Aku gabralah, Rein. Apalah result aku nanti. Malu aku kat kau kalau gagal buang duit kau aje nanti tanggung aku selama ni, kerisauan mula membelenggu apatah lagi badannya mula berasa seram sejuk.
Calm down, Qamra. Aku yakin kau lulus dengan cemerlang. Tentang tu, kau jangan fikirkan sangat. Aku ikhlas bantu kau. Itu niat aku sejak kau kembali ke sini, jelas Tunku Hazreen sambil menatang dulang berisi Scrambled Eggs Mayo dan Butterscotch Bun. Dialihkan kedua-dua pinggan itu ke atas meja.
Makanlah, nanti tak sempat kita nak ke A-AH, pujuk Tunku Hazreen seraya meletakkan pinggan kosong di depan Qamra Ain.
Diceduk Scrambled Eggs Mayo lalu diletak ke dalam pinggan gadis itu. Sesungguhnya, begitu kasih dan sayangnya pada Qamra Ain melebihi sayang pada Tunku Hussein, darah dagingnya sendiri. Dia yakin Tunku Hussein mula menaruh hati pada perawan ini. Apatah lagi, setiap kali mereka bertemu ada saja cerita tentang Qamra Ain yang dibawa olehnya. Pendek kata, gadis itu telah berjaya menawan hati adiknya.
Hari ini dia sudah berjanji untuk menemani Qamra Ain pergi ke A-AH. Pada mulanya, gadis itu mahu pergi bersendirian tapi setelah dipujuk beberapa kali barulah Qamra Ain setuju. Tunku Hussein pula awalawal lagi sudah dimaklumkan yang dia pergi ke A-AH bersama sahabatnya yang bekerja di Hazhoneys Caf.
Lambat-lambat Qamra Ain menyuap Scrambled Eggs Mayo ke dalam mulut dek hati masih lagi dilanda kerisauan. Entah berapa ribu wang ringgit yang dihabiskan oleh Tunku Hazreen untuknya. Bila ditanya pihak A-AH, mereka tak berani bercerita. Katanya, pihak atasan diamanahkan supaya info itu dirahsiakan.
We have to go now Qamra kalau lambat pergi nanti kena beratur panjang pula Tunku Hazreen mengingatkan semula.
Qamra Ain terjaga dari lamunan sedetik. Entah bila masa gadis itu sudah berada di sinki sambil membilas pinggan kotor. Dia pula menghabiskan sepantas yang boleh sisa makanan yang masih ada di dalam pinggan.
H
A tercegat apa lagi tu Jom masuk. Aku temankan kau. Tunku Hazreen memaut lengan Qamra Ain supaya mengikut langkah seiringan masuk ke perkarangan A-AH.
Sambil lalu, diperluaskan pandangan di sekitar kawasan. Tiada apa yang berubah. Masih sama seperti dulu. Di kala dia melewati tempat di mana tragedi silam berlaku di situ, kenangan mula bermain di layar mata. Di tepi tasik, di situ bermula peristiwa pahit yang meragut kesucian cintanya.
Pergilah masuk. Aku tunggu kau di luar, suruh Tunku Hazreen.
Qamra Ain menghela nafas panjang. Dia melangkah masuk ke dalam pekejapat yang menempatkan dekan falkulti di situ.
Sela beberapa minit kemudian, muncul Qamra Ain dengan raut wajah cemberut. Tunku Hazreen yang leka berbalas mesej dengan Tunku Hussein terhenti menaip. Riak wajahnya turut berubah. Perlahan saja langkah Qamra Ain menghampirinya yang sedang bersandar di sebalik dinding.
Whats wrong, Qamra soal Tunku Hazreen yang masih lagi kehairanan apatah Qamra Ain yang dikenali jarang sekali berwajah sugul.
Aku aku aku lulus, Rein! Aku dapat anugerah dekan juga tau! Jerit Qamra Ain membuatkan Tunku Hazreen turut sama terkejut.
Kau ni buat aku suspen ajelah! Nasib baik tak gugur jantung aku! Congrats to you, young doctor! Tunku Hazreen memeluk erat Qamra Ain.
Air mata kegembiraan menitis jatuh di atas bahu gadis yang banyak berkorban untuknya. Penat jerihnya yang bertahun akhirnya berbalas di samping doa yang dimakbulkan ALLAH SWT di setiap sujud sembahnya dalam solat.
Kau menangis, Qamra soal Tunku Hazreen meleraikan pelukan bila terdengar esak tangis perlahan yang terbit dari bibir mungil Qamra Ain. Dia mengesat pipi yang dibasahi air mata itu dengan hujung ibu jari.
Aku teringatkan arwah Babah, Rein. Alangkah bagusnya kalau Babah tau yang aku berjaya capai impiannya, ujar Qamra Ain dengan suara teresak-esak.
Aku bangga dengan kau, Qamra. Dah tentu arwah Babah kau turut bangga dengan kejayaan kau. Walaupun kita bukan adik-beradik kandung, kau dah aku anggap seperti adik aku sendiri. Dont worry, selagi aku ada aku akan jaga kau sampai kau ketemu jodoh tau! Itu janji aku!
Haish, aku kerja pun belum dah cerita pasal jodoh Kau yang patut kahwin dulu, Rein. Perlu ada kehidupan sendiri sampai bila kau nak aku duduk di bawah ketiak kau yang busyuk masam tu Gurau Qamra Ain di waktu mereka sudah berada di dalam kereta.
Aku Aku tunggu kau kahwin dulu aku pastikan yang kau kahwin dengan lelaki yang boleh jaga kau seperti mana aku jaga kau. Baru hati aku tenang... jawab Tunku Hazreen sambil memusingkan stereng kereta.
Ya! Hatinya pernah dimiliki seseorang. Aizal Fahmi, lelaki terbaik yang pernah ditemui. Dia menyukai dalam diam dan sehingga kini tetap menanti lelaki itu datang semula mencarinya. Tahun demi tahun, dia tetap menanti dan terus menanti namun tiada perkhabaran singgah di WhatsApps. Hanya selepas pulang Tunku Hussein, dia dapat info yang lelaki itu masih status single di CA.
Aku kenal kau dah lama, Rein. Tapi, aku tak pernah nampak kau berpacaran dengan mana-
mana lelaki pun, sudah lama dia ingin bertanyakan tentang hati dan perasaan teman di sebelahnya cuma menunggu masa yang sesuai. Iyalah, bukan senang hendak berbual dengan seorang gadis yang tersusun bicara kata. Berprotokol dan mirip cara Tunku Hardie.
Aku tak suka berpacaran bagai. Kalau aku nak cari, biarlah lelaki yang mampu bawa aku sampai ke syurga. Bukan sekadar cinta pakai buang, jelas Tunku Hazreen ketika kereta Chevelot Camaro berhenti di lampu isyarat berwarna merah. Qamra Ain terkedu.
Kata-kata Tunku Hazreen menusuk terus ke tangkai hatinya. Ada benar dalam sepatah dua kata Tunku Hazreen walaupun kedengaran seperti satu sindiran sinis.
Qamra bila tiba satu hari nanti, kau pasti berjumpa dengan lelaki yang benar-benar cintakan kau dengan ikhlas, setia menanti kau di hujung lorong tak sia-siakan kau walau pun sesaat. Sebagai seorang kakak, aku pasti tentang tu. Tunku Hazreen mengenggam erat jari-jemari Qamra Ain tika mengimbas kembali kisah cinta gadis itu bersama abangnya.
Kau juga berhak temui kebahagiaan, Rein!
Apa plan kau lepas ni Tunku Hazreen mengubah topik perbualan.
Dia tak selesa bila berbicara soal jodoh. Sama seperti Tun Tunku Harith juga, mendesak supaya berkahwin dan teringin hendak meminang cucu. Aduhai, jauh benar imaginasi Papa aku tu!
Aku ingat nak terus cari kerja. Kalau tunggu lelama, mahu lemau aku nanti. Tapi, sayang pula nak tinggalkan Mels E.
Sayang nak tinggalkan Mels E atau sayang nak tinggalkan Sein Hati berteka-teki sendiri.
Semalam aku terbaca iklan yang THSC nak rekrut doktor pelatih. Macam ni, kau balik nanti terus siapkan resume. Aku ada kenalan kat sana, nanti aku pass kat dia aje, malas Tunku Hazreen hendak bercerita panjang.
Iye ke, Rein Aku ada tanam niat nak kerja kat sana. Tapi, bila aku dengar kelulusan nak kena gempak gila tak jadi nampaknya.
Belum cuba, belum tau. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kau kita tak tahu, kan Yang penting usaha, Qamra. Lulus atau gagal tu belakang cerita... pujuk Tunku Hazreen memberi kata-kata peransang kepada Qamra Ain. Susah benar hendak mematah kata-kata gadis di sebelahnya.
Tunku Hazreen pula, dia akan pastikan yang Qamra Ain mendapat tempat di THSC. Dia sendiri yang akan menghantar resume ke tangan Tunku Raffzul. Seminggu yang lalu, dia telah pun berbincang dengan Tun Tunku Harith tentang kemasukan Qamra Ain di THSC. Sejak kebelakangan ini, THSC kekurangan doktor pelatih jadi memang sedang elok kerana ramai graduan yang baru tamat pengajian perubatan berpusu-pusu merebut jawatan itu.
Kita lupakan dulu hal tadi. Jom, ikut aku, ajak Tunku Hazreen selepas memarkirkan kereta di parkir khas. Dia membukakan pintu kereta sebelah Qamra Ain lalu menarik gadis itu keluar dari kereta.
Kita nak ke mana Soal Qamra Ain terpingapinga.
Kita ke Tony Romas Steakhouse Restaurant. Aku nak raikan kejayaan kau jom! Tunku Hazreen memaut lengan Qamra Ain dan dipaksa mengikut langkah panjang gadis itu.
Ehhh kejap kau dah tambat kereta tu soal Qamra Ain serius seraya memuncungkan mulut tepat ke arah kereta berwarna kuning berjalur hitam ditengahnya.
Tambat Kau biar betul, Qamra soalnya kehairanan. Setahunya kereta perlu diparkir bukan ditambat.
Manalah tahu, kan tiba-tiba tukar jadi Bumblebee, penat kita nak kejar nanti! usik Qamra Ain. Kemudian dia mempercepatkan langkah di waktu gadis itu masih terpinga-pinga.
Kau kenakan aku ye! Jaga kau, Qamra! Tunku Hazreen mencekak pinggang dan Qamra Ain pula sudah jauh meninggalkannya di belakang.
Hakikatnya, dia terasa lega dan bahagia kerana dapat mengembalikan semula senyum manis di wajah suci gadis itu yang sekian lama lenyap bersama tragedi cinta yang tercalar bersama Tunku Hardie.
IV
M eskipun amat payah untuk aku milikimu, dalam hati ini sentiasa mahukan dirimu
- Tengku Raffzul -