Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 44
BAB 44

SUASANA meriah di luar rumah. Ramai kanak-kanak yang berlari riang di halaman yang luas. Meja bufet yang panjang sudah tersedia di taman dekat dengan kolam ikan. Laman rumah dihias indah dengan bunga dahlia segar dan bunga tulip berwarna terang.

Felisha masih dalam bilik. Dua hari lepas, Puan Suraya datang bersama rombongan meminang. Bermakna dua hari dia menjadi tunang Fariz dan hari ini gelaran tunang akan bertukar isteri. Sesekali Felisha jenguk melalui tingkap. Keriangan budak-budak bermain di laman begitu menghiburkan biarpun saat ini dia sendiri berperang dengan perasaannya. Perasaan yang sudah tentunya membakar rasa tidak senang dengan sikap Fariz.

Tak apa..aku dah berterus terang dengan dia hari tu. Bukan salah aku. Felisha pujuk hati.

Dia menapak semula ke meja solek. Diperhati dirinya sendiri. Berbaju putih labuh dengan manik putih bersinar dan mengenakan shawl labuh menutupi dada dan veil yang labuh sehingga meleret di lantai. Dia hanya mengenakan solekan nipis. Tidak mengupah mana-mana mak andam.

Sha..sekejap lagi pengantin lelaki datang. Sha dah siap Puan Bainun jenguk bilik Felisha.

Macam nilah mama.. Jawab Felisha malas.

Ish budak ni. Cerialah sikit. Hari ni kan hari nikah Sha. Puan Bainun betulkan tudung Felisha. Dia menambah sedikit solekan pada wajah bujur sireh Felisha.

Ha..barulah nampak seri sikit. Ni pucat je mama tengok! Puan Bainun senyum. Gincu warna merah jambu disapu pada bibir kecil Felisha.

Felisha muncung. Sebaik mama keluar, sekali lagi dia sapu bibirnya. Felisha termenung di birai katil. Matanya menala pada barang hantaran.

Semua gubahan barang hantaran kak Arini dan mama yang sediakan. Malas nak sentuh benda-benda macam tu.

Felisha menapak pula ke meja kecil. Sejambak bunga dahlia dan bunga ros biru diletakkan di dalam pasu. Dia pandang pula katilnya sendiri.

Pagi tadi, kak Arini sibuk menabur kelopak bunga ros merah berbentuk hati.

Hmmdah macam dalam drama pulak aku rasa Felisha kuis-kuis kelopak bunga. Habis berterabur jatuh ke lantai. Dah tak nampak bentuk hati. Ah! Lantaklah!

Sha, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Mari! Arini pula jenguk ke bilik Felisha. Dia jeling katil Felisha yang dah bersepah. Dia geleng.

Nampak sangat Felisha tidak suka semua tu. Memberontak agaknya

Felisha menapak malas bersama Arini menuju ke ruang tamu. Ramai tetamu sudah menunggu di situ. Semua mata menala ke arah Felisha yang cantik hari itu.

Cantik Sha hari ni..macam nilah adik kesayangan abang. Fakrul segera mendapatkan Felisha yang hanya tunduk bila jadi perhatian ramai. Ya la..raja seharilah katakan. Memang mata semua tertumpu padanya.

Felisha disuruh duduk atas bantal besar dekat dengan Puan Bainun. Fakrul melangkah pula ke laman, menyambut kedatangan pengantin lelaki.

Dari jauh dia sudah tersenyum melihat kesegakan Fariz dalam busana Melayu putih mutiara. Sepadan dengan Felisha.

Silakan! Fakrul dan Encik Zainuddin mula menyambut rombongan pihak pengantin lelaki.

Wah! Segak kau hari ni. Aku pulak terasa nak nikah lagi.Usik Fakrul.

Ceh! Gatal jugak kau ni nak berbini dua! Bisik Fariz. Takut kata-katanya tadi didengari Arini yang hanya berada di sebelah Fakrul.

Suasana yang riuh di ruang tamu tadi kembali senyap sebaik rombongan pengantin lelaki menapak masuk. Majlis akad nikah sudah bermula.

Felisha hanya tunduk membisu. Sedikit pun dia tidak pandang pada Fariz. Fariz pakai baju warna apa pun dia tak ambil kisah. Lantaklah!

Selesai majlis akad nikah, Fariz mendekati Felisha yang duduk bersimpuh sebelah Puan Bainun.

Assalamualaikum.. Fariz beri salam sambil tersenyum.

Felisha mendongak. Wa..waalaikumussalam..

Kita solat dulu Ajak Fariz. Semua tetamu masih tertumpu pada mereka berdua.

Err..solat apa Felisha mendongak.

Fariz senyum kelat. Tanya lagi dia nitakkan solat dhuha pulak! Emm..solat sunat nikah la sayang..

Err..sa..saya uzur. Bisik Felisha. Tunduk.

Apa Fariz dekatkan telinganya pada mulut Felisha.

Saya uzurlah! Felisha tinggikan sedikit suara.

Oh.. Fariz bingkas bangun dan mula menunaikan solat sunat nikah. Salah timing la pulak. Usai solat, dia kembali mendekati Felisha yang masih tunduk. Cincin disarung ke jari manis Felisha. Teragak-agak Felisha mencium tangan Fariz. Fariz pula mencium dahi Felisha dan meletakkan tapak tangan kanannya di ubun Felisha dan membaca doa.

Felisha masih tunduk. Ada titis jernih mengalir di kedua pipinya. Entah mengapa dia merasa sebak dengan sikap Fariz. Berlainan sekali hari ni.

Cepat-cepat Puan Bainun sapu dengan tisu. Bimbang tetamu akan nampak. Dia faham sangat sikap Felisha yang suka memberontak.

Sha..dah la tu. Senyum sikit sayang..Fariz pegang erat tangan Felisha.

Felisha mendongak. Sayang

Selesai majlis akad nikah, para tetamu dijamu dengan hidangan enak di ruang legar laman. Pengantin juga turut serta menikmati juadah pengantin di meja pengantin bersama keluarga masing-masing.

Err..mereka semua ni dari mana Fariz pandang pada sekumpulan budak lelaki dan perempuan yang sedang asyik menikmati makanan. Semuanya berpakaian sama.

Papa jemput anak-anak yatim dari Kajang dan Puchong. Mereka semua tu rapat juga dengan papa. Yang di sebelah kiri tu pengetua rumah anak yatim Limpahan Kasih. Fakrul menjelaskan kepada Fariz bila menyedari Felisha diam dari tadi. Tidak sedikit pun hiraukan pertanyaan Fariz.

Hmm..eloklah tu. Afdal jemput anak yatim. Aku ingat kenduri sebelah keluarga aku pun nak jemput anak-anak yatim ni. Fariz masih memandang ke arah anak-anak yatim.

Alhamdulillah. Itu seeloknya.. Fakrul senyum. Dia jeling Felisha yang masih diam membisu.

Sha..kenapa ni Senyumlah sikit. Tak baik tau masam macam tu depan suami! Bisik Fakrul pada Felisha yang menyuap nasi.

Suaplah suami tu. Arini pula mencelah.

Puan Bainun dan Puan Suraya hanya senyum melihat gelagat Felisha yang teragak-agak menyuap nasi ke mulut Fariz.

Awak nak saya suapkan Nah! Felisha tonyoh mulut Fariz dengan nasi beriyani. Tersedak Fariz bila disumbat nasi segenggam macam tu.

Sha..apa ni Fakrul tepuk belakang Fariz yang dah terbatuk-batuk. Dia segera hulur segelas air kepada Fariz.

Fariz mengurut dada. Dia jeling Felisha yang buat dek je. Tak apamalam nanti, siap kau!

Sha, selamat pengantin baru. Cantik Sha hari ni. Puan Akma dan suaminya turut hadir. Terkilan kerana tidak dapat bermenantukan Felisha. Sudah jodoh Felisha dengan Fariz.

Cantikkan kakak ipar Alia Alia dari tadi asyik pegang lengan Felisha.

Terima kasih makcik. Felisha mencium tangan Puan Akma.

Taj tak datang ke mak long Fariz turut mencium tangan mak saudaranya.

Taj tak dapat datang. Alhamdulillah..Sakinah dah hamil. Dia muntah teruk. Mereka masih kat Jordan. Puan Akma senyum.

Ya Alhamdulillah! Puan Suraya peluk kakak sulungnya.

Ya Su! Mungkin ada hikmahnya sebalik apa yang telah terjadi. Sha, jadilah isteri yang solehah. Rumah tangga berkat nanti. Puan Akma peluk Felisha.

Puan Suraya dan Puan Bainun saling berpandangan. Faham benar dengan tindakan Puan Akma yang begitu sayangkan Felisha.

Bainun..saya rasa terkilan juga bila tak dapat jadikan Sha ni menantu saya.. Puan Akma mengesat air mata yang tumpah.

Sudahlah Akma. Dah ketentuan Allah macam ni. Terimalah dengan redha. Sekarang ni pun Sha masih ada kaitan dengan Akma kan Dia jadi anak sedara jugak nanti. Puan Bainun usap bahu Puan Akma.

Puan Akma senyum. Fariz minta diri untuk ke laman melayan tetamu yang datang. Dia tarik tangan Felisha sekali. Terpaksa Felisha mengikut rentak Fariz. Fakrul dan Arini turut sama ke laman.

Sha!

Empat kepala berpusing. Najwa tersenyum di tepi kolam ikan.

Wa! Datang jugak kau ya! Felisha lepaskan tangannya dari genggaman Fariz. Dia melangkah perlahan ke arah Najwa.

Wah! Cantiknya kau Sha! Nah! Hadiah dari aku! Kotak kuning dihulur kepada Felisha.

Susah je kau ni. Kau datang ni pun dah cukup bagi aku. Kau tak bawa boyfriend sekali ke Aku nak kenal sangat. Felisha senyum.

Fariz, Fakrul dan Arini menapak ke tempat Felisha.

Siapa ni Fakrul pandang Najwa atas bawah. Macam pernah nampak dia ni.

Nilah housemate Sha! Najwa!Felisha sengih.

Saya Najwa. Najwa bersalam dengan Arini. Dia renung Arini. Lama.

Cantik akak ni. Memang padan dengan abang kau Sha! Usik Najwa. Matanya beralih pada Fakrul. Fakrul ditenung tajam. Desah nafasnya turun naik menahan getar.

Wa, kau dah makan Felisha pandang Najwa yang tidak berkelip memandang Fakrul. Apa kena minah ni

Ehem! Arini berdehem kecil. Renungan Najwa tadi sedikit sebanyak membuatnya rasa cemburu.

Wa! Felisha tepuk bahu Najwa.

Hah Kau tanya aku ke Najwa menoleh.

Yalah! Yang kau tenung tu, abang aku. Dia dah nikah la Wa! Kau tu lambat sangat! Usik Felisha.

Fakrul masih memandang Najwa yang tidak lekang dari melihatnya sejak tadi. Macam ada tekanan perasaan yang maha hebat. Apa kena minah ni

Fariz yang dari tadi berada di sebelah Felisha hanya melihat gelagat Najwa. Ada riak pelik di wajah gadis itu.

Fariz, selamat pengantin baru. Jaga Felisha baik-baik tau! Sekarang ni banyak penyangak. Najwa kenyit mata pada Felisha.

Mereka mula bersembang bersama. Ainul dan suaminya turut datang meraikan pernikahan Felisha dan Fariz. Hanim pula datang bersama tunang tersayang, Dr. Aqif. Sempat berbual dengan Hanim tentang kes Aqif. Aqif sudah berterus terang pada Hanim. Semua tu sebenarnya hanya salah sangka. Ben yang papah Aqif masuk ke dalam bilik perempuan mat saleh tu yang turut mabuk. Rupanya Ben pun tertidur sama di atas lantai di dalam bilik yang sama.

FELISHA berehat di bilik. Siang tadi dia seharian melayan tetamu yang datang terutama anak-anak yatim. Puas bila melayan mereka.

Assalamualaikum.

Felisha mendongak. Fariz sudah menapak ke biliknya. Dia tunduk semula.

Kenapa tak jawab salam Fariz masih tercegat di muka pintu.

Felisha angkat muka. Waalaikumussalam..

Hmm..nah! Fariz mendekati Felisha dan duduk di sebelah.

Apa ni Felisha pandang gelas di tangan Fariz.

Fariz senyum. Tanya lagi minah bunga ni. Susu pun tak tahu ke

Susu! Minumlah! Fariz hulur kepada Felisha sambil melabuh punggung sebelah Felisha di birai katil.

Erk! Minum Felisha jauhkan duduknya dari Fariz.

Ya! Fariz semakin dekat dengan Felisha. Bersentuh paha.

Tapi jangan habiskan. Minum separuh je. Gelas susu bertukar tangan.

Nak kena minum ke Awak ada bubuh apa-apa ke dalam ni Felisha teragak-agak.

Fariz ketap bibir. Ingat aku ni jahat sangat ke Aku taruk ubat julap baru tahu! Terberak kau nanti!

Susu je sayang..minumlah. Fariz senyum kelat.

Tapi kenapa susu Kopi tak ada Felisha sengih.

Minah bunga ni betullah! Aku suap karang!

Susu ni minuman sunnah untuk pengantin baru. Fariz terpaksa berlembut.

Ya ke Mana awak tahu Felisha jeling Fariz. Dah jadi ustaz la pulak mamat ni.

Awak nak minum ke tak nak Fariz ketap bibir. Banyak soalan pulak bini aku ni!

Felisha senyum. Suka melihat Fariz menyinga macam tu. Dia minum perlahan.

Ops! Stop! Fariz sambar gelas dari tangan Felisha. Susu dah tinggal separuh.

Eh, awak ni kenapa Tadi suruh minum! Felisha cuba sambar semula gelas dari tangan Fariz.

Fariz segera menghabiskan susu dalam gelas.

Kenapa awak habiskan Felisha sudah muncung.Sedap pulak rasa susu tadi. Tengah syok aku minum, dia rampas dari aku!

Kan saya dah pesan tadi. Awak boleh minum separuh je. Separuh lagi tu saya minum. Fariz letak gelas di meja kecil.

Awak belum jawab lagi soalan saya tadi. Mana awak tahu susu ni minuman sunnah untuk pengantin baru Felisha sengaja tanya. Dah nak jadi ustaz sangat, jawablah!

Fariz diam seketika. Nak cabar aku la tu.

Baginda Rasulullah s.a.w menghampiri Aisyah r.ha pada malam pertama nikah dan duduk di sebelahnya dengan membawa segelas susu.

Baginda meminumnya dan yang separuhnya diberikan kepada Aisyah, Aisyah pun meminum sebahagian susu tersebut. Itu dari cerita mak andam Aisyah r.ha. Asma binti Yazid yang menghias Aisyah.r.ha.Fariz menutur lembut.

Felisha diam.

Fariz cium kening Felisha. Dan ini adalah sunnah juga. Rasulullah s.a.w bersabda dari hadis riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan al-Hakim: Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah basmalah serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa. Sambung Fariz lagi.

Felisha masih diam. Selama ini dia menganggap Fariz hanya tahu berkata kasar dengannya.

Eh, apa awak buat ni Saya uzur la! Felisha bingkas bangun bila Fariz mula merangkul pinggangnya.

Nasib baik uzur. Kalau tak..dah lama aku kerjakan kau.. Gumam Fariz. Dia baring di katil.

Apa awak cakap Felisha tenung Fariz yang sudah baring di sebelahnya.

Tidurlah! Dah malam! Semua orang dah mimpi! Fariz mengiring ke kanan membelakangi Felisha.

Felisha tarik bantal dan tidur di atas karpet.

Weh! Awak tidur kat situ kenapa Fariz pandang Felisha yang sudah baring di bawah.

Suka hati sayalah! Felisha tarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya.

Fariz bingkas bangun. Dia angkat Felisha dan hempas di atas katil.

Eh, awak dah gila ke! Felisha cuba bangun tapi dihalang Fariz.

Jangan nak degil sangat! Fariz pegang kedua tangan Felisha.

Lepaslah! Sakit tahu tak! Felisha meronta.

Boleh tak awak diam. Degil gila bini aku ni.

Felisha sudah pucat. Tubuh Fariz sudah menghempap tubuhnya. Muka Fariz hanya sejengkal dari pipinya.

A..awak jangan.. Felisha merayu. Air mata sudah mula menitis.

Fariz tergamam. Felisha menangis Salah ke apa yang aku buat tadi Takkan nak cium isteri sendiri pun tak boleh

Errmaafkan saya. Kalau apa yang saya buat tadi tu..awak tak suka, maafkan saya. Saya yang gelojoh.. Fariz bingkas bangun. Dia tarik tangan Felisha perlahan-lahan.

Felisha mengesat air mata. Dia duduk di sebelah Fariz.

Awak..saya masih fobia. Saya masih tak dapat lupakan kejadian dulu Felisha tunduk. Air mata diseka berkali-kali. Memang fobia bila dikasari seperti tadi walaupun mungkin Fariz hanya bergurau. Tiga kali dia melalui kejadian pahit itu. Siapa yang tak fobia

Fariz mula rasa bersalah. Faham dengan apa yang Felisha rasa dan lalui.

Sha.saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak menyakiti awak. Fariz sudah menggelabah. Wajah Felisha sudah berubah rona. Air mata sudah menitis laju di pipi gebu Felisha. Aduh! Macam mana ni Aku dah la tak reti nak pujuk ni Fariz semakin menggelabah. Serba salah. Nak peluk karang, buatnya Felisha meraung-raung

Felisha dongak. Muka Fariz sudah pucat. Menggelabah. Dia mula senyum. Tahu takut!

Fariz ketap bibir. Oh nak bergurau malam-malam macam ni Tu baru nak cium je. Aku buat lebih dari tu baru tahu!

Saya akan serah diri bila saya sudah bersedia.. Felisha menutur lembut.

Tidurlah! Sebuah ciuman singgah di pipi Felisha. Fariz mula baring.

Felisha sentuh pipi kanannya yang dicium Fariz. Eii! Tak aci! Dia segera baring membelakangi Fariz.

Fariz senyum. Sesekali dia intai Felisha yang membelakanginya. Huh! Tidur dengan tudung di kepala. Dah sewel agaknya bini aku ni!

PAGI lagi Felisha sudah berada di ruang dapur. Dia sengaja bangun awal. Semalaman dia tak dapat melelapkan mata.

Hai..awal pengantin baru bangun Usik Fakrul yang muncul di muka pintu dapur.

Felisha buat-buat tak dengar. Tangannya lincah menyediakan sarapan.

Kenapa masam je ni Pengantin baru kenalah senyum. Nanti hilang seri tu. Fakrul sengih.

Suka hati Shalah! Felisha mencebik.

Apa kena adik aku ni Gumam Fakrul.

Fariz muncul pula di muka pintu dapur. Dia duduk sebelah Fakrul.

Ha..ni lagi sorang! Dah mandi Usik Fakrul sambil kenyit mata.

Dah.. Jawab Fariz malas.

Wei! Tutup mulut tu! Masuk lalat nanti! Fakrul tepuk bahu Fariz yang ternganga melihat Felisha.

Fariz sengih. Terpegun tadi melihat kecantikan Felisha dengan rambut ikal paras bahu. Pertama kali dia melihat Felisha memakai baju kemeja lengan pendek dan berkain batik sarung dengan rambut mengurai macam tu.

Tak cukup ke malam tadi Usik Fakrul lagi.

Kau ni! Gatal! Fariz sengih.

Felisha buat-buat tak dengar. Malas nak menyampuk. Hanya dia dan Fariz saja yang tahu apa yang berlaku.

Fariz senyum kelat. Usikan Fakrul tadi ternyata tidak sedikit pun mengubah keadaan. Felisha awal-awal lagi sudah beri syarat padanya.

FAKRUL mengajak Fariz menemaninya ke suatu tempat. Kereta Peugeot Fakrul membelah kesibukan jalanraya.

Ojak, kau nak ke mana sebenarnya ni Fariz perhatikan sekitar. Jalan menuju ke Sungai Buloh.

Kita ke hospital. Ringkas Fakrul menjawab.

Hospital Siapa sakit Kau nak melawat siapa Pantas Fariz berpaling ke arah Fakrul yang asyik memandu.

Fakrul tidak menjawab. Dia memecut laju menuju ke hospital Sungai Buloh. Sebaik tiba di situ, kereta diparkir di tempat letak kereta.

Weh! Aku tanya ni! Kau nak buat apa kat sini Kau sakit ke Fariz sudah bingung. Bimbang.

Ikut je la! Fakrul berjalan laju menuju ke sebuah bilik yang tertera nama Dr. Benjamin Shahar.

Ben Fariz tergamam sebaik tiba di pintu bilik itu.

Pintu bilik diketuk perlahan.

Hmm..dia tak ada kut. Ya la, nama lagi doktor. Sibuk la! Fariz turut ketuk pintu. Mereka berdua mula beredar dari si