Complete Me - 43
Bab 43

BUNYI azan yang berkumandang, menyentakkan Afiqa. Matanya dicelik perlahan-lahan.

Ber balam-balam pandangannya apatah lagi dia sekarang ini masih mengantuk gara-gara tidur lewat. Nafas panjang ditarik perlahan. Matanya dicelik seluas mungkin sambil merenung segenap ruang di dalam biliknya. Setelah Afiqa berasa sedikit selesa, gebar yang menyelimuti dirinya diselak ke tepi. Tubuhnya bangun namun dia akhirnya terjatuh ke atas katil kembali. Terasa ada sesuatu yang melekat di pinggangnya.

Berderau darah Afiqa apabila melihat tangan Airish melingkari pinggangnya. Lelaki itu begitu enak melayani tidur. Sedikitpun tidak berkalih tubuh lelaki itu. Afiqa mengeluh. Ditenung lama wajah lelaki itu. Ya Allah, rindunya dia pada wajah ini.

Tanpa sedar, tangan Afiqa perlahan-lahan hingga pada wajah Airish. Dari juntaian rambut di dahinya turun pula ke mata lelaki itu. Hidungnya yang mancung dan bibir lelaki itu. Afiqa meneguk liurnya. Adoi, aku memang dah gila! Menyedari ketelanjuranya, pantas Afiqa menarik tangan Airish dengan lembut. Berjaya!

Perlahan-lahan, Afiqa bangun dari tidurnya. Tualanya pantas dicapai dan segera menghilang ke bilik air. Dia perlu bersiap.

Usai bersiap, Afiqa pantas keluar dari kamar sambil membawa tas tangan dan beg bimbit. Sarapan pantas disiapkan Afiqa. Telur separuh masak dan roti bakar disediakannya. Afiqa tersengih sendiri.

Maaf, Airish. Saya nak cepat ni! Sempat Afiqa berbicara sendiri. Kalau hari minggu tak apa. Jangankan nasi goreng, nasi lemak, nasi beriani, nasi minyak pun dia boleh buat.

Bergegas Afiqa naik semula ke atas untuk mengenakan tudung pula. Selendang ditarik sebelum dililit mengikut cita rasanya. Amboi, Fiqa dah pandai melawa sekarang Afiqa tersenyum. Sepanjang dua bulan ketiadaan Airish, dia bagaikan banyak belajar sesuatu. Mungkin betul selama ini dia agak selekeh tetapi kini tidak lagi. Dia banyak belajar dari internet, majalah dan sebagainya untuk kelihatan anggun dan cantik. Alhamdulillah kini dapat dia rasakan yang hidupnya semakin baik.

Berpuas hati dengan lilitan tudungnya, Afiqa segera mengatur langkah menyusur keluar dari bilik. Tetapi, kakinya terhenti sendiri sebaik sahaja terpandangkan Airish. Lelaki itu masih berselubung di dalam gebar. Afiqa tersenyum manis. Comel betul lelaki itu tidur. Teringatkan sesuatu, tangan Afiqa berlabuh perlahan di dahi suaminya. Dahi lelaki itu agak panas. Demam agaknya. Mahu dikejutkan, dia tidak sampai hati. Akhirnya Afiqa hanya membiarkan Airish nyenyak dalam tidurnya.

Sebelum Afiqa melangkah keluar, dilakarkan beberapa pesanan sebelum nota lekat tersebut diletakkan di atas meja makan. Harap-haraplah, Airish perasan kewujudan nota tersebut. Itu yang diharapkan Afiqa. Langkahnya disegerakan. Dia sudah lambat ke tempat kerja.

JAUH Airish termenung di sebalik tingkap di rumah itu. Nafas panjang terhela buat entah kesekian kalinya. Matanya tajam memerhatikan jalan raya yang lengang. Tiada satu pun tanda-tanda keberadaan Afiqa. Di mana isterinya

Selepas siap menggantikan solat subuh, segera dia menapak turun ke bawah, sedang berkira-kira mungkin wanita itu ada di dapur mahupun ruang tamu. Tetapi, sangkaannya tersasar jauh. Ruang di dalam rumah itu kosong! Airish mengetap bibirnya. Afiqa lari dari rumah lagikah

Airish resah sendiri. Jelingan matanya sentiasa memerhati pada jarum jam di dinding rumah tersebut. Tiba-tiba, pintu rumah yang terkuak dari luar sekaligus menyentakkan Airish. Laju lehernya diangkat mengintai gerangan manusia di situ. Pasti Afiqa.

Kakinya disilangkan sambil kepalanya dibaringkan malas pada bantal sofa yang empuk itu. Afiqa yang baru menjengah masuk mengerutkan keningnya, mencari di mana Airish. Langkahnya dibawa ke arah meja makan untuk meletakkan dahulu makanan yang baru dibelinya di gerai tidak jauh dari rumah.

Itulah rutin Afiqa ketika pulang sekolah. Pastinya dia akan membeli sahaja lauk pauk di gerai tersebut kerana dia sememangnya malas memasak. Tangan Afiqa menarik kembali nota lekat di atas meja makan tersebut.

Makan ni. Saya balik lambat hari ni. Jangan tunggu saya, :D

Dahinya berkerut. Airish tak makan lagi ke Kalau sudah kenapa masih dibiarkan nota itu tersadai di situ. Laju tangan Afiqa membuka tudung saji tersebut. Afiqa mengeluh seraya terus bergerak pergi menghadap Airish di ruang tamu. Punggungnya dihenyakkan di atas sofa.

Matanya dihalakan tepat pada mata Airish. Lelaki itu tidak membalas pandangannya. Bahu Airish disentuh Afiqa sedikit, ingin menyedarkan lelaki itu akan kehadirannya di situ. Airish mengengsot ke tepi. Kening Afiqa ternaik sebelah. Apa kena dengan suaminya ini Malas memikirkannya, belakang tangan Afiqa diletakkan di dahi lelaki itu. Kali ini, Airish tidak menghalangnya.

Lama tangan Afiqa berlabuh di situ. Bibirnya mengoyak senyuman nipis. Alhamdulillah suhu sudah berkurang.

Airish....

Airish buat endah tidak endah sahaja. Panggilan Afiqa tidak dipedulikan.

Airish panggil Afiqa lagi. Masih tiada sahutan.

Fahamlah Afiqa bahawa lelaki itu sedang merajuk. Malas nak melayannya, Afiqa langsung bangun.

Nak pergi mana tu terkeluar juga suara Airish.

Saya nak pergi makan.

Kau tak nak tanya aku dah makan ke belum Airish menyoal sambil kepalanya tertoleh ke belakang, menghadap belakang tubuh Afiqa yang sedang ligat menyediakan makanan di atas meja.

Saya tau awak belum makan. Sarapan yang saya buat langsung tak berusik. Kalau nak makan, marilah sini.

Airish terdiam. Bantal kecil yang dipeluknya dibiarkan tersadai di atas sofa sambil kakinya mula bergerak ke arah Afiqa.

Sambil berjalan, matanya tidak henti-henti memerhatikan segala tingkah laku isterinya itu. Airish melabuhkan duduk di atas kerusi. Ralit matanya memerhatikan. Gadis itu mengenakan baju kurung moden hijau pucuk pisang, dipadankan pula dengan selendang tona hijau gelap. Solekan nipis yang dikenakan juga

458

tambah menganggunkan penampilan. Cantik, pujinya sendiri.

Kau pergi mana tadi

Kenapa awak tak makan tadi

Airish mengeluh mendengar cara isterinya menjawab. Isterinya seakan-akan sudah kembali kepada tabiat lama. Baru semalam mereka berbaik tetapi tidak mustahil juga pagi ini mereka bertengkar. Oleh itu, Airish mengambil keputusan untuk mengalah. Biarkanlah! Malas nak bergaduh.

Sesudahnya, kepalanya digeleng sahaja sebagai jawapan kepada soalan Afiqa.

Kau pergi mana tadi

Saya kerja dekat sekolah, terang Afiqa.

Kau dah mula kerja

Nak sara hidup, kenalah kerja. Saya bukannya anak datuk!

Airish terkedu. Adakah isterinya itu sedang menyindir Adakah gadis itu tahu yang dia sudah terhalau dari rumah dan kini tiada mata pencarian.

Aduh!