Abstrak Cinta Aku & Dia - 43
BAB 43

ZACK menolak rambutnya ke atas. Nafas ditarik dalam. Lif semakin hampir menuju ke Ground Floor dan dia meresah. Zareen di sebelahnya hanya berwajah tenang seperti biasa. Senyum nipis sekali-sekala.Macam mana nak cakap ni

Zack keras mengerah otaknya supaya berfikir. Mahu tak mahu, dia perlu juga berterus-terang. Pastinya nampak janggal dan gagal di situ tapi apa lagi yang boleh dibuat Nak ajak dating konon. Puik!

Nafas kasar dihembuskan dari bibir. Dalam keterujaan kerana berjaya mengajak Zareen keluar, dia terlupakan sesuatu. Ya, dia terlupa. Hari ini dia memacu motorsikal ke tempat kerja. Jadi, nak dating macam mana Takkanlah nak ajak Zareen bonceng motor pula

Walaupun Zareen memakai suit dan seluar panjang pada hari ini, tapi untuk mengajak Zareen menaiki motorsikal memang tak kena. Lagipun, seumur hidupnya, dia tak pernah mengajak mana-mana perempuan membonceng motorsikal termasuk Liana walaupun Liana pernah berstatus awek. Yang pernah hanyalah ibunya tapi ibu bukanlah awek. Dan Farizahyang secara tak sengaja menjadi pembonceng.

Pintu terbuka saat lif mencecah Ground Floor. Zack dan Zareen melangkah keluar.

Cik ReenDalam serba tak kena, Zack bersuara juga. Langkah terhenti. Zareen memandangnya dengan wajah tanda-tanya.

Macam mana nak cakap ekZack sengih kerang.

Zareen mengangkat kening.

Saya terlupa, saya tak drive kereta hari ni. Saya bawa motor. Jadi, errmacam tak sopanlah pulak kalau nak ajak Cik Reen naik motor dengan saya. Zack berkata setelah puas memikirkan ayat yang paling sesuai. Tak mungkin dia mahu mempelawa Zareen membonceng motorsikal. Dan dia juga sedar, selepas ini, peratusan untuk mengajak Zareen keluar pastinya tinggal sifar.

Next time ajelah Cik Reen, kita pergi beli kamera. Tak pun nanti, saya cari ajelah quotation.. Zack menyambung kata, pasrah. Peluang hilang begitu saja, sekelip mata! Oh, kejamnya dunia!

Zareen geleng dan tersenyum. Agak lucu melihat tingkah Zack ketika ini. Lantas, beg tangannnya diseluk. Kunci kereta miliknya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Zack.

Zack terkebil-kebil.

Naik kereta Cik Reen ke

Zareen angguk.

Betul ni

Zareen angguk lagi.

Cik Reen tak kisah ke

Tak.Zareen memberi jawapan pendek.

Zack teragak-agak. Kunci di tangan Zareen dipandang saja.

Awak tunggu apaSoal Zareen. Tunggu saya tukar fikiran

Taktak.Zack mengggeleng pantas. Kunci di tangan Zareen dicapai. Senyuman disembunyikan dari bibir dengan rasa sedikit lega. Nampaknya, dunia tidaklah sekejam mana.

HONDA City biru milik Zareen membelah Lebuhraya Persekutuan. Zack memandu tenang sambil sesekali mencuri pandang Zareen di sebelahnya. Lagu di radio menjadi peneman perjalanan. Sekali-sekala terbit perbualan santai antara mereka.

Zack seolah tak percaya kerana berjaya mengajak Zareen keluar walau dikaburi dengan alasan urusan pejabat. Beli kamera untuk kegunaan pejabat, kira atas urusan pejabatlahkan Tak kisahlah atas urusan apa sekalipun. Yang penting, Zareen bersetuju nak keluar dengan dia.

MidvalleySoal Zareen ketika Zack membelokkan kereta ke arah pusat membeli-belah Midvalley.

Zack mengangguk sambil tersenyum. Pemanduan diteruskan. Dia memilih parkir di bahagian C1. Dua pusingan, pantas mata dia menangkap lampu reverse sedang menyala. Dia memberi memberi lampu isyarat arah kiri. Kereta terus diparkir apabila Vios putih meninggalkan tempat itu. Enjin dimatikan lalu mereka keluar dari kereta. Berjalan seiring masuk ke dalam MidValley.

Kedai mana yang kita nak pergi sebenarnya ni Zareen menyoal lagi saat mereka berada di atas travelator.

Kedai Danny.Jawab Zack.Danny ada dua kedai. Yang kat Midvalley ni kedai kamera. Lagi satu, di Jalan Chan Sow Lin. Yang tu, lebih pada studio. Terang Zack.

Oh..kedai Danny.Balas Zareen. Leceh sangat ke nak minta quotation pada DannyZareen menembak soalan lagi.

Tak adalah leceh mana pun.

Habis tu, kenapa awak beriya sangat ajak saya keluar beli kamera Minta ajelah quotation pada Danny

Memang saya saja nak cari alasan, ajak awak keluar Zack menjawab tanpa memandang Zareen, hanya menjeling Zareen melalui ekor mata. Kelihatan Zareen seperti tergamam mendengar jawapannya tadi. Dia senyum sendiri.

Zack berjalan dengan kelajuan sederhana, membiarkan Zareen menyaingi langkahnya menuju ke bahagian tengah pusat beli-belah, terus ke tingkat satu. Dia sudah beberapa kali mengunjungi kedai Danny.

Malah, sekiranya ada rakan-rakannya mahu membeli kamera atau apa jua barang yang berkaitan, maka Zack dengan senang hati merujuk Danny kepada mereka. Mudah berurusan dengan orang yang sudah dikenali.

Melangkah masuk ke dalam kedai, segera Zack terpandangkan Danny yang sedang duduk di balik kaunter, memerhatikan sesuatu di skrin komputer riba.

Danny. Sapa Zack lalu mengangkat tangan.

Halo bosDanny membalas sapaan dengan senyuman. Zack dan Zareen dipandang bergilir-gilir.

Halo Danny menyapa Zareen pula.

Hai Danny. Zareen senyum.

Okayso. Apa brand you mauDanny pantas menembak soalan. Sudah sedia maklum akan tujuan kedatangan Zack ke sini. Zack sudah menghubunginya lebih awal tadi.

You kasi rekomenlah. Janji best priceBalas Zack.

Harga you tak payah takut maa. Mesti best price punya aku bagi Ujar Danny. You suka apa brand

Zack terfikir-fikir. Dia sudah mempunyai kamera peribadi berjenama Canon EOS D100. Kali ini, terasa ingin bertukar angin pula.

Jenama Nikon bermain di fikiran. Perrghhh. Pilih macam beli kamera sendiri. Padahal, company punya

Nikon.Pantas Zack menjawab. Menjeling sebentar Zareen di sebelah. Almaklumlah, kamera itu bukan dia yang akan membayarnya. Tambahan pula, bajet beli kamera pun dia tak tahu. Kalau terlebih bajet nanti, susah pula.

Nikonboleh. You ambil D3100 pun sudah okey maaSambung Danny. Atau you mau Canon

Dua buah kamera dikeluarkan Danny lalu diletakkan di atas kaunter. Perbualan di antara Danny dan Zack mula bertukar rentak, menjadi lebih serius. Danny yang sememangnya arif dalam hal kamera dan juga seorang jurugambar profesional, memberi penerangan secara menyeluruh tentang fungsi dan kelebihan di antara kedua jenis kamera itu.

Zack tekun mendengar sementelah kamera dan fotografi adalah minatnya. Cuma, masa saja kurang ada untuk menjadikan minatnya itu kepada sesuatu yang lebih realiti.

Selama ini, dia memang menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri yang ada kena-mengena dengan grafik dan fotografi. Sekarang inipun, dia mencari pendapatan sampingan dengan membuat rekaan kad jemputan dan pelbagai. Dari kad jemputan kahwin hingga ke rekaan cetakan T-Shirt, dia mengusahakannya bersama Fitz atau nama sebenarnya Hafiz, rakan sekuliah semasa di UiTM Melaka dulu.

So, macam mana You suka mana satu Danny bertanya setelah habis penerangan diberikan.

Itu, you kena tanya sama I punya bosdia yang bayar.Jawab Zack. Tangannya membelek-belek Nikon D3100, sebagai satu isyarat pada Zareen, yang dia lebih berkenan dengan jenama itu. Dia yakin, jenama pilihannya tidak akan melebihi bajet yang ditetapkan.

Bos, you suka yang manaSoalan Danny terarah pula kepada Zareen.

Zareen senyum. Semenjak tadi, dia hanya mendengar tekun perbualan dan perbincangan di antara Danny dan Zack, tidak menyampuk walau sepatah kata. Dia memang tidak arif tentang kamera. Baginya, kedua-dua kamera itu ada kelebihannya. Lagipun, bukan dia yang akan menggunakannya nanti, tapi Zack atau mungkin, Joe Zulkifli. Jenama apa yang akan dibeli, semuanya bergantung kepada harga.

Best priceZareen bertanya.

Danny tersenyum. Sudah biasa berurusan dengan pelanggan, maksud Zareen mudah difahami.

Dont worry, bos. I kasi you best price punya. Danny terus menyebut harga kedua-dua jenama kamera.

Tak ada diskaun lagi ke, Danny Zareen bersuara, menelah tuah. Manalah tahu, Danny mahu menurunkan harga lagi.

Bos, ini I cakap sama you betul-betul punya. I jual best price sama you. Lain punya shop aaa, tak ada ini price. Kamera campur all the accessories aaa, sudah murah ler... I bagiJawab Danny, penuh keyakinan.

Zareen terangguk-angguk. Menimbang tara di antara dua jenama kamera.

Macam mana Cik ReenSoal Zack. Tangannya masih memegang Nikon D3100. Lensa kamera dihala kepada Zareen dan tanpa meminta kebenaran, gambar Zareen ditangkap dengan sengaja.

Zack, stop. Zareen langsung memberi amaran, tidak mahu gambarnya diambil lagi.

Amaran Zareen bagaimanapun, tidak diendahkan. Beberapa keping gambar Zareen, Zack tangkap lagi.

Zack! Suara Zareen meninggi sedikit.

Sorry, cannot resist.Ujar Zack dalam senyuman. Its my habit. Saya memang suka ambil gambar yang memikat hati saya

Zareen terdiam dan kemudian menggeleng.

So, Cik Reen setuju nak beli yang mana satu

Zareen masih diam. Harga kedua-dua kamera lebih kurang sama. Berbeza beberapa puluh ringgit sahaja.

Kalau ikut saya, saya lebih suka yang ini. Zack menyambung kata sambil menunjukkan kamera di tangan.

Kenapa awak pilih yang tu Soal Zareen.

Sebab, gambar awak dah ada dalam ni

Zareen memutarkan biji mata. Zackboleh tak awak

Zack menghala lagi kamera ke arah Zareen. Klik!

Zack!Zareen tidak meneruskan ayat.

Zack senyum sambil mengangkat kening sekali.

Fine.Suara Zareen mendatar memberi persetujuan.

Zack senyum lagi. Kamera di tangan diletakkan kembali di atas kaunter untuk Danny memasukkannya dalam kotak.

Tolong delete gambar saya dalam tuZareen bersuara perlahan di sebelah Zack, sambil menunggu untuk membuat bayaran.

Tengoklah macam manaBalas Zack, menyembunyikan senyum.

SETELAH habis urusan di kedai Danny, Zack memujuk Zareen untuk makan tengahari dulu. Perutnya sudah lapar minta diisi di samping mahu memanjangkan masa berdua dengan Zareen.

Zareen menolak, memberi alasan bahawa masa makan tengahari sudah tamat sepuluh minit yang lalu. Mereka perlu segera kembali ke pejabat.

Rileklah Cik Reen. Makan dulu. Lapar

Kita kena balik ofis sekarangZareen menolak pantas.

Zack menggeleng.

Cik Reen, saya dah kerja lama kat hotel tu. Bukannya saya tak tahu prosedur ofis. Kita ada masa tiga jam untuk keluar atas urusan pejabat.

Urusan pejabat Urusan pejabat apanya"

Kita keluar beli kamera untuk kegunaan pejabat. That can be consider, urusan pejabat. Betul takAlasan kurang bernas tetapi masih boleh diguna-pakai. Lantaklah. Bernas tak bernas, belakang kira.

Zareen mendiamkan diri. Nampak benar wajahnya tidak bersetuju untuk berada di sini lebih lama.

Kalau Cik Reen nak balik dulu, pergilah. Zack menyambung kata. Tapi... Zack senyum nakal.

"Cik Reen kena ingat, kunci kereta Cik Reen...ada pada sayaKunci kereta ditayang depan Zareen.

Zack!Zareen mula geram. Sikap tenangnya mula luntur melayan karenah Zack.

Saya memang tak ada pilihankan Terpaksalah saya teman awak makan..Zareen bersuara, sedikit meninggi. Nak balik ke pejabat naik apa kalau begini Teksi Terniat di hati mahu merampas kunci di tangan Zack tetapi terlalu berdrama pula nanti.

Sebenarnya...awak ada pilihan.Zack berkata.

Awak boleh pilih untuk balik dulu, tinggalkan saya kat sini. Kalau Mr. K tanya, tolong jawab yang saya keluar atas urusan pejabat.

Kening Zareen terangkat.

Ataupun, kita boleh pergi makan dulu. Baru balik ofis.Zack memandang Zareen, menantikan jawapan.

What say youKunci kereta masih kekal ditayang depan Zareen.

Zack...Zareen melepas nafas perlahan. Awak ni

Zack senyum.Saya rasa, saya tahu pilihan awak yang mana satu

Kunci kereta disimpan kembali dalam poket seluar sebelah kiri.

Jom.. Ajak Zack.

Nak makan kat mana Zareen bertanya.

Nasi ayam Atau Cik Reen nak pergi tempat lainZareen mengangguk saja tanda tiada bantahan.

KEDAI Nasi Ayam yang terkenal itu dimasuki. Usai duduk dan membuat pesanan makanan, Zack memandang Zareen yang sedang memerhatikannya.

Sorry sebab heret awak teman saya makan. Ujar Zack.

Zareen senyum. Its okay. Tak sampai hati pulak saya nak tinggalkan awak kat sini. Nanti awak cakap saya ni tak ada hati perut

Zack ketawa, lega. Zareen sudah mahu berbual kembali. Tidaklah masam seperti tadi. Wajah Zareen dijeling pandang secara diam-diam.

Stop being a loser, Zack. Just tell her straight that you like her

Kata-kata Kate terngiang-ngiang di telinga, bagai menjadi sumber sokongan moralnya. Zack tarik nafas panjang, mahu menghilangkan rasa tak keruan.

Zareen

Zack

Serentak mereka bersuara. Serentak pula mereka ketawa.

Lady's first. Ujar Zack, sambil senyum.

Zack, saya nak tanya awak soalan ni. Tapi, tak naklah nanti awak ingat saya busy body

Nak tanya apaZack membuat muka tanda-soal.

Zareen senyum kelat.

Awak denganhmm Ayat termati. Tak apalah. Saya rasa, saya tak patut masuk campur hal peribadi awak.

Tanya ajelah Suruh Zack.

Awakgaduh dengan Kate ke Zareen seperti berhati-hati mengeluarkan soalan.

Gaduh Tak adalah.Zack terkejut sedikit mendengar soalan itu. "Mana saya ada gaduh dengan Kate. Kita orang okey aje

Habis tu, mana dia ya Saya rasa, macam dah lama tak nampak Kate. Selalunya, lepas habis kerja, awak dengan Kate keluar berduaZareen bersuara lagi.

KateZack terdiam sebentar. Dia dah balik Birmingham. For good.Terang Zack. Kate muncul dalam ingatan. Nafas dihembus perlahan.

OhZareen terangguk-angguk.Oh Zareen bersuara lagi dengan nada berbeza.

Is that the reason why

Whywhat

Saya perhatikan awak semenjak dua menjak ni. Awak nampak pendiam, banyak termenung. Macam ada masalah.

Awak perhatikan sayaSoal Zack sambil merenung wajah Zareen.

Zareen mengemam bibir, terus melarikan pandangan.

Glad to know that you areSambung Zack. Zareen senyum kali ini.

Awak sedih sebab Kate balik Birmingham Zareen melontar soalan lagi.

Zack senyum sumbing. Rambut ditolak ke atas. Kateshes my best friend. Tipulah kalau saya cakap, saya tak terasa kehilangan Kate. Jawapan jujur Zack berikan.

Saya faham. Susah nak terima kalau orang tu tiba-tiba hilang dari kita...Senyuman dari bibir Zareen terus pudar. Terdiam dan termenung secara tiba-tiba.

Awak okey keSetelah lama memerhatikan Zareen yang tiba-tiba termenung, Zack bertanya. Sedikit pelik dengan sikap Zareen. Kate balik Birmingham, kau pula yang sedih

Zareen...Zack menguatkan suara apabila Zareen tak menyahut.

Ehmm

AwakokeyZack mengulang soalan.

Okey

Macam tak okey aje

Zareen senyum sumbing. Segera tersedar yang dia hanyut dalam perasaan secara tak semena-mena. Segera pula melarikan anak mata dari terus berpandangan dengan Zack.

Apa yang awak fikir Tiba-tiba termenung

Tak ada apa-apaJawab Zareen.

Betul

Zareen angguk.

Kalau awak sudi cerita, saya sudi dengar

Zareen senyum, lebih manis kali ini namun masih tidak memberikan apa-apa jawapan. Hal peribadinya belum mampu diceritakan pada sesiapa. Apatah lagi, berkongsi kisah dengan Zack.

Zackhmm. Zareen mengeluh dalam diam. Seringkali, hati wanitanya terusik dengan kerenah Zack. Sebolehnya, dia tidak mahu melayani perasaan itu. Cuba untuk tidak melayani rasa itu. Dia cuba untuk tidak membenarkan rasa itu datang. Percubaannya gagal beberapa kali.

Saya harap, satu hari nanti awak sudi nak berkongsi cerita dengan saya Ujar Zack.

Zareen ketawa kecil dan menggeleng. Mungkin

Zack merenung Zareen lagi. Dia yakin, ada sesuatu dalam diri Zareen yang cuba disembunyikan.