Abstrak Cinta Aku & Dia - 44
BAB 44

RUANG dapur rumah dua tingkat di Taman Melawati ini dipenuhi dengan suara berborak rancak. Sambil menjamu selera, Zareen dan Zara rancak bercerita. Irfan yang turut sama menikmati makan malam, hanya menyuap nasi ke mulutnya dengan senyap. Walau cerdik di usia empat tahun namun, sel-sel otaknya belum mampu mencerna perbualan orang-orang dewasa atau lebih tepat lagi, perbualan di antara mama dan maksunya itu langsung tidak menarik minatnya.

Di rumah ini, mereka tinggal berempat. Haris, adik Zareen yang nombor empat masih belum pulang dari tempat kerja. Asalnya rumah ini adalah milik ibu-bapa mereka. Apabila Zara tamat pengajian di sebuah universiti awam, ibu bapa mereka yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan, memilih untuk pulang ke Bahau, tempat asal bapa mereka. Tinggal bersama abang mereka yang nombor dua.

Adik macam confuse sikit dengan cerita akak ni Zara bersuara.

Apa yang adik confuse Soal Zareen.

Dulukan, akak pernah cakap. Akak tak nak fikir pasal Zack sangat sebab akak rasa Zack dengan Kate macam ada something going on. Rapat.macam orang bercinta

Zareen angguk. Apa yang confuse kat situ

Sekarang ni, Zack dengan Kate, bercinta ke tidak

Zack kata cuma best friend. Tak lah kot

OkeyZara terangguk-angguk. So, teori adik yang mengatakan, Zack memang betul-betul minat kat akak tu, bolehlah diguna-pakai

Zareen angkat bahu.

Hmm. Betullah tudia memang ada hati dengan akak. Kalau tak, takkan dia bagi hint tiga empat kali pada akak, suruh akak faham sendiri

Zareen senyum kelat. Setakat sakat sikit-sikit macam tu, boleh dikira bagi hint ke

Kira bagi hintlah tu. Akak tu aje yang buat-buat tak faham. Lepas tu, saja main tarik tali. Kesian mamat tu.Balas Zara. Padahal, akak pundalam hati ada taman jugak. Mengaku ajelah

Zareen terus ketawa kali ini.

Kak...

Ya

Perasaan akak pada Zack, macam mana pulak Soalan dari Zara kedengaran lebih serius kali ini.

Entahlah dik, susah nak cakap. Nak kata sukaZareen menarik nafas sebentar. Adalah sikit

Zara gelak.

Tapi, nak kata jatuh cinta tu, belum lagi kotentahlah. Senang cerita, peringkat mengenali hati budi masing-masing.

Tawa Zara terburai. Retis sangat..jawapanklise gila. Tapi, kalau dah ada yang berkenanapa salahnya Walaupun lagi muda, kategori anak ikan

Adik!Suara Zareen meninggi, membuat teguran. Anak ikan pulak!

Zara ketawa mengekek. Maksud adik, memanglah Zack tu lebih muda. Tapi kalau dia serasi dengan akak, apa salahnya...betul tak

Zaman sekarang, tak ada yang peliknya kalau suami lagi muda. Nak ikutkan, memang tak ada apa yang pelik pun. Kalau dah jodoh

Pandainya cakap. Macam awak pulak yang pernah kahwin Zareen mencebik.

Zara senyum lagi. Wajah manis Zareen dipandang lama. Memang dia sangat rapat dengan Zareen kerana dalam lima beradik, hanya mereka berdua saja yang perempuan. Setiap rahsia dan rasa, dikongsi berdua. Dan Zara tahu, ada sesuatu yang tersimpan di lubuk hati Zareen.

Kenapa tengok akak macam tuZareen bertanya.

Kakyou are holding back. Why

Zareen diam.

Akak teringatkan arwah Abang Asyraf lagi ke

Zareen senyum sumbing.

Sebab itu ke, akak sengaja tak nak terima Akmalwalaupun akak tahu yang Akmal betul-betul sayangkan akak, sayangkan Irfan. Dengan Zack pulak, akak sengaja main tarik tali

Zareen melepaskan keluhan. Bohonglah kalau akak cakap, akak tak pernah terfikirkan Akmalatau Zack. Tapi, setiap kali akak terfikir soal hati, soal perasaan.akak rasa bersalah dengan arwah Asyraf

Zara diam dan menggeleng. Wajah satu-satu kakak kandungnya itu dipandang. Dia tahu, betapa sayangnya Zareen pada arwah Asyraf. Pemergian Asyraf secara tiba-tiba itu, memberi impak yang cukup kuat kepada Zareen. Apatah lagi, ketika itu Zareen sedang sarat mengandungkan Irfan. Asyraf pergi tanpa pesan, tak dapat dijangka. Selepas melahirkan Irfan, setahun Zareen tidak bekerja.

Diri sendiri pun tak terurus. Irfan juga hampir terabai. Mental Zareen terlalu terganggu dengan kehilangan itu. Zareen mengalami kemurungan.

Pernah ibu bapa mereka mahu membawa Zareen pulang ke Kuala Lumpur tetapi Zareen menolak keras. Dia mahu tetap berada di Terengganu, mahu dekat dengan pusara arwah Asyraf. Keadaan Zareen ketika itu persis orang sakit jiwa. Hampir-hampir saja Encik Hakim, bapa mereka mahu merujuk Zareen kepada pakar psikologi.

Mujur ada keluarga mertua Zareen. Mereka yang menjaga Zareen dan Irfan sebaik mungkin di Terengganu. Doa dan ikhtiar dari kedua belah keluarga tak pernah putus untuk Zareen. Sedikit demi sedikit, keadaan Zareen kembali pulih seperti sediakala, sehingga kini. Pemergian Asyraf sudah dapat diterima dengan redha.

KakZara tarik nafas. Dah lima tahun abang Asyraf meninggal. Adik rasa, tak salah pun kalau akak cari pengganti.

Tak ada siapa boleh gantikan Asyraf.Suara Zareen bergetar. Dia mengalih pandangan kepada Irfan. Rambut Irfan diusap perlahan.

Matanya mula berkaca.

Zara melepas keluhan, perlahan.

Ruangan dapur menjadi sunyi.

Okayfine. Arwah abang Asyraf tu baik, jejaka idaman Malaya, suami solehapa lagiZara bersuara. Cuba menukar rentak agar suasana sayu itu tidak kekal lama.

Ohlupa pulak. Handsome tahap petala tujuh. Tu yang akak angau siang malam masa bercinta dengan abang AsyrafkanSambung Zara.

Zareen mula tertawa.

Yang pergi tu biarlah pergi. Terkenang tu boleh, tapi...tak bermakna akak kena hidup dalam kenangan silam, tahu

Yalah Jawab Zareen, pendek.

So, my dear sisterplease take note. Moving on doesnt mean you forget things. It just means you have to accept what happened and continue living.

Bukan main lagi berfalsafahBalas Zareen.

Zara ketawa.

Sekarang niakak pilih mana satu A bukan nama sebenar atau Z bukan nama sebenarZara kembali mengusik.

Sudahlah dik. Malas dah nak cerita pasal ni

Irfan Panggil Zara.

Maksu nak apa Irfan jawab dengan soalan.

Irfan nak ayah tak

Irfan mengangguk laju lalu memandang Zareen. Kita boleh jumpa ayah ke mama

Zareen diam dan senyum sahaja.

Tapi, bukan ayah Akmal tau. Ini ayah lain... Usik Zara.

Irfan berwajah keliru lalu memandang Zareen lagi seolah meminta penjelasan.

Dik.Tegur Zareen, kurang senang dengan usikan itu.

Kita jumpa Ayah Zack. Nak Usik Zara lagi.

Tak nak.Irfan menjawab. Mukanya berubah muram.

Ayah Zack lagi handsome tau

Tak Nak!

AdikZareen memberi amaran sekali lagi tetapi terlambat. Irfan mula membuat perangai. Pinggan di atas meja ditolak kuat sehingga berterabur nasi dan lauk.

IrfanTegur Zareen.

Irfan tak nak ayah lain!Suara Irfan naik semakin tinggi. Dia terus berlari meninggalkan dapur menuju ke ruang tamu.

Zara tercengang manakala Zareen menghembuskan nafas kasar.

Irfan!Zareen terpaksa menuruti langkah Irfan ke ruang tamu.

IrfanZareen memanggil Irfan yang menyorok di balik langsir pintu. Irfan

Nak ayahIrfan menangis semahu-mahunya.

Ayah kan kat kampung sayang

Irfan nak ayah jugak!Irfan menjerit. Pantas menepis tangan Zareen yang cuba memegangnya.

Irfan nak jumpa ayahIrfan berterusan menangis, tidak mahu dipujuk.

Zareen mengeluh perlahan. Dia tahu sebabnya. Hampir dua bulan Irfan tak berjumpa Akmal. Sudah beberapa kali juga dia berjanji untuk membawa Irfan berjumpa Akmal tetapi janji itu masih belum ditepati sehingga kini.

Mamanak ayah

Ayah kerja, sayang. Mama pun sibuk. Nantilah mama bawa Irfan jumpa ayah

Mama tipuuuuuuuuuuu. Irfan mula membentak-bentak.

Irfan Zareen mati akal. Irfan mengamuk tak keruan.

IrfanMaksu main-main aje tadi. Irfan janganlah nangisZara yang kini berada di ruang tamu, turut sama cuba memujuk.

Nak ayaaaaaaaahhhhhhhh.

Irfanjanganlah macam ni.

Irfan kekal menangis. Nampaknya, Irfan merajuk teruk kali ini. Zara memandang Zareen dengan rasa bersalah. Tak sangka gurauannya keterlaluan.

Okeyokey. Mama telefon ayah, okey Zareen akhirnya membuat keputusan. Telefon bimbitnya di sebelah rak tv dicapai. Pantas mencari nombor telefon Akmal. Segera didail.

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

NAMA dan nombor yang terpapar di telefon bimbitnya mengundang senyum. Segera Akmal menekan punat hijau.

Assalamualaikum ReenSapa Akmal apabila talian bersambung.

Waalaikummusalamabang

Reenkenapa niKening Akmal berkerut sedikit. Jelas kedengaran suara Zareen yang agak cemas. Terdengar pula tangisan Irfan menjadi muzik latar.

Reen, kenapa dengan IrfanSoal Akmal lagi, mula bimbang. Dalam hati beristighfar. Moga tiada sesuatu yang buruk berlaku pada Irfan.

Abang boleh tak abang pujuk IrfanZareen membuat permintaan.

Kenapa dengan Irfan

Dia merajuk. Nak jumpa abang

Oh..okey. Bagilah telefon pada Irfan

Senyap beberapa saat. Teka Akmal, telefon sedang bertukar tangan.

Ayah Kedengaran suara Irfan teresak-esak.

Irfan. Kenapa nangis sayang

Irfan...Irfan nak ayahIrfan menjawab.

Sedu-sedan suara Irfan di hujung talian sedikit sebanyak menyentuh hati Akmal.

Ayah sibuk sayang. Kan ayah kerja

Nak ayaaaaaahhhh

Akmal menarik nafas panjang. "Kenapa Irfan nangis ni"

Irfan nak ayaaahhhhhhhh...

Ayat yang sama diulang Irfan. Kedengaran suaranya naik tinggi.

Okey..okey. Macam nikalau Irfan nak jumpa ayah, Irfan kena janji satu benda dulu

Irfan teresak-esak tak menjawab, masih kedengaran jelas di hujung talian.

Irfan kena janji, tak mau nangis-nangis. Macam mana ayah nak datang kalau Irfan nangis

Maksu cakapmaksu cakap Irfan tersedu. Maksu cakap, nak ajak jumpa ayah baru

Akmal terdiam seketika. Perkataan ayah baru yang didengarnya sebentar tadi dari suara Irfan di hujung talian menyebabkan dia tersentap sedikit.

Siapa ayah baru tu

Tak tahu Irfan masih teresak. Irfan tak nak ayah baru. Irfan nak ayah...

Akmal terdiam lagi. Jelas di telinganya, Irfan menangis sakan.

Ayah

Suara Irfan mengejutkan Akmal.

Irfan janji dulu dengan ayah, tak mahu nangis, baru ayah datangTutur Akmal. Di hujung talian,

Irfan seperti tersedak-sedak mahu menghentikan tangis.

Dahayah. Irfan tak nangis dahjanji

Jumaat nanti ayah datang jumpa Irfan ya

Hari Jumaat tubila

Tiga hari lagi.

Mamaayah cakap nak datang lagi tiga hari

Terdengar suara Irfan menjerit kepada Zareen. Akmal senyum sendiri.

Ayah..ayah. Nanti Irfan nak pergi taman

Kali ini kedengaran tangisan Irfan sudah berhenti.

Okey Dalam senyuman, Akmal menjawab.

Lepas tu, nak makan KFC.

Okeyboleh

Yeayyyyy.

Akmal ketawa lalu menggeleng. Keletah Irfan sentiasa mencuit hatinya. Rindu kepada anak arwah Asyraf itu semakin kuat. Sama kuat dengan rindu pada mamanya. Dia menarik nafas perlahan.

Irfan sayang ayah tak

Sayang.

Kalau sayang...tak mahu nakal tau

Okey.

Dengar cakap mama. Tak mahu nangis-nangis lagi

Okey.

Kasi ayah cakap dengan mama sekejap.

Mamaayah nak cakap.

Senyap beberapa saat. Pastinya, telefon sedang bertukar tangan lagi.

Abang

Suara Zareen menerjah.

Thanks sebab tolong pujuk Irfan.

Kenapa teruk sangat Irfan menangis

Zaralah tadi. Gurau tak kena tempat...

Akmal senyum. Bicara terhenti seketika.

Reen

Ya

Reen sihat

Sihat. Abang sihat

Alhamdulillah.

Reen..

Ya

Siapa ayah baru tu

Zareen terdiam lama di hujung talian.

Reen Akmal tak senang duduk.

Tak ada siapalah. Zara tu yang gurau lebih-lebih sangat.

Ayat Zareen kurang meyakinkan tetapi Akmal tidak mahu bertanya banyak buat masa ini.

Abang betul-betul ke nak datang Jumaat nanti

Iya. Abang dah janji dengan Irfan. Takkan abang nak mungkir janji Lama tak jumpa Irfan, rindu pulak.Akmal cuba sembunyikan getar suara.

Terdengar Zareen ketawa kecil.

Dengan mama Irfan pun abang rindu..

Iskabang ni

Akmal senyum sendiri. Okeylah Reen. Kita jumpa hari Jumaat nanti.

Abang kirim salam pada abah, mak, Nani..ya

InsyaAllah

Assalamualaikum.

Waalaikummusalam

Talian dimatikan. Akmal meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja. Ayah. Baru. Dua perkataan ini mendatangkan resah.