DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 43
Pagi tadi di pejabat dalam pukul 9. Sedang aku cover line klik Facebook sikit-sikit, Apan mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Apan hilang punca di sekitar sektor Operasi. Muka macam ada masalah.

Lu kenapa ni Apan Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Apan ni kira ngam jugalah. Budak Kedah, umur muda sikit daripada aku dan tak berapa nak hensem. Kalau tatap muka dia lama-lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan syarikat aku. Sebelum masuk sini, Apan banyak uruskan bisnes sendiri dan selalu rugi.

Mak aku hilanglah... Apan berbisik perlahan.

Aku punyalah terperanjat!

Mak ko hilang Bila hilang Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju-laju. Berdebar tak payah cakaplah, kencang macam kuda!

Petang semalam. Dah cari merata tak jumpa.

Apan berlalu meninggalkan aku menuju ke bahagian budakbudak Sumber Manusia. Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih lebih, risau kena pukul pula. Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja. Ayah dia kerja Penolong Kanan, lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor Operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah. Sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan The Typewriter.

Mak aku dah jumpa! kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Aku cepat-cepat bersyukur.

Alhamdulillah. Jumpa kat mana

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada aku, Apan membalas padu.

Dalam sinki pantry!

Aku terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

Babi!

MUG la Apan. MUG! Pronounciation macam jahanam!

Sia-sia aku berdebar. Pagi-pagi sudah bikin hati membara!