DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 42
Rumah Banglo Encik Arfan - Proton City.

Ahad lepas, aku dan keluarga memenuhi jemputan En. Arfan yang membuat parti hari jadi anak beliau yang aku tak tahu nombor berapa dan bernama apa. Aku suspect parti tu untuk anak bongsu beliau. Mungkin tadika atau darjah satu.

En. Arfan adalah kawan bapa aku. Disebabkan bapa aku tak dapat datang, maka aku lah yang menjadi penampan. Walaupun hakikatnya aku tak berapa kenal siapa En. Arfan.

Aku sampai sana dalam pukul dua. Ada dua khemah depan banglo beliau. Gila babi rumah punya besar. Tetamu-tetamu yang sedia ada juga kelihatan Eropah dan bercakap Melayu campurcampur British accent. Ramai antara mereka dalam lingkungan umur 30-an, dan bersama mereka anak-anak kecil lebih kurang sebaya Fateem. Belum lagi kami melangkah masuk ke halaman, bini aku dah ajak balik. Dia kata tak sesuai langsung baju T Hard Rock yang aku kenakan dengan parti hari jadi yang gilang gemilang begitu. Nampak selekeh dan tak formal. Aku rasa ada kebenaran pada kata-kata bini aku, yang ketika itu melaram dengan baju lengan panjang jenama Pasaraya Ekonomi Tanjong Malim. Disesuaikan dengan seluar panjang cokelat, juga berasal dari pasaraya yang sama.

Sedang kami tercegat, Fateem dah terlebih dahulu melulu mengejar belon-belon sambil niat dalam hati nak serbu ke meja hadiah. Mungkin dia ingat hadiah tu untuk dia. Sebab aku pernah cakap kalau (kalau) ayah buat parti hari jadi untuk Fateem, mesti banyak orang bagi hadiah. Walaupun aku cakap tak serius, tapi Fateem ambil serius. Itu yang susah bila bercakap dengan Fateem.

Tiada pilihan. Aku dan bini aku bersama adik kecil mengekori Fateem ke dalam khemah. Kami duduk di kerusi yang kosong. Meja yang kami sertai langsung aku tak kenal. Orang-orang dari Kota London gamaknya. Hot moms bersama anak-anak yang Inggeris habis! Aku hanya senyum-senyum. Bini aku gagahkan diri hulurkan tangan bersalam. Agak ramah, para hot moms bertanya kami lebih kurang, dan entah apa sebab aksesori wanita menjadi topik perbualan. Salah seorang dari Londoners (minah ni pakai spek hitam besar beb!) bersama anak perempuannya umur lebih kurang Fateem, menjadi tekong perborakan.

Satu hal yang aku perhatikan, geng-geng hot moms ni kurang sensitif. Mereka melayan golongan marhain macam kami ni ibarat melayan kumpulan borjouis. Itu tidak salah. Cuma pada aku kurang sensitif. Sebagai contoh, bercerita tentang corak baru beg tangan Louis Vuitton, Chanel, Prada dan baju Guess Kids yang harga ok di Pavilion pada bini aku. Jadi apa yang korang expect bini aku nak jawab Ilmu-ilmu yang diutarakan oleh rakan semeja belum tercapai oleh pengetahuan bini aku. Bini aku baru nak berlagak dengan Carlo Rino, kasut Vincci, dan baju sales di Sogo. Tapi belum sempat nak berlagak apa-apa, dah kena taji dengan Prada, Jimmy Choo harga ok di Pavilion. Apa cerita

Aku tersengih-sengih. Berdasarkan ilmu KLCC yang aku tuntut hari-hari, aku sampuk sedikit sebanyak demi membela ego bini

Majlis Hari Jadi

aku. Kelihatan kami kurang memberi input dalam topik koleksi pereka. Salah seorang rakan semeja cuba mengalih topik. Kali ni bercakap hal anak-anak. Bini aku boleh masuk juga sembang sikit-sikit. Walaupun dia banyak cakap hal umum seperti jenama lampin dan jenama susu, kira orait lah tu!

Terdorong dengan topik kanak-kanak, tekong perbualan sebentar tadi menceritakan betapa beliau melatih anak perempuannya (umur 3-4 tahun kot!) bermain piano, membacakan karya Walt Disney seperti Peterpan, Alice in Wonderland, Robin Hood dan beberapa kisah kanak-kanak orang putih yang aku tak reti nak tulis takut salah ejaan. Anak beliau, panggilan Batrisyah (betul ke aku eja ni) turut menyampuk-nyampuk sambil bercakap orang putih bila mamanya fokuskan perbualan pada hal kanakkanak.

Kami (aku, bini aku riba adik kecil, dan Fateem) sekali lagi terjerat dengan topik perbualan yang berat sebelah. Cinabeng! Manalah aku pernah bacakan buku-buku tu semua pada Fateem masa dia nak tidur. Fateem tidur pun main ikut sempat saja. Kadang-kadang atas toto, kadang-kadang atas kerusi. Pernah dia main baring-baring dekat lantai dapur terus tertidur pun ada. Hah, cakap orang putih Lagilah aku tak pernah didik. Aku punya bahasa orang putih pun barai, lagi nak ajar orang. Fateem diam saja bila Batrisya mengulang balik ringkasan cerita pada mamanya lalu berkata mamanya, very good, Trisya.

Perbualan yang berlangsung dari tadi memang tak adil langsung dan berat sebelah. Bini aku pun tak boleh masuk, apa lagi aku. Laki hot moms tu pula entah pergi mana tak duduk di meja. Kalau ada geng lelaki boleh juga aku buka cerita bola sikit-sikit. Suasana perbualan masih berlegar pada cerita kanak-kanak versi orang putih dan segala rancangan kanak-kanak orang putih di ASTRO (tak ada bunyi Tom Tom Bak langsung!).

Fateem, sebelum tidur mama dan papa Fateem suka bacakan buku cerita apa Zaaasssssss!

Soalan tekong perborakan yang memakai beg tangan Louis Vuitton dilontarkan kepada Fateem. Aku diam. Bini aku lagi diam muka naik biru. Haram kami tak pernah bacakan buku apa-apa. Nak membohong pun tak kena. Sekarang terpulang pada Fateem nak jawab macam mana. Aku sedikit tak sedap hati. Budak-budak payah nak menipu. Kalau tak ada tu, tak ada lah. Situasi macam mencekik tengkok aku. Tadi bini aku dah kena tapau, nampak gaya Fateem pula nak kena tapau dengan Batrisya.

Fateem terkebil-kebil. Keadaan hening. Aku telan air liur.

Dalam keadaan hati aku tak tenang, Fateem bagi jawapan, tenang serta bersahaja

Malam-malam baca Juhama.

Fateem senyum. Batrisya memandang mamanya. Mungkin Batrisya tak boleh terima jawapan Fateem yang terkeluar dari konteks perbualan sebentar tadi.

NOTA KAKI:

Aku pantas bangun pergi ambil nasi tambah lima pinggan, ayam

Majlis Hari Jadi

goreng lapan ketul; kuah kari dua mangkuk. Bini aku pulak automatik letak beg tangan dia yang entah apa jenama atas meja, bersebelahan beg tangan Louis Vuitton hot moms tanpa rasa segan silu. Kami pulang selepas makan dengan penuh berselera. Terima kasih Fateem! Nanti ayah belanja aiskrim Mat Kool!