TAKAFULMAN - 43
Semalam aku bagi presentation Takaful pada staf syarikat OAR.

Founder dia Mohd Omar Hj Ali. Brader ni tiga tahun lepas pakai kancil, tahun 2016 ni dah tukar pakai kereta mewah.

Daripada seorang yang berjawatan site supervisor, kepada ahli jualan online seluar Levis, bertukar kepada juru kontrak pasang paip, dan sekarang steady dengan perniagaan produk bawah naungan OAR.

Mula mula dia ambil Takaful untuk diri dia, dah ada income ok sikit berniaga dia ambilkan pulak untuk keluarga dia, dan sekarang nak ambilkan pula untuk staf syarikat dia.

Aku pernah offer dia jadi TakafulMan, tapi masa tu dia dah pun memulakan perniagaan sendiri, dan sekarang dia buktikan kesungguhan usaha dia selama tiga tahun ni membuahkan hasil.

Ramai kawan kawan saya nak berniaga, tapi tak boleh pergi bang, kejap je semangat lepas tu pudar

Aku bagitau sama je mana-mana pun, Yang nak jadi TAKAFULMAN pun ramai, tapi macam tu lah, tak ada kesungguhan, bila rasa susah sikit dah down, bila kerja sibuk sikit dan kata tak ada masa, sudahnya quit. Ibarat tengah bergaduh dengan musuh, baru kena jeling dah menangis balik rumah mengadu kepada mak, belum lagi kena tumbuk terajang.

Kami ketawa memikirkan manusia yang hidup nak senang tapi tak mahu merasa kerja susah, seperti orang sakit mahu kesembuhan, tapi tak mahu telan ubat yang pahit.