SAAT AKU BERPALING - 43
NADHIRAH mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat di tingkat 8 Wisma Emerald.

Diperhatikan lagak Puan Sri Munirah, Aidid dan Adelia dengan pandangan sinis.

Tanpa Nadhirah sedari, Faliq juga turut hadir sama. Dari jauh kelibat Nadhirah diperhatikan dengan penuh minat. Niatnya mahu menghampiri gadis itu itu, namun dibatalkan sebaik sahaja melihat Nadhirah sedang berbual-bual dengan beberapa Ahli Lembaga Pengarah Emerald Group. Lagipun kehadirannya hari ini hanyalah selaku wakil Tazza Associates.

Sebenarnya ketika dia menghantar mesej pada Nadhirah tadi, dia sudah berada di Emeral Group. Dia memang sengaja enggan membalas mesej Nadhirah sebentar tadi kerana dia mahu membuat kejutan pada gadis itu.

Selamat datang diucapkan kepada semua pengarah, delegasi-delegasi serta wakil-wakil yang turut hadir. Kehadiran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan pada hari ini kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Salah seorang pegawai kanan Emerald mengalu-alukan kedatangan semua.

Faliq senyum memerhatikan Nadhirah yang kelihatan tenang.

Umum mengetahui bahawa agenda utama mesyuarat kita pada kali ini adalah untuk melantik Pengerusi baharu Emerald Group yang telah pun dikosongkan oleh Encik Aidid Tan Sri Malik atas sebabsebab peribadi.

Setiap pergerakan gadis itu menarik perhatiannya. Agak sukar untuk dia tidak memandang Nadhirah yang berada di hadapan matanya.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati memperkenalkan 2 calon yang akan bertanding bagi menjawat jawatan Pengerusi Emerald Group yang baharu. Mereka adalah Tan Sri Omar Al Habshie dan Cik Nadhirah Tan Sri Malik.

Pengumuman yang dibuat oleh pengerusi majlis mengundang kejutan pada Faliq. Dia terkebilkebil memandang Nadhirah yang sedang berdiri memperkenalkan diri di hadapan. Sungguh Faliq tak menyangka yang gadis manis di hadapannya ini antara yang terlibat dalam isu yang melanda Emerald Group.

Majlis dengan ini menjemput Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta wakil-wakil yang sah untuk mengambil tempat bagi membuat undian. Terima kasih.

Proses pengundian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Proses ini berlangsung dalam 2 bilik berasingan, di mana Ahli Lembaga Pengarah dan wakil Lembaga Pengarah di asingkan. Justeru ia menyebabkan peluang untuk Nadhirah dan Faliq bertembung menjadi semakin tipis.

Setelah selesai proses undian, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera sementara proses pengiraan dilakukan. Kesempatan itu digunakan Nadhirah untuk meninggalkan bilik mesyuarat dan berlalu ke pejabatnya. Rimas rasanya mahu duduk lama-lama di situ memandangkan Puan Sri Munirah, Aidid dan Adelia hadir sama.

Faliq yang mengekorinya dari belakang terlepas pandang dan kehilangan Nadhirah di pertengahan jalan. Percubaannya untuk menemui Nadhirah, gagal. Setelah hampir sejam masa berlalu, barulah Nadhirah muncul kembali dan ketika itu juga ke semua Ahli Lembaga Pengarah dijemput masuk semula ke bilik mesyuarat. Faliq cuba mencari peluang untuk berbicara dengan Nadhirah, namun gagal kerana majlis bakal dimulakan dalam beberapa minit sahaja lagi. Bberada di tangan saya. Dengan ini saya

AIKLAH, keputusan sudah pun

mengumumkan keputusan pemilihan

Pengerusi Emerald Group yang baharu. Tan Sri Omar Al Habshie mendapat 29 peratus sokongan. Cik Nadhirah Tan Sri Malik mendapat 69 peratus undi dan 2 peratus undi lagi adalah undi berkecuali. Dengan ini diumumkan bahawa Pengerusi ke-3 yang bakal menerajui Emerald Group ialah Cik Nadhirah Tan Sri Malik.

Ke semua yang ada di dalam bilik itu memberikan tepukan. Dengan senyuman lebar, Nadhirah berdiri bagi menunjukkan wajahnya pada semua yang berada di situ. Raut wajah Puan Sri Munirah, Adelia dan Aidid dipandang satu persatu. Masing-masing mempamerkan wajah kecewa dengan kekalahan Tan Sri Omar. Malah perbezaan undi yang begitu besar amat memeranjatkan mereka bertiga.

Bibir merah Nadhirah tidak lekang dengan senyuman dan ucapan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah yang memberi sokongan padanya. Kemenangan ini bukan sahaja menjadi pentas untuk dia memperkenalkan diri sebagai Pengerusi Emerald malah menjadi bukti bahawa legasi Puan Sri Munirah telah berakhir. Dengan kemenangan ini juga ianya membuka peluang untuk Nadhirah memperkenalkan diri pada dunia bahawa dia adalah anak bongsu Tan Sri Malik.

Tak mungkin! Ini semua tak mungkin! Pengundian ini tak sah! Kuat teriakan Puan Sri Munirah yang sudah berdiri menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Ahli Lembaga Pengarah yang masih berada dalam bilik mesyuarat ini terkejut dengan suara lantang Puan Sri Munirah.

Macam mana kamu semua menukar sokongan semudah ini Kamu semua dah belot pada arwah Tan Sri Malik. Kamu tahu tak Gelas kaca yang berada di hadapannya dilempar ke lantai.

Puan Sri ingat kami semua ni dah tak ada kerja lain ke selain daripada melayan politik keluarga Puan Sri ni Sokongan kami, dah beralih arah. Puan Sri tak perlu nak menghabiskan tenaga mencari sokongan kami. Jawapan Tan Sri Megat Amir Saifudin singgah di telinga Nadhirah dan semua yang berada berdekatan.

Pembelot! Jerit Puan Sri Munirah.

Mama, tenang Mama. Jangan jerit macam ni, please... Adelia cuba memujuk dan menenangkan Puan Sri Munirah yang sudah berada di luar kawalan.

Lepas! Jangan pegang Mama! Bentak Puan Sri Munirah garang.

Mama... sini bukan tempatnya... pujuk Adelia lagi.

Kalau bukan di sini, di mana lagi Rupa-rupanya inilah wajah sebenar rakan-rakan Papa kamu. Sanggup sokong orang luar berbanding calon yang saya sendiri cadangkan. Pembelot!!! Jerit Puan Sri Munirah lagi.

Namun, seorang demi seorang Ahli Lembaga Pengarah mula beredar tanpa menghiraukan kata-kata Puan Sri Munirah. Kini hanya tinggal Nadhirah, Aidid, Adelia dan Puan Sri Munirah sahaja di dalam bilik ini. Kamu tengok tu. Dasar tak sedar diuntung! Bertahun-tahun Papa kamu bela dan jaga mereka, ini balasannya. Kurang ajar!!!

Mama... dahlah... Adelia masih berlembut memujuk Puan Sri Munirah. Abang tolonglah! Adelia tidak mampu mahu menenangkan Mamanya yang sedang naik minyak. Dia perlukan pertolongan Aidid.

Nadhirah yang hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga hanya tersenyum sinis dihujung meja.

Jangan sentuh Mama! Jangan... Kata-kata Puan Sri Munirah terhenti setakat itu sahaja apabila akhirnya dia rebah di atas lantai.

Mama! Adelia berusaha menampung tubuh Puan Sri Munirah dari rebah mencium lantai.

Suasana menjadi kelam kabut dengan jeritan Adelia memanggil Mamanya. Nadhirah hanya memandang kosong melihat apa yang terjadi. Dia langsung tidak berminat mahu menghulurkan bantuan.

Abang!!! Jerit Adelia kuat memanggil Aidid yang sejak tadi hanya memandang sepi tanpa sebarang tindak balas.

Aidid masih lagi tidak percaya yang akhirnya dia tewas di tangan Nadhirah hanya merenung tanpa arah. Hidupnya terasa kosong. Segala-galanya yang dia idamkan selama ini hilang dek kerana ketamakan diri sendiri.

Faliq terpaku sendiri ditempat duduknya yang sedikit ke belakang tanpa siapa pun sedar akan kehadirannya. Dari situ, Faliq dapat melihat dan mendengar setiap butir bicara di dalam bilik mesyuarat ini. Bola matanya tidak lari daripada terus menatap seraut wajah yang banyak menimbulkan tanda tanya buat dia pada hari ini.

Nadhirah hanya memeluk tubuhnya memandang Puan Sri Munirah yang terbaring di atas ribaan Adelia. Sekumpulan paramedic yang baru tiba turut memberikan bantuan kecemasan.

Kenapa dengan Mama saya encik Soal Adelia pada seorang pegawai paramedic yang sedang merawat Puan Sri Munirah.

Dia diserang strok.

Kejutan yang dibuat oleh Nadhirah benar-benar menghancurkan keluarga Tan Sri Malik sekarang. Bermula dengan kematian Ammar dalam keadaan yang mengaibkan, kemudian ikuti dengan ugutan untuk mendedahkan aktiviti haram Aidid dan terbaru merampas takhta Pengerusi Emerald Group. Akhirnya menyebabkan Puan Sri Munirah diserang strok secara tiba-tiba.

Teruk ke Adelia menangis melihat keadaan Puan Sri Munirah.

Agak kritikal. Saya rasa kita perlu segera bawa dia ke hospital. Terang pegawai berkenaan.

Abang Aidid! Jerit Adelia memanggil abangnya yang masih lagi mengelamun.

Masih tiada reaksi balas dari Aidid. Mungkin kerana masih belum dapat menerima hakikat yang dia kini bukan lagi Pengerusi Emerald Group.

Boleh berhenti mengelamun tak Keadaan Mama dah teruk sangat ni. Kita kena hantar dia ke hospital. Adelia jadi marah. Hanya dia sahaja yang berada di sisi Mamanya sedangkan Aidid masih sempat mengelamun.

Baguslah kalau dah tahu dia sakit apa. Encik, tolong bersihkan dia dari bilik mesyuarat saya ni.

Ap... apa Adelia tergagap mendengar arahan yang keluar dari mulut Nadhirah. Sungguh dia terkejut dengan reaksi balas Nadhirah. Begitu juga dengan Pegawai Paramedik yang berada di situ turut terkejut dengan arahan yang diberikan.

Saya cakap Encik bawalah orang tua ni ke mana pun, asalkan bawa dia keluar dari sini. Itu, anak-anak dia ada. Tunjuk Nadhirah pada Aidid dan Adelia.

Kata-kata Nadhirah menyebabkan semua mata memandangnya. Walaupun jauh di sudut hati Nadhirah timbul rasa simpati namun dendam kesumatnya yang masih tersisa menyebabkan rasa itu dibuang ke tepi. Dia menganggap apa yang terjadi pada Puan Sri Munirah merupakan satu bonus kepadanya.

Faliq yang mendengar kata-kata Nadhirah pada kumpulan Paramedik tersebut, turut terkaku. Kakinya seakan terpaku dan enggan melangkah. Dia pelik dengan perubahan sikap Nadhirah ketika ini. Nadhirah di hadapannya kelihatan sungguh angkuh, kasar dan tak beradab!

Abang Aidid! Jerit Adelia sekali lagi hingga membuatkan Aidid tersentak dan terus bangkit serta mengiringi Puan Sri Munirah terus ke hospital.

Sebaik urusan Adelia bersama anggota Paramedik untuk menghantar Mamanya ke hospital selesai, dia kembali berpaling pada Nadhirah.

Kau cakap apa tadi Nada suara Adelia kedengaran bengang.

Kau peduli apa dengan apa yang aku cakap Salah ke aku suruh dia orang bersihkan orang tua tu dari bilik ni. Menyemak kau tahu tak! Nadhirah meninggikan suara.

Kau jangan kurang ajar sangat boleh tak

Yang kau tak puas hati dengan aku ni kenapa

Orang tua yang kau cakap tadi tu, Mama aku, Mama tiri kau juga! Adelia mendekati Nadhirah. Mama Excuse me, orang tua tu tak pernah jadi Mama aku, takkan jadi Mama aku dan tak mungkin jadi Mama aku. Senyum sinis Nadhirah bertamu lagi.

Adelia mengetap bibir, geram! Kau!

Pada aku orang tua tu dah tak ada makna untuk aku! Kau dan Aidid pun sama, semuanya tak berguna! Sambung Nadhirah lancang. Dia tidak takutkan sesiapa pun dan sekarang dia dah dapat semua yang diimpikan.

Kurang ajar! Satu tamparan hinggap di pipi Nadhirah.

Faliq tergamam. Setiap perbuatan dan kata-kata yang keluar dari bibir Nadhirah menyebabkan Faliq tersentak. Sungguh dia cuba sedaya upaya menafikan apa yang didengar dan dilihatnya. Nadhirah yang berada di depan matanya amat berlainan dengan Nadhirah yang sering menemaninya. Perwatakan Nadhirah benar-benar berubah 100 peratus.

Dah Dah habis ke Dah tak ada lagi yang kau nak bagi Nadhirah tidak kisah apabila dirinya ditampar oleh Adelia. Senyuman puasnya tetap juga kelihatan.

Puaslah hati kau sekarang. Kau ingat aku tak tahu ke Memang kau dah lama pasang angan-angan nak hancurkan keluarga aku, kan

Hati aku puas Adelia. Aku gembira sangat. Aku langsung tak ada niat nak rahsiakan tentang anganangan aku untuk hancurkan hidup kau orang semua. Langsung tak ada! Nadhirah menjungkitkan bahunya.

Aku tak sangka kau akan gigit tangan yang menyuapkan kau dari kecil. Keluarga aku kutip kau, bela kau sampai besar dan akhirnya ini yang kau bagi pada kami Orang yang tak kenang budi macam kau memang tak layak ditolong. Kalau aku tahu perangai kau macam ni, dari dulu lagi aku suruh arwah Papa humban kau ke rumah anak yatim. Kau tahu tak! Terima kasihlah atas budi yang kau orang berikan pada aku. Budi kau orang, layanan yang kau orang bagi, kata-kata kau orang. Aku kenang sampai mati.

Jadi sebab kau kenang budilah kau sanggup buat kami macam ni Kau memang tak ada hati perut, kan Sanggup kau buat macam tu pada abang Aidid sedangkan dia adalah pewaris Papa yang sah.

Abang Aidid hilang jawatan sebab dia yang bodoh. Aku tak paksa dia buat jenayah, aku tak minta dia langgar undang-undang, aku tak suruh dia seludup barang-barang pasaran gelap, aku tak ajar dia lari dari cukai. Semua tu dia buat sendiri. Jadi sekarang tanggunglah akibatnya. Buat apa salahkan aku

Kau memang sengaja nak kenakan dia, kan Syarikat yang batalkan projek Emerald Group tu berpengkalan di Australia. Kau ada kaki yang tolong kau perdayakan abang Aidid, kan Soal Adelia. Walaupun dia jarang mengambil tahu mengenai halhal syarikat, ada juga serba sedikit maklumat yang hinggap di telinganya.

Wow! I am impress, Adelia! Tapi, ini nasihat aku ya... Jangan buat tuduhan rambang tanpa bukti. Kalau ada, tolong buat laporan polis. Kalau tak ada, baik kau diam. Sebelum aku hancurkan hidup kau macam mana aku hancurkan hidup abang Aidid. Ugut Nadhirah.

Bukan setakat abang Aidid yang kau hancurkan.

Kematian Abang Ammar pun angkara kau!

Dia terlebih ambil dadah. Salah aku juga ke

Abang Aidid dah bekukan semua sumber kewangan Abang Ammar. Dia takkan ada duit untuk beli semua dadah tu kalau kau tak bagi dia duit. Kau yang galakkan dia untuk ambil dadah-dadah tu. Kau ingat aku tak tahu ke

Banyak yang tahu. kan Adelia Tapi, semua tu dah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Tak ada guna kau nak mengungkit lagi. Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah bagi dia duit untuk beli dadah. Aku beli saham dia dengan harga yang sepatutnya. Aku buat semua dengan cara sah. Dia yang sudi jualkan saham pada aku. Bukan aku paksa dia.

Memanglah dia jual pada kau. Tapi, duit yang kau bagi tu, semuanya di gunakan untuk beli dadah. Sampai mati sebab terlebih dos. Kau yang bertanggungjawab, kau tahu tak perempuan! Adelia gagal mengawal emosinya. Dia benar-benar marah melihat ketenangan Nadhirah walaupun setelah apa yang dia lakukannya.

Tak apalah kalau kau nak salahkan aku untuk semua tu. Aku nak buat macam mana, kan

Kau kejam Nadhirah! Kau kejam!!! Jerit Adelia.

Memang! Aku kejam selepas apa yang kau orang semua buat pada aku. Aku kejam selepas layanan yang kau orang bagi pada aku. Selama 15 tahun aku menderita, sampai sekarang ini pun rasa sakit yang kau orang tinggalkan masih lagi terasa. Aku takkan lupa sampai mati. Nadhirah turut meninggikan suara.

Pada Nadhirah, Adelia tiada hak mahu mengungkit mengenai budi, mengenai layanan mengenai ehsan yang keluarganya pernah beri pada Nadhirah. Tiada satu pun yang manis buat Nadhirah selama dia tinggal di rumah agam itu. Yang ada cuma kesan-kesan parut yang berbirat di tubuhnya.

Kau tahu sesuatu tak Adelia

Apa

Tan Sri Malik dah mati. Hidup abang Aidid, kerjayanya, cita-citanya dan impiannya semua aku dah hancurkan. Abang Ammar pun dah mati. Puan Sri Munirah diserang strok. Bila-bila masa dia akan mati, atau mungkin juga dia akan lumpuh seumur hidup. Cuma tinggal kau sahaja yang belum aku selesaikan. Getus Nadhirah perlahan sambil ketawa.

Kau dah gila, ke Kau nak buat apa dengan aku

Aku takkan apa-apakan kau. Jangan risau. Aku takkan sentuh kau

Kau dah gila Nadhirah. Gila! Adelia jadi takut Selama ini dia tidak pernah terfikir yang Nadhirah boleh bertindak sejauh ini. Boleh berubah sedahsyat ini dan boleh bertindak sekejam ini.

Kau tahu kenapa aku tinggalkan kau sendirian macam ni Nadhirah mendekati Adelia. Mereka berdiri mengadap satu sama lain.

Kau kejam, Nadhirah!

Aku nak kau rasa apa yang aku pernah rasa. Tak ada sesiapa akan hiraukan kau, pujuk kau, bela kau, ingat kau. Macam aku dulu. Tak ada sesiapa akan dengar apa yang kau nak cakap, dengar rayuan kau, dengar permintaan kau. Tak ada! Semua dah tak ada untuk kau. Hiduplah kau sendiri dalam rumah besar tu tanpa ada sesiapa pun yang menemani kau! Nadhirah membisikkan kata-kata berkenaan di telinga Adelia. Cukup untuk membuatkan wajah anak manja ini bertukar pucat lesi.

Faliq sudah tidak mampu mendengar. Dia sudah kehabisan upaya untuk berdiri dan mendengar katakata Nadhirah. Setiap yang keluar dari mulut Nadhirah terlalu berbisa untuk diterimanya. Inikah perempuan yang dia cintai. Inikah perempuan yang dia sayangi. Dengan langkah longlai Faliq menjauh. Dia berjalan meninggalkan bilik berkenaan menuju ke arah pintu keluar yang berdekatan.

Aku ada Imran. Dia akan temankan aku.

Kau yakin ke

Dia tunang aku. Tentulah.

Dia tak cintakan kau. Dia dipaksa untuk bertunang dengan kau. Keluarga Imran pilih kau sebab kau anak orang kaya, sebab kau anak orang berpengaruh.

Sekarang apa yang kau ada

Kau jangan nak merepek boleh tak

Aku tak merepek. Sebelum dia jadi tunang kau, dia adalah kekasih aku selama 8 tahun. Dia dipaksa memilih kau dan tinggalkan aku sebab aku tak ada apaapa. Nasib kau bakal sama dengan aku juga lepas ni. Bersedialah, Adelia. Nadhirah memberikan amaran.

Kau tipu. Imran tak pernah cakap apa-apa pasal kau pada aku. Dia tak kenal kau pun sebelum ni. Adelia enggan mempercayai kata-kata Nadhirah.

Kau pernah tanya dia ke Buat apa dia nak mengaku Bertekak dengan kau hanya menyakitkan hati dia aja. Baik dia diamkan diri. Lagi senang.

Kau tipu. Aku tahu kau tipu. Imran sayangkan aku. Dia takkan tinggalkan aku. Adelia bersuara yakin .

Buat apa aku nak tipu. Imran akan tinggalkan kau dan cari perempuan lain. Kalau dia dah mula sayangkan kau pun, Papanya takkan biarkan dia ambil perempuan yang dah tak ada apa-apa macam kau jadi sebahagian daripada keluarga mereka. Percayalah cakap aku. Kau dengan Imran takkan bersatu.

Kenapa kau buat aku macam ni Nadhirah Tak puas lagi ke hati kau kenakan keluarga aku sampai macam ni

Selama ni kau ada semua yang aku tak ada. Kau jadi tuan puteri yang paling disayangi dan dimanjai. Kau ada Papa, Mama, abang-abang yang sayangkan kau, duit dan harta. Semua yang sepatutnya jadi milik aku juga, tapi kau bolot seorang. Semua yang aku nak,

semuanya kau ambil.

Aku...

Tak ada benda lain yang aku nak selain Imran masa tu. Itu je yang aku nak untuk jadi milik aku. Itu pun kau ambil. Kau rampas dia dari aku. Sekarang aku akan pastikan hidup kau lebih hancur dari hidup aku.

Aku nak kau tengok sendiri dengan mata kepala kau, nasib keluarga bahagia yang kau pernah ada. Hancur berkecai, lebur macam tu sahaja. Tutur Nadhirah tenang sebelum beredar pergi.

Dia meninggalkan Adelia bersendirian. Puas hatinya melihat Adelia membisu tanpa kata. Mulutnya yang sering sahaja mengherdik Nadhirah suatu ketika dahulu tertutup rapat. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut itu.