ANIS dan Imran sudah selamat diijabkabul dan dinikahkan oleh imam masjid di kampungnya berwalikan bapa saudara Anis, adik sebelah mak.
Anis..suami dah datang tu... Puan Ainon cuit paha anak gadisnya yang bersimpuh di sebelah.
Anis dah berpeluh. Busana putih mutiara yang dipakai dikemaskan sedikit. Izara di sebelah hanya tersenyum penuh makna.
Imran senyum melihat Anis menggelabah. Dia mula menyarungkan cincin di jari manis Anis.
Ciumlah tangan tu.. Izara cuit lengan Anis yang masih kaku.
Ha..err Anis dongak. Imran dah bersila di depannya. Senyum dah sampai ke langit agaknya. Tersengih. Dia segera tarik tangan Imran. Tak sampai sesaat rasanya dia kucup tangan sasa tu.
Anis kaget bila ubunnya disentuh tapak tangan kanan Imran.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya
Anis tunduk. Air matanya menitis perlahan. Doa yang dibaca Imran sangat terkesan di hatinya. Bermakna Imran juga bersungguh menjaga adab nikah.Hanya jiran tetangga saja yang dijemput selain saudara mara terdekat.
DUA hari dia di kampung. Selesai menikmati jamuan kenduri, Imran dan keluarganya terus pulang ke Kuala Lumpur. Minggu depan, majlis kenduri sebelah keluarga Imran pula. Jadi buat sementara waktu, mereka tinggal berasingan. Itu kehendaknya sendiri dan keluarga kedua belah pihak juga sudah bersetuju. Kini, dia perlu fikir hari-hari yang bakal ditempuhi bersama Imran.
Saat ini rindunya pada suasana kekeluargaan dulu. Aira yang banyak celoteh dan manja. Alhamdulillah, Razman sudah membenarkan Anis untuk bertemu dengan Aira sekerap mana pun dia suka. Tambahan pula, Razman akan membawa Aira ke Kuala Lumpur jadi mudah untuknya bertemu dengan anak buah kesayangannya itu.
Apa yang kau menungkan tu
Anis berpaling. Sarah sudah tersenyum di sisinya.
Tak ada apamasalah keluarga saja. Kau dari mana ni
Dari mana lagi..jumpa tunang aku la. Kau macam mana Sarah pegang lembut bahu Anis yang kelihatan agak muram.
Macam mana apa
Kau dengan Imran
Anis diam. Sarah dipandang sebentar. Kasihan pada Sarah yang masih tidak tahu tentang pernikahannya. Ah, biarlah Sarah tahu melalui Zafran. Biarlah dia korbankan perasaannya sendiri. Dia juga tahu cinta selepas kahwin itu adalah lebih baik dan lebih berkat. Mungkin itu yang ditakdirkan untuknya. Mungkin itu yang Allah telah aturkan jodohnya.
Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Jadi biarlah aku mengalah. Lagipun bercinta sebelum nikah ni lebih banyak mengundang ke arah kemungkaran. Suara Anis bergetar.
Kau perli aku ke
Tak..kau jangan pula terasa. Aku maksudkan diri aku. Lagipun kau dan Zafran bukannya lama bercinta. Dah nak kahwin pun! Anis mula mengukir senyum. Tidak mahu menyakiti hati Sarah.
Sayanglah Anis kau mengalah begini. Aku dapat rasa yang Imran pun sukakan kau. Sarah cuba memujuk Anis.
Tak apalah Sarah. Anis pandang Sarah yang tidak tahu keadaan sebenar.
Okeylah..aku nak mandi dulu. Tadi sehari suntuk aku keluar membeli barang untuk perkahwinan aku. Sarah mula minta diri.
Err..Sarah, lepas nikah nanti, kau nak pindah ke
Mestilah aku pindah ikut suami aku. Kenapa
Sebab kalau kau pindah, aku pun nak pindah. Tak nak aku duduk sorang-sorang kat sini. Ina pun dah pindah. Anis pandang sekitar rumah.
Kau nak pindah ke mana
Err.. Anis garu kepala. Minggu depan dia dah kena pindah ikut Imran. Haish! Macam mana nak bagi tahu Sarah ni.
Aku..aku sebenarnya nak pindah minggu depan.
Minggu depan Kenapa Sarah terkejut.
Sarahsebelum tu aku minta maaf. Aku terpaksa pindah. Anis serba salah.
Tapi kenapa Sarah mendesak. Anis dari tadi tidak beritahu sebabnya.
Akuaku..
Sarah sabar menanti kata-kata Anis. Terasa ada sesuatu yang disembunyikan darinya.
Sarah..sebenarnya aku dah nikah. Anis tunduk. Mukanya sudah merah.
Apa Dengan siapa Bila Kenapa aku tak tahu Bertubi soalan Sarah bak peluru.
Anis menarik nafas perlahan. Dihembus beberapa kali. Dia pandang Sarah yang masih terpinga-pinga. Dia terpaksa buka rahsia pernikahannya kerana tidak mahu Sarah syak yang bukan-bukan. Lagipun dia kena juga pindah dari situ. Tentu Sarah syak nanti dan asyik tanya kenapa. Biarlah Sarah tahu.
Jadi, kau dan Imran dah jadi suami isteri Sarah tercengang.
Anis mengangguk lesu.
Kenapa kau tak jemput aku Sarah tidak puas hati.
Maafkan aku Sarah, bukan aku tak nak jemput kau. Kami buat untuk keluarga saja. Itu kehendak Imran sendiri. Anis menutur lemah.
Patutlah Zafran pun tak ada beritahu aku apa-apa. Sarah duduk sebelah Anis.
Anis..sabarlah ya. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni. Aku pasti, satu hari nanti, Imran akan balas cinta kau dan itu adalah lebih berkat sebab kau dan dia dah jadi suami isteri. Cinta yang datang lepas nikah tentunya lebih manis. Sarah pujuk Anis yang sugul.
Anis senyum hambar.
Entahlah Sarah. Err..tolong jangan bagi tahu sesiapa yang aku dah nikah dengan Imran. Nanti Imran marah aku. Anis pegang tangan Sarah. Minta pengertian.
InsyaAllah tapi bukan ke pernikahan ni kita kena uar-uarkan Yalah..takut jadi fitnah nanti. Sarah masih tidak mengerti kisah pelik antara Anis dan Imran.
Aku tahu tapi nak buat macam mana. Dia yang nak macam tu tapi kami ada juga buat kenduri sikit dan ajak beberapa orang kampung masa kat rumah aku.
Sarah mengangguk.
Anis..berdoalah semoga Allah bukakan pintu hati Imran untuk mencintai kau seadanya. Aku pun tak sangka begini jadinya. Sarah turut simpati pada teman serumahnya.
Teman yang sama-sama menempuh suka duka hidup sebumbung.
Tak apalah Sarah. Kali ni Anis senyum.
Err..Anis..aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau juga. Sarah teragak-agak berkata.
Minta maaf Kenapa
Sebenarnya aku yang suruh abang aku goda kau. Aku bagi nombor telefon kau pada dia. Aku buat semua tu atas dua sebab.
Pertama, aku nak lihat Imran cemburu. Kedua, sebab aku nak ubah sikap abang aku yang dingin dengan perempuan sejak dia kecewa dengan kakak kau dulu. Tak sangka abang aku betul-betul sukakan kau. Maafkan aku..Sarah tergagap-gagap.
Oo..jadi kaulah yang rancang semua ni Tak guna punya kawan! Anis luku manja kepala Sarah.
Alah..okey apa Kau dan Imran dah nikah pun! Ada untungnya jugak kan Sarah turut sengih. Dia luku pula kepala Anis.
Anis..aku minta diri dulu. Aku doakan semoga kau bahagia. InsyaAllah, Imran tak akan sia-siakan hidup kau. Percayalah pada ketentuan tuhan. Tak sangka, usikan aku dulu benar-benar jadi kenyataan. Sarah peluk Anis. Dia berlalu pergi meninggalkan Anis melayan perasaan sendiri.
Anis senyum hambar. Dia tahu dari dulu Sarah suka mengusiknya dengan Imran. Dari usikan yang hanya bergurau, tidak sangka usikan itu menjadikan hatinya melekat pada jejaka bermata biru itu. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Otaknya ligat memikirkan tindakannya yang tidak masuk akal itu. Pipinya ditampar lembut. Agak sakit. Pahanya pula dicubit agak kuat sehingga terasa pedih di kulit. Semuanya dapat dirasa, bukan bermimpi atau khayalan.
Aku ni dah tak betul ke Berkali-kali Anis mengulangi soalan itu.
Dia pandang komputer riba di atas meja. Matanya beralih pula pada telefon bimbit. Apa cerita agaknya dari Izara tentang Jay. Telefon itu direnung seketika. Mengharapkan panggilan dari gadis itu.
Hmmbetul ke tindakan aku ni Sekali lagi Anis menyoal diri sendiri.
Telefon dicapai dari atas meja. Nombor Izara ditekan sekali. Melalak lagu Silangkata dari Aizat, penyanyi kegemaran Izara. Anis mula melayan bait kata lagu itu sementara menunggu jawapan dari Izara.
Hmmmana pulak minah kepoh ni pergi Takkan dah tidur kut Anis jeling jam di atas meja belajarnya. Baru sepuluh setengah malam.
Hello! Assalamualaikum Zara! Anis cepat-cepat memberi salam bila mendengar suara dari corong telefon.
Awak nak cakap dengan Zara ke Dia tak ada. Dia kat rumah kakaknya. Siapa ni
Anis cepat-cepat jauhkan telinganya dari telefon. Macam suara Imran
Err..Zara tak ada Dia tak bawa telefon dia sekali Anis tergagap-gagap.
Kalau saya yang jawab, maknanya dia tak bawalah.
Huh! Berlagaknya! Anis mula mengomel. Telefon dijauhkan sedikit dari telinganya sekali lagi.
Oh..maaf! Kalau macam tu..tak apalah ya. Sambung Anis dengan suara agak lembut.
Tunggu!
Anis mula menggelabah. Apa pulak dia ni nak
Macam kenal je suara awak ni. AwakAniskan
Anis cepat-cepat menutup telefonnya. Memang sah suara Imran. Imran yang menjawab panggilannya tadi. Adoi! Haru macam ni! Telefonnya dicampak ke atas katil. Kenapalah Imran pula yang jawab! Minah kepoh tu pun satu! Tak reti nak bawa telefon!
ANIS terkejut melihat jam. Sudah enam suku pagi. Terus saja dia melompat dari katil. Dari mandi, gosok gigi dan pakai baju semuanya kelam kabut. Sudah seperti Charlie Chaplin. Nasib baik dia tidak perlu solat. Bangun pagi tadi dia sudah rasa semacam. Sepatutnya dua hari lagi, bulan ini awal dua hari pula uzurnya datang.
Ah! Aku dah lambat ni! Anis mencapai saja tudung mana yang tercapai oleh tangannya. Tudung itu segera disarungkan ke kepala.
Terkocoh-kocoh dia menapak ke perhentian bas. Sekejap berlari, sekejap berjalan. Terjenguk-jenguk dia melihat ke arah kanan jalan. Sesekali dijeling jam tangan.
Alamak! Aku dah terlepas bas pukul tujuh! Anis mula lemah. Ini bermakna dia terpaksa menunggu bas pukul lapan pula.
Anis melangkah lemah ke arah tempat duduk. Tas tangannya dipeluk erat. Peluh yang menitik disapu dengan tisu.
Assalamualaikum!
Anis mendongak. Razif sudah tercegat di sebelahnya sambil tersenyum. Pagi-pagi sudah tercongok di sini.
Wa..waalaikumussalam.. Anis tunduk semula. Dia jeling ke arah lain.
Awak nak ke pejabatkan Marilah saya hantarkan! Razif senyum lagi. Wajah gadis itu ditatap seketika. Anis dipandang atas bawah. Senyumannya semakin lebar.
Tak apa..saya boleh tunggu bas. Anis berkata perlahan. Dia mula bangun dan jenguk ke arah kanan jalan.
Kalau awak tunggu juga, awak akan lewat ke pejabat nanti. Marilah saya hantar! Razif mendekati Anis yang masih berdiri di bahu jalan.
Anis tidak hiraukan Razif. Panjang tengkuknya menjenguk kelibat bas.
Saya ni jahat sangat ke Sampai awak tak nak terima pelawaan saya Razif seperti tidak puas hati dengan layanan Anis yang acuh tak acuh.
Maaf..saya tak kata begitu. Saya lebih selesa naik bas. Anis mula merengus. Kata-kata Razif tadi seolah memaksanya.
Hmm..baiklah kalau awak tak sudi. Saya pergi dulu. Razif mula merajuk. Dia melangkah ke keretanya semula.
Anis hanya memerhati dengan ekor mata. Kereta Razif menderum kuat meninggalkannya di situ. Huh! Buruk sangat orang lelaki merajuk. Anis sengih. Geli hati melihat riak Razif tadi.
KAKI dihayun laju menuju ke bangunan pejabat. Terpaksa dia ambil teksi bila bas tidak muncul. Pagi-pagi sudah berpeluh dingin.
Sebaik melangkah masuk ke ruang pejabat, dari pintu utama Anis melihat Imran sedang berbincang sesuatu dengan Cik Luna, pekerja bahagian akaun yang sudah lama berkhidmat di Stephen Holdings.
Alamak! Macam mana ni Langkah Anis terhenti di situ. Dia pandang jam bulat berwarna oren yang tergantung kemas di dinding. Sudah sembilan setengah pagi, bermakna dia lewat setengah jam!
Perlahan Anis mengatur langkah. Dia buat muka selamba.
Tunggu!
Anis mendongak. Imran sudah tercegat di depannya.
Pukul berapa sekarang
Err..sembilan setengah tuan.. Suara Anis tersekat-sekat.
Pukul berapa waktu pejabat
Err..lapan setengah.. Anis tunduk. Tidak berani memandang Imran. Dia jeling sekeliling. Pekerja lain mula senyum-senyum.
Lepas ni jumpa saya!
Anis segera ke tempat duduknya. Dia jeling Imran yang menyambung semula berbincang dengan Cik Luna.
Huh! Kalau nak marah pun, marahlah dalam bilik. Ni tidak! Depan dia orang tu aku kena tengking! Anis mula tidak puas hati. Dia bukan sengaja nak datang lambat. Terasa menyesal pula tidak menerima pelawaan Razif tadi.
KELUAR dari bilik Imran, wajah Anis mula berubah. Tidak sangka Imran menengkingnya berapi-api. Teruk sangat ke disiplin aku sampai kena denda kerja lebih masa Selama ni pun aku selalu kerja lebih masa. Tak pernah merungut. Anis mengomel sendiri.
Ah..salah aku jugak. Tak apalah..kalau aku tak ganti, rezeki yang aku dapat ni tak berkat. Anis senyum memujuk hati sendiri.
Assalamualaikum, Pejabat Tuan Pengarah. Dengan siapa saya bercakap Anis mengangkat gagang telefon yang berdering kuat.
Hei! Akulah Zara!
La..kau Zara. Kau nak apa Anis senyum.
Aku ada maklumat pasal Jay. Tengah hari nanti aku bagi kat kau!
Talian putus. Anis letak gagang telefon. Hmmcepat jugak minah kepoh ni siasat. Anis mengukir senyum semakin lebar. Dia menyambung semula kerjanya. Sesekali dia jeling jam. Tidak sabar menunggu waktu tengah hari. Dia perlu tahu siapa Jay.
Sementelah lagi, Jay dah berjanji akan jadi penyelamatnya nanti. Jadi segala tentang Jay perlu diselidik. Kalau ditanya dalam facebook, Jay seperti mahu mengelak. Dia berhak tahu!
Apa yang awak senyum sendiri ni
Anis mendongak. Razif sudah terpacak di situ. Ya Allah! Bila masa mamat ni ada kat sini
Err..macam mana awak.. Anis sedikit bingung.
Dah nak masuk waktu tengah hari. Saya nak ajak awak lunch sekali! Razif senyum. Wajah Anis ditatap lama.
Tapi..saya.. Anis mula serba salah. Nyata Razif seorang yang tidak kenal erti putus asa.
Saya tunggu awak di bawah. Razif mula berlalu pergi.
Anis kaget. Razif masih tidak mahu mengalah. Dia menoleh ke arah bilik Imran. Imran sibuk mengadap komputer.
Eii..dia ni pun satu! Aku dah janji dengan Zara..macam mana ni Buatnya dia betul-betul tunggu aku Anis mula rasa serba tidak kena. Jam sudah hampir satu tengah hari. Izara sudah berjanji akan berjumpanya di kafe tingkat bawah.
Cepat-cepat Anis menutup komputer dan mencapai tas tangannya. Laju saja langkahnya ke pintu lif. Sebaik tiba di tingkat bawah, Razif sudah tersenyum kepadanya. Izara pula masih belum nampak batang hidung.
Awaktunggu saya ke Tergagap-gagap Anis menegur Razif.
Ya la. Awak nak makan kat mana Razif segera bangun dari kerusi yang disediakan untuk tetamu.
Err..sebenarnya saya tunggu kawan. Saya dah janji awal lagi dengan dia. Anis mula gelisah. Izara pun satu! Lambat pulak dia datang hari ni.
Oh..kalau macam tu..bolehlah join sekali. Razif masih tidak berputus asa.
Anis mula rasa tidak senang. Aduh! Macam mana ni Aku dahlah nak tahu pasal Jay tu. Mamat ni pulak buat kacau! Jenuh Anis berfikir untuk mengelak dari keluar dengan Razif. Dia pandang lagi ke arah pintu lif yang terbuka. Belum ada kelibat Izara.
Hmm..tak apa. Kita tunggu kawan awak tu. Razif tiba-tiba tarik tangan Anis duduk di sebelahnya.
Anis tergamam. Razif begitu berani memegang tangannya. Dia cepat-cepat tepis. Tak sepatutnya dia
membiarkan lelaki lain berbuat begitu sesuka hati. Dia perlu jaga batas pergaulan. Status isteri kepada Imran perlu dijaga. Dosa pahala wajib didulukan walaupun Imran tidak kisah dia keluar dengan sesiapa pun.
Oh..maaf. Saya tak sengaja. Maafkan saya. Razif sengih. Dia tahu Anis tidak suka tindakannya sebentar tadi.
Anis renung Razif yang selamba tersenyum kepadanya. Matanya beralih pada arah pintu lif semula. Izara masih belum muncul. Jam tangannya dijeling sekilas. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu.
DARI celah pokok bunga, Izara memerhati gelagat Anis dan Razif. Sebaik keluar dari lif tadi, langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia genyeh mata beberapa kali. Ya, lelaki yang tersenyum di depan Anis itulah yang menjadi punca langkahnya kaku. Elok-elok moodnya baik, dah mendadak berubah benci!
Buat apa dia kat sini Takkan dia tahu aku kerja kat sini Izara masih memerhati gelagat mereka.
Hmm..kenapa dia jumpa Anis Apa hubungan dia dengan Anis
Adik! Buat apa terhendap-hendap kat sini Izara terperanjat bila ditegur. Dia menoleh. Imran sudah tersengih di belakang.
Oh..abang! Tak..tak ada apa. Adik tengah cek fail ni. Kebetulan tadi adik perasan pokok ni ada ulat bulu. Tu yang adik duk terhendap-hendap. Izara mula berbohong.
Ulat bulu ManaImran pula terhendap-hendap mencari ulat bulu yang dimaksudkan oleh Izara.
Dah tak ada agaknya Izara senyum melihat gelagat abangnya yang percaya kata-katanya tadi.
Dah makan Imran pandang Izara yang terjenguk-jenguk pula ke arah lobi tetamu.
Belum Sepatah Izara menjawab. Matanya masih pada Anis dan Razif.
Apa yang adik tengok tu Imran turut melihat ke arah itu. Anis sedang berbual dengan Razif. Hmmmemang ada ulat bulu pun!
Tak..tak ada apa. Err..abang kata nak makan tadi kan Jomlah! Izara segera menarik tangan Imran dan beredar dari situ.
Imran jeling sekali lagi ke arah Anis dan Razif. Ada apa-apa ke Ah! Aku tak boleh biarkan.
TAS TANGAN dicampak atas meja. Anis merebahkan tubuhnya atas katil. Hari ini dirasakan serba tidak kena. Tengah hari tadi Izara tak muncul. Razif pula tiba-tiba je terpacak. Rosak semua rancangannya dengan Zara. Pelawaan Razif untuk keluar makan tengah hari bersama ditolak dengan baik. Biarlah Razif merajuk. Razif bukan suami untuk dipujuk. Tengah hari tu dia tidak jadi keluar makan. Terus saja ke bilik Izara. Pembantu Izara menyampaikan pesanan Izara kepadanya. Rupanya Izara ada hal penting dengan pelanggan di luar pejabat. Nampaknya dia tidak dapat mengetahui maklumat tentang Jay.
Tak apalahkejap lagi aku call dia..tak pun aku chat je melalui facebook. Anis senyum. Dia segera ke bilik air membersihkan diri.
Usai mandi, dia segera pula ke dapur menyediakan somtam yang dipesan. Kali ini pesanan somtamnya semakin menggalakkan.
Dia sudah mendapat tempahan somtam luar dari Kuala Lumpur. Anis senyum sendiri. Dia bersyukur kerana somtamnya diterima ramai.
Malam nanti dia ada kelas online. Hujung minggu pula ada kelas praktikal. Jadualnya semakin padat.
JAM di atas meja sudah sebelas malam. Tadi selesai kelas online, Anis segera buka laman facebook. Dia mencari nama Izabeth..nama akaun facebook Izara, singkatan dari Izara Elizabeth. Izara tidak online. Kecewa. Tidak sabar nak tahu siapa Jay. Apa agaknya maklumat yang diperolehi oleh Izara.
Hmm..Zara tak online la pulak.. Anis menongkat dagu. Masih menunggu Zara online.
Hmm..Jay pun tak online Anis pandang pula nota yang sempat dicatat semasa kelas online tadi.
Nota-nota itu disusun kemas dan dibaca perlahan-lahan. Banyak perkara baru yang dia perlu belajar. Memang jauh berbeza dari apa yang dia pernah belajar semasa di univerisiti dulu bersama Izara. Habis membaca nota yang ditulis, dia memandang pula ke arah laman facebook. Izara masih belum online.
Hmm..mana pulak minah ni Selalunya dia online time macam ni. Kalau aku call pulakmana tahu Imran pulak yang jawab nanti macam hari tu! Anis serba salah. Perasaannya membuak-buak ingin tahu kisah Jay.
Anis segera menjawab bila melihat nama Izara tertera di skrin telefon.
Zara! Kau pergi mana tadi Puas aku tunggu kau!
Anis segera jauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Siapa pulak ni
Err..siapa ni
Bos awak!
Alamak! Imran Kenapa dia call aku Kenapa dia guna telefon Zara Mana Zara
Err..mana Zara Anis bersuara agak kelam kabut.
Saya nak tanya awak..apa yang awak dah buat kat Zara
Anis tercengang mendengar pertanyaan Imran. Apa yang tak kena pula dengan Zara Aduh!!
Err..kenapa dengan Zara Dia sakit ke Anis mula bingung dengan soalan Imran.
Ya! Dia sakit! Sakit hati!!
Anis sekali lagi tergamam. Suara kuat Imran jelas kedengaran. Sakit hati Kenapa pulak Zara sakit hati Kat aku ke
Dia sakit hati Kenapa Kat siapa
Awak jangan buat tak reti bahasa. Hari ni dia merajuk. Balik dari pejabat tadi, dia berkurung dalam bilik. Jenuh kami ketuk pintu. Apa yang awak dah buat
Sekali lagi Anis terkejut mendengar tuduhan Imran. Apa yang aku dah buat
Maaf..saya tak faham. Tengah hari tadi saya janji dengan dia nak keluar lunch sekali tapi dia tak muncul. Itu saja. Saya pun nak tahu kenapa dia tak muncul. Anis mula rasa tidak senang dengan tuduhan Imran.
Ohawak jangan nak berbohong. Awak keluar dengan lelakikan Dah tahu berjanji dengan Zara kenapa awak keluar juga dengan lelaki tu
Suara marah Imran jelas kedengaran di hujung talian. Anis semakin tak faham. Apa hal dia ni Lelaki mana pulak ni Razif ke
Maaf, saya tak faham apa yang awak cakap. Saya tunggu Zara sampai setengah jam. Zara tak muncul. Saya masuk semula ke pejabat cari Zara. Dia tak ada. Jadi soal saya keluar dengan lelaki tak timbul. Puas hati awak Anis mengetap bibir.
Awak jangan nak naikkan darah saya. Saya nampak sendiri. Bukan main mesra lagi, apa dah tak sabar ke nak tunaikan perjanjian tu
Suara Imran mengherdik jelas di telinga Anis. Cemburu ke dia
Kenapa dengan awak ni Kalau saya keluar sekalipun, itu jugak yang awak mahukan Anis semakin geram. Tuduhan Imran sudah melampau.
Oh, kalau balak tu ajak awak buat benda tak senonoh, awak ikutlah Macam tu
Anis mula bengang. Suara tinggi Imran jelas berdesing di cuping telinganya.
Sekarang ni..Zara berkurung dalam bilik dan saya rasa sebab awaklah dia jadi macam tu! So, awak kena pujuk dia.
Pujuk Apa pasal pulak aku kena pujuk Adoi!!! Haru betul la!
Awak kena datang sini!
Talian putus. Anis terdiam mendengar ayat terakhir Imran. Malam buta macam ni Gila ke apa! Patutlah Izara tak muncul-muncul tadi tapi apa pula yang menyebabkan Izara merajuk Anis semakin keliru. Bingung dengan sikap Izara kali ini.
Anis pandang jam. Sudah hampir sebelas setengah malam. Dia mula tidak sedap hati. Mundar-mandir dia berjalan dari hujung katil ke hujung almari.
Entah-entah Imran saja je buat cerita Anis mula terfikir sendiri.
Baik aku call Izara! Anis segera mencapai telefon. Nombor Izara segera dihubungi.
Lama dia menunggu. Tiada jawapan. Sekali lagi dia dail. Masih tiada jawapan.
Tak apa..last aku dail. Kalau tak ada jawapan juga, terpaksalah aku pergi ke rumahnya.
Hello!
Anis terdiam. Suara Imran jelas memekak di cuping telinganya.
Err..awak ke Mana Zara Anis tergagap-gagap.
Awak tak faham bahasa ke hah Awak kat mana ni Bila nak datang sini
Anis menelan liur. Suara Imran begitu lantang. Sekarang ini dia merasa seolah-olah dia yang bersalah. Dia yang menjadi pesalah!
Takkan saya nak datang malam buta macam ni Tak boleh tunggu esok ke Anis terketar-ketar menjawab.
Saya tak kira! Kalau awak takut nak keluar, awak tunggu! Saya datang!
Gila! Ni dah kerja gila! Anis sekali lagi mundar-mandir di bilik kecilnya. Otaknya berserabut memikirkan sikap Izara yang tiba-tiba berubah. Buntu! Anis segera menukar pakaian tidurnya. Seluar sukan dan baju jogingnya disarungkan ke tubuhnya. Tudung bawal pula hanya diselempangkan ke bahu kiri dan kanan. Sempat dia jenguk ke bilik Sarah. Sudah gelap. Sudah tidur agaknya. Cepat-cepat dia turun ke laman rumah. Rumah di kiri kanan semuanya sudah gelap. Hanya lampu jalan saja yang menerangi kawasan perumahan di situ.
Aduh! Macam mana ni Anis mula garu kepala.
Dia jenguk ke arah jalan besar. Sunyi dan sepi. Hanya beberapa buah kereta yang lalu lalang di situ. Jam tangannya menunjukkan hampir dua belas malam.
Tak kan aku kena tunggu kat bus stop tu..dia bukan tahu rumah aku ni. Anis semakin gelisah. Dia beranikan diri berjalan ke arah jalan besar. Kalau apa-apa terjadi, dia akan guna langkah silatnya. Tekadnya sendiri. Telefon bimbitnya berdering lagi.
Assalamualaikum! Anis mula menjawab telefon.
Alamat rumah awak apa dia
Huh! Baru nak tanya! Anis merengus sendiri.
Tak payah awak tahu rumah saya. Saya on the way ke bus stop ni. Awak tahu kan Anis kuatkan suaranya. Geramnya masih bersisa.
Ok! Sepuluh minit saya sampai!
Sepuluh minit Biar betul! Anis lajukan langkahnya menuju ke tempat menunggu bas. Sebelum sempat dia ke tempat duduk di situ, seseorang menarik tangannya masuk ke dalam kereta.
Awak
Imran senyum. Saya dah ada kat sini dari tadi.
Laju keretanya menderum menuju ke banglo mewah di Damansara. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah kata pun keluar dari bibir Anis. Anis hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta.
Awak marah ke
Anis menoleh. Marah apa
Paksa awak datang rumah saya malam-malam macam ni Imran jeling sekilas. Wajah muram Anis jelas kelihatan. Dia renung Anis yang berpakaian sukan.. Sekali lagi dia tersenyum. Dah buang tabiat ke minah ni Mata nakalnya merayap pula pada dada Anis. Tudung yang diselempang ke atas menyerlahkan lagi bahagian tu.
Kenapa nak marah pulak Anis tunduk. Dia tarik tudung ke bawah. Dari tadi dia perasan mata Imran liar memandangnya.
Awak tak takut Jeling Imran pada Anis. Sengaja dia mengaju soalan begitu.
Takut apa Anis pandang Imran sekilas.
Yalah..keluar dengan saya malam-malam macam ni. Awak tak takut saya buat apa-apa kat awak Imran sengih nakal.
Apa..awak ada niat nak buat apa-apa kat saya ke Anis tergagap-gagap.
Kan..saya dah agak. Dari suara awak tu, saya tahu awak takut. Alah..kalau saya buat apa-apa kat awak pun, orang tak kata. Imran senyum lebar.
Apa maksud awak Anis mula menelan liur. Dia betulkan baju dan tudungnya.
Awak dah halal untuk saya. Kali ini Imran mula ketawa.
Anis jeling Imran. Ada riak nakal di wajah kacukan itu. Pening dengan sikap Imran yang mudah berubah watak. Tadi bukan main menengking. Mengherdik.
Kenapa dengan Zara Anis mengalih topik.
Entah. Balik dari ofis tadi dia terus berkurung dalam bilik. Tak makan apa-apa. Mama risau sangat. Mama yang suruh panggil awak. Imran masih menumpukan pada pemanduannya.Geli hati melihat wajah Anis yang sudah berubah pucat. Tahu takut.
Anis diam.
SAMPAI di banglo mewah, Imran dan Anis segera menuju ke pintu bilik Izara. Puan Zaharah dah menangis dari tadi.
Mama, kenapa dengan Zara Anis mencium tangan Puan Zaharah.
Entahlah Anis. Mama risau la. Dulu dia buat macam ni jugak. Bila kami buka pintu dia dah pengsan. Doktor kata dia telan ubat tidur! Tolong Anis ya. Pujuk Zara Puan Zaharah semakin sebak. Dia sudah serik dengan tindakan Izara dulu kerana kecewa dengan lelaki.
Anis memeluk erat tubuh Puan Zaharah yang sudah bergelar ibu mertua. Imran hanya melihat adegan Anis dan mama. Sungguh Anis seorang gadis yang penyayang. Senang memujuk hati orang tua.
Zara! Buka pintu ni Zara! Aku ni..Anis! Anis mula mengetuk pintu bilik Zara.
Diam. Tiada jawapan dari Izara. Sekali lagi Anis mengetuk pintu. Juga masih tiada jawapan. Imran pula mengetuk bertalu-talu.
Adik! Bukalah pintu ni! Anis ada kat sini! Bukalah pintu ni!
Ada kunci pendua Anis pandang Imran yang sudah mula putus asa.
Imran geleng. Tombol pintu ni kami dah tukar. Semua kunci Zara yang pegang.
Habis macam mana Nak kopek pintu ni Anis pandang pula Puan Zaharah.
Zara! Aku tahu kau mungkin marahkan aku. Cuma aku tak tahu sebab apa kau marah aku. Tolong buka pintu ni sekejap pun jadilah! Anis mula memujuk Izara yang masih diam membisu di dalam bilik.
Masing-masing buntu bila tiada jawapan dari Izara.
Pergi!! Aku tak nak tengok kau lagi! Izara melaung dari dalam bilik. Jelas suara esak tangisnya.
Anis tergamam. Nyata Izara marahkan dirinya. Zara..apa salah aku
Masing-masing terkejut bila pintu dibuka. Izara sudah tercegat di situ dengan wajah kusam.Mata pula sudah bengkak. Masam mencuka. Anis dipandang penuh benci.
Tak sangka, kau kata kau cintakan abang aku tapi rupanya kau bercinta dengan lelaki keparat tu! Izara menghamburkan kata-kata kesat.
Pantas Imran pandang Anis.
Apa kau cakap ni Zara Aku tak faham Anis bingung.
Kau jangan pura-pura tak faham. Kau sukakan Razif kan Izara lempar beberapa keping gambar ke muka Anis.
Anis mengutip gambar yang jatuh ke kakinya. Memang benar. Itu gambarnya dengan Razif semasa dia dan Sarah keluar makan bersama di sebuah restoran. Masa tu Sarah ke bilik air. Siapa pulak yang ambil gambar aku dan Razif
Jadi..selama ni awak dengan lelaki ni bercinta Imran pula bertanya. Keliru.
Astaghfirullahal azim Anis mengucap panjang.
AwakZara..saya dengan Razif tak ada apa-apa. Dia kenalan arwah kakak saya dulu. Dia juga abang kepada Sarah, teman serumah saya. Kami tak ada apa-apa hubungan pun! Gambar ni pun masa saya, Sarah dan Razif keluar makan bersama. Kami bertiga! Sarah ke bilik air masa ni. Anis pandang Izara yang masih masam mencuka. Mengharap pengertian dari sahabatnya.
Patutlah selama ini Razif tolak cinta aku. Dia pernah kata dia sudah lama cintakan seseorang. Rupanya perempuan tu adalah kau Anis.. Izara tidak endahkan penjelasan Anis.
MasyaAllah Zarakau dah salah faham. Razif tu cintakan arwah kakak aku! Dia kecewa bila arwah kak Aiza memilih orang lain, abang Razman..abang ipar aku tu! Anis cuba menahan air mata dari jatuh ke pipi.
Tapi gambar tu apa Sekarang dia kejar pula cinta kaukan Izara tuding ke arah gambar di tangan Anis.
Kan aku dah bagi tahu kau tadi. Aku pun tak tahu siapa yang ambil gambar ni! Percayalah Zara! Anis sebak. Drama dia dengan Imran belum lagi reda, timbul pula drama baru. Bingung!
Imran pandang Anis tidak berkelip. Anis bercinta dengan Razif Aduh! Pening kepala!
Zara..aku tak pernah cintakan dia. Aku tak kenal pun dia! Aku tak faham..kenapa kau marah-marah macam ni Anis cuba pujuk Izara.
Kau nak tahu kenapa Sebab Razif lah aku jadi macam ni! Dia permainkan hati aku! Dia perlekehkan cinta aku! Aku gila tau tak! Izara menangis sekuat hati.
Anis peluk Izara tapi ditepis kuat oleh Izara. Jatuh terjelepok di atas lantai.
Baiklah.. Anis bangun perlahan. Terasa sakit di bahagian pinggang.
Adik! Kenapa dengan adik ni Puan Zaharah terkejut dengan tindakan Izara. Dia segera mendekati Anis.
Imran pula tidak berkelip memandang Anis yang bakal menuturkan sesuatu.
Aku dan Razif tak ada apa-apa. Memang dia kejar cinta aku tapi aku cintakan orang lain. Dahlah! Aku dah letih dengan semua ni. Penat. Macam pengemis! Kau pun tahu, aku dah bernikah dengan Imran. Percayalah Zara! Anis mengesat air mata yang jatuh juga ke pipinya.
Mama...semua tu fitnah.. Anis mencium tangan Puan Zaharah. Mengharap pengertian dari ibu mertuanya.
Zara..maafkan aku. Anis melangkah lemah keluar dari rumah mewah itu.
Imran terdiam. Masih memikirkan kata-kata Anis sebentar tadi. Dia mula mengejar Anis bila Puan Zaharah memberi isyarat. Dia faham, ibunya sangat sayangkan gadis somtam itu.
Mana pulak minah ni Cepatnya dia pergi! Nyata Anis sudah hilang dalam kegelapan malam.
Imran segera menghidupkan enjin kereta mencari Anis di sekitar perumahan itu menuju ke jalan besar. Hatinya semakin bimbang. Malam-malam begitu macam-macam boleh terjadi. Keretanya dipandu perlahan sekitar taman dan bahu jalan menuju ke jalan besar. Kelibat Anis juga tidak kelihatan.
Ya Allahjanganlah apa-apa jadi pada dia. Imran segera memecut ke kawasan perumahan rumah sewa Anis.
Adoi! Macam mana ni Dahlah aku tak tahu mana satu rumah minah ni! Imran memandu perlahan sebaik tiba di kawasan perumahan itu.
Imran mula menggelabah. Telefon bimbitnya diseluk dari poket seluar. Nombor Anis segera dihubungi. Nasib baik dia ambil nombor gadis itu dari telefon Izara.
ANIS melangkah lemah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia intai bilik Sarah yang terbuka sedikit. Sudah lama dibuai mimpi agaknya. Telefon bimbitnya berdering dari tadi. Ah! Tentu Imran atau Puan Zaharah. Dibiarkan saja tidak berjawab.
Tubuhnya direbahkan atas katil. Bantal dipeluk erat. Sepanjang pulang tadi, air matanya tidak henti mengalir. Pemandu teksi yang dinaikinya berkali-kali menasihatinya agar pulang ke pangkuan keluarga. Anis senyum hambar. Mungkin pemandu teksi itu menyangka dia lari dari rumah agaknya. Ah! Biarlah! Tidak perlu cerita kisah pahit itu.
Dia jeling telefon di atas meja. Masih bergema lagu InsyaAllah dari penyanyi terkenal dari negara Sweden itu.
Hello! Awak nak apa Suara serak Anis jelas kedengaran.
Awak kat mana
Kenapa awak nak tahu Sejak bila awak ambil berat tentang saya Anis semakin sebak.
Saya yang ambil awak dan saya kena pastikan awak balik dengan selamat. Itu saja!
Bukan hal awak nak ambil tahu hal saya. Saya selamat! Assalamualaikum! Anis segera mematikan telefon bimbitnya.
IMRAN pandang skrin telefon. Eh! Minah ni! Kita tanya baik-baik, berlagak pulak dia!
Keretanya terus dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Dia senyum. Sekurang-kurangnya Anis sudi beritahunya yang dia selamat.