Arissa Daniel - 44
BAB 44

SURAT dihempas kuat atas meja. Mundar-mandir Tan Sri Johari di bilik pejabat. Puas berfikir. Sekali lagi surat itu dibaca. Berulangkali.

Damn!! Surat itu dihempas lagi. Jatuh ke lantai.

Tan Sri Johari menekup muka. Surat yang jatuh atas lantai diambil. Lama dia perhatikan kandungan surat yang diterima semalam.

Zalina, setiausahanya baharu beri kepadanya tadi. Surat saman dari JB Corp Berhad.

Aku tak akan biarkan dia menang! No way!! Tan Sri Johari bersandar di kerusi.

Zalina! Hubungi Datuk Mustafa sekarang! Gagang telefon dihempas kuat.

Pening! Tan Sri Johari pandang siling. Masih berfikir. Seingatnya kes itu sudah selesai. Segalanya dirancang rapi, tiada satu pun dibiarkan terdedah. Segala pemilikan syarikat JN Bioetch dilakukan dengan penuh teliti. Segala dokumen dan surat perjanjian jelas tiada satu pun yang tercicir. Semuanya disimpan rapi.

Aku tak rasa dia ada bukti. Tan Sri Johari masih berfikir. Tak mungkin syarikat JB Corp Berhad akan menang kes itu.

Tan Sri, Datuk Mustafa is on the line.

Tan Sri Johari segera menjawab telefon.

Datuk! We have a big problem. We need to talk. Today. Gagang diletak.

Tan Sri Johari bingkas bangun. Sekali lagi dia mundar-mandir. Cuba mengingati semula segala apa yang berlaku dulu. Satu persatu diputar semula. Bermula dari pertemuan dengan Datuk JB membincangkan projek rawatan air sungai tercemar yang dicadangkan oleh Datuk JB sendiri sehinggalah kepada perjanjian pelaburan masing-masing untuk pembinaan makmal.

Ah! Tak mungkin semua itu terbongkar! Tan Sri Johari sudah kusut. Berserabut!

Zalina! Give me JN Bioetch files. All of it! Arah Tan Sri Johari sekali lagi.

Seketika kemudian, Zalina muncul bersama beberapa fail JN Biotech Sdn Bhd. Fail itu diletak atas meja Tan Sri Johari.

Ada apa lagi Tan SriZalina melemparkan senyuman.

Thats all. Ill call you later if I need anything. Tan Sri Johari turut senyum.

Zalina mula beredar dari bilik Tan Sri Johari. Pintu ditutup rapat.

Fail yang diberi Zalina tadi dibelek satu persatu. Berkerut kening melihat setiap kandungan dokumen.

Surat perjanjian asal yang dimeterai bersama Datuk JB dulu masih disimpan rapi. Hanya dia dan Datuk Mustafa saja yang tahu mengenai hal itu. Dia baca pula dokumen lain. Tiada satu pun yang boleh dituntut oleh JB Corp berhad.

Hmm..jadi maknanya mereka tak ada bukti kukuh dalam kes ni. Tan Sri Johari mula mengukir senyum.

Tan Sri, Datuk Mustafa is here. Interkom dari Zalina jelas kedengaran di telinga.

Suruh dia masuk!

Tan Sri Johari mendongak. Datuk Mustafa sudah menapak masuk ke bilik pejabatnya.

Please, have a seat. Tan Sri Johari melangkah ke set sofa. Dia melabuhkan punggung di situ. Datuk Mustafa dilihat sudah mula duduk.

So, whats up Sounds like something wrong happenned to you. Datuk Mustafa senyum.

Yes! Not just to me but to you as well. Take a look at this! Tan Sri Johari hulur surat yang diterima tadi.

Surat bertukar tangan. Datuk Mustafa mula menatap surat itu dengan muka berkerut.

Why suddenly

Tan Sri Johari jongket bahu.

Aku ingat semuanya sudah selesai How come they bring this case up Surat itu diletak atas meja sofa. Datuk Mustafa pandang Tan Sri Johari yang kelihatan keliru.

Kau rasa mereka ada bukti Tan Sri Johari pandang tepat ke muka Datuk Mustafa. Cuba mencari jawapan.

Maybe..sebab tulah mereka boleh kemukakan surat saman macam ni. Datuk Mustafa pula bersandar di sofa.

Tan Sri Johari melepaskan keluhan panjang. Puas dia berfikir di mana silapnya.

Nevermind, Aku tak fikir mereka akan sanggup lalui semua ini. They are just wasting their times. Tan Sri Johari mula ketawa.

Datuk Mustafa hanya menjeling.

You dont know what they are up to. I think we must prepare for this. Who knows.. Datuk Mustafa jongket bahu. Kening sudah terangkat.

Tan Sri Johari diam seketika. Apa yang dikatakan oleh Datuk Mustafa tadi memang benar. Apa saja boleh berlaku!

Bila kes ni didengar

Bulan depan tapi minggu depan kini kena hadir for hearing procedure, just for the document settlement.Surat itu dibelek sekilas. Jelas dinyatakan di situ, permulaan bicara pada bulan depan.

Dah terlanjur kita cakap pasal ni, kau tahu tak siapa yang jadi CEO JB Corp Berhad sekarang Tan Sri Johari jeling Datuk Mustafa yang mula diam.

Hmm..aku dengar anak lelaki mendiang Datuk JB. Kenapa Datuk Mustafa jeling pula Tan Sri Johari yang mula mengusap dagu.

Hmm...do you know him

Datuk Mustafa pandang Tan Sri Johari yang nyata tidak peka keadaan sekeliling.

Jadi..selama ni kau tak tahu siapa anak mendiang Datuk JB Datuk Mustafa berkerut kening.

Tan Sri Johari geleng. Kau

Hmm..Im not sure tapi aku ada hadir satu parti dulu. Hes my sons friend. Datuk Mustafa teringat semula parti di rumah Daniel.

So

I think...hes the one. Rupa dia ada iras mendiang Datuk JB. Kali ini Datuk Mustafa pula mengusap dagu sendiri.

Jadi dia yang kemukakan saman ni Tanya Tan Sri Johari tidak sabar.

Mungkin..

Masing-masing diam seketika.

Kenapa selama ni aku tak pernah tahu pasal anak lelaki mendiang Datuk JB All this while, rasanya Datuk JB sendiri yang uruskan syarikatnya. Tan Sri Johari tak puas hati.

Well...apa pun kita kena bersedia. Serangan dari pihak sana mungkin ganas. Datuk Mustafa berkias. Dia senyum kelat.

Tan Sri Johari masih berfikir. Siapa anak Datuk JB

Oh ya, jadi ke kita nak berbesan Datuk Mustafa mula ubah topik.

Of course jadi! So, bila nak adakan majlis Muka Tan Sri Johari mula ceria.

Tiga bulan dari sekarang, macam mana Datuk Mustafa mengusul cadangan.

Okey juga tu. Lagi cepat lagi bagus. Nelissa tu dah masuk dua puluh tujuh tahun. Err..Sharif tu buat apa sekarang

Dia handle company aku kat Penang. Datuk Mustafa senyum kelat. Terpaksa berbohong. Sharif sampai sekarang masih suka hidup berpoya-poya. Tak pernah serius pada kerja. Tak sangka kata-kata yang hanya bergurau tentang jodoh antara Sharif dan Nelissa benar-benar menjadi kenyataan. Rupanya Tan Sri Johari juga setuju.

Oh I see. So, we should have a great wedding ceremony then! Tan Sri Johari senyum lebar.

Datuk Mustafa juga turut senyum. Impiannya sudah semakin menjadi kenyataan.

Oh ya, Nelissa mana Tak nampak seminggu dua ni Datuk Mustafa mula bertanya anak gadis Tan Sri.

Aku hantar dia ke Jerman. Ada conference dan meeting kat sana. Biar dia belajar selok belok perniagaan ni. Shes my only chlid. So, dia kena tahu semua ni. Semua ni untuk dia. Dia pewaris tunggal. Bangga Tan Sri Johari memiliki Nelissa yang kini sudah serius dan mula bekerja keras.

Datuk Mustafa senyum lebar. Senang mendengar kata-kata Tan Sri Johari. Bermakna Sharif juga berhak ke atas harta kekayaan Tan Sri Johari.

Bila Nelissa balik Malaysia

Hmm..ikutkan jadual ni..lusa dia sampai. Dont worry, my daughter tak kan lari! Tan Sri Johari berjenaka. Dia ketawa.

Datuk Mustafa turut ketawa.