DUA MINGGU berlalu. Felisha sudah gelisah dalam bilik. Fariz sudah pun pulang dari Holland. Minggu depan, keluarga Fariz akan bertandang ke rumahnya. Semalam Puan Suraya sudah menelefon mama berkenaan hal itu.
Adoihmacam mana ni Aku nak terima ke Felisha garu kepala. Mundar-mandir dia di bilik. Penat berdiri, dia duduk pula di birai katil.
Baik aku hantar mesej. Aku kena tanya dia betul-betul. Kalau betul dia hanya nak ambil hati mama dia, aku akan berterus terang. Aku tak nak rumah tangga dibina atas dasar tu. Nanti aku juga yang merana. Dah nikah, takkan nak minta cerai. Baik aku cerai sekarang! Laju jemari Felisha menaip teks mesej kepada Fariz.
Telefon diletakkan atas meja belajar. Felisha menapak keluar dari bilik. Dari balkoni, dia melihat mama dan papa sedang berbual mesra dengan abang Fakrul dan kak Arini.
Sha..lama terperap dalam bilik Marilah join sekali. Ni mama ada buatkan muffin coklat ni. Puan Bainun tersenyum memandang Felisha yang sedang menuruni anak tangga.
Bila mama masak Sebiji muffin diambil dari dalam pinggan. Kopi o panas turut dituang ke dalam cawan kosong.
Petang tadi.
Sha nampak monyok jeada masalah ke Arini pula mencelah. Dari semalam, muka Felisha tidak berseri.
Eh..mana ada kak! Sha okey je. Emm..akak bila nak bersalin Tak sabar Sha nak tengok anak buah. Felisha senyum. Perut Arini sudah semakin besar.Dia kunyah muffin yang dibuat mama. Gebu dan lembut.
InsyaAllah..tiga minggu lagi keluarlah baby ni. Sha tu, cepat-cepatlah nikah. Arini sengih. Sempat jeling Fakrul di sebelahnya.
Felisha tersedak. Tersembur muffin yang dimakan tadi. Dia cepat-cepat minum air kopi. Sekali lagi dia tersedak. Lidahnya dah melepuh. Panas!
Tu la! Makan tu pelan-pelan sikit. Kan dah melepuh lidah tu. Bebel Puan Bainun.
Sebut pasal nikah je tersedak! Sampuk Encik Zainuddin pula. Geleng melihat gelagat Felisha.
Sebut pasal nikah ni, semalam Puan Suraya dah call mama. InsyaAllah, minggu depan mereka akan datang meminang Sha. Cadangnya nak bertunang sekejap dan terus akad nikah. Puan Bainun turut teruja memberitahu niat Puan Suraya.
Apa mama Terus nikah Felisha menelan liur berkali-kali.
Kenapa Sha tak setuju ke Fakrul pula mencelah. Dilihatnya Felisha sudah pucat.
Apa nak ditakutkan, nikah benda yang baik. Ibarat membina masjid. Dah ada tapak yang kukuh, utuhlah masjid tu. Encik Zainuddin jeling Felisha yang mula tunduk.
Tapi Fariz tu tak pernah sukakan Sha. Macam mana Sha nak hidup dengan dia Felisha mula buat muka sedih.
Memang betul pun Fariz tu tak pernah ada sekelumit rasa cinta dan sayang kat aku. Dulu, Tajdid sekurang-kurangnya dia sayang kat aku.
Mana Sha tahu dia tak suka Sha Fakrul renung Felisha yang dah menarik muka masam.
Sha kenal dia bang. Emm..yang abang sibuk tanya ni kenapa Abang tahu ke Felisha mengetap bibir. Asyik tanya benda yang sama je.
Kan abang dah cakap dulu..tak ingat Jangan pandang pada rupa dan ikut rasa hati. Fariz tu kawan abang. Abang kenal dia. Abang yakin, dia boleh membahagiakan Sha nanti. Pujuk Fakrul.
Sudahlah Sha. Mama tak nak anak mama ni membujang lama. Sha tu perempuan. Tengok abang Fakrul ni, umur dua puluh enam dah nikah. Dah nak dapat anak pun. Puan Bainun jeling pula menantunya.
Jodoh kan di tangan tuhan. Felisha kunyah lagi sebiji muffin.
Memanglah tapi kalau boleh mama tak nak anak mama yang sorang ni hidup tak ada suami. Fitnah ada di mana-mana. Ambillah pengajaran dari kejadian dulu tu. Sha nak jadi mangsa rogol Dara tu permata yang paling berharga buat suami! Sha kena ingat tu! Puan Bainun mula membebel.
Mama! Takkan Sha nak buat benda tak senonoh tu! Sha tahu la jaga diri. Felisha sudah membentak.
Tahu pun! Jalan terbaik adalah dengan menikah. Selamat dunia akhirat! Encik Zainuddin menambah.
Betul cakap mama dan papa tu Sha. Kes Sha dulu pun belum selesai lagi. Mana tahu ada orang lain lagi yang cuba buat benda tak baik pada Sha. Sha kena hati-hati. Fakrul turut mengiakan kata-kata kedua orang tuanya.
Tapi..Sha tak ada rasa apa-apa pun pada Fariz tu. Felisha tak nak mengalah.
Rasa tu boleh timbul lepas nikah. Duduk serumah, tengok muka suami lama-lama, bukan saja boleh tautkan dua hati, malah dapat pahala lagi. Itu yang lebih berkat dan diredhai Allah. Encik Zainuddin dah tenung tajam Felisha.
Nak tenung muka mamat tu Adeh! Boleh membunuh perasaan aku je la! Felisha masih diam. Di benaknya berserabut memikirkan antara nak setuju atau tolak. Memang sah-sah perkataan tolak tak akan diterima di mahkamah rumah ni. Satu lawan empat! Mana nak menang!
Kenapa masa nak bertunang dengan Tajdid dulu, Sha senang je terima dia Fakrul mengungkit hal dulu.
Felisha mendongak. Pening nak menjawab.
Abang..Tajdid tu terang-terang cakap dengan Sha yang dia sukakan Sha dan nak jadikan Sha isteri dia tapi Fariz Tak pernah sekalipun dia sukakan Sha! Felisha meluahkan rasa hati.
Shajangan ingat dengan lafaz tu, dah jelas orang tu sukakan kita. Sometimes, it happen with action. Reaction. Ada Sha perasan macam mana Fariz pandang Sha Fakrul cuba menyingkap kepekaan Felisha terhadap tingkah Fariz.
Tak kuasa nak tengok mata mamat tu. Asyik nak salahkan aku je.. Gumam Felisha. Pandang nak telan aku ada la!
Tu la! Jangan menilai orang dengan hanya bersandarkan pada kata-kata. Orang lelaki ni, bila dia suka kat seseorang perempuan, dia hanya diam dan mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan rasa tu. Cara terbaik, hantar rombongan meminang. That is the best way! Macam Fariz buat ni. Fakrul pertahankan tindakan Fariz.
Amboi abang aku ni! Bukan main lagi pertahankan kawan sendiri. Baik sangat ke si Fariz tu Geram aku!
Felisha bingkas bangun. Dia menapak laju ke biliknya semula.
Tengoklah tu! Cakap sikit melenting! Puan Bainun geleng.
Biarlah dia. Tak lama rajuk dia tu. Encik Zainuddin turut melihat Felisha sudah hilang di tingkat atas.
FELISHA hempas tubuh atas katil. Perasaannya berkecamuk. Seminggu saja lagi dia akan bergelar isteri Fariz. Teringat teks mesej yang dihantar kepada Fariz tadi. Cepat-cepat Felisha capai telefon bimbitnya.
Kenapa nak jumpa
Ish! Tanya pulak dia ni! Aku dah terdesak ni! Felisha balas semula mesej.
Ni hal penting. Penting!
Baiklah.
Huh! Dulu dia yang sibuk nak jumpa aku. Sekarang ni bila ada hal penting macam ni, sibuk pulak nak berdolak dalik. Felisha geram.
Eh..dia tak cakap pun nak jumpa kat mana. Aduih! Sekali lagi teks mesej dihantar.
Kat masjid Wilayah, 12.30 pm
Hah Masjid lagi Eii! Mamat ni betullah! Felisha merengus. Telefon dicampak atas katil. Matanya tepat memandang siling. Apa akan jadi kalau betul Fariz terima aku kerana mama dia sakit Habis aku ni apa Felisha cuba pejam mata. Jenuh dipejam.
Aduh..tidur la wei! Felisha membebel sendiri.
PUKUL lapan setengah pagi, Felisha sudah memandu keretanya ke kedai bunga. Pesanan bunga perlu dihantar segera. Pukul dua belas setengah nanti, dia ada temu janji dengan Fariz. Nak tak nak, dia kena jumpa juga!
Awal Azila sampai Felisha terkejut melihat Azila sudah terpacak depan kedai.
Saya tak nak terperangkap dalam kesesakan jalan kak. Jadi pagi lagi saya naik bas. Azila senyum.
Mereka menapak masuk ke dalam kedai bersama. Felisha segera membelek buku pesanan. Ada satu pesanan dari kedai butik di Jalan Raja Laut.
Hmm..eloklah ni. Aku pun nak ke masjid lepas tu. Felisha senyum. Bermakna dia tidak perlu bersusah payah meredah jalan lain.
Dah siap bunga tu Tanya Felisha pada Azila yang mula sibuk mengemas dan menyusun bunga di dalam pasu. Semalam stok bunga lavender dan iris sudah sampai.
Dah kak! Bunga ros putih dan bunga daisi kan Azila pula bertanya pada Felisha.
Haah! Felisha lihat pada tulisan yang dicatat Azila semalam.
Ni dia kak! Dua jambak bunga ros putih dan dua jambak bunga daisi. Azila menghulurkan bunga yang telah siap dibungkus.
Masukkan dalam kotak boleh Felisha senyum. Dia bergegas pula ke bilik pejabat semula. Komputer dibuka. Akaun perlu dikemas kini. Semalam dia tak sempat nak masukkan duit jualan ke dalam bank.
Lama Felisha menatap skrin komputer. Sudah berpinar mata melihat angka-angka dalam akaun yang perlu diseimbangkan hari ni juga. Apa guna belajar tinggi-tinggi dalam bidang perakaunan kalau tak digunapakai.
Eh, masyaAllah! Dah pukul sepuluh Felisha jenguk jam di pergelangan tangan. Cepat-cepat dia mengemas meja dan capai kunci kereta.
Kotak yang telah siap diletakkan atas kaunter disambar laju.
Azila! Jaga kedai ya! Akak nak hantar bunga. Mungkin akak balik lambat sikit. Pukul tiga baru masuk! Laung Felisha kepada Azila.
Azila hanya senyum. Bos mudanya diperhatikan sehingga lenyap dari pandangan. Dia kembali menyusun bunga. Telefon bimbitnya berbunyi kuat.
Dah! Dia dah pergi. Okey,bye! Azila senyum lebar.
FELISHA memandu perlahan sebaik tiba di Jalan Raja Laut. Dia perhatikan alamat yang diberi. Butik Sheena dicari.
Hmm.celah mana la butik ni Felisha jenguk ke arah kiri dan kanan. Terkial-kial dia jenguk papan tanda kedai.
Eh, dari tadi kereta tu ikut aku. Siapa pulak dia ni Felisha sempat jeling cermin pandang belakang. Sebuah kereta wira kelabu mengekorinya sejak dari simpang keluar dari bangunan kedai bunganya lagi. Ah! Lantaklah! Mungkin dia pun nak lalu jalan yang sama.
Felisha perlahankan kereta. Signal kiri diberi. Dia sudah nampak lot kedai butik yang dicari. Perlahan dia keluar dari kereta. Kotak yang mengandungi bunga ros dan daisi diangkat dari tempat duduk sebelah.
Err..boleh jumpa Puan Syuhadah Felisha senyum. Berbahasa.
Sekejap ya. Seorang perempuan muda mula memanggil Puan Syuhadah.
Ya Ada apa
Saya Felisha dari kedai bunga Felishas Lov Flower, puan ada order bunga kan Felisha melemparkan senyuman manis.
Ya saya. Masuklah!
Felisha menapak masuk. Dia melihat sekitar butik. Memang cantik, lengkap dengan fesyen baju terkini dan eksklusif.
Berapa ringgit semua Puan Syuhadah menguak dompet duitnya.
Semua sekali seratus ringgit. Felisha senyum lagi.
Hmm..dah lama buka kedai bunga Puan Syuhadah hulur empat keping not lima puluh kepada Felisha.
Dah hampir setahun puan. Felisha sambut duit yang dihulur.
Oh..cantik bunga ni dan segar. Saya suka. Saya tahu ni pun dari kawan juga. Kenal tak Sofea Puan Syuhadah senyum.
Sofea yang baru bertunang tu ke Felisha turut teruja.
Haah! Betul la tu. Dia yang rekomen kedai cik Felisha ni. Dulu saya pernah order dari kedai bunga lain tapi banyak songeh bila suruh hantar. Saya mana la ada masa nak ke kedai bunga.
Felisha sengih. Kembang hidung sekejap. Tak sangka kedai bunganya sudah menjadi popular walaupun baru setahun jagung dibuka.
Kalau puan nak order lagi, telefon je. Kami akan hantar. Felisha minta diri.
InsyaAllah.
Felisha mula menapak ke keretanya semula. Sempat dia jeling ke arah kereta kelabu yang mengekorinya tadi.
Eh..kereta ni berhenti kat sini Maknanyadia ikut aku ke ni Felisha menelan liur. Dah fobia sejak kejadian dulu tu. Dia cepat-cepat menaiki kereta. Kereta dipecut laju menuju ke masjid wilayah.
Tiba di perkarangan masjid, Felisha parkir kereta di tempat letak kereta. Dia mendiamkan diri dalam kereta. Jelas dia melihat kereta kelabu tadi mengikutnya sampai di simpang masuk ke masjid. Melilau dia melihat sekitar laman masjid. Lega. Kereta kelabu tadi tidak kelihatan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Felisha tergamam. Dia pejam mata rapat-rapat. Bunyi ketukan di cermin keretanya semakin kuat. Lagi rapat dia pejam mata. Blah la wei!
Weh! Bukalah!
Felisha buka mata perlahan-lahan. Dia menoleh ke kanan sambil mendongak. Fariz
Perlahan dia turunkan cermin kereta.
Apa hal awak ni Ingat saya ni nak buat benda tak senonoh ke Fariz bercekak pinggang.
Maaf..saya..saya ingatkan.. Felisha jenguk keluar kepalanya memandang sekitar masjid.
Awak cari siapa Fariz turut melihat sekitar masjid.
Err..tak..tak ada apa. Felisha mula keluar dari perut kereta.
Ada apa awak nak jumpa sangat ni Sekali lagi suara Fariz agak kuat.
Eh mamat ni! Cakap tu tak pernah nak lembut. Agak-agak la nak marah pun.
Saya nak bincang hal nikah. Felisha mula ke topik sebenar.
Kenapa
Tanya lagi kenapa! Aku sekeh karang. Geram betullah! Gumam Felisha.
Saya dengar apa awak cakap tu. Nak jadi pengkid ke sampai nak sekeh lelaki ni Fariz sindir.
Pengkid kepala hotak engkau! Aku dah bengang gila ni, dia pula nak bergurau tak kena tempat.
Betul ke awak nak nikah dengan saya Felisha tak berselindung lagi.
Kenapa Tak boleh Fariz sengih.
Eh mamat sentap ni! Aku tanya serius dia boleh sengih-sengih kat sini.
Awak sendiri tahu kan. Awak tak suka saya dan saya tak suka awak. Jadi kenapa nak teruskan jugak Felisha mengetap bibir. Buat tak reti pulak dia ni!
Oh..itu ke yang awak sibuk sangat nak jumpa ni. Kalau dah macam tu, kenapa Sengaja Fariz tanya lagi.
Awak ni kenapa hah Asyik tanya kenapa je! Itu bukan jawapan yang saya nak! Suara Felisha sudah naik satu oktaf.
Awak nak jawapan yang macam mana Fariz senyum lagi.
Felisha dah menggenggam kedua belah tangannya. Fariz dah main-main pulak! Rasa nak cepuk sebiji!
Kenapa awak nak nikah dengan saya kalau awak sendiri tak suka saya Dan awak tahu saya pun tak suka awak! Tinggi kali ini suara Felisha.
Ha..you see! Tadi tuduh saya asyik tanya kenapa. Awak sendiri guna perkataan tu. Anyway, dari pengakuan awak tadi tu, dah terbukti yang dulu tu awak hanya berlakon sukakan saya kan Jadi memang betullah tekaan saya. Fariz sekali lagi sindir.
Eii! Peninglah cakap dengan awak ni. Saya nak awak tarik balik keputusan awak tu nak nikah dengan saya. Felisha bercekak pinggang.
Hmm..nak tarik dengan apa Tali Fariz ketawa mengekek.
Tak lawaklah! Saya serius! Baiklah! Nampaknya awak hanya nak main-main. Saya tak akan nikah dengan awak. Minggu depan tak payah datang. Kalau awak datang jugak dan saya terpaksa nikah dengan awak, saya akan berterus terang awal-awal lagi. Saya tak akan jadi isteri dengan erti kata sebenar! Ugut Felisha. Geram dengan sikap acuh tak acuh Fariz yang sudah mengekek ketawakannya.
Huih! Garangnya bakal bini aku ni.Fariz masih menahan sisa ketawanya.
Felisha semakin mengetap bibir dengan kuat. Apa kena dengan Fariz ni Dah kena sampuk hantu Holland ke apa Balik dari Holland, dah makin menjadi-jadi pulak loyar buruknya!
Tak baik awak cakap macam tu. Tambah lagi depan masjid ni. Kata-kata tu adalah doa. Kalau saya ni ada dalam hati awak, saya nak awak doakan untuk saya supaya saya ada jodoh dengan awak. Bukan simpan je dalam hati tu. Orang kata, jangan simpan seseorang itu dalam hati kerana hati itu boleh berbolak balik sifatnya tapi simpanlah seseorang itu dalam doa kerana doa itu tercatat di langit selamanya. Saya tak kata pun yang saya tak suka awak. Apaawak dah suka saya ke Usik Fariz.
Felisha membuntang. Apa maksud dia ni
Suka awak Memang tak aar!
Betul ni
100 percent betul wahai encik Tulipo! Felisha senyum sinis.
Fariz terkedu. Macam mana dia tahu nama samaran aku Ni tentu Fakrul yang cerita kisah dolu-dolu aku ni! Adoiya!
Kenapa encik Tulipo diam Sekali lagi Felisha senyum.
Diam itu bukan bermakna mengalah cik bunga oi. Macam saya kata tadi, saya tak kata pun saya tak suka awak. Fariz pandang ke arah lain. Matanya dilarikan dari melihat Felisha.
Apa awak cakap
Apa yang keluar dari mulut saya hanya sekali saja. Tiada ulang tayang. Fariz sengih.
Ipo!
Serentak Felisha dan Fariz menoleh. Abang
Oh..kat sini rupanya bakal pengantin dating. Nilah namanya nak bina masjid dan jadikan masjid ni tempat rujukan. Nak bina dengan ada ukiran ke, ada kolam ke atau ada air pancut macam tu Fakrul tepuk bahu Fariz. Mulutnya muncung ke arah pancuran air di depan masjid.
Felisha sekali lagi mengetap bibir. Ni sorang lagi dah kena sampuk hantu Holland! Loyar buruk tak ingat!
Weh, kau cerita kisah aku kat dia eh Bisik Fariz kepada Fakrul.
Fakrul hanya senyum.
Apa abang buat kat sini Felisha pula bertanya.
Nak jadi orang ketiga la. Kalau tak ada abang, nanti pakcik dan makcik syaitan yang teman. Nak ke Fakrul kenyit mata.
Fariz dan Felisha pula terkedu.
Dah masuk waktu ni. Habis solat berjemaah nanti, kita keluar makan. Jangan bimbang, aku belanja. Tak sabar ni nak kau panggil aku abang Fakrul! Usik Fakrul pada Fariz.
Fariz tepuk bahu Fakrul. Mengada-ngada!
Felisha terpaksa mengikut. Dia tak berani balik seorang diri. Entah-entah jumpa semula kereta tadi. Naya je! Laju je langkah Felisha mengekori Fakrul dan Fariz yang sudah ke depan pintu masjid.