuk pemerintahan di sebalik tabir. Tapi, Cik Nadhirah jangan bimbang orang-orang kita dah dapatkan kepastian dan 40% sokongan dah sah milik kita. Selebihnya kita bergantung pada Ahli Lembaga Pengarah yang masih belum membuat keputusan. Tapi, saya pasti kita akan memang. Jangan risau.
Bagus. Terima kasih atas kerja keras Encik Zaki. Saya akan pastikan Encik Zaki akan dapat balasan yang setimpal.
Saya cuma jalankan tugas. Selebihnya terserah pada Cik Nadhirah.
Macam mana dengan Aidid Dia datang atau tidak ke mesyuarat ni
Dia akan datang bersama Puan Sri dan Cik Adelia. Ke semua mereka akan membuang undi hari ni.
Bagus! Memang itu yang saya nakkan. Saya teringin nak tengok muka mereka nanti.
Peluang kita tinggi. Orang-orang kita dah buat yang terbaik. Kita akan menang.
Good!