TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 42
Latar belakang Islam mereka amat kuat. Saya difahamkan kalau ada yang terbabit dengan maksiat orang itu cepat dikesan dan diberikan nasihat. Tetapi mungkin inilah yang terjadi..kemarahan Tuhan dan terakhir saya dengar (mengenai kejadian itu) ada unsur-unsur luar yang datang, ada pesta malam krismas. Kita diberitahu mengenai Sheikh Kuala.

Siapa Sheikh Kuala Beliau adalah Abdul Rauf Singkil, ulama yang tidak menyebelahi sama ada Hamzah Fansuri atau Nuruddin ar Raniri (dua ulama yang bercanggah pandangan mengenai ajaran wahdatul ujud dan wahdatul syuhud) yang pulang untuk menjadi kadi, pada zaman ratu Shafiyyat Al-Din.

Beliau pulang dai Mekah dan selepas meninggal dunia (pada 1693) di makamkan disitu (di Kuala Sungai Acheh) dan ditempat itu dikatakan diadakan pesta. Tempat itu dianggap suci. Bagi orang Acheh tempat itu dihormati. Saya hairan ada konsert di situ khabarnya di bawa dari luar.

Itulah musibah yang tuhan tunjukkan. Tuhan melihatkan kepada kita Acheh harus menjadi serambi Mekahtempat lain tak dah tak ada. Kembalilah.saya selalu cakap pada adik-adik di Acheh, harus tumbuh bunga baru yang putih dan bersih serta wangi dan pupuklah itu. Acheh satu tamadun yang hebat satu ketika dulu dihapuskan, bangunlah kembali, dengan semangat asal, sebagaimana orang dulu membinanya.

Islam di Acheh berkembang kerana sultannya

Pemerintah yang menjadikan rakyatnya begitu. Walaupun mereka bergaduh dan berperang, Islam tetap dijaga. Di dalam sejarah Acheh diceritakan bagaimana kebesaran sesebuah negeri kerana pemerintahannya. Ada satu peristiwa, sultan Iskandar Muda sanggup membunuh satu-satunya puteranya kerana dituduh berzina. Kenapa Sultan Iskandar Muda sanggup mengambil Iskandar Tani menjadi menantu Iskandar Tani adalah putera dari Pahang yang ditawan, di bawa ke Acheh dan kemudian dikahwinkan dengan Puteri Shahfiyyat Al-Din. Disebabkan tingginya nilai Islam, seorang raja sanggup membunuh anaknya kerana hendak memertabatkan Islam.

Kalau Acheh ingin megembalikan semula ketamadunannya ia perlu mengambil iktibar dari kejadian ini. Achehlah yang terlewat bergabung dengan Jakarta. Sewaktu daerah lain seperti Jawa, Makasar sudah ditawan Belanda, Acheh masih berperang. Acheh mempertahankan diri dari serangan Belanda (istilahnya kaphee) hanya dengan Islam. Sifat berjuang dengan nilai Islam adalah dasar utama rakyat Acheh.

Rakyat Acheh bangkit semula

Saya sudah mendapat maklumat daripada rakan-rakan sarjana dan seniman. Sekarang kita tengah sibuk menghantar bekalan ubatan dan trauma akan dibantu oleh pakar jiwa. Bagaimanapun, dari segi pembangunan spiritual dan ilmu, Jakarta harus memberi kemudahan kepada negara yang sudi membantu Acheh.

Jangan memandang curiga. Kadang-kadang ada rasa curiga bila Malaysia ingin membantu, kebetulan orang Acheh banyak disini. Saya kira kita harus bekerjasama. Mungkin Malaysia boleh dilihat dari segi pendidikan.Kementerian Pelajaran boleh campurtangan dalam soal menghantar guru-guru ke sana kerana guru di sana banyak sudah hilang semangat.

Dalam kejadian ini rakyat Acheh memang lesu, letih. Seorang pelajar doktor falsafah saya ada menghantar SMS minggu lalu terjadinya Tsunami 26 Disember, dua hari lagi baru aku boleh aktif. Aku baru bersihkan lumpur, mengutip baju dalam lumpur. Mereka longlai. Kemudian saya balas sudah tentu anda sudah mendapat kiriman (baju). Dia menjawab semula.ini satu kebanggaan tak perlu, yang perlu adalah orang yang tidak mampu betul-betul. Saya masih mampu mengutip baju dalam lupur. Inilah perjuanganbukan meminta-minta, tidak tamak haloba. Mereka tidak tamak. Inilah satu kesedaran ummah.

Warga berdarah pejuang

Banyak kategori perjuangan. Kenapa mereka lari ke Jakarta Kerana tidak dapat berjuang di tanah kelahiran. Di Acheh, sebelum Tsunami mereka tertekan.tidak boleh bersuara, untuk kerja harus berhati-hati. Sekarang rakyat Acheh harus lebih terbuka. Jangan saling mencurigai. Penduduk Acheh sekarang ini harus berhati damai, saling menghormati, tidak mencurigai dan jangan syak wasangka dengan orang yang datang.

Nilai kemanusiaannya sudah makin tipis. Sekarang harus berlembut hati.menerima.kerana kita semua umat tuhan. Lepaskan ego. Sekarang tuhan sudah mengambil kekuatan Acheh pada masa lampauini satu tegurananda harus bangun dengan kekuatan sendiri. Segala kemewahan yang kita banggakan sudah habis. Saya menganggap (kejadian ini) sebagai satu simbul keagungan lampau Acheh yang sudah diambil bina.

Generasi baru, sekarang binalah Acheh semula. Ini adalah satu lambang yang harus difikirkan. Bagi Jakarta pula jangan curiga, nanti curiga pula kita datang ramai-ramaipada pandangan soal perang sudah selesai. Kalau kita sebagai ilmuan datang semula, tunjukkan inilah bukti kita menabur budi.

Kembali bangunkan Acheh yang ranap

Ada satu cerita, bila saya ke Acheh saya sering bawa bahan-bahan lukisan untuk kanak-kanak melukis. Bila di ajak melukis apa yang mereka lukiskan Kapal perang. Bila saya tanya kenapa, mereka katakan nenek moyang kami sudah berjuang sejak dulu. Anak lelaki sudah dididik oleh orang tua mereka, bahawa zaman dulu datuk kamu mati berperang, emak kamu sakit menderita. Zaman selepas itu ada yang membesar melihat sendiri kematian bapa yang dibunuh, zaman apabila tentera masuk ibunya diperkosa. Inilah realiti yang ditanggung oleh kanak-kanak Acheh.

Tetapi bagi mereka yang berpeluang belajar, rasionalnya muncul dan berjuang dalam sudut perkembangan pendidikan. Perjuangan yang ditanam hampir sama tetapi teknik mereka berjuang berbeza. Bagi kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, pendidikan mereka tidak sempurna, tidak matang, tetapi semangat cukup kuat. Bagaimanapun bagi yang berilmu mereka berkata, itu masa lalu, datuk nenek aku juga mati.

Jadi konsep perjuangan sudah berbeza. Satu perjuangan dengan mengangkat senjata kerana isu-isu tertentu dan satu lagi perjuangan meningkatkan tahap pendidikan dan ini yang kami lakukan. Yang sama kesalkan ialah mereka yang berilmu dihapuskan dan terkahir penghapusan daripada Illahi. Sekarang anak-anak muda ini kena insaf kalau masih ingin berjuang mengangkat senjata, mungkin akan berlaku mala petaka lagi. Semua orang berjuang tetapi biar rasional. Buktikan tamadun Acheh itu bersemi lagi.

Membaca Tanda-tanda

Dapatkah kita bayangkan dalam

masa 24 minit seluruh harta

benda kita lenyap

dihanyutkan air pasang tsunami

Dapatkah kita bayangkan dalam

Tempoh itu

seluruh permukiman kita digoyang gempa

dan hancur berkecai

Dapatkah kita bayangkan dalam

Jangka waktu tersebut

Anggota keluarga berpisah untuk

selama-lamanya

Dapatkah kita bayangkan dalam

kekalutan itu

di sungai, di jalan raya, lumpur-kayu,

bangkai kenderaan terlonggok tinggi

Dapat kita bayangkan dalam tiga perempat

hari masanya

rumah-rumah sakit di penuhi pesakit

beratus jumlahnya

Dapatkah kita bayangkan dua puluh

empat jam waktunya.

Berpuluh, beratus, beribu mayat

Bergelimpangan

di tepi dan di tengah jalan raya

bertumpukan di bawah

sisa-sisa

Bergelantungan di pohon-pohon

ditutupi ayat-ayat, sepanduk, bendera, plastik

dan dedaunan

Dapatkah kita bayangkan air

lautan berpacu luar biasa kencang

setinggi tiang letrik, semua dia

rempuh, semua dia lumatkan

Dapatkah kita bayangkan tangisan yang

keluar dari celah-celah runtuhan,

Ratapan kedengaran di mana-mana,

Jeritan menjalar ke seluruh kepulauan

mencengkam sebuah bangsa

keseluruhan

Ada sesuatu yang rasanya mulai lepas

dari tangan

Dan meluncur hilang celah-celah jari kita.

Ada sesuatu yang sejak dulu tak begitu

Jelas

Dan sebagai pertanyaan, kini bersuara

demikian keras.

Kita saksikan udara Aceh penuh

mendung dan kelabu warnanya

kita saksikan burung-burung kecil tak

lagi berkicau pada pagi hari

kita saksikan ribuan mayat.

Kita saksikan serpihan, lumpur, potongan

kayu, besi, bangkai kenderaan.

Kita saksikan gempa lautan

membawa tsunami.

Tsunami membawa banjir air .

Air Mata

Jeritan anak-anak kehilangan ayah

Jeritan ayah yang kehilangan anak

Jeritan isteri yang kematian suami

Jeritan suami yang kematian isteri

Jeritan kelaurga yang kehilangan semuanya.

Tetapi dimata kami yang ditabiri hijab

Jenazah bergelimpangan

Dengan panorama kiamat luar biasa

Pedihnya pemandangan

Di mata kami yang diselaputi lapisan

bayi-bayi mati penuh

penderitaan

Para ibu tenggelam dalam cuka melimuri

Duka kesedihan

Benarkah demikian

Bilakah tersingkap hijab sehingga yang

Tampak adalah barisan ribuan syuhada

Yang gembira diantara malaikat

Berbondong-bondong ke jannatu Na'im

Dan bayi-bayi Aceh itu berlari-lari lincah ke gerbangnya

Di sana mereka tunggu orang tua

Mereka yang sedih di dunia

"Jangan sedih begitu, ayah dan ibu, susul anakmu

Di pintu agung Taman Firdaus anakmu menunggu,"

Benarkah begitu

Allah

Telah kami rasakan gempa di daratan

Telah kami derita akan gempa

Di lautan

Telah kami alami letusan gunung berapi

Telah kami alami banjir tsunami

Besar-besaran

Telah kami rasa lambakan ribuan

kematian

Beri kami kemampuan membaca

Tanda-tanda mu

Luar biasa bertumpuk dosa kami

Kurniai kami kemampuan

Luar biasa banyak kelemahan kami

Beri kami kekuatan

Untuk bangkit kembali.

Beri kami kekuatan

Untuk membantu

Saudara-saudara sebangsa

Dalam musibah Terbesar dalam sejarah