Arissa Daniel - 43
BAB 43

AL QURAN dibelek lagi. Halaman demi halaman. Kali ini Daniel sudah boleh membaca sedikit lancar walaupun masih merangkak-rangkak. Satu persatu ayat al Quran itu dialun dengan hati-hati. Setiap malam, Ustaz Hakimi mengajarnya membaca dari Muqaddam sehinggalah ke surah yang lebih panjang.

Alhamdulillah...aku dah boleh baca. Thanks to Him. Daniel menitiskan air mata. Sebak.

Terasa tenang. Saat fikirannya berserabut dengan seribu satu masalah, itulah yang menjadi ubat penenang. Betullah kata Zaki, tiada yang lebih tenang selain mengingati Allah dan melakukan perkara baik.

Tuk! Tuk! Tuk!

Daniel berpaling. Naskhah Quran diletak atas meja. Dia melangkah perlahan ke muka pintu.

Oh Zaki. Ada apa Daniel senyum sebaik pintu dibuka.

Zaki turut senyum. Tenang melihat bos mudanya segak dengan kain pelekat dan baju melayu. Dia jenguk ke belakang. Ada sejadah terbentang di situ. Hmmm...baru lepas solat agaknya..

Err..bos saya nak bincang sikit. Kita ke ruang tamu sajalah. Zaki mengusul.

Daniel hanya angguk. Dia menutup pintu dan membuntuti Zaki ke ruang tamu.

Bos, banyak kerja ke hari ni Selalunya jam tujuh sudah ada kat rumah. Zaki jeling jam di dinding di ruang tamu. Hampir sepuluh malam.

Ada kerja yang masih belum beres lagi. Emm..ada apa awak nak bincang ni Daniel sandar di sofa.

Siang tadi..saya dah jumpa Arissa. Rantai tu saya dah beri pada dia tapi.. Zaki tunduk.

Daniel hanya pandang tingkah Zaki. Dari riak Zaki sudah jelas, Arissa tak terima lamarannya.

Tak apalah Zaki. Saya tak akan paksa. Mungkin itu sudah kehendak Allah. Saya patut terima semua tu. Daniel berkata sugul.

Zaki mendongak. Nyata Daniel juga sudah putus asa.

Habis tu..apa yang bos nak buat sekarang Wajah Daniel sudah berubah riak.

Hidup mesti diteruskan. Dan saya tak akan benarkan hati saya diganggu gugat dengan perkara macam ni lagi. InsyaAllah, saya akan cuba lupakan Arissa. Selepas segalanya selesai nanti, saya ingat saya nak menunaikan umrah dan merantau.. Lirih tutur Daniel.

Zaki tunduk kembali. Nyata Daniel benar-benar sudah putus asa. Walaupun kali ini tiada riak sedih terpancar di wajah Daniel tapi dia tahu, jauh di sudut hati lelaki itu ada rasa kecewa dan kesal.

Bos..saya betul-betul minta maaf. Hati Arissa terlalu keras untuk saya pujuk. Zaki mula rasa bersalah.

I know...Daniel tunduk. Masih kuat di ingatannya kata-kata Arissa semasa di Pulau Nami dulu, Arissa membencinya sehingga ke akhir hayat.

Zaki diam seketika.

Awak jangan bimbang. Saya tak akan buat perkara buruk. Saya dah rasa tenang sekarang. Apa yang saya nak fokus sekarang ni, pasal kerja dan urusan lain yang masih belum settle. Hmm..hujung minggu ni awak nak pergi mana-mana tak Daniel mula senyum.

Kenapa

Since that you are still here, saya ingat nak ajak pergi ke satu tempat. Daniel senyum lagi.

Ke mana bos Zaki berkerut kening.

Ikut saja. Nanti awak akan tahu lepas tu. Daniel bingkas bangun.

Err..bos dah makan Saya ada masak tadi. Zaki turut bangun.

Saya masih kenyang. Lagipun dah malam ni. Saya masuk tidur dulu. Daniel minta diri.

Zaki hanya memerhati Daniel menapak ke bilik. Sebak hatinya melihat Daniel yang mula menerima semua itu.

Aku harap Daniel tak akan bertindak di luar jangkaan. Zaki sedikit mengeluh.

DANIEL henyak tubuh atas katil. Dia menekup muka. Ternyata hati Arissa begitu keras. Tiada apa atau siapa pun yang boleh pujuk hati Arissa.

Ya Allah...aku terima semua ketentuan Mu. Daniel meraup muka.

Telefon bimbitnya berdering kuat.

Hello. Oh, Zarul! Where have you been Riak Daniel sedikit teruja. Lama dia berborak dengan Zarul.

Talian putus.

Hmm...esok aku akan jumpa Zarul. Zarul perlu tahu pasal Sharif.. Daniel senyum. Dia tutup lampu dan menarik selimut.

USAI solat subuh berjemaah dengan Zaki, Daniel segera ke pejabat. Dia perlu buang jauh-jauh segala perkara yang mengganggu hati dan perasaannya.

Untuk apa dikenang perkara yang tidak mungkin dapat dibetulkan kembali. Yang terjadi sudah pun terjadi. Untuk apa mengeluh perkara yang sukar yang terjadi pada diri.

Daniel melangkah masuk ke pejabat dengan satu tekad dan satu harapan yang baharu.

Sherry, please give me a copy of lawyers statement. Daniel interkom setiausahanya sebaik menapak masuk ke biliknya. Kes tindakan mahkamah yang difailkan minggu lepas akan diteliti lagi. Kes itu masih belum dibiacarakan lagi. Dia perlu sediakan segala bukti kukuh untuk menentang Tan Sri Johari nanti.

Here you are. Sherry menapak masuk dan meletakkan satu fail di atas meja Daniel.

Thank you. Daniel capai fail dan mula membelek. Sedikit pun tidak mendongak pada Sherry.

Err...anything else boss

Nope.

Err...any coffee or tea

Nope.

Sherry berkerut kening. Apa hal bos aku hari ni..tak pandang langsung kat aku. Dia terus melangkah pergi.

Daniel mendongak. Sengaja dia bersikap begitu. Dia perasan, Sherry sudah semakin seksi dan menggoda. Kalau tak kuat iman, mahunya dia terjebak sekali lagi dalam dunia yang ingin dilupakan dan ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Hari itu Daniel begitu sibuk dengan kerja yang sememangnya tak pernah habis. Lepas kerja nanti, dia sudah berjanji dengan Zarul.

Daniel jeling jam. Hampir waktu makan tengahari.

Hmm...kat mana aku nak lunch hari ni Daniel masih berfikir. Dia segera capai kunci kereta.

Kereta dipecut ke arah Mutiara Damansara.

DI SEBUAH restoran masakan barat, Daniel menikmati Salmon panggang dengan salad buah sendirian. Sesekali dia melihat sekitar restoran. Ramai pelanggan yang menikmati hidangan tengahari di situ. Memang di restoran itulah yang selalu dia habiskan waktu bersama mendiang ayah dulu. Teringat mendiang ayahnya selalu memuji masakan chef di restoran itu. Katanya sama dengan rasa masakan chef kegemarannya di London.

Hmm..still the same taste. Daniel senyum. Licin pinggan.

Jus lemon dicampur dengan buah laici dihirup perlahan. Matanya masih menala pada sekitar restoran. Tertancap pada seseorang yang cukup dikenali.

Huh...ada hati nak kahwin. Daniel senyum sinis. Sharif dilihat berpelukan dengan seorang gadis di satu sudut meja. Tanpa segan silu, pipi gadis itu dicium berkali-kali. Yang jelas, gadis itu bukan Nelissa. Perlahan Daniel merakam aksi Sharif dan gadis tadi.

Dia segera memanggil pelayan restoran untuk bil.

KEMBALI dari makan tengahari tadi, Daniel menyambung semula kerjanya. Mesyuarat dengan semua pengurus yang dijadualkan pada pukul tiga petang terpaksa dibatalkan. Dia perlu jumpa Zarul. Penting.

Hmm..aku belum solat lagi. Daniel lihat jam di pergelangan tangan. Hampir dua setengah. Pintu bilik dikunci rapat. Tirai tingkap juga ditutup. Dia segera ke bilik air mengambil wudhuk. Sejadah yang sememangnya siap disimpan dalam laci dicapai dan dibentangkan di sudut set sofa mengikut arah kiblat. Sejadah yang ada kompas penunjuk kiblat yang pernah diberikan kepada Zaki dulu.

Daniel mula menunaikan solat zuhur.

GAGAK menapak perlahan ke pintu bilik pejabat Daniel. Tadi dia ada terima panggilan Daniel. Ada hal penting.

Kunci la pulak.. Gagak ketuk beberapa kali. Tidak berjawab.

Seketika kemudian pintu dibuka. Tersenyum Daniel di muka pintu. Gagak diajak masuk.

Maaf, kenapa bos kunci Gagak berkerut kening.

Tak ada apa.. Daniel senyum. Belum tiba masanya lagi Gagak dan mereka yang lain tahu tentang dirinya yang sudah bergelar seorang muslim.

Please have a seat.. Daniel melabuhkan punggung di sofa.

Ada apa bos Gagak terus kepada topik asal.

Hmm...get ready for our next step. Kita kena bersedia. Tan Sri sudah terima surat tuntutan dari syarikat kita. Kita tidak tahu apa yang Tan Sri akan lakukan nanti.

Baik bos. Gagak angguk tanda faham.

Err...kes Datuk Mustafa macam mana bos

Itu kita uruskan kemudian. Kita kena pastikan kes JN Bioetch itu berjaya dulu. Lepas tu baru kita uruskan kes Datuk Mustafa. Daniel sandar di sofa. Rasa sedikit lega bila kes samannya sudah mula didengar.

Gagak mengangguk lagi.

Err..sudah lama bos tak ke kelab...bos ada masalah ke

Daniel sedikit tergamam. Dia tahu tentu Gagak tertanya-tanya. Selalunya lepas saja kerja, dia akan mengajak Gagak dan Robin ke kelab. Bersantai di situ sampai pagi. Lepas tu angkut perempuan yang mana berkenan di hati. Hujung minggu ke kelab golf sampai tengahari dan sebelah malam pula berhibur di pub.

Tak..saya rasa saya nak berehat dari semua tu. Bila difikirkan balik, saya sudah buang masa sebenarnya. Seronok tu hanya datang seketika tapi hati masih tidak tenang. Daniel cuba mencari alasan yang agak logik pada fikirannya.

Hmm...betul tu bos. Saya pun terfikir juga hal tu. Sampai bila kita nak hidup macam tu. Gagak turut senyum.

Hmm...jadi awak nak berubah Sengaja Daniel tanya.

Berubah macam mana tu bos Gagak garu kepala.

Daniel ketawa.

Berubah ke arah yang lebih baik. Saya pasti tentu awak pun inginkan sebuah keluarga yang bahagia kan

Gagak tunduk. Memang selama ini dia berusaha untuk menjadi baik tetapi keadaan yang memaksa untuk dia menjadi seperti sekarang ni. Hidup dengan ayah yang mengidap kencing manis yang agak teruk membutuhkannya mencari wang ringgit yang banyak untuk ubat dan kesihatan ayah. Daniel, dialah penyelamat dan tanggung semua kos pembedahan yang terpaksa ditangguhkan dulu.

Gagak..are you okay

Err..okay boss. Gagak cuba melemparkan senyuman.

Kalau awak ada masalah, jangan sorokkan dari saya. Saya dengar ayah awak sakit sekarang ni

Gagak masih tunduk. Malu pada Daniel. Walaupun bukan muslim tapi sanggup menolong orang Islam sepertinya.

Terima kasih bos..

Saya doakan ayah awak sembuh nanti. InsyaAllah, bulan depan ayah awak akan menjalani satu lagi pembedahan. Saya dah uruskan semuanya. Awak jangan bimbang. Daniel senyum.

Gagak tercengang.

Err...tadi bos sebut insyaAllah...bos dah masuk Islam ke Gagak pandang bos mudanya tak berkelip.

Macam awak tak tahu! Saya kan ada ramai kenalan melayu. Mungkin saya terikut-ikut cara mereka bercakap. Daniel gelak. Kantoi kau Daniel! Nasib baik dapat beri alasan logik sikit.

Gagak berkerut kening.

Hmm..nanti kita jumpa lagi. Ill let you know. Daniel bingkas bangun. Gagak dilihat sudah keliru.

Baik bos. Gagak turut berdiri.

Dont worry. Your father will be fine. Just pray to Allah. Daniel tepuk bahu gagak.

Sekali lagi Gagak ternganga. Daniel ditenung lama. Dia berlalu pergi dari situ.

Daniel menyambung kembali kerjanya sampai pukul lima petang. Dia segera menunaikan solat Asar sebelum menapak keluar dari bilik pejabat.

LAJU langkah Daniel menuju ke Tasik Titiwangsa. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Zarul yang duduk di bangku sambil mengadap ke arah tengah tasik.

Zarul!

Zarul menoleh. Daniel sedang berjalan menuju ke arahnya.

Dah lama kau tunggu Daniel melabuhkan punggung di sebelah Zarul.

Baru je. Kau dari mana ni Zarul pandang Daniel yang sudah tersengih.

Ofis la! Kau ingat dari mana Daniel kenyit mata.

Tak ada la. Kalau dah sengih macam ni, macam baru dapat perempuan ni bro! Zarul turut kenyit mata.

Daniel diam. Faham usikan Zarul tadi.

Ada apa kau nak jumpa sangat aku ni Zarul mula ke topik asal.

Aku ada hal penting nak beritahu kau tapi sebelum tu, kau dan Nelissa dah buat keputusan Daniel sandar di bangku.

Keputusan apa

Daniel jeling Zarul. Buat-buat tanya lagi mamat ni!

Kan kau kata nak nikah dengan anak Tan Sri bongkak tu! Daniel sudah geram.

Oh..itu ke.. Zarul tunduk.

Macam mana Daniel tidak sabar.

Entahlah Daniel. Aku dah buntu sebenarnya ni. Aku tak tahu macam mana nak mula. Zarul menekup muka seketika. Kemudian dia menghela nafas panjang.

Daniel masih pandang Zarul.

Aku rasa kau kena buat keputusan cepat kalau kau masih cintakan Nelissa tu sebab tak lama lagi Nelissa akan dikahwinkan dengan orang lain. Daniel mula berterus terang.

Zarul mendongak. Mencerlung.

Maksud kau

Kau kenal Sharif kan Soalan lain Daniel tanya.

Sharif Maksud kau...Sharif anak Datuk Mustafa Zarul menelan liur.

Daniel angguk.

Kenapa dengan dia

Dialah calon suami Nelissa. Pilihan Tan Sri. Tan Sri dan Datuk Mustafa sudah sepakat untuk menjodohkan Nelissa dengan Sharif. Terang Daniel.

Mana kau tahu semua niZarul terbeliak.

Sharif sendiri yang beritahu aku. Mungkin majlis nikah tu dalam masa terdekat ni.

Zarul terdiam.

So, whats your plan Daniel masih pandang Zarul yang sudah buntu.

Entahlah...aku..aku dah buntu. Siapa aku nak dibandingkan dengan Nelissa. Aku dan Nelissa bagai langit dengan bumi. Harta yang menjarakkan aku dengan Nelissa. Payah untuk aku berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya. Aku yang bodoh sebenarnya dan kerana kebodohan aku tu, aku kehilangan ayah dan adik aku pula terpaksa terima padah sekali.. Zarul tunduk. Kedua tangannya meraup muka.

Zarul...harta bukan ukuran kebahagiaan. Poverty is not a shameful thing, but laziness and pessimism are exactly embarrassing.

Kenapa nak malu Apa guna jadi kaya kalau hati tak tenang. Kau tengok saja aku, aku mempunyai segalanya. Wang, kuasa tapi semua tu belum tentu menjamin bahagia. Harta peninggalan ayah aku sangat banyak. Sangat banyak untuk aku seorang. Setakat Ferrari dan Hummer, aku boleh beli. Aku pernah mohon untuk menjadi salah seorang pembeli Ferrari dan Hummer. Kedudukan kewangan aku menepati kriteria yang dikehendaki tapi bila aku fikir balik, untuk apa semua tu Just nak show off Daniel melepaskan keluhan seketika.

Zarul masih diam.

Tak salah mencari harta. Kita digalakkan mencari harta kekayaan tapi dengan cara yang betul, bukan menipu. Ayah aku selalu berkata, Stop looking for reasons why you are poor. Instead, try to find on how to be rich."

Jadi aku tak hairan kalau Tan Sri bersikap macam tu. Dia seolah gila harta. Kalau boleh semua harta dalam dunia ni nak dikautnya sehingga sanggup menipu ayah aku untuk mendapatkan semua keinginannya. Ayah aku meninggal dengan membawa hati yang parah. Aku tak boleh terima. Sambung Daniel. Sekali lagi dia melepaskan keluhan panjang.

Macam mana Tan Sri tu tak kenal kau ni anak Datuk JB Zarul mula teruja dengan kisah Daniel.

Aku tak suka menonjolkan diri. Masa ayah aku ada dulu, dia yang uruskan segalanya. Aku masih ingat, habis saja SPM, aku sambung belajar ke luar negara, ke Holland. Ayah aku bekerja keras menaikkan nama syarikatnya yang sudah mula kukuh.

Bermula penubuhan syarikat pertamanya di Pulau Pinang kemudian dia melangkah setapak menceburkan diri dalam bidang hartanah di London. Habis belajar, aku disuruh jaga syarikatnya di London. Bila syarikat ayah aku kukuh di Malaysia yang berpusat di Mid Valley, aku diarahkan menjaga sepenuhnya urusan bisnes di sini tapi segala urusan rasmi, aku masih guna nama ayah aku sehinggalah dia meninggal dunia.

Zarul terdiam seketika. Ternyata Daniel seorang yang sangat merendah diri. Aku yang pekerja biasa macam ni pun dia tak kisah berkawan.

Tapi macam mana kes ayah kau ditipu tu Bukan ke kau yang kata tadi, semua urusan bisnes di Malaysia ni kau dah ambil alih Zarul mula tidak faham.

Memanglah tapi kes ni ayah aku berpakat dengan Tan Sri tanpa pengetahuan aku. Sedar-sedar, ayah aku jatuh sakit dan masa tulah baru aku tahu yang dia telah ditipu. Masih terbayang wajah sugul ayahnya sewaktu beritahu semua itu.

Jadi..selama ni Tan Sri memang tak tahu kau ni anak Datuk JB Zarul menoleh ke arah Daniel yang masih bersandar di bangku.

Itu aku tak tahu..tapi lepas ni dia akan kenal siapa anak Datuk JB. Daniel senyum sinis.

Zarul dan Daniel masing-masing diam seketika.

So, apa kau nak buat sekarang ni Nak biarkan saja Nelissa tu jadi milik Sharif Daniel kembali ke topik asal. Zarul dilihat diam dari tadi.

Kau rasa Zarul tanya Daniel semula.

Kalau aku, aku bawa lari Nelissa tu jauh dari sini. Manusia macam Tan Sri tu memang patut diajar! Daniel mengetap bibir.

Senanglah kau cakap! Aku yang nak kena tanggung semua tu. Zarul tekup muka lagi. Buntu!!

Kau nak tengok Nelissa tu menderita Daniel tenung wajah Zarul yang sudah kelihatan berserabut.

Maksud kau

Aku kenal siapa Sharif. Dia kaki perempuan...macam kita juga..dulu la. Baru tadi aku nampak dia berpelukan dan berciuman di khalayak ramai. Kau nak Nelissa dapat suami macam tu Sekali lagi Daniel tanya.

Zarul tunduk semula.

Kau fikirlah dulu. Nanti aku update kau tentang hal ni. Daniel tepuk bahu Zarul yang tunduk memandang rumput.

Our life is very difficult, but there are millions of people with a more difficult life out there." Sekali lagi bahu Zarul ditepuk.

Daniel..aku hanya harapkan kau saja untuk tolong aku. Aku masih cintakan Nelissa. Zarul tunduk.

Daniel senyum. Akhirnya Zarul ingin merealisasikan keinginannya untuk bernikah dengan Nelissa.

Macam tulah kawan aku. Kau kena fikir masa depan kau. Like people always said, The past is not always as the way you want, but the future can be designed as you like. If youve never failed, youve never tried anything new. So, dont give up.

Zarul mendongak. Dari dulu, Daniel selalu memberi kata semangat dan motivasi membina sedangkan Daniel sendiri menghadapi kemelut yang sukar dirungkai dengan mudah. Pengkhianatan dan kematian orang yang disayangi sama seperti dirinya.

Thanks Daniel...aku...aku tak tahu siapa lagi tempat aku mengadu. Zarul mula mengukir senyum.

Apa guna ada kawan. Oh ya, kau ambil bidang apa ya dulu

Kenapa Zarul berkerut kening. Dah pelik pertanyaan Daniel.

Aku ada satu anak syarikat kejuruteraan yang mengendalikan pembekalan barang untuk part kapal terbang dan juga pembaikan kapal terbang macam JB Corp Bhd. Kalau kau berminat, kau boleh jadi pengurus di situ. Macam mana Daniel senyum lebar.

Kau...kau serius ke ni Zarul menelan liur.

Daniel angguk.

Aku boleh je..tapi syarikat tu kat mana Maksud aku..area mana Zarul sudah teruja.

Kuantan tapi kau kena selalu outstation ke luar negara nanti terutama Jerman. Daniel berterus terang. Memang itu bidang yang diusahakan oleh mendiang ayahnya dan dikendalikan oleh syarikat induk JB Corp Berhad.

Oh... Zarul mula kendur suara.

Kenapa Tak setuju

Bukan..macam mana dengan NelissaZarul mendongak. Daniel dipandang tepat ke anak mata.

Kau bawa la dia sekali. Mungkin aku akan berkolaborasi dengan syarikat kat Jerman tu.

Nanti aku fikir..

Macam tulah Zarul yang aku kenal! Daniel tepuk bahu Zarul.

Okey, aku pun nak balik ni. Dah nak maghrib ni. Daniel jeling jam di pergelangan tangan.

Zarul berkerut kening. Apa kau cakap tadi

Cakap apa Daniel pula berkerut kening.

Tadi..kau kata dah nak maghrib..kau nak solat ke apa Zarul ketawa.

Habis, kau tak solat Soalan itu dipulangkan semula kepada Zarul.

Tanya aku pulak, kau tu, macam orang Islam pulak aku tengok. Zarul sengih.

Alhamdulillah..aku dah bertemu dengan cahaya hidup. Daniel senyum lebar.

Maksud kau Zarul tidak berkelip memandang Daniel.

Daniel diam seketika. Pandangannya dilemparkan ke tengah tasik. Nafas dihembus perlahan.

Aku sekarang bukan Daniel yang dulu lagi. Aku sedang menuju ke jalan yang terang. Alhamdulillah, Allah mendengar doa aku. Daniel masih memandang ke tengah tasik.

Jadi..kau..kau dah peluk Islam Zarul terkedu.

Daniel mengangguk.

Ya Allah..Im happy for you my friend!! Zarul peluk Daniel sambil menepuk bahu Daniel.

Hey, whats going on dude Daniel pandang Zarul yang sudah mengalirkan air mata.

Actually, lepas kau tanya aku pasal keistimewaan surah Al Fatihah tu, aku mula sedar yang selama ini aku telah hanyut jauh dari kehidupan Islam aku. Aku cuba mencari diri aku kembali. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku berubah. Aku malu pada kau Daniel. Aku yang Islam sejak lahir ni tak pernah nak mendalami agama. Aku buat sambil lewa saja. Kau yang baru mengenal Islam pula yang beria belajar. Zarul mengesat air mata.

Alhamdulillah...kita sama-sama berusaha menjadi muslim sejati. Kalau kau nak belajar, kau boleh ikut aku. Aku sekarang sedang belajar dengan Ustaz Hakimi. Dialah yang banyak mengajar aku dan di depan dialah aku melafazkan kalimah syahadah. Daniel mula berani bersuara.

Alhamdulillah..maknanya apa yang aku doakan selama ni telah pun ditunaikan oleh Allah. Amin! Zarul meraup muka.

Kau doa apa

Supaya kau diberi hidayah untuk peluk Islam! Zarul senyum penuh makna.

Oh..thanks my friend. Aku juga doakan kau selalu ingatkan Allah. Daniel tunduk. Sebak.

Kalau macam tu, jom! Zarul ajak Daniel.

Ke mana

Masjid!

Daniel senyum. Sejak bergelar seorang muslim, dia jarang menapak ke masjid. Hanya pada hari Jumaat sahaja dia hadir untuk solat Jumaat bersama Zaki. Mungkin kerana sibuk dengan urusan perniagaan di siang hari dan malam pula ada kuliah dari Ustaz Hakimi.

Mereka berdua mula berjemaah bersama di masjid berhampiran.

PULANG dari berjumpa Zarul petang tadi, Daniel terus ke rumah. Dia perlu siapkan kertas kerja projek terbarunya. Mulai minggu depan, perbicaraan kes pengambilalihan JN Bioetch akan bermula.

Hmm...I wonder how Tan Sri JN accept all these.. Daniel senyum sinis.