Daerah Bantul merupakan daerah yang paling teruk dilanda musibah tersebut di mana lebih 2,000 mangsa terkorban. Manakala 1,500 lagi merupakan korban di daerah Klaten.
Bencana tersebut melanda ketika penduduk dibayangi kebimbangan muntahan lahar dari Gunung Berapi Merapi yang telahpun beberapa kali memberi amaran. Rupanya letupan Gunung Merapi tersebut ditangguhkan dan dihidangkan dengan gegeran gempa bumi yang meranapkan daerah Bantul, Klaten dan daerah lain. Walaupun didirikan pada asas binaan yang kukuh, ia ranap setelah dilambung oleh gegeran tersebut.
Presiden Indonesia yang diduga dengan bencana demi bencana ini cukup tabah menanganinya satu persatu. Selain masalah wabak Selsema Burung, keadaan ekonomi yang meruncing, kejadian banjir kilat di Jakarta, tanah runtuh di Jawa Barat dan wabak Polio cukup menguji kesabaran seorang pemimpin dan rakyatnya.
Masalah pembakaran hutan yang juga memberi kesan kepada negara jiran serta ancaman Militan dan Jemaah Islamiah yang bergerak secara sulit merupakan rentetan beban yang cukup membebankan. Serangan ke atas 2 buah kelab malam di Kota Bali pada 12 Oktober 2002 yang meragut 202 nyawa dan disusuli dengan letupan besar di Hotel MCW J.W Marriot di Jakarta pada 5 Ogos 2003 yang mengorbankan 12 nyawa meragut kestabilan dan keyakinan terhadap tahap keselamatan di Indonesia. Pada 9 Sep 2004, kedutaan Australia pula diserang oleh pengganas.
Beberapa serangan bom telah berjaya meragut 28 nyawa dan mencederakan 100 yang lain. Kejadian keganasan yang berterusan amat membimbangkan Indonesia dan usaha untuk meraih semula keyakinan pihak luar terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Wilayah seperti Paso di Sulawesi dan Maluku juga menyaksikan pertentangan masyarakat berlainan agama membabitkan penganut Kristian dan Islam.
Sejak tahun 2000, Indonesia mengalami 9 gegaran besar yang menyebabkan ratusan ribu kematian. Gegaran pada 27 Mei 2006 merupakan yang paling kecil berbanding dengan 8 gegaran yang lain. Ia tidak termasuk beribu-ribu gegaran yang tidak membawa kepada maut. Gempa pada 8.7 Skala Ritcher yang melanda Pulau Nias dan Pulau Simenlue pada 28 Mac tahun 2005 telah meragut lebih 900 orang.
Indonesia yang terbentuk dari 18,000 pulau dengan 500 buah gunung berapi dan 130 buah daripadanya masih aktif sentiasa menanti apakah lagi bencana alam yang bakal melanda. Ia tidak dipinta tetapi ia juga tidak boleh disanggah begitu sahaja. Kepada tuhan dimohon agar bencana yang datang dari Illahi tidak memberi kemudaratan kepada sesiapa.
Gegaran selama 57 saat itu berlaku pada jam 5.55 dikesan di dasar Lautan Hindi iaitu kira-kira 37.6 Kilometer di Selatan Yogjakarta. Lebih 200,000 hilang tempat tinggal dan kematian yang semakin bertambah dari hari ke hari.
Tsunami Mengganas Lagi
Sebuah gempa bumi sebesar 7.7 di skala Richter telah melanda pulau Jawa sekitar pukul 03.19 petang (04.19 waktu tempatan) pada 17 Julai 2006 yang telah berlaku di lautan di bahagian selatan Jawa. kali ini pantai Pangandaran di Ciamis pula menjadi mangsa basuhan tsunami yang mengganas sehingga penduduk di persisiran pantai tidak sempat menyelamatkan diri.
Gempa bumi ini menyebabkan tsunami setinggi tiga meter yang telah memusnahkan tempat-tempat tinggal di pesisiran pantai selatan Jawa sejauh 300 meter dan membunuh sekurang-kurangnya 600 orang. Kira-kira 290 lagi dilaporkan hilang.
Tinjauan Kajibumi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan gempa bumi berpusat di 9.295 S 107.347 E, 48.6 km di bawah dasar laut. Ia berada sekitar 225 km (140 mil) timur laut Pulau Krismas, 240 km (150 mil) tenggara Tasikmalaya, Indonesia, dan 358 km (222 mil) selatan Jakarta.
Menurut seorang jurucakap dari Kementerian Kesihatan Indonesia, kira-kira 450 orang telah tercedera, 53,700 orang kehilangan rumah-rumah mereka dan 140 masih hilang.
Sekurang-kurangnya tiga warga bukan Indonesia termasuk di dalam senarai mereka yang meninggal dunia, termasuk seorang warga Belanda, Sweden dan Pakistan. Kementerian Luar Sweden melaporkan bahawa dua orang kanak-kanak Sweden yang sedang bercuti bersama keluarga mereka juga dilaporkan hilang.
USGS merekodkan sekitar 22 gempa susulan di selatan Jawa yang dianggarkan berada di antara 4.8 dan 6.1 skala Richter; dua daripada gempa tersebut adalah 6.0 dan 6.1. Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami setinggi tiga meter yang telah merosakkan tempat kediaman di pesisiran selatan pantai Jawa dan membunuh sekurang-kurangnya 341 orang dan dilaporkan 229 lagi hilang.
Tsunami telah melanda kawasan perkampungan tepi pantai seperti Cipatujuh dan di Pangandaran, di selatan Bandung. Kerosakan yang banyak telah dilaporkan di tempat peranginan pantai di Pangandaran. Beribu-ribu pelawat yang sedang bercuti di sana telah melarikan diri ke kawasan tinggi apabila tsunami melanda.
Menteri Sains dan Teknologi Indonesia, Kusmayanto Kadiman, menngesahkan bahawa Indonesia telah menerima surat siaran rasmi dari Pusat Amaran Tsunami di Hawaii dan Agensi Kajicuaca Jepun dua puluh minit sebelum tsunami pertama berlaku, tetapi mereka sedang terlalu sibuk memerhatikan kejutan lanjuran gempa bumi hingga tidak mengeluarkan amaran tsunami
Evakuasi
Sekurang-kurangnya 50,000 orang telah meninggalkan kawasan pesisiran pantai kerana bimbang tsunami akan bertindak semula atau rumah mereka telah musnah akibat tsunami tersebut. Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.
Bantuan kemanusiaan yang diperlukan untuk gempa bumi (dan tsunami) kali ini adalah agak tinggi kerana terdapat banyak kerosakan infrastruktur, kekurangan air dan makanan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Penyakit epidemik juga mungkin berlaku, kerana antara kawasan yang ditimpa musibah ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim tropika yang sesuai. Malah PBB telah mengatakan ini mungkin menjadi operasi bantuan terbesar dalam sejarah.
Perkara utama yang dirisaui oleh organisasi bantuan kemanusiaan dan agensi kerajaan ialah untuk mengenal dan menanam mangsa yang telah meninggal sebelum mereka menjadi isu kesihatan dan menyebarkan penyakit epidemik seperti kolera dan demam kepialu. Seterusnya, bekalan perubatan dan kepakaran perlu dihantar ke hospital dan klinik, bantuan khemah dan pakaian serta air minuman dan makanan (terutamanya makanan bayi) kepada mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal.
Banyak kerajaan dan organisasi kemanusiaan di seluruh dunia telah menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dengan gempa bumi ini. Bank Dunia PBB menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan bernilai USD 5 billion. Saorang penduduk tempatan yang kehilangan isteri menyatakan kesedihannya terhadap tragedi tersebut.
Namun beliau bersyukur kerana tragedi tesebut telah menghapuskan industri pelacuran yang berleluasa di sepanjang pantai Pangandaran. terdapat beratus-ratus gerai seks dan rumah urut di sana yang menyaksikan pelangan dari luar dan dalam negara dilayan oleh pelacur-pelacur sambilan dari daerah-daerah luar seperti Tasik Malaya, Banjarnegara, Garut, Bandung dan Indramayu.
Walaupun industri ini yang juga menyajikan minuman-minuman keras membawa keuntungan yang besar, namun ia pastinya mengundang kemurkaan Allah yang murka dengan perbuatan manusia yang melampaui batas.
Tsunami yang berlaku itu hanyalah permulaan kerana tsunami yang lebih besar lagi bakal melanda di kawasan tersebut. Demikian menurut pakar yang meramalkan tragedi yang tidak kesudahan itu bakal menimbulkan ketidakstabilan dan mempu menyebabkan kerosakan yang lebih teruk lagi.