CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 43
DOA ringkas dipohon pada Sang Pencipta langit dan bumi, diiringi air mata bertaburan di pipi.

Pertengkaran siang tadi, amat dikesali. Dia tak patut mendesak Idlan dengan hal begitu. Biarlah satu masa nanti nama Irdiana hilang sendiri dari ruangan hati Idlan. Dan, akan tiba satu ketika namanya saja yang memenuhi ruang dada suaminya itu. Biarkan ia bermukim sendiri bersama restu Ilahi.

Bukan kerana dia yang meminta-minta. Soal hati dan perasaan, mana boleh dipaksa-paksa. Dia mula sedar, tak patut dia ungkit kehidupan silam suaminya dan nama Irdiana tak perlu muncul dalam rumahtangga yang baru dibina.

Ika menyapu mata dengan hujung telekung. Masih nak berlama di sejadah, namun dia serba salah memikirkan Idlan berada di luar bilik. Sejak petang dia kuncikan diri. Berkali-kali Idlan mengetuk pintu sambil memujuknya keluar. Tapi, dia buat tak peduli.

Rasa berdosa kian menghimpit dada. Lemas dengan kesilapan sendiri, dia terus bingkas dan melipat telekung. Buat masa sekarang, dia tak sanggup bersemuka dengan Idlan. Biar keadaan reda dahulu. Biar hatinya tenang sedikit. Moga doa yang dipohon sebentar tadi, akan termakbul nanti.

Dia tak mahu fikir perkara bukan-bukan lagi. Lebih baik kalau dia lakukan sesuatu. Teringat Baju Melayu Idlan belum siap, dia menuju ke mesin jahit.

Sementara itu di luar bilik, Idlan garu-garu kening. Dalam hati berkira-kira cara lain nak memujuk Ika. Kalau dengan kata-kata pun tak jalan, apa cara lagi yang boleh dia buat Dari petang membawa ke malam, Ika masih dalam bilik. Lama juga kalau Ika merajuk. Dia resah sendiri. Belum pernah terjadi pergaduhan besar begini antara dia dan Ika.

Penat berjalan macam orang tak tentu arah depan pintu bilik, Idlan melurut kasar rambutnya ke belakang. Nak pujuk Ika dengan kata-kata romantis, dia tak ada idea. Cara yang paling tahu dia buat, hanya dengan meminta maaf. Tapi, nak minta maaf macam mana kalau Ika langsung tak nak keluar

Dia kirim WhatsApp pun Ika tak balas. Sudahnya, dia buat panggilan. Tapi, deringan telefon bimbit Ika tak jauh dari tempat dia berdiri. Dia berpaling. Atas tv Aduhai... dahi ditepuk perlahan. Dia fikirkan telefon bimbit Ika ada dalam bilik. Tapi, rupanya di luar! Sekali lagi Idlan mengetuk pintu. Ika... Tiada sahutan suara Ika dari dalam.

Sayang, bukalah pintu...

Senyap dan sunyi. Langsung tak bunyi apa-apa. Idlan garu kepala. Mati akal nak memujuk. Tak tahu cara apa lagi dia boleh guna. Akhirnya dia duduk bersandar di pintu bilik. Menunggu Ika keluar tak kira walau bila sekali pun. Sampai esok pun dia sanggup tunggu. Itu sebagai balasan kerana dia dah lukakan hati Ika secara tak sengaja.

Dia betulkan kaki. Kepala dijatuh ke lutut. Telefon bimbit masih di tangan. Rasa mengantuk pun ada tapi, cuba ditahan selagi Ika tak tunjuk muka. Tiba-tiba idea baru datang. Kenapa dia tak terfikir dari tadi Cepat-cepat dia bangun dan meluru ke arah kabinet tv. Laci dibuka lalu mengambil buku nota dan dibawa ke meja tulis.

Ika...t olonglahk eluar.A bangm intam aafs ebabb uatI ka sedih. Abang tak ada maksud pun nak kaitkan cara Ika masak dengan soal hati dan perasaan abang. Tak ada langsung. Cuma Ika sendiri yang cakap macam tu. Abang pertikaikan apa yang Ika buat sebab abang tak nak Ika penat uruskan rumahtangga dan uruskan abang.

Ikak enas edar,a bangb ukanb udak-budakl agi.A bang bolehb uats endirim anay angp atuta bangb uats endiri. Maksudnya,I kat akp erlub uats emua.T akp erlup enatpenat nak masak lauk banyak setiap hari. Cukuplah Ika masak ala kadar. Dengan cara tu, Ika tak adalah letih sangat. Sesekali Ika bagilah abang masuk dapur tolong apa yang patut. Secara tak langsung kita dah hidupkan sunnah Nabi dalam rumahtangga.

Itus ebenarnyam aksuda bang.B ukans epertia pay ang Ika fikir. Lagipun sebelum ni abang tak biasa dilayan baik-baik.S ebabt ua bangr asak ekok.I nsya-Allahn anti abang akan biasakan diri. Keluarlah sayang...

Dia selit nota bawah pintu. Agak lama dia menunggu. Tapi, apa yang ditunggu, lain pula dia dapat. Tiba-tiba nota diselit tadi, dikembalikan semula. Dia garu dahi. Dah mula rasa cuak. Nota yang dikembalikan, segera dibuka lipatannya.

Ika pun minta maaf. Kalau Ika keluar, boleh tak abang kacak jangan marah

Idlan tersengih panjang dan menarik nafas lega. Tak sangka Ika membalas dengan ayat-ayat comel. Dia gigit bibir bawah. Berfikir ayat apa yang sesuai nak dibalas semula. Sekarang masanya nak bergurau senda. Dah tak ada sesi pujuk memujuk sebab dia tahu, hati Ika dah sejuk macam ais!

Abang kacak takkan marah kalau adik comel keluar cepat-cepat.

Sekali lagi nota yang sama diselit bawah pintu. Idlan tersenyum-senyum. Pen di tangan menari-nari. Girangnya rasa hati apabila si isteri sangat sporting.

Kalau adik comel tak nak keluar, abang kacak nak buat apa

Idlan ketuk perlahan dahinya. Nak buat apa ya... dia terangguk-angguk. Sekali lagi pen di tangan mencoret sesuatu.

Abang kacak akan pecahkan pintu dan bawa adik comel lari!

Kertas disorongkan kembali ke bawah pintu. Seketika kemudian dia mendapat balasan.

Abang kacak nak bawa lari adik comel ke mana

Aduh... Idlan garu kepala. Ika sungguh-sungguh nak bermain. Okey, tak apa. Layankan ajelah Idlan oi...

Bawa lari adik comel masuk dalam hati abang kacak.

Idlan tersengih-sengih. Dah macam orang angau. Angau pada isteri sendiri Mengarut betul dia.

Pintu bilik dibuka dari dalam. Idlan yang enak bersandar, tiba-tiba terlentang. Ika tergelak-gelak. Lucu melihat Idlan terlentang begitu.

Segera Idlan bangun dan terus dapatkan Ika.

Pandai ye pura-pura merajuk dengan abang

Eh, Ika merajuk betul-betullah.

Boleh percaya ke...

Ika mencebik kecil. Tak caya dah. Abang tak kenal lagi Ika ni. Kalau Ika marah, merajuk, sekejap aje. Tak ada lama-lama macam orang lain.

Idlan tunjuk muka tak percaya. Ye ke sekejap

Dari petang abang tunggu kat luar bilik. Sekejap apa

Sekejaplah tu. Kalau orang lain, berhari-hari merajuk pun belum tentu okey lagi.

Idlan mengusap belakang leher. Lebih baik mengalah sajalah dengan adik comel dia ni. Nanti kalau dibalas, merajuk lagi susah pula dia. Dia menghampiri Ika. Berjam-jam tak nampak bayang Ika, tak tengok muka comel tu, dia dah pandai merindu. Kalau dia ditugaskan bekerja luar kawasan, terpaksa tinggalkan Ika berhari-hari, macam mana agaknya. Mungkin setinggi gunung kerinduan terpaksa dia tanggung.

Langkah Idlan terhenti ketika pandangan menangkap luka di jari manis Ika. Cemas wajahnya saat itu. Dalam kepala dah fikir benda bukan-bukan. Ika nak bunuh diri sebab merajuk tadi ke Sampai ke situ otaknya tersasar.

Kenapa jari sayang luka

Ika baru teringat kecederaan kecil yang dialami sebentar tadi.

Oh, ini... Tangan diangkat dan jari yang luka disuakan ke wajah Idlan. Tak ada apa-apalah. Ika terkena pisau tadi masa nak tanggalkan benang pada Baju Melayu abang yang Ika tersalah jahit.

Idlan pegang tangan Ika dan meneliti kesan torehan pada jari manis itu. Dah sapu ubat

Ika menggeleng. Belum. Ubat ada kat luar. Ika malas nak keluar. Tadi kan Ika tengah merajuk dengan abang. Kalau Ika keluar, nanti tak fasal-fasal bertembung dengan abang.

Idlan merengus kesal. Sampai macam tu sekali Ika. Sanggup menahan sakit semata-mata nak pertahankan rajuk dia tu Ish, adik comel dia ni memang betul-betul menguji kesabaran. Tak banyak soal, jari Ika yang terluka dimasukkan ke mulut.

Eh, abang. Nanti jadi Raja Bersiong! Sempat Ika bergurau walau tergamam dengan tindakan Idlan.

Nak hentikan pendarahan. Jadi Raja Bersiong pun tak apa. Kalau rasa sakit, cakap.

Ika melopong. Cara Idlan melangkaui apa yang dia fikirkan. Tapi, taklah dia menolak. Dibiarkan saja Idlan mengubati luka di jarinya dengan cara tersendiri.

Sayang dah betul-betul maafkan abang Ika mengangguk. Mengiakan pertanyaan Idlan.

Lain kali jangan fikir bukan-bukan, boleh Kalau ada salah faham lagi, Ika jangan lari dari abang. Biar abang jelaskan satu per satu dulu. Ini tak, terus masuk bilik. Siap kuncikan pintu lagi. Kalau Ika selalu buat macam tu, sampai bila pun masalah takkan selesai.

Ika janji tak buat lagi, abang.

Dan abang janji akan cuba sehabis daya sayang dan cintakan Ika seorang. Tolong bantu abang lupakan dia sepenuhnya. Boleh, sayang

Ika mengangguk dan cuba memberi senyum seikhlas hati.