je Entah-entah ada hadiah lagi special you bagi dekat dia tak Lisa cuba menyerkap jarang. Dia cuba untuk mengorek rahsia di sebalik perhubungan Brian dan Elzaara.
Taklah. Tu jelah yang I bagi. Saja I bagi kotak besar. Nanti tak adalah orang kata I ni kedekut kalau bagi kotak kecil. Dah, stop, I tau taktik you tu. Mulalah tu nak korek rahsia daripada I. Apa kata you pergi tanya sepupu you sendiri apa yang I bagi dekat dia.
Lisa terkekeh-kekeh ketawa manakala Zahar pula sudah tersengih-sengih.
Elzaara dah taulah ni yang dia bertunang dengan you bro Dia boleh terima you pula sekarang ni
Tak, El tak tau lagi yang tunang dia tu sebenarnya Brian. Lagipun El sendiri tak nak tahu siapa tunang dia. Keluarga kita orang dah berpakat nak hormat dan ikut je apa yang El nak. Sebab tu El tak syak langsung yang Brian masuk meminang dia sebab aunty dengan uncle guna nama Bunyamin. Sampai masa nanti baru rahsia tu akan kami ungkapkan pada El. Terang Lisa panjang lebar kepada Zahar.
Tercengang Zahar mendengar apa yang baru sahaja di beritahukan oleh Lisa. Muka Lisa dan muka Brian dipandang silih berganti.
Weh! Lawak negara mana korang kutip ni Benda serius macam ni korang dok buat lawak. Serius kelakar! Tak pernah dalam sejarah ada orang buat macam ni. Bertunang, tapi tak tau dengan siapa. Kesian dekat si Elzaara tu korang tipu dia hidup-hidup. Kata nak tolong tarik dia daripada dunia khayalan, tapi kenapa buat dia macam ni Bebel Zahar tiba-tiba.
Rasa simpatinya terhadap Elzaara meluap-luap.
Lisa terkedu melihat buah hatinya membebelbebel membela Elzaara tanpa mengetahui situasi sebenar. Brian tercengang sebentar sebelum membuka mulut menjelaskan perkara sebenar kepada Zahar.
Bro, relaks dulu. You membebel dah serupa macam Mak nenek dah I tengok. Sabar dulu, bagi kami orang cerita dari A sampaiZ. Dan jangan menyampuk selagi cerita tak habis. Tegur Brian. Baginya, Zahar membebel tanpa usul periksa, tergopoh-gapah membebel sebelum mendengar cerita sebenarnya.
Oh ya ke Sorry, sorry. Ha, silalah bercerita. I nak dengar. Zahar tersipu-sipu, malu dengan tindakannya yang tergopoh-gapah sebentar tadi.
Macam ni. El terima lamaran Brian, tapi dengan syarat yang dia tak nak tau siapa bakal tunang dia sebab dia takut akan berubah hati dan tukar fikiran. Jadi Mak Long dan Pak Long terima syarat tu, sekurang-kurangnya El nak bertunang. Lagipun Pak Long dah bagi kata putus pada keluarga Brian. Kalau
El menolak, macam pihak Pak Long mungkir janji pula.
Kepala Zahar dah macam burung belatuk kerana asyik mengangguk.
Kata El, dia cuba untuk buka pintu hati dia.
Mungkin dah tiba masanya untuk dia lepaskan arwah Elfira dari membelenggu hidupnya. Tapi, dia minta masa untuk sesuaikan diri. El dengan Brian bertunang ni pun ikat selama 2 tahun. Tu pun El yang minta.
Zahar yang sedang menghirup nescafe terus tersedak. Habis basah bajunya terkena percikan air nescafe yang tersembur dari mulutnya. Haziq menghulurkan tisu yang kebetulan berada dimeja sebelah. Zahar mengelap mulutnya dan Brian segera mencapai kain buruk yang berada di dapur bagi mengelap air nescafe yang tertumpah di atas meja.
Abang okey tak Soal Lisa yang prihatin.
Okey, Okey. Zahar memperbetulkan tekaknya yang perit akibat tersedak tadi.
Dua tahun Lamanya. Habis aunty dengan uncle cakap apa Zahar menyambung penyiasatan alaala Detektif Conan. Kisah Brian dan Elzaara sudah seperti dalam drama, penuh dengan simpulan, banyak kusutnya.
Yup, dia minta ikat dua tahun. Mummy dengan Daddy I okey je as long as kami bersatu. Mummy dengan Daddy cakap bagi El masa untuk dia sesuaikan dengan keadaan ni. Tapi apa-apa pun Mummy dengan Daddy dah plan sesuatu dengan ibu dan ayah El. Cuma tunggu masa nak laksanakan je. Mujur juga Mummy dan Daddy I tak memaksa kalau tak haru-biru juga kot. Mungkin Mummy dan Daddy faham apa yang El alami tu yang mereka tak kisah.
Plan apa Macam menarik je bunyinya tu.
Entah! I pun tak tau. Mummy dengan Daddy tak buka mulut pun pasal ni.
Pa, nanti kita pergi Wetworld nak tak Haziq dah lamalah tak mandi kolam. Kita ajak Acu sekali. Kalau pergi ramai-ramai mesti best, kan. Haziq tiba-tiba menyampuk.
Dia mengusulkan sesuatu yang tak pernah terlintas di kepala mereka bertiga. Tiba-tiba kepala mereka terkeluar mentol idea. Masing-masing cuba merangka sesuatu dalam kepala mereka.
Insya-Allah Haziq. Nanti kita cuba plan. Nanti Haziq pujuk Acu ya. Nanti papa belanja kita pergi mandi dekat Wetworld. Tapi kalau nak papa belanja Haziq kena buat sesuatu dulu. Boleh Brian cuba untuk berunding dengan Haziq untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.
Apa dia papa
Haziq kena pujuk Acu untuk ikut sekali mandimanda dekat Wetworld. Kalau Acu ikut sekali baru best. Haziq boleh buat tak
Boleh. Papa boleh harapkan Haziq. Nanti Haziq pujuk Acu ikut sama. Bila papa nak pergi
Nanti kita tengok masa yang sesuai ya Sekarang ni papa sibuk sikit. Nanti kita plan ramai-ramai. Kita ajak semua orang pergi nanti okey sayang
Okey papa. Haziq sudah tersenyum lebar sehingga mencecah ke telinga.
Lisa, Zahar, kita dah lama tak jungle tracking kan Buat camping ni best juga. Camping Club kita tu ada lagi ke
Brian mengusulkan rancangan camping kepada Lisa dan Zahar. Mereka memang gemarkan aktiviti masuk hutan dan lasak sehingga mereka sanggup menubuhkan Camping Club mereka sendiri dengan diketuai oleh Zahar. Walaupun di London mereka semua berlainan kursus, tetapi itu tidak menghalang mereka untuk melakukan aktiviti lasak bersama kerana minat mereka semua adalah sama.
Ada lagi. I tak pernah bubarkan pun kelab tu. Kelab tu masih lagi berjalan macam biasa cuma sekarang ni ada orang bawah yang I amanahkan untuk handle kelab tu. Kenapa You nak masuk hutan lagi ke Tapi bila sebut pasal hutan ni best juga. Dah lama kita tak masuk hutan ramai-ramai macam dulu. Apa kata kita plan, kita buat aktiviti. I pun dah lama tak break ni sejak ulang alik ke mahkamah. Amacam
Setuju! serentak Lisa dan Brian memberikan respon yang positif. Sudah agak lama mereka tidak bergerak aktif dek kerana kesibukan masing-masing.
Okey set. Nanti kita plan, buat aktiviti. I bincang dengan budak-budak yang lain. Apa-apa hal nanti I confirmkan balik.
Okey!
Setelah sekian lama mereka mendiamkan diri, melayan perasan masing-masing, tiba-tiba Brian
bersuara, Lisa, I nak minta tolong you ni.
Apa
Brian diam seolah-olah memikirkan sesuatu. Lisa mengetik jarinya di hadapan Brian dan Brian terkejut, Hello, you nak I buat apa
I nak minta tolong you. Cuba selidik pasal Elzaara. I nak tau yang dia betul-betul tak nak tau pasal tunang dia ke. I bukan apa, kesian dekat dia. I kalau boleh tak nak tipu dia. I betul-betul sayangkan dia. Cukuplah dengan apa yang dia dah alami sebelum ni. I tak nak luka yang dia alami tu bertambah parah. Kalau boleh biarlah rasa kebencian dia tu hilang, padam dari hatinya yang sedang rawan tu. You faham kan apa maksud I
Ya, I faham. Tapi kalau dia tau siapa tunang dia, you sanggup nak terima risiko kalau-kalau dia
bertindak diluar jangkaan Brian mengangguk!
Hm, okeylah I cuba. Tapi I tak boleh paksa dia kalau dia tak berminat untuk tau.
Okey, harap dia nak tau yang I ni tunang dia.
Haziq, nanti Haziq tolong papa ya.
Tolong apa papa
Nanti tolong papa jaga Acu, tengok-tengokkan Acu untuk papa ya. Kalau ada apa-apa jadi dekat Acu ataupun Haziq, Haziq terus call papa ya Janji ya
Janji! Haziq mengikat janji dengan Brian. Jari kelingkingnya disilangkan bersama jari kelingking Brian tanda berjanji.
Walaupun dia acap kali mendengar syarat Elzaara itu sejak dari sebelum mereka bertunang lagi, dan dia juga tidak kisah akan permintaan Elzaara, tetapi entah kenapa tiba-tiba hatinya terusik apabila Elzaara mengatakan bahawa dia tak ingin pun mengetahui dengan siapakah dia bertunang.
Brian merasakan bahawa Elzaara mengambil keputusan untuk bertunang sekadar untuk memenuhi impian orang tuanya. Atas dasar ingin tahunya yang meluap-luap, dia menyuruh Lisa untuk menyelidiki hati Elzaara yang sebenarnya tanpa membocorkan rahsia siapakah tunangnya yang sebenar kerana dia sendiri yang ingin memberitahukan rahsia itu kepada Elzaara. Biarlah Elzaara mengetahuinya daripada mulutnya sendiri dan bukan daripada orang lain.
Masing-masing mula mendiamkan dan melayan perasaan masing-masing. Riuh mulut Haziq menceriakan suasana malam di kafe itu. Tak menang tangan mereka bertiga nak layan kerenah Haziq yang sememangnya becok, dan penuh tanda tanya dalam kepalanya. Ada sahaja yang ingin ditanyakan oleh Haziq. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan oleh Haziq, dan bermacam soalan cepu emas, cepu gangsa dilontarkan oleh Haziq lebih-lebih lagi kepada papa angkatnya iaitu Brian.