SEMBANG TEPI JALAN - 43
Sementelah kehidupan ini adalah asasnya sebuah pemasalahan. Kita sebagai pencarinya dan juga atas dasar kecintaan yang melebihi tahap normal manusiawi.

Sahabat aku, Malim Pelita ada menulis mengenai betapa Tuhan itu sangat menyayangi kita. Kita sepatutnya bersuka ria dengan permasalahan itu.

Kita yang tentukan kehidupan ini. Dia pengasih dan penyayang. Kita yang mahu dan kita yang pilih. Kita juga memilih untuk menjadi tidak siuman. Jadi tidak sepatutnya kita mengeluh melainkan berketawa meraikan hal- hal yang berserabutan. Kalau ditanya akan hasil sebuah percintaan yang sedang berlangsung ini, tanyalah diri sendiri yang menjadi wakil untuk melengkapkan hal-hal yang ada bersangkut paut dengan urat tubuh kita.

Kalau kita mengesat muka yang tak berpeluh, itu sudah dikira gagal sebagai wakilnya itu. Wajib bagi kita mensyukuri semua nikntat yang datang dalam kelompok wakil terpilih ni.

Kita dizahirkan ke muka bumi ini berbogel. Itu lambang suci dan kukuhnya kejujuran. Apabila mati pun dikapankan. Lama-kelamaan kain pun reput dan segalanya hilang melainkan kesucian hati. Kesucian tidak akan mati. Ianya terkandung di dalam benih oraitg yang beriman untuk menghadapnya.

Kalau berbogel itu lambang kesucian, mengapakah apabila dewasa kita memakai baju dan berdandan Itu kehendak manusiawi dan hukum peradaban yang memerlukan kita begitu. Kita cuma tidak digalakkan untuk bermegah-megah dengan apa yang kita ada dan ntiliki sebab itu semua ujian untuk kita. Bermegah itu mainan iblis. Apabila ada rasa megah, iblis akan megahkan lagi sehingga dia mahu bertakhta di singgahsana had kita. Apabila kita gagal, iblis akan memegang dan mengawal kunci hati kita. Oleh itu, kita perlu kukuh dalam mempraktikalkan nilai kehidupan.

Jadilah manusia yang penuh dengan nilai dan sifat -sifat ketuhanan dalam diri. Kecintaan itu wajib pada yang mengerti. Nilai kecintaan bukan pada nilai material. Ianya ghaib yang nyata - tidak perlu disalut dengan intan dan permata. Kita pulang bukan dengan harta melainkan harga keimanan pada yang khalik. Harga iman bukan main timbang pakai kati atau kilo melainkan atas ehsan pencipta. Kita tidak punya apa melainkan siapa kita. Kita bllka/1 dj sisi manusia melainkan di sisinya. Di sisi manusia untuk sesama manusia saja.

Kejadian seperti ini banyak hipokrasinya; mungkin juga kehendak kehidupan itu sendiri yang mahu itu dan ini. Apa yang nyata manusia semakin rakus dalam menjalani hidupnya, menindas apa yang boleh ditindas. Kejujuran hanyalah pada kata-kata yang lahir dari mulut terus ke hati juga tapi hatinya telah dikawal oleh iblis yang mengawal dalaman kita yang sememangnya rapuh ini. Rapuh dalam iman.