Melly, kakak hantar sampai sini saja ya. Esok kita jumpa kat taska. Ujarnya seraya mengucup dahi anak kecil itu.
Kakak tak nak singgah rumah Melly dulu Bibir mungil itu bertanya. Danira segera menggelengkan kepala.
Tak elok begitu sayang, lagipun rumah Melly tak ada orang sekarang ni.
Pak Su Aliff ada. Mak Su Naj pun ada kat rumah. Sampuk Melia pantas, seakan-akan tidak merelakan dirinya beredar.
Danira tersenyum kecil. Tak apalah sayang, besok saja kita jumpa kat taska. Kakak pun kena balik, nanti Mak cik Kamila marah. Ujar Danira memberi alasan. Dia memandang pengawal keselamatan itu semula.
Pakcik tolong bawa Melly masuk ke dalam ya. Pinta Danira. Lelaki itu hanya mengangguk. Danira segera berpaling lalu melangkah pergi.
******
Dalam masa yang sama, Aliff tiba-tiba keluar dan berdiri di atas balkoni rumah di tingkat dua. Dia tiba-tiba terpandang kelibat seorang gadis baru sahaja meninggalkan perkarangan rumahnya. Dahinya serta-merta berkerut. Siapa tu
Pak Man! Panggil Aliff separuh melaung. Osman berpaling seraya mendongak.
Ya Encik Aliff
Siapa yang baru datang tu Soal Aliff lagi.
Entahlah Encik Aliff, katanya dia kerja dengan Puan Kamila dekat taska. Dia datang nak hantar Melly pulang. Jawab Osman turut sama menjerit.
Aliff terdiam. Dari taska Melly Kenapa Filman tak jemput Melly sendiri Hati Aliff tertanya-tanya. Dia memandang ke arah si kecil yang sedang dipegang tangannya oleh Osman, pengawal keselamatan di rumah itu.
Kenapa jerit-jerit ni Aliff Najla tiba-tiba muncul di belakangnya.
Tak ada apa-apa. Ada seorang perempuan hantar Melly balik tadi. Agaknya abang Filman sibuk, sebab tu tak dapat ambil Melly di taska. Ujar Aliff.
Isk abang Filman pun satu, percaya sangat kat orang-orang kat taska tu. Buat-buat orang tu culik Melly, tak fasal-fasal kita yang dapat susah. Najla merungut seakan-akan tidak senang dengan tindakan Filman. Aliff hanya tersenyum mendengar andaian yang berputik di fikiran Najla.
Mungkin abang Filman tak dapat hubungi kita agaknya. Yang Naj nak marah-marah ni kenapa Usik Aliff tersengih.
Belum sempat Najla mahu menjawab, derap langkah kecil kedengaran sedang mendaki tangga. Kedua-duanya serentak berpaling. Melia muncul sambil membawa beg sandang kecil berwarna pink.
Hai sayang, dah balik pun baby Pak Su ni, tegur Aliff seraya mendepakan tangannya. Melia ketawa kecil lalu berlari ke arah lelaki itu. Najla tergelak melihat gelagat Aliff mengagah Melia. Macam budak-budak, bisik hati kecil Najla. Namun sifat Aliff yang pandai melayan anak-anak kecil itulah yang membuatkan hati Najla seperti terbuai. Sayang lelaki itu tidak mahu faham apa yang dirasakannya.
Siapa yang hantar Melly balik tadi Pertanyaan Aliff mematikan lamunan Najla. Dia turut memandang ke arah anak kecil itu. Turut ingin tahu siapakah gerangan orang yang menghantar anak saudara kesayangannya pulang.
Kakak. Jawab anak kecil itu petah.
Kakak Aliff dan Najla saling berpandangan. Serentak kedua-duanya ketawa besar. Jawapan Melia terlalu ringkas untuk mereka cerna. Aliff segera menggeletek perut Melia membuatkan anak kecil itu terkeheh-keheh ketawa.
Danira menyedari, ada sebuah kenderaan berhenti betul-betul di hadapan pagar taska itu. Dia baru hendak menutup pintu dan grill setelah Lynn dan Umaira pulang hampir setengah jam yang lalu. Melihat lelaki yang baru keluar dari perut kereta itu adalah Filman, Danira terkedu. Kenapa pula lelaki itu ada di sini Apa mahunya Hatinya tertanya-tanya separuh hairan. Bukankah dia sudah menghantar Melia pulang sebentar tadi
Filman menoleh ke arahnya dengan wajah gusar, sebelum tergesa-gesa menutup pintu kereta.
Assalamualaikum. Sapa lelaki itu apabila dilihatnya Danira sedang memandangnya dari muka pintu. Danira hanya menjawab salam itu di dalam hati. Lelaki itu tidak menghulurkan senyum seperti biasa. Malah Filman kelihatan panik.
Kenapa Encik Filman ada kat sini Soal Danira ingin tahu. Dia hairan melihat kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Apa urusan Filman datang petang-petang begini Mahu bertemu Kamilakah
Danira, Melly ada kat sini Pertanyaan lelaki itu membuatkan Danira terpempan. Apa maksud lelaki itu bertanya tentang Melia Bukankah aku sudah menghantar anaknya pulang sebentar tadi
Encik Filman datang nak ambil Melly Dia menyoal separuh gugup. Lelaki itu mengangguk.
Tadi Encik Filman kata yang Encik Filman ada meeting penting hari ni, tak dapat ambil Melly. Dia mengingatkan lelaki itu. Filman terdiam.
Betul, tapi mesyuarat saya berakhir lebih awal dari biasa. Sebab itu saya ke sini nak jemput Melly. Jelas lelaki itu.
Tapi saya dah hantar Melly pulang tadi. Dah dua jam dah. Ujar Danira.
Filman kaget mendengar penjelasan Danira.
bersambung
Bab akan datang :
Mengapakah Encik Filman begitu kaget dengan penjelasan Danira