Lahir di Kuala Lumpur. Berusia 32 tahun. Bercadang akan menikah bulan depan. Datang ke klinik petang semalam, ada masalah besar katanya. Perlu diselesaikan dengan segera. Dia belum dikhatankan. Dia belum bersunat. Aku sangat terkejut. Aku tak terkata apa-apa. 32 tahun usianya. Bukan 12 tahun.
Dia kata masa kecik-kecik dulu dia hampir dikhatankan. Tetapi dia lari sebab takut. Selepas itu dia terus mendiamkan diri. Dan bila saat-saat nak menikah dah semakin hampir, baru dia tergerak nak bersunat. Aku tanya: Kau sembahyang ke tidak
Kau sembahyang Jumaat ke tidak Dia hanya senyum.
Dua tahun dulu aku pernah ada kes serupa. Seorang lelaki Sabah. Umur dah lebih 40 tahun. Dah berkahwin dan punya anak 3. Katanya masa kecik-kecik dah bersunat atas batang pisang. Tapi tok mudim potong sikit je. Dia datang klinik untuk bersunat semula. Bila aku tengok, macam tak bersunat je. Apalah yang tok mudim tu potong agaknya.