HAMPIR seminggu berlalu. Kudin sudah kembali ke Kuala Lumpur. Dia mula sibuk dengan kerja pejabat. Kuyah dan Kusha masih membantunya kerja di situ walaupun masing-masing sudah mendirikan rumahtangga. Kuyah pula makin sibuk dengan anak kecilnya yang semakin lasak.
Hmm...banyak surat yang nak kena tandatangan. Kudin membelek surat untuk ditandatangani.
Encik Kudin, ada tetamu nak jumpa.
Kudin mendongak. Sofea, setiausahanya sudah tersenyum di muka pintu. Dia membenarkan tetamu itu masuk.
Assalamualaikum..
Kudin berkerut kening. Tetamunya dilihat seketika. Seorang lelaki yang agak berusia, mungkin dalam lingkungan umur 70an, memakai serban putih dan berjubah putih sudah tersenyum di situ.
Waalaikumussalam..err..jemput duduk. Kudin pelawa tetamunya duduk di sofa. Dia turut melabuhkan punggung.
Maaf..saya kenal ke pakcik Kudin berbahasa.
Lelaki itu hanya senyum pada Kudin.
Nama pakcik..Tok Akim.. Lelaki itu mula perkenalkan diri.
Tok Akim Kudin pula berkerut dahi.
Tok Akim menngangguk. Dia pandang Kudin seketika. Mencari riak anak muda itu. Kemudian dia menghela nafas.
Tok kenal Nek Tom kamu. Tok Akim pandang Kudin tidak berkelip.
Kudin sudah berkerut kening. Maksud tok
Dulu tok tinggal di Kampung Pinang Patah. Selepas kejadian itu, tok merantau.
Kudin masih tidak mengerti apa-apa, masih tidak tahu hujung pangkal cerita.
Macam mana tok kenal nenek saya Dan..macam mana tok tahu tempat kerja saya ni Kudin mula ingin tahu. Kedatangan orang tua itu bagai ribut, muncul di situ.
Nenek kamu tu sebenarnya bekas isteri tok tapi kami bercerai sebab Mak Jemah. Mak Jemah yang cemburukan Nek Tom kamu dulu.
Selepas kematian suami Mak Jemah, dia cuba goda tok masa tu sampai tok bercerai dengan Nek Tom kamu. Tok nikah pula dengan Mak Jemah. Bila tok sedar, rupanya Mak Jemah guna ilmu sihir. Tok pergi berubat dan Alhamdulillah sembuh. Tok merantau jauh dari kampung itu. Pasal tempat kerja ni, tok dapat tahu dari Jai. Kebetulan tok jumpa dia di sebuah restoran. Dia yang beritahu tok pasal kamu. Tok Akim tunduk.
Terdiam Kudin mendengar kata-kata lelaki itu. Bermakna Tok Akim pernah menjadi suami Nek Tom dulu.
Saya sejak kecil tinggal dengan nenek tapi saya tak pernah nampak tok di kampung Kudin bingung. Lelaki itu tiba-tiba muncul.
Masa tok menikah dengan Nek Tom, kamu mana ada lagi. Mak kamu, Sarimah tu saja yang ada di rumah tu. Tok Akim senyum.
Kudin sengih.
Err..tok ada anak ke dengan nenekKudin sengih.
Tak ada tapi tok ada anak dengan Mak Jemah. Tok ambil dan bawa pergi sekali. Terang Tok Akim.
Kudin menelan liur. Bermakna memang Mak Jemah ada keturunan dan waris. Teringat kata-kata Tok Imam Ngah yang perlukan waris Mak Jemah untuk membuang hantu raya atau jelmaan gadis kebaya merah yang dipuja Mak Jemah yang inginkan tuannya.
Err..tok dah tahu ke pasal Mak Jemah yang sudah meninggal Kudin mula bertanya tentang itu.
Ya..tok ada dengar. Kenapa Berkerut muka Tok Akim menndegar pertanyaan Kudin.
Sebenarnya..dia dah puja mayat. Dulu ada mayat yang dihumban ke dalam kolam kuumbahan di kampung Pinang Patah. Mayat tulah dipuja Mak Jemah sehingga penduduk kampung diganggu jelmaan gadis kebaya merah. Terang Kudin cerita sebenar.
Jelmaan gadis kebaya merah Tercengang Tok Akim mendengar kata-kata Kudin.
Ya, tapi semuanya sudah terbongkar, panjang ceritanya. Jelmaan gadis kebaya merah itu sudah tiada selepas kami bersama Tok Imam Ngah menyelesaikan kes itu. Mak Jemah rupanya sudah lama mati. Hanya belaannya sahaja yang menghuni jasad Mak Jemah dulu tapi baru minggu lepas kami ternampak jelmaan gadis kebaya merah itu muncul lagi tetapi dengan wajah yang berlainan dari dulu. Bila kami tanya Tok Imam Ngah, dia kata jelmaan gadis kebaya merah itu adalah belaan Mak Jemah yang mencari tuan baru. jelas Kudin lagi.
Tok Akim diam seketika.
Itu sebenarnya adalah saka. Tok Akim mengangkat muka dan memandang Kudin di situ.
Saka Kudin tercengang.
Ya, saka tu adalah jin yang menjadi khadam Mak Jemah. Dia mencari tubuh baru untuk dihuni. Jelas Tok Akim.
Habis tu, siapa yang nak serah diri Tak ada siapa yang nak bela jin. Kudin menelan liur.
Anak kamijelmaan gadis kebaya merah itu nak anak kami. Saka tu sudah merasuk anak tok, Shidah, dia meninggal selepas dirasuk. Sekarang ni, cucu tok pula yang menjadi mangsa. Tok Akim melepaskan keluhan.
Kudin terdiam. Jadi sudah jelas memang gadis kebaya merah itu inginkan tuan baru dan dia muncul kerana gadis itu tahu Mak Jemah mempunyai waris.
Err..habis tu, takkan kita nak biarkan cucu tok tu jadi tuan baru Sekali lagi Kudin menelan liur.
Tak..tok tak akan benarkan. Tok akan jumpa Imam Ngah. Bila kamu nak balik kampung Tok Akim pandang Kudin.
Hmm..esok pun boleh. Kudin sengih.
Hmm..kalau macam tu, tok ikut kamu. Tok bawa sekali cucu perempuan tok. Tok Akim mula minta diri.
Tok Akim lega.Dia berjaya mencari Kudin. Sejak seminggu yang lalu, cucu perempuannya asyik meracau saja. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dan kini dia pasti, semua itu rupanya ada kaitan dengan Mak Jemah, bekas isterinya yang sudah mula menjelma sebagai gadis kebaya merah di kampung Pinang Patah.
KUDIN dan Tok Akim selamat sampai di rumah Nek Tom di Kampung Pinang Patah bersama cucu perempuan Tok Akim, Siti Saleha dan juga Ana Dahlia. Kudin pula pelawa Tok Akim bermalam di rumah Nek Tom tetapi ditolak dengan baik oleh Tok Akim.
Tak apalah Kudin. Biar Tok menumpang rumah Imam Ngah saja. Tok Akim senyum. Kenangan lama bersama Kaltom masih terpahat di hatinya walaupun sudah bertahun berlalu.
Baiklah tok. Hmm..bila kita nak mulakan Kudin senyum.
Esok malam. Tok ajak Imam Ngah sekali. Kalau kamu nak ajak sesiapa lagi, boleh saja.
InsyAllah tok. Kudin senyum dan mula bersalam dengan Tok Akim. Dia pandang isterinya di sebelah yang sudah bersalam dengan Siti Saleha, yang lebih senang dipanggil Leha saja.
Senang nanti, datanglah makan tengahari di sini. Ana Dahlia mengukir senyum.
InsyaAllah kak. Leha turut mengukir senyum dan berlalu pergi bersama Tok Akim.