TORA DATANG LAGI - 42
Pokok buah gatal adalah dari jenis pokok palma. Mempunyai batang yang keras, tidak berdahan dan buahnya berwarna hijau kemerahan. Pokok buah gatal ini selalunya ditanam di kawasan sekolah untuk dijadikan hiasan. Pokok buah gatal seringkali disalah anggap dengan pokok pinang kerana pokoknya yang hampir serupa.

Pokok buah gatal ini boleh dikatakan antara buah yang mempunyai nama paling banyak dipanggil oleh manusia. Ianya mempunyai pelbagai nama panggilan berikutan nama rasminya yang sangat dirahsiakan tanpa sebab. Di bahagian utara, buah gatal ini disebut Kekudoq atau Dudoq. Di negeri Perak buah gatal ini disebut Kantor. Di Kolumpo pula ianya dipanggil Gelatang. Sementara di Kelantan dipanggil Ngede dan di Sabah pula dipanggil Botu. Orang Banjar pula memanggil buah gatal ini sebagai Risik. Antara nama lain yang juga digelar adalah Ngedeng, Kemudin, Mengeding, Tukas dan lain-lain. Dipercayai jika hendak menyebut ke semua namanya, sepurnama pun belum tentu akan selesai. Baru Malaysia, belum lagi di negara lain.

Buah gatal ini tumbuh bertandan seperti buah kurma dan mengurai ke bawah. Buahnya yang mula matang akan mengeluarkan getah yang sangat pedih jika terkena pada kulit manusia. Jika dimakan, entah apa penderitaan yang akan ditanggung tidaklah diketahui.

Antara aktiviti yang sering dilakukan dengan buah ini adalah membaling kepada kawan-kawan. Buah yang terkena pada kulit akan pecah lalu mengeluarkan getah. Getah ini akan menyebabkan kawasan yang terkena menjadi gatal lalu terpaksa digaru-garu bagi menghilangkan rasa gatal. Kesan gatal ini sukar hilang walaupun dibilas dengan air mutlak malah kesan gatal ini juga akan semakin menggila apabila digaru-garu.

Selain dimainkan dengan membaling, terdapat sesetengah orang yang lebih Yahudi dari Yahudi akan melepaskan buah gatal yang sudah dipecahkan ke dalam air sungai dan mengakibatkan orang yang sedang gembira bermandimanda di muara mengalami kegatalan yang maha dahsyat.

Walaupun pokok yang kejam ini mengeluarkan buah yang gatal, umbutnya boleh dimakan. Tambah enak apabila disediakan bersama kerang. Dap dap dap!