Dalam belitan kuantum, apabila kita dah tahu keadaan kuantum pada satu sifat zarah, zarah yang lagi satu akan ada keadaan kuantum yang berlawanan dengan pasangannya. Katalah keadaan kuantum pada satu zarah ialah hitam. Jadi secara automatiknya, kita akan tahu (100% pasti) keadaan kuantum zarah lagi satu ialah putih.
Zarah-zarah ini berhubung antara satu sama lain dalam cara yang luar biasa dan Einstein memanggilnya spooky action at a distance. Ia adalah fenomena kuantum yang luar biasa dan susah diterima akal. Namun, ia bukanlah sifat yang aneh pada zarah kerana ini adalah tabiat semulajadinya. Cuma tabiat ini sungguh mengejutkan saintis.
Walaupun Einstein sedar kuantum belitan adalah fenomena biasa bagi zarah-zarah, dia berharap perkara serupa itu takkan wujud dalam fizik. Beliau memang tak menyukainya.
Pada asalnya, teori popular berkaitan belitan kuantum dikenali dengan Paradoks EPR iaitu kependekan kepada Paradoks Einstein-Podolsky-Rosen. Ia telah diperkemaskan lagi oleh John Stewart Bell melalui Teorem Bell. Bell menulis teorinya dalam bentuk persamaan matematik dipanggil Ketaksamaan Bell
(Bells Inequalities).
Dalam Paradoks EPR, katalah kita mempunyai zarah A dan zarah B. Leonard Susskind menamakan zarah A dengan Alice dan zarah B dengan Bob.
Bob dan Alice saling berhubung intim melalui kuantum belitan. Justeru, sifat kedua-duanya akan saling berkaitan tetapi berlawanan. Sebagai contoh, jika putaran (keadaan kuantum) untuk Alice ialah , maka putaran untuk Bob mesti -1/2. Dan jika zarah Bob mempunyai putaran , maka secara automatiknya Alice akan mempunyai putaran -1/2. Perkara ini memang betul-betul dibuktikan menerusi eksperimen.
Dalam hal ini, jika kita dapat mengukur putaran untuk Alice maka kita boleh pasti putaran untuk Bob pula tanpa mengukur putaran untuk Bob terlebih dulu.
Jangkaan ini boleh dilakukan kerana kedua-dua zarah saling berkait dan berhubungan melalui belitan kuantum. Cuma persoalannya bagaimana Adakah Alice dan Bob berkomunikasi
Jawapannya, saintis tak tahu. Ia masih menjadi misteri bagaimana zarah boleh mengetahui apa yang pasangan dia buat. Dan disebabkan itulah, Paradoks EPR sebenarnya telah menyanggahi falsafah tak tetap (indeterminisim) dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg (Heisenberg Uncertainty Principle) bahawa kita tidak boleh mengetahui kedua-dua posisi dan momentum pada zarah serentak. Tetapi dalam kes Paradoks EPR, benda ini seolah-olahnya mampu dilakukan. Inilah yang disimpulkan oleh Einstein dalam jurnalnya bertajuk, Can Quantum-Mechanical Description of Physical Reality Be Considered Complete
Dengan kata lain, Einstein optimis bahawa prinsip ketadakpastian mekanik kuantum boleh ditolak dan diubah kepada satu falsafah baru yang bersifat realistik, pasti dan bukan berasaskan andaian dan jangkaan semata-mata. Dan selagi mana piawaian itu tidak tercapai, maka menurut Einstein, mekanik kuantum tidak lengkap. Dalam bukunya, Quantum: Einstein, Bohr, and the Great Debate about the Nature of Reality, Kumar Manjit malah mendakwa melalui belitan kuantum, kedua-dua faktor iaitu posisi dan momentum boleh diketahui serentak.
Menurutnya, jika kedudukan tertentu bagi zarah A boleh diketahui. Ini secara tak langsung membenarkan kedudukan zarah B ditentukan. Justeru momentum tertentu bagi zarah B dapat dikira, begitu juga zarah A yang berhubung dalam belitan (entanglement).