AWAK ada kat Terengganu ni, untuk apa sebenarnya Awak ada shooting kat sini
Airish tergamam dengan soalan itu. Teragak-agak dia ingin menjawab soalan itu. Terkumat-kamit mulutnya ingin menjawab itu dan ini tetapi semuanya beku di tekaknya menjadikan lidahnya kelu tidak bersuara.
Ya, ada shooting.
Lambat-lambat, ayat itu dituturkan Airish. Dia sudah berbohong pada Afiqa kali ini. Biarlah, dia tidak mahu lagi gadis itu mengetahui punca hal yang sebenarnya. Kepala Afiqa diangguk-angguk. Faham.
Kau ada handphone lebih tanya Airish.
Sebaik sahaja Afiqa sudah meletakkan kain basahan di atas dahi Airish terus soalan itu terpacul spontan di bibirnya. Menyedari akan betapa susahnya dirinya mahu menghubungi gadis itu nanti, dia rasa dia perlu untuk punyai telefon bimbit satu.
Kenapa soal Afiqa dengan keningnya terangkat sebelah.
Airish gugup. Tidak tahu menjawab apa-apa, akhirnya Airish membiarkan soalan itu tersadai begitu sahaja dengan mengakhiri pertanyaannya dengan gelengan kecil. Kau sekolah dekat mana Airish bertanya laju.
Menyedari Afiqa yang ingin keluar dari bilik itu, pantas dia mengutarakan persoalan yang baru pada gadis itu. Afiqa kemudiannya bergerak perlahan mendekati Airish. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.
Dekat sini aje. Tak jauh pun. Untung rumah Rina dekat dengan sekolah tu, bicara Afiqa lembut.
Sekolah menengah ke
Afiqa sekadar mengangguk.
Kau mengajar subjek apa banyak pula soalan Airish ketika ini.
Saya tak mengajar. Saya cuma kaunselor dekat situ. Kalau ada kem, saya yang akan uruskan. Contohnya, macam kem kerjaya atau kes motivasi. Kalau pelajar ada masalah, boleh datang pejabat saya.
Airish mengangguk faham. Afiqa memberikan senyuman pada Airish sambil tangannya menarik gebar yang menyelimuti tubuh Airish dengan lebih tinggi.
Tidurlah. Awak demam tu. Makin panas lagi. Rehat, pesan Afiqa sebelum kakinya ingin melangkah keluar.
Kau nak pergi mana laju Airish bertanya.
Saya nak turun bawah. Ada kerja sikit.
Afiqa menutup rapat pintu. Dia menuruni tangga dan melabuhkan diri di sofa. Gadis itu sekadar bermalasmalasan di hadapan kaca televisyen. Sebenarnya, matanya bukannya fokus pun pada rancangan yang dipaparkan di skrin itu. Fikirannya jauh menerawang memikirkan tentang Airish. Apa sebenarnya tujuan lelaki itu datang ke sini Datuk Tengku Syahir tahukah Airish sedang bersamanya Afiqa berdebar-debar.
Amaran dan ugutan yang diterimanya menganggu gugat kedamaian hatinya sendiri. Nanti kalau Datuk Tengku Syahir tahu tentang Airish yang tinggal bersamanya, apa yang dia akan buat Afiqa resah. Rasa takutnya menyerbu diri tatkala itu. Wajah cemasnya sukar untuk dibendung.
Afiqa mengigit bibirnya sendiri. Matanya dipejam. Mencuba mengusir pergi ingatan pada perkara yang sudah berlalu. Tenang Afiqa. Tarik nafas dan hembus. Tarik dan hembus. Dia perlu berfikiran rasional. Apa jalannya Usir Airish pergi Afiqa menggeleng. Itu lebih akan mengeruhkan keadaan, kerana jika dia mahu mengusir Airish pergi sudah pasti Airish akan tahu cerita di sebalik tabirnya. Tak pasal-pasal pula dia akan mengakibatkan mereka sekeluarga bergaduh nanti. Afiqa tidak mahu begitu. Terus
Apa kata jika dia hanya mendiamkan diri sahaja Itu adalah salah satu cara yang terbaik. Lagipun rasanya di Terengganu ini, tidaklah sekecoh seperti di KL. Mungkin dia masih mampu menyimpan rahsia ini.
Susah sebenarnya untuk ditahan perasaan cintanya buat Airish. Dia tidak mampu melupakan lelaki itu.
Dia benar-benar mencintai suaminya, Tengku Airish Shah!