IMRAN pandang sampul surat di atas meja. Sampul surat berwarna coklat itu tertera nama Kepada Tuan Pengarah. Dia terus buka. Berkerut dahi membaca kandungan surat tu.. Nyata Anis menunaikan janjinya. Dia pandang meja Anis di depan. Kosong. Perlahan dia melangkah keluar dari biliknya.
Hmm..semuanya sudah dikemaskan. Pukul berapa agaknya dia sampai pejabat Imran pandang pula jam di dinding. Sembilan pagi.
Dia kembali semula ke bilik. Surat dari Anis diambil dan disimpan dalam beg sandangnya. Hari itu dia mulakan kerjanya dengan perasaan hambar. Muram.
Masuk!
Imran memandang ke arah pintu. Ketukan kuat di pintu tadi mengejutkannya dari lamunan.
Oh..adik. Nak apa Dah sihat Imran senyum sebaik melihat Izara masuk dan duduk di sofa tetamu.
Entahlah bang. Adik rasa bersalah pula pada Anis. Dia mana Tak nampak pun kat depan meja tu Izara menongkat dagu. Dia pandang meja Anis melalui celah tirai.
Dah halau dia, tanya pulak! Imran sindir Izara.
Adik tak kata halau dia! Adik hanya suruh dia pergi. Itu saja! Izara mencebik.
Samalah tu! Imran mula mendekati Izara. Duduk di sebelah.
Izara diam. Silapnya juga terlalu mengikut kata hati. Dia tidak siasat betul-betul apa yang telah berlaku.
Imran menghulur surat berwarna coklat kepada Izara.
Apa ni
Bacalah!
Izara mula buka sampul surat. Isi kandungan itu dibaca perlahan. Dia pandang Imran yang memandangnya tidak berkelip.
Sekarang adik puas hati
Izara diam. Dia baca lagi surat di tangannya. Matanya dipejam serapat-rapatnya.
Abang..adik tak tahu nak cakap apa..adik yang bersalah. Izara peluk Imran dengan juraian air mata.
Sudahlah. Kalau adik sayangkan Anis, adik kena pujuk dia kerja semula di syarikat kita. Imran merangkul tubuh Izara penuh kasih. Itulah satu-satunya adik di dunia dan akhirat.
Abang..boleh adik tanya sikit..
Apa dia
Abang cintakan Anis
Imran tatap mata Izara. Pertanyaan Izara sukar untuknya menjawab. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasa.
Kenapa adik tanya macam tu
Anisdia..dia.. Izara tatap mata biru milik abangnya. Mata yang diwarisi dari arwah ayah mereka.
Dia apa
Dia sebenarnya cintakan abang.
Imran diam. Sudah banyak kali Izara beritahunya hal itu. Kalau dulu dia mendengar luahan rasa itu bagai air lalu. Tiada satu pun yang terlekat. Bak daun yang dilepaskan di dalam air sungai yang mengalir. Daun itu hanyut bersama aliran air sungai ke muara. Tidak tersekat atau terdampar di mana-mana. Tapi kini dia mula merasa daun itu tidak lagi hanyut dek arus sungai. Ada sesuatu yang menghalang daun itu dari terus pergi.
Kenapa abang diam
Imran tersedar dari lamunan. Dia pandang Izara yang masih mengharap jawapan ikhlas darinya.
Sebenarnya abang pun bingung. Abang juga rasa bersalah pada dia. Terlalu banyak kesalahan abang padanya.
Izara senyum. Sekurang-kurangnya Imran sudah mula buka pintu hatinya untuk Anis. Sekarang ini dia perlu pujuk Anis untuk bekerja semula di situ.
Alhamdulillah..adik harap abang balas cinta Anis. Abang dan dia pun dah jadi suami isteri. Adik minta diri dulu. InsyaAllah, adik akan pujuk Anis. Izara mula bangun meninggalkan bilik Imran.
SUDAH banyak kali Izara menghubungi Anis. Satu pun panggilannya tidak dijawab. Petang itu, Izara bergegas ke rumah Anis.
Salam diberi tidak berjawab. Dia menghubungi Anis berkali-kali. Juga tiada sebarang jawapan.
Mana Anis ni pergi ek Izara mula bersandar di kerusi kereta. Jemarinya mula mengetuk stereng sambil mata masih memandang tepat pada pintu pagar rumah dua tingkat itu. Menunggu kalau-kalau Anis muncul di situ.
Hmmpintu rumah macam tertutup rapat. Senyap je. Izara mula keluar dari kereta. Langkahnya diatur perlahan ke pintu pagar yang tidak berkunci.
Dia memerhati sekeliling. Laman rumah itu sungguh kemas dan tersusun walaupun agak terbatas ruangnya. Cukup hanya untuk sebuah kereta. Izara mula duduk menunggu di bangku yang terletak di tepi rak kasut. Walau apa pun jadi, dia mesti jumpa Anis juga.
By hook or by crook, I have to see her.. Izara berkata sendiri. Dia menongkat dagu sambil memerhati ke arah luar laman.
Sebuah kereta kelabu berhenti tepat di depan rumah. Lama kereta itu di situ. Perlahan Izara bangun. Kereta itu seperti pernah dia kenal. Segera dia menapak ke arah pintu pagar. Kereta itu diamati sungguh-sungguh. Dia kenal benar plat kereta kelabu itu. Memang sah!
Zara! Kau buat apa kat sini Sarah yang baru keluar dari kereta mula menegur Izara.
Kau..kau adik Razif Izara menghampiri kereta kelabu itu.
Ya. Kenapa Kau kenal abang aku Sarah mendekati Izara yang mula berubah riak.
Sarah cakap dengan siapa
Izara dan Sarah serentak berpaling ke arah Razif yang juga turut keluar dari perut kereta. Razif pula tergamam bila melihat Izara di sebelah Sarah.
Izara! Kaukau buat apa kat sini Razif mula tergagap-gagap.
Tak sangka Razif. Rupanya kau suka permainkan perasaan perempuan. Kau tahu aku cintakan kau tapi kenapa kau lukakan hati aku dengan beri harapan pada aku Kenapa Izara merenung tajam Razif yang tunduk tidak berganjak dari tempatnya.
Zara..bukan niat aku nak permainkan perasaan kau.. Razif pandang sekilas pada gadis kacukan itu.
Jadi..abang dan Zara..bercinta Sarah mula menyampuk. Dari tadi dia sekadar menjadi penonton drama sebabak itu.
Razif hanya diam. Dia pandang pula ke arah Izara yang mula kelihatan bergenang air mata.
Dan yang paling aku tak sangka, kau kejar cinta Anis setelah kau hancurkan perasaan aku. Izara mula tunduk. Air mata yang ditahan mula membasahi pipi gebunya.
Zara..maafkan aku. Aku jadi buta hati. Kau tahu bukan, kisah cinta aku yang tak kesampaian. Aku cintakan Aiza separuh mati tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan. Lama hati aku terluka sehinggalah kau datang dalam hidup aku. Aku cuba melupakan Aiza tetapi dia tetap di hati aku. Aku tahu kau cintakan aku seperti aku cintakan Aiza. Aku sudah berpesan pada kau dan kau sanggup tunggu hati aku terbuka untuk kau. Razif menghampiri Izara yang mula menangis.
Oh..jadi kau tahu aku sanggup tunggu kau tapi kenapa kau kejar pula cinta Anis Izara mula meninggikan suara.
Entahlah..saat hati aku mula terbuka untuk kau..aku mula kenal Anis. Melihat wajah Anis pertama kali, mengingatkan aku kepada Aiza. Bila aku selidik, rupanya Anis adalah adik Aiza. Razif mula berterus terang.
Kau tamak Razif! Untuk pengetahuan kau, hati Anis sudah dimiliki. Izara jeling Sarah dan seketika kemudian dia pandang pula Razif yang terkejut mendengar kata-katanya sebentar tadi.
Sarah mula senyum. Tekaannya selama ini memang benar. Anis memang cintakan Imran.
Kenapa kau senyum Izara pula bingung melihat Sarah tersengih begitu.
Razif pula hanya melihat adiknya tersenyum-senyum.
Tak..tak ada apa. Jadi sekarang ni abang dah percaya Sarah pandang pula Razif.
Percaya apa Aku tak faham! Izara pula menjawab soalan Sarah. Terpinga-pinga.
Untuk pengetahuan kau cik Izara, abang aku ni sengaja keluar dengan Anis. Aku tahu Anis sukakan Imran tetapi dia tak berani luahkan. Jadi aku sengaja suruh abang aku pikat Anis di depan Imran untuk menduga hati Imran tapi nyata abang kau tu tak cintakan Anis. Malah Anis dituduh pula tak layak dan gadis kampung. Pada mulanya abang aku tak setuju dengan rancangan aku tapi lama-lama tak sangka pula abang aku juga turut menaruh hati pada Anis. Lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu Anis hanya bertepuk sebelah tangan. Panjang lebar Sarah meluahkan apa yang disimpan selama ini.
Jadi kau yang aturkan semua ni Kau bukan saja duga hati abang aku tapi hati aku, abang kau dan Anis! Tahu tak Izara mula geram. Kedua tangannya digenggam kuat.
Kau Razif! Mudahnya kau jatuh hati! Apa kau ingat hati perempuan semudah itu dilukai Sekali lagi Izara menghambur kata-kata.
Zara..maafkan aku. Aku tak tahu sampai macam ni sekali jadinya. Sarah tunduk.
Kau tahu tak Aku tuduh Anis merampas Razif dari aku. Sekarang ni, dia dah berhenti kerja dan aku tak tahu ke mana dia pergi! Izara mula duduk di bangku. Kedua tangannya meraup muka.
Zara..maafkan aku. Aku yang bersalah dalam hal ni. Aku yang tamak! Aku tahu aku telah melukakan hati kau. Maafkan aku. Tak sangka sejauh itu kau mencintai aku. Aku baru confess.. Razif mula memujuk Izara yang tersedu-sedu di bangku.
Confess apa Izara mula menyinga. Dijelingnya Razif yang duduk berlutut di depannya.
Zara..baru tadi abang aku luah pada aku. Dia mula sedar, mungkin sudah takdirnya dia ditemukan dengan perempuan yang mencintainya dan bukannya yang dicintai. Hari ini, buat pertama kali abang aku mula buka pintu hatinya untuk kau. Sarah tunduk. Seharian dia mendengar luahan Razif. Betapa setianya cinta Razif pada Aiza. Dia mengejar cinta Anis tanpa menyedari Anis hanyalah bayangan Aiza, cintanya yang mula berkubur perlahan-lahan.
Kenapa kau yang confess Habis mamat ni tak ada mulut nak mengaku depan aku Izara jeling lagi Razif yang masih tunduk membisu.
Zara..aku tahu aku bersalah. Maafkan aku. Aku sebenarnya sudah mula sedar. Kesanggupan kau menunggu cinta aku itulah yang membuatkan aku terfikir yang aku memang ditakdirkan untuk kau. Allah telah tentukan kau untuk aku. Demi Allah, sudah tiga kali aku solat istikharah, minta petunjuk dariNya. Razif merenung wajah Izara, cuba mencari sinar mata itu.
Izara mengesat air mata. Dia pandang wajah jejaka yang sudah lama bertakhta di hatinya. Ada kejujuran pada wajah itu.
You know whatIts crazy right to love someone who hurts you..but its crazier to know someone who hurts you..loves you..
Razif mendongak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Izara. Cuba menafsir kata-kata itu.
I wont let go your heartnot anymore..trust me! Razif mula senyum. Dia sedar tiada yang lebih baik dari memiliki gadis yang mencintainya sepenuh hati.
Ehem! Ehem! Sarah berdehem kuat. Drama sebabak tadi sudah menjadi sebuah filem.
Err..Anis ada kat rumah Izara mula teringat tujuannya ke situ.
Entah..pintu berkunci. Belum lah tu! Sarah jenguk ke arah pintu rumahnya.
Hmm..macam nilah. Kalau Anis balik nanti, cakap padanya yang aku datang cari dia. Aku pergi dulu. Izara bingkas bangun. Sempat dia senyum pada Razif.
IZARA baring malas di atas katil. Dia pandang siling tidak berkelip. Hatinya penuh dengan bunga mewangi sebaik mendengar pengakuan Razif. Pengakuan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tidak sia-sia kasih dan cinta yang disimpan kemas untuk Razif.
Benarlah kata Anis, sekiranya orang yang kita cintai itu telah ditakdirkan untuk kita, jodoh kita, walau sejauh mana pun kita berada, walau selautan yang menghalang, dia tetap untuk kita. Hanya kesabaran dan tawakal pada Allah. Hatinya mula sebak. Ternyata Anis telah terluka dengan kata-katanya dulu sehingga nekad berhenti kerja. Merajuk benar Anis padanya.
ANIS menyeka air mata yang berjurai di pipinya. Dia belek album satu persatu. Persahabatannya dengan Izara cukup indah. Izara tidak pernah membezakannya dengan kawan-kawannya yang lain. Izara juga tidak pernah sombong atau berlagak dengan kekayaan yang dimilikinya. Namun dia tidak sangka, kerana salah faham, Izara sanggup menghalaunya begitu. Album diletak kembali di tempatnya. Dia capai pula kalendar. Tinggal tiga hari lagi kenduri sebelah keluarga Imran akan diadakan. Bermakna tinggal tiga hari saja lagi dia akan berpindah rumah.
Anis..boleh mak masuk
Anis menoleh. Air matanya disapu cepat-cepat. Senyuman diukir di bibir sebaik melihat Puan Ainon menapak ke arahnya. Sudah tiga hari Ibunya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kenduri sebelah keluarga Imran nanti.
Ada apa mak
Anis cuti ke hari ni Puan Ainon melabuhkan punggungnya di sebelah Anis.
Err..ya mak. Anis ada hal sikit. Mak..Anis dah sambung belajar. Separuh masa. Jadi sebelah siang, Anis berniaga. Wajah Anis mula ceria. Tidak mahu membuat hati ibunya susah melihat dia bersedih.
Oh ya ke Alhamdulillahkerja Anis macam mana
Anis terdiam. Dia terlupa yang dia belum beritahu ibunya pasal itu.
Mak..sebenarnya Anis dah berhenti kerja. Anis ingat..Anis nak belajar sepenuh masa. Dalam masa yang sama, Anis berniaga somtam. Anis dah ada pelanggan tetap! Anis peluk Puan Ainon dengan erat.
Sayanglah Anis berhenti kerja. Tapi kalau itu yang Anis mahukan, mak ikut saja. Janji Anis bahagia dan ada cita-cita. Imran tahu ke Puan Ainon senyum. Dia tatap wajah anak gadis kesayangannya. Nyata Anis berbeza dengan arwah Aiza. Anis lebih suka mencabar diri membuat perkara yang sukar. Berani menyahut cabaran.
Sudah mak. Anis sudah bagi tahu dia. Anis teragak-agak menutur kata-kata.
Imran tak marah ke
Anis geleng. Dia sudah nekad. Lagipun dia dan Imran berstatus suami isteri hanya di atas kertas. Realitinya tidak seperti suami isteri lain.
Tak apalah kalau macam tu. Lepas majlis nanti, Anis nak tinggal kat mana
Entahlah mak. Tak tahu lagi. Anis semakin sugul. Mahu saja dia luahkan pada ibunya tentang rasa dan hatinya saat ini. Tentang pernikahan yang ada perjanjian gila. Semuanya! Namun semua itu bak tersekat di anak tekak.
Hmm.. Puan Ainon senyum.
Anis pandang ibunya yang tersenyum manis.
Mak..kalau Anis diterima belajar di luar negara, boleh ke Anis pergi mak
Kenapa minta izin dengan mak. Suami Anis kan ada. Puan Ainon senyum lagi. Kali ini dia perhatikan riak anak gadisnya yang baru saja bergelar isteri. Mungkin Anis sudah lupa yang dia sudah menjadi isteri orang.
Err..kalau boleh Anis nak sambung belajar. Kalau Anis dapat memohon belajar sepenuh masa dan dapat biasiswa..Anis ingat..Anis nak belajar kat Perancis. Boleh tak mak Anis menatap lembut wajah tua ibunya yang sudah mencecah usia enam puluh tahun.
Kenapa sampai ke Perancis Kat negara kita ni tak ada kursus yang Anis ambil tu Puan Ainon mula risau.
Mak..kat sana Anis lebih banyak peluang. Anis teringin belajar kat sana. Cita-cita Anis..Anis ingin perkenalkan somtam Anis di peringkat antarabangsa dan juga Anis nak ada bisnes sendiri. Anis senyum mengharapkan impiannya tercapai dan mendapat restu dari ibunya.
Puan Ainon diam.
Anis..mak bukan apa. Anislah satu-satunya anak mak yang ada. Kalau Anis pergi, mak sorang kat sini. Anis bukannya boleh balik selalu macam ni.
Anis peluk ibunya sekali lagi. Kata-kata ibunya seperti merajuk. Dia juga sebenarnya tidak sanggup berpisah dengan ibu kesayangan. Namun demi cita-cita, dia terpaksa berpisah.
Mak..kalau Anis dapat tawaran itu, Anis ingat mak tinggallah dengan abang Man buat sementara waktu. Bila Anis dah habis belajar nanti, kita tinggal bersama-sama di KL nanti. Anis mula pujuk ibunya yang mula menangis.
Imran ikut sekali tak
Anis diam. Tidak tahu apa yang harus diberitahu pada ibunya. Kalau dengan cara itu dia boleh mencari ketenangan dan kedamaian, dia akan bawa diri ke sana.
Entah mak..dia banyak kerja. Anis tak kisah kalau dia tak ikut pun. Anis menutur lirih.
Anis, tempat seorang isteri di sisi suami. Kalau Imran tak izinkan, Anis tak boleh pergi. Anis kena ingat syurga bagi seorang isteri adalah mentaati suami. Puan Ainon mengusap lembut rambut ikal milik Anis.
Err..Anis bukan nak menderhaka pada suami mak. Anis hanya nak sambung belajar. Itu saja. Nanti Anis minta izin dia, ya mak Anis peluk erat ibu kesayangan. Apa yang diperkatakan oleh ibunya sememangnya benar. Dia sendiri rasa berdosa jika membelakangkan suami sendiri dalam membuat keputusan.
Puan Ainon mula minta diri ke bilik.
MALAM masih awal. Usai solat isyak, Anis mula buka komputer riba. Kelas onlinenya baru bermula. Sesekali Anis gosok lehernya yang lenguh. Dua minggu lagi dia akan menduduki peperiksaan. Permohonannya untuk mengikuti kelas sepenuh masa masih belum selesai. Kalendar dibelek lagi. Pejam celik, dah hampir setahun dia belajar di UiTM dan sudah hampir setahun juga dia bekerja di Stephen Holdings.
Tak apalahbukan rezeki aku. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Anis meletak kalendar semula di atas meja.
Fikirannya mula melayang pada kejadian tengah malam di rumah Izara. Sungguh dia tidak sangka Izara menuduhnya sampai macam tu sekali. Bukankah selama ini Izara juga tahu siapa lelaki yang bertapak dalam hatinya.
Aku harap Jay juga mengerti perasaan aku dan keadaan aku saat ini. Anis ambil broadband dan mula membuka internet.
Laman facebook dibuka. Banyak mesej dari Izara. Ternyata Izara ingin memohon maaf atas apa yang telah terjadi.
Zara..aku telah lama memaafkan kau tapi untuk kembali bekerja di syarikat tu, aku tak sanggup. Aku juga ada cita-cita aku sendiri. Anis renung setiap mesej yang dihantar oleh Izara.
JS > Assalamualaikum..
Anis senyum. Salam Jay dibalas segera.
JS > Lama tak dengar berita dari sahabat saya ni....apa cer
Anis senyum lagi. Jay sudah pandai menggunakan bahasa pelik. Pengaruh tengok tv la ni.
Mawar Putih > Baik..awak sihat
JS > Alhamdulillah
Mawar Putih > Awaksaya ada sesuatu yang saya nak beritahu awak.
JS > Apa dia
Mawar Putih > Saya mungkin akan sambung belajar di luar negara. Masih dalam permohonan. Awak doakan untuk saya ya!
JS > Luar negara Berapa lama
Mawar Putih > Tak lama..saya ambil kursus kulinari. Jadi mungkin hanya satu tahun saja.
JS > Ohkat mana tu
Mawar Putih > Perancis
JS > Wow! Kat sana memang bagus untuk kursus macam ni. Ramai chef terkenal di situ. Musim cuti nanti awak boleh kerja part time di restoran sebagai menambah pengetahuan dan pendapatan.
Mawar Putih > Terima kasih. Doakan untuk saya ya
JS> InsyaAllah..siapa lagi yang nak doakan awak kalau bukan sahabat awak ni
Anis senyum sendiri. Walaupun bahasa bisu, Jay tetap seorang humor. Pandai berjenaka. Namun dia resah setiap kali Jay berbicara soal hati. Jay sudah berani meluahkan rasa hati. Rasa berdosa semakin kuat pada Imran.
Mawar Putih >Terima kasih daun keladi. Doalah lagi !
JS >Saya akan sentiasa doakan awak. Terus terang, saya sangat-sangat sukakan awak.
Mawar Putih > Err..saya dah berpunya. Saya rasa lebih baik awak terima cinta gadisgajah awak tu.
JS > Yalahkecewanya saya. Saya harap gajah saya sudi memaafkan saya.
Mawar Putih > Tak adalah..saya ni kan dah jadi hak lelaki lain. Tidak sepatutnya saya layan awak macam ni. Berdosa besar saya pada suami. Tapi andainya ditakdirkan saya dan suami tidak sehaluan, saya rasa awaklah penyelamat saya. Maaf jika saya seperti memaksa awak menjadi pasangan saya sedangkan saya tak pernah tahu isi hati awak. Kalau awak sudah ada pilihan hati sendiri, awak cakaplah. Janganlah pula kerana perjanjian ini, awak merasa terpaksa sukakan saya. Saya boleh terima.
JS > Honestly..first time I met you..I felt so calm..and I like to see your cheek..so blushing! Awak pakai blusher Simply Siti eh
Mawar Putih > Awak ni bergurau je lebih. Saya bukannya cantik. Ramai perempuan kat luar sana lagi cantik dari saya. Lagipun saya ni bukannya pandai bersolek.
Anis senyum. Jauh di sudut hati dia begitu mendambakan seorang suami seperti Jay. Namun jodohnya kuat dengan Imran.
Walaupun perjanjian yang dibuat oleh Imran ternyata menolak haknya sebagai isteri, namun dia tetap isteri Imran yang sah. Rasa bersalah pada Imran tambah lagi pada Allah kerana melayan lelaki lain.
JS > Itulah sebabnya saya suka pada awak. Sikap selalu merendah diri itulah sebenarnya diri awak.
Mawar Putih > Awak pun apa kurangnya..ada rupa dan harta. Tambah lagi sekarang ni awak dah berubah. Tentu awak menjadi pujaan ramai gadis. Saya faham jika awak tak suka pada saya yang serba kekurangan. Tapi awak jangan pula anggap saya ni memilih pula. Sikap awak sebenarnya yang menyebabkan saya suka awak.
JS > See Awak merendah diri lagi! Kalau awak ada banyak kekurangan, saya laaaaaaaagi banyak.
Anis senyum hambar. Jay tidak pernah putus asa memenangi hatinya.
JS > Awak juga pernah tulis jangan diimpikan isteri secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman a.s. Usah harap suami setampan Yusuf a.s jika kasih tak setulus Zulaikha. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah r.ha jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w. Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.....
Anis diam seketika. Ada titisan jernih panas membasahi pipi. Andainya Imran juga seperti Jay..
Mawar Putih >Jadi awak ikhlas terima saya nanti
JS > Perlukah saya cakap Kan awak sendiri terangkan pada saya apa itu ikhlas. Remember
Mawar Putih > Ya..maafkan saya. Saya hanya inginkan kepastian kerana kita bukannya kenal rapat. Lagipun..saya dapat rasa awak sorokkan sesuatu dari saya..
JS > Sorok Sorok apa
Mawar Putih > Entah! Macam wajah awakmata awak..saya dapat rasa awak cuba sembunyikannya dari saya.
JS > Oh..itu..yalah..nanti kalau saya cukur jambang dan misai saya..sah-sah awak akan lari! Dan..awak tak nak saya lagi.
Mawar Putih >Kenapa pula saya akan lari
JS > Wajah di sebalik jambang saya tu..tidak sekacak yang awak sangkakan.
Mawar Putih > Rupa bukan ukuran bahagia.
JS >Hmm..benar. Rupa bukan ukuran bahagia. Kini saya faham dan mengerti. Gajah yang saya tak nampak depan mata itu sebenarnya memiliki akhlak yang baik dan wajah yang menarik. Sama seperti nyamuk yang kecil yang saya selalu intai dan jenguk. Kalau awak jadi saya, siapa yang saya harus pilih
Mawar Putih >Awak perli saya ke Yalah..saya ni kan nyamuk yang menyibuk nak gigit mangsa.
JS > Bukan macam tu..awakkan dah jadi isteri orang. Jadi nak tak nak, saya pilihlah gajah tu.
Mawar Putih > Hmm..itu yang terbaik. Jadilah seorang suami yang baik. Bekalkan diri dengan ilmu supaya boleh membawa isteri ke jalan syurga. Sungguh besar pahala di sisi Allah.
JS > Terima kasih..bukan apa, sekarang ni rupa lebih diutamakan dari segala-galanya.
Mawar Putih > Awak silap..sekarang ni harta lebih penting, baru rupa!
JS > Aik!! Awak pun macam tu
Mawar Putih > Bukan itu maksud saya..zaman sekarang ni orang lebihkan kedua aset itu. Pertama harta, kedua rupa, agama mungkin syarat terakhir.
JS > Jadi atas dasar apa awak kasih pada suami awak
Anis senyum hambar. Jay sudah banyak tahu kisah hidupnya. Gara-gara Izara yang membocorkan rahsianya semasa berjumpa di restoran Bali dulu.
Mawar Putih > Masa saya kenal dia dulu..saya tak tahu dia siapa. Jadi harta dan rupa bukan ukurannya. Perasaan yang hadir itu adalah kurniaan Allah. Dulu saya bermatian menidakkan perasaan saya. Yalah..saya tak nak jadi seperti gadis lain yang mudah jatuh cinta kerana rupa dan harta. Tapi lama-kelamaan..rasa pelik itu semakin tebal dan kukuh. Saya bingung. Dan kini..saya sedar saya hanya bermimpi di siang hari. Cuba mencapai pelangi tapi tak mungkin digapai.
JS > Hmm..awak masih cintakan dia
Mawar Putih > Kenapa
JS > Yalah..awakkan dah jadi isteri dia. Mana nak bahagia kalau satu pernikahan itu didirikan bukan atas dasar kasih sayang.
Anis termenung seketika. Dia mula serba salah. Tidak sepatutnya dia bercerita soal kasih dan sayang pada insan lain yang bukan suaminya.
Mawar Putih > Saya ada prinsip saya sendiri. Biarlah rasa kasih dan sayang itu hadir masa di alam perkahwinan. Dan..bercinta selepas bernikah adalah lebih berkat. Jadi atas dasar itulah saya ingin mencari keredaan Allah. Mencintai suami kerana Allah adalah perkara yang dituntut.Saya sanggup tunggu pintu hatinya terbuka untuk menerima kasih saya.
JS > Hmmkita tengok nanti. Lepas nikah..adakah awak akan tunaikan janji awak..:)
Mawar Putih > Percayalah..saya akan jujur sekiranya dia juga jujur dengan saya.
JS > InsyaAllah..sama-sama kita berdoa. Oklah..kalau awak dapat tawaran tu nanti, jangan lupa bagi tahu saya!
Mawar Putih > Insya AllahAssalamualaikum.
Anis tatap skrin komputer. Tangannya menongkat dagu. Terasa ada sinar baharu dalam hidupnya. Dua hari lagi majlis kenduri sebelah keluarga Imran. Nak tak nak, dia terpaksa berlakon sekali lagi. Memberi senyuman dan melayan tetamu yang datang sebagaimana dia melayan tetamu masa kenduri di hari pernikahan di kampungnya dulu. Semuanya dah macam plastik.