Dude! I'm Getting Married - 44
BAB 44

JAI jeling jam di pergelangan tangan. Dah hampir 12 tengah hari. Matanya menala ke pintu masuk restoran makanan segera tu. Tak ada tanda-tanda kelibat orang yang ditunggu ada di situ. Matanya melilau pula ke arah sekitar restoran. Manalah tahu, kut ada terselit kat mana-mana.

Hampeh! Haih..dia orang ni mana Aku ingat aku je yang sampai lambat. Ni, sorang pun tak nampak batang hidung lagi!

Hmm..dah la lambat! Boleh pulak tersengih-sengih, terhegeh-hegeh berjalan! Jai menoleh ke arah Acik yang dah sampai di pintu restoran.

Dah lama tunggu Acik sengih. Dia duduk di sebelah Jai.

Dah naik kematu aku duk sini! Mana yang lain Jai menopang dagu.

Eh..dia orang tak sampai lagi ke Acik pandang sekitar restoran.

Takyang kau datang sorang ni kenapa Kan aku suruh ajak Seri sekali Jai pandang Acik yang masih sengih. Apa kena mamat ni Dari tadi sengih macam kerang busuk!

Aku dah ajak tapi dia suruh aku datang dulu. Acik sandar di kerusi. Jemari tangan kanannya mengetuk meja.

Koci dan Salina mana Acik pula tanya dua orang lagi tu.

Tu lagi satu! Belum sampai lagi ni!Jai jenguk ke arah pintu restoran.

Jai..aku nak tanya sikit ni. Kau masih cintakan Seri Acik pandang tepat ke mata Jai.

Kenapa jai berkerut kening.

Tak ada lakalau Koci nikah dengan Salina nanti, adik aku macam mana Aku kesian tengok dia. Lepas perbincangan hari tu, dia menangis di bilik. Dia macam dah serik. Yalah..ada tunang tapi buat hal pulak. Ada kekasih gelap tapi buat dek je.. Acik mengeluh.

Kekasih gelap Siapa Jai menelan liur. Bila masa Seri ada kekasih gelap Kalau betul, bermakna Seri ada orang lain la.

Tanya lagi. Kaulah! Siapa lagi! Acik mencebik. Buat tak faham mamat ni. Kalau bukan kawan aku, dah lama aku cepuk mamat ni!

Erk! Aku

Yalah!

Bila masa aku jadi kekasih gelap Seri Jai dah bingung. Acik ni memandai je tuduh aku ni kekasih gelap la, kelabu la, hitam la!

Kau tu jadi pujaan Seri. Dari dulu lagi. Sejak kau pertama kali bertunang dengan dia. Even bila Seri dah bertunang dengan Koci pun, Seri tu masih duk ingat kat kau! Kekasih gelap la tu! Acik luku kepala Jai.

Ah! Mengarutlah semua tu! Jai sengih. Dalam hati berbunga setaman! Rupanya cinta Seri pada aku tak pernah padam!

Tu! Sengih-sengih tu! Acik tuding ke muka Jai.

Jai senyum kelat. Memang aku pun tak dapat lupakan Seri, tambah lagi keadaan sekarang ni. Rasa nak nikah saat ni jugak!

Aku sebenarnya..

Jai! Acik!

Serentak Jai dan Acik berpaling. Koci dah melambai dari luar restoran sambil menapak ke arah mereka.

Sorry! Aku sakit perut tadi. Tetiba je memulas! Koci henyak punggung di sebelah Acik.

Salina dan Seri mana Koci tanya lagi. Dia lihat hanya Jai dan Acik saja di situ.

Belum sampai.. Nada Jai rendah.

So, macam mana Jai terus tanya Koci.

Aku dah buat keputusan. Aku nak bertanggungjawab. Aku nikah dengan Salina. Aku harap kau ganti tempat aku Jai. Tolong nikah dengan Seri, please sangat-sangat! Koci dah merayu.

Jai tercengang. Cepatnya! Baru dua hari lepas bincang di rumah Seri, hari ni Koci dah buat keputusan!

Kau pasti Acik menelan liur. Mata Koci dipandang tak berkelip.

Koci angguk.

Kau rela lepaskan Salina Koci pandang pula Jai.

Kalau itu yang kau nak, terpaksalah aku putus tunang. Jai lega. Akhirnya Koci buat juga keputusan. Dan akhirnya Salina mendapat cintanya semula.

Kau jangan pulak kata aku ni perampas. Aku buat semua ni sebab aku nak bertanggungjawab. Koci tunduk.

Seri macam mana Acik pandang Jai dan Koci silih berganti.

Jai..tolonglah. Kau saja yang aku harap sekarang ni. Tolong nikah dengan Seri. Koci merayu lagi. Jai menelan liur. Bukan tak mahu tapi nak ke Seri terima aku

Akuaku Jai dah kehilangan kata-kata. Serba salah.

Maaf!

Jai mendongak. Seri dah terpacak di depannya. Koci dan Acik turut melihat Seri. Bila masa dia ada kat sini

Maaf! Saya bukan barang mainan yang boleh diguna dan dibuang sesuka hati! Saya ada harga diri! Seri ketap bibir.

Acik pandang Seri yang nyata dah tegar dengan keputusan.

Seri, maafkan saya. Saya tak bermaksud nak buang awak tapi awak kan tahu kedudukan saya sekarang ni. Tolonglah faham! Koci merayu pula pada Seri.

Senang awak cakap kan Saya mengaku yang saya memang susah nak cintakan awak tapi sekurang-kurangnya saya terima awak seadanya.

Bila dah jadi macam ni, awak senang-senang nak buang saya macam tu je!! Seri genggam tangan. Rasa nak jerit sekuat hati!!

Koci dah meraup muka. Tunduk. Arghh!! Gila macam ni!!

Saya dah serik! Cukuplah apa yang telah berlaku! Saya tak tak akan bertunang dan terima sesiapa pun! Never!! Seri berlalu pergi.

Jai terkedu. Acik pula tercengang dengan sikap berani Seri. Koci dah tunduk menekup muka.

Aku dah agak dahSeri marahkan aku. Koci meraup muka.

Habis tu macam mana ni Acik dah pening. Memang Seri dah nekad. Dia tak akan terima Jai.

Kocikau teruskan niat kau tu. Aku lepaskan Salina. Aku akan beritahu keluarga aku dan keluarga Salina tentang hal ni. Nada Jai dah sugul.

Jaikau pasti Koci angkat muka. Serba salah. Seri pulak buat hal.

Jai angguk.

Jaiaku minta maaf bagi pihak Seri. Aku akan pujuk dia. Aku faham kau terpaksa lepaskan Salina demi Koci. Acik turut sugul. Seri ternyata sudah nekad!

Err..Salina setuju ke Acik tanya Koci.

Untuk pengetahuan kau, sebelum aku bertunang, Salina mengaku depan aku yang dia cintakan kau Koci tapi sebab masa tu kau mengaku yang kau sukakan Seri, jadi dia pendamkan saja. Dia terpaksa terima pinangan ayah aku. Jai berterus terang.

Koci tercengang. Dia mendongak memandang Jai.

Sa..Salina cintakan aku Koci menelan liur.

Jai angguk. Pertunangan aku dengan Salina juga sebenarnya kerana terpaksa.

Acik terdiam. Koci pula terkedu.

Jadi selama ni, kau terpaksa terima Salina dan Salina pun terpaksa terima kau Acik menelan liur.

Jai mengangguk lemah.

Jai..kenapa kau sanggup terima kalau kau rasa terpaksa Koci pula menyampuk.

Kerana aku tak nak lukakan hati orang tua aku.. Jai jeling Koci. Tidak sanggup menghabiskan ayat. Kalau Koci tahu Seri tu bekas tunang aku, dah sah sah Koci akan paksa Seri terima aku!

Err..Acik..Seri macam mana Koci dah rasa bersalah.

Tahulah aku handle adik aku tu. Rajuknya tak lama. Acik jeling Jai. Nampak jelas muka Jai dah kelat.

KUNCI kereta dilempar atas meja. Jai menapak ke katil. Tubuhnya dihenyak kuat. Bergoyang katil. Kedua lengan diletak di belakang kepala.

Nampaknya Seri dah merajuk. Aku ke yang salah Jai pandang siling. Kalaulah ada jawapan di siling tu, dah lama aku tanya!

Balik dari perjumpaan tadi, Jai terus balik ke rumah. Niat nak beli majalah sport di Amcorp Mall dibatalkan. Dah tak ada mood! Kata-kata Seri tadi cukup membuatkan hatinya tak keruan.

Tak apalahmungkin aku dah tak ada jodoh dengan Seri. Mungkin juga dia dah ada pilihan sendiri.. Jai pujuk hati.