MY SWEET ARISSA - 43
RASA kagum dia melihat suasana resort yang sedang dalam proses pembinaan.

Lokasinya yang terletak di tepi pantai agak menarik walaupun pantainya tidak secantik Pantai Chenang mahupun Pantai Tengah, ia tetap memberi pemandangan yang indah kerana ia mengadap Laut Andaman dan di sebelah kanannya dapat dilihat pula pemandangan Gunung Machincang yang begitu mengagumkan.

Suka sangat dia dengan pemandangan begitu. Walaupun sudah berkali-kali ke sini dengan Shima dia tidak pernah jemu untuk menikmati keindahan yang dicipta oleh Allah SWT. Inilah yang dinamakan nikmat. Nikmat memandang dan kagum dengan senibina yang telah dibentang oleh Yang Maha Agung. Bagai tidak mahu melupakan semua itu, ia diabadikan di dalam kamera yang dibawa bersama senang jika hendak membuat beberapa rujukan, status report dan kertas projeknya kelak.

Menurut salah seorang kakitangan Sweet Arena Management dari jabatan projek, tinggal lagi 65 peratus untuk siap keseluruhan resort itu. Dan ia dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh masa empat bulan. Lama lagi tu.

Pejabat tapak projek sedang diperbesarkan. Berkemungkinan ia akan siap tidak lama lagi. Nampak gayanya kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort akan bermukim di situ untuk sementara waktu sebelum pejabat di bahagian tengah bangunan itu siap. Rasa tidak sabar pula.

Encik Razali dan Dato Ilyas telah meminta dia mengupah syarikat pereka dalaman untuk pejabat mereka kelak. Besar juga ruang pejabat yang akan menempatkan beberapa buah jabatan. Termasuklah pejabat Pengawal Keselamatan dan bilik pengawal CCTV dan sebagainya.

Macam mana soal Encik Razali sebaik sahaja mereka sampai di ruang pejabat yang bakal didudukinya kelak. Dia ingin tahu pendapat menantunya sebab dia sendiri sudah tidak sabar hendak berada di situ.

Ruang dalam ni semua besar-besar ya, Walid. Nampak macam selesa sangat, komen Arissa. Apa pun dia memang suka suasana yang kelihatannya sejuk dan nyaman. Mungkin berada di tepi laut agaknya, itu hanya telahannya sahaja.

Ya, biar selesa sikit. Mungkin masa-masa akan datang staff akan bertambah jadi adalah ruang untuk dia orang nanti. Walid tak mahu jadi macam kat KL, sini sikit sana sikit. Biar duduk dalam satu jabatan, jelas Encik Razali dengan perancangannya.

Arissa menggangguk sambil menghampiri tingkap yang belum diletak cermin dan bingkainya. Angin laut menderu-deru masuk. Bilik itu betul-betul mengadap Laut Andaman dan kelihatan ditepi pantai deretan pokok kelapa menjulang tinggi dan ini meredupkan lagi suasana di sekelilingnya. Ia bagai sengaja di tanam begitu. Memang cantik.

Siapa punya bilik ni nanti ya Arissa memandang Encik Razali yang juga berdiri menghadap keluar.

Arissa nak bilik ni jadikan jabatan Arissa dia pula menyoal menantunya.

Boleh ke bulat mata Arissa memandang Encik Razali yang memandangnya.

Boleh. Dia tahu gadis itu suka dengan pemandangan laut. Memang cantik pemandangan dari sini.

Wah... terima kasih Walid! ucapnya. Tak tahu nak ucap yang bagaimana lagi. Kalau ayahnya sudah lama dipeluk lelaki itu.

Encik Razali senyum. Dia melangkah keluar. Arissa mengikutnya dari belakang.

Hati-hati... banyak paku dan besi-besi tajam. Dia orang belum habis siapkan tempat ni lagi! Encik Johan mengingatkan kedua beranak itu.

Besar juga pejabat kita ni ya. Arissa memandang kiri dan kemudian ke kanan. Ruang di sebelah kanan agak ke dalam sedikit dan nampak sunyi.

Ini mesti bilik Walid ni. Badrul masuk ke satu bilik yang berada di hujung sekali.

Itu toiletlah cik abang! Pekik Encik Johan.

Arissa dan Encik Razali sudah ketawa mendengar jawapan Encik Johan.

Laa... ya ke Ingatkan bilik. Nampak cantik dan terang semacam pula tu. Badrul segera keluar dari bilik yang dikatakan bilik tandas oleh Encik Johan sebentar tadi.

Arissa sengih. Lawak sungguh usikan Encik Johan. Tiba-tiba dia teringat kepada Shima yang ditinggalkan di hotel pagi tadi. Katanya hendak berjalan-jalan dengan motosikal sekitar Pantai Chenang. Nak beli oleh-oleh di situ untuk orang tua dan anak saudaranya. Kimi tak ada call Arissa pagi ni soal Encik Razali mula menyangi langkah menuju ke pintu utama untuk keluar.

Tak ada. Tapi adalah Whatsapp pagi tadi. Kenapa Arissa memandang bapa mentuanya sejenak. Dia memandang kepada Dato Azizan dan beberapa orang kakitangan pengurusan yang sedang bersembang di hadapan pejabat tapak. Tak ada apa.

Arissa senyap.

Joe panggil Encik Razali.

Ya, Walid!

Arissa senyum. Kata Encik Razali, semua kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort yang lebih muda darinya boleh memanggilnya Walid. Kalau lebih tua dan sebaya, panggil Encik dengan namanya.

Panggilan sebegitu kedengaran mesra dan menimbulkan rasa hormat seperti Ayah sendiri. Mungkin itu yang dimahukan oleh Encik Razali terhadap kakitangannya kelak.

Kita baliklah, katanya.

Yalah.

Bergegas Encik Johan mendapatkan kereta yang dipandu oleh Badrul ke tapak resort itu sebentar tadi. Sempat dia memanggil Badrul yang sedang tegak berdiri di hadapan van yang membawa kakitangan Sweet Arena Management dari hotel ke tapak resort itu.

Walid okey ke Arissa menghampiri Encik Razali. Penat. Rasa nak rehat dan tidur sekejap. Makan tak ubat tu soal Arissa ingin tahu.

Malam tadi lupa. Balik-balik solat terus tidur. Si Bad pun tak ingatkan Walid, keluhnya.

Arissa menggeleng-gelengkan kepala. Begitulah. Kalau dia tak memastikan lelaki itu memakan ubatnya memang tak makanlah. Nak harapkan orang lain, memang dia orang tak akan ingat semua tu.

Tak apalah, lepas kita balik, Walid berehat. Nanti saya minta room service hantar makan ke bilik Walid. Enick Razali mengangguk-angguk.

Jom... ajaknya sebaik kereta yang dipandu oleh Badrul berhenti di hadapan mereka. Encik Johan keluar lalu membuka pintu untuk Encik Razali. Seketika kemudian mereka beredar meninggalkan tempat itu.

ENCIK JOHAN sudah pun membawa Encik Razali masuk ke dalam biliknya. Badrul pula terus ke tempar parkir untuk memarkirkan kereta tadi. Arissa masih berkira-kira sama ada hendak makan dahulu atau membersihkan dirinya kemudian bersolat dan baru makan tengah hari. Segan rasanya dia hendak menyertai kakitangan Sweet Arena Management yang lain makan tengah hari bersama-sama. Rata-rata mereka adalah lelaki

Akhirnya dia melangkah menuju ke biliknya sambil cuba menghubungi Shima. Diharapkan Shima belum makan tengah hari. Kalau sudah makan akan dipaksa juga Shima untuk menemaninya nanti.

Weh, kau kat mana Arissa menghubungi Shima.

Aku baru park motosikal ni kat depan hotel. Kau kat mana

Aku dalam bilik ni. Baru balik. Nak mandi dulu. Kau dah makan Arissa merebahkan tubuhnya di atas katil.

Belum lagi. Laparlah.

Masuk bilik dululah. Lepas solat kita keluar cari makan. Lepas tu kita ke Kuah. Aku belum cari apa-apa lagi untuk Hakimi dan Mak Cik Ruhaya.

Semalam mereka ke Beras Terbakar, tapi banyak kedai sudah tutup. Lagipun sudah lewat petang sangat.

Bolehlah. Tiga minit lagi aku sampai.

Ya.

Arissa bangun dan duduk memandang sekitar bilik itu. Rasa macam nak tidur balik je, sungutnya sendiri.

Dia meletak telefon bimbitnya lalu mencapai beg pakaian. Baju dikeluarkan dan diletak di atas katil. Namun matanya beralih kepada telefon bimbit yang sedang berbunyi. Sengih dia sebaik melihat pemanggilnya.

Assalammualaikum tuan pengarah, usiknya. Lebar senyuman Arissa.

Waalaikumussalam... amboi, mentang-mentang jauh ya. Kalau dekat memang dah kena dah dengan abang. Kedengaran suara geram dan bengang Hakimi di sebelah sana.

Arissa ketawa.

Boleh saya bantu tuan pengarah. Arissa terus mengusik suaminya di sebelah sana.

Ya, memang saya perlukan bantuan.

Apa tu tuan pengarah Sengaja dia terus memanggil Hakimi begitu.

Tolong ubatkan rindu saya.

Arissa sengih. Nak beli kat mana ubat tu ya dia mengusik.

Kat farmasi. Farmasi Arissa.Dia ada jual ubat rindu untuk abang!

Rasa nak gelak kuat dia mendengar seloroh Hakimi.

Abang rindu okey! Macam marah Hakimi di sebelah sana.

Pergilah farmasi! Kuat gelak Arissa dapat mengenakan Hakimi. Mujurlah dia jauh, kalau tidak memang kena ligan dengan Hakimi.

Abang seriuslah sayang! semakin garang suara Hakimi.

Okey-okey, esok kita jumpa, ya, pujuk Arissa.

Abang nak jumpa hari ni juga! keras suara Hakimi di sebelah sana.

Laa... Ris kat Langkawi. Abang pun ada kat KL kan

Arissa menyengetkan badannya memandang ke pintu apabila terdengar bunyi ketukan. Pasti Shima.

Bang, nanti Ris call balik. Ris nak solat, baru lepas balik dari tapak projek ni. Belum makan lagi, ujarnya mengharap Hakimi faham. Dia melangkah ke pintu untuk membukanya.

Abang nak jumpa sayang abang sekarang juga, please.... panjang hujung perkataan please itu di tarik oleh Hakimi.

Arissa sengih. Suka dia mendengar rayuan Hakimi.

Tangannya sudah membuka pintu.

Abang buat apa kat sini!

Terkejut dia melihat lelaki yang berdiri di hadapan pintunya. Di sebelahnya Shima yang sedang tersengih. Silih berganti matanya memandang kedua mereka di hadapan pintu. Rasa tak percaya!

Aku kutip tuan pengarah ni kat lobi tadi. Dia kata tengah cari isteri dia. Nama dia Arissa Mohd Salleh! Shima sengih.

Hakimi sudah ketawa dengan kata-kata Shima. Sabar jelah Shima ni. Boleh tahan kelakar juga orangnya. Memang sepadanlah dengan Arissa. Tetapi Shima lagi tiga suku, hatinya berbisik sendiri.

Bila abang sampai Memang dia terkejut sungguh-sungguh.

Baru sekejap tadi, jelas Hakimi.

Arissa senyap. Tak tahu apa yang patut diucapkan

lagi. Masih terkejut dengan kehadiran Hakimi yang tidak disangka-sangka.

Bilik abang kat sebelah je. Hakimi seperti memberi isyarat.

Faham dengan maksud Hakimi. Arissa memandang Shima.

Tak apa ke

Tak apa... tapi nak makan kejap lagi jangan lupa ajak aku. Aku tak ada partner. Shima sudah melangkah masuk ke dalam bilik.

Jangan risau.

Cepat-cepat Arissa mengemas barang-barangnya dan seketika dia sudah berada di dalam bilik sebelah. Terpegun dia melihat suasana bilik yang baru sahaja dijejakinya. Romantik dan aura di dalamnya pun sedikit berlainan daripada bilik yang diduduki sebelumnya.

Terkejut dia sebaik tangan Hakimi memeluknya dari belakang.

Abang ambik flight pukul berapa Arissa memusingkan tubuhnya menghadap Hakimi. Bimbang tangan Hakimi akan merayap sesuka hatinya. Karang kata silap parking pula. Agaknya memang begini lelaki ya Dah kahwin otak semua senget.

Pukul 11.40. Sampai airport sini tadi dalam pukul 12.30 lebih. Terus ke sini, jelas Hakimi lalu mengucup bibir Arissa seketika. Senyum.

Walaupun dia sudah dapat mengagak namun ia tetap terkejut dengan reaksi Hakimi sebegitu. Dadanya kembali berdebar-debar.

Hakimi ketawa melihat wajah Arissa. Sekali lagi dia melakukan perkara yang sama. Kemudian ketawa lagi. Aduh! terjerit Hakimi apabila dicubit oleh isterinya.

Saja je nak bagi terkejut kan

Hakimi ketawa.

Ris nak solat dulu ya. Apa-apa lepas solat. Lepas tu kita makan ya. Ris lapar. Diatur alasannya agar perkara itu boleh ditangguhkan.

Okeylah. Abang pun lapar. Tak makan apa lagi ni, keluhnya sambil melepaskan pelukan dari pinggang isteri.

Arissa menarik nafas lega. Dia melangkah menuju ke bilik mandi apabila Hakimi mula memunggah pakaiannya dari beg pakaian yang dibawa.