Abang ada masalah Soal Ika dan terus duduk sebelah Idlan.
Bekas isteri abang.
Ika gigit hujung kuku. Kenapa dengan kak
Irdiana
Dia... dia sakit.
Sakit
Idlan mengangguk. Kedua-dua tangan menompang dagu.
Dia sakit apa, abang
Entahlah, sayang. Petang tadi papa dia call abang tadi. Beritahu dia ada kat hospital. Tapi, doktor tak tahu sakit apa.
Abang pergilah ziarah dia.
Idlan menoleh. Serba salah dibuatnya. Sedangkan dulu dia dah nekad, tak mahu ada kena mengena lagi dengan Irdiana.
Abang tak tahu nak pergi ke tak...
Pergilah, abang. Kalau dah tahu kak Irdiana sakit, tak salah kalau abang pergi tengok keadaan dia. Sekejap pun tak apa.
Idlan mendengus. Kedua-dua tangan diletak belakang kepala. Ika memerhati kelakuan Idlan. Dalam hati terdetik sesuatu. Idlan masih sayangkan Irdiana. Itu dia sendiri pun tahu. Kalau tak, takkan sampai macam ni sekali Idlan gelisah.
Ika cuba faham situasi Idlan. Rasa cemburu cepatcepat diusir. Tak mahu tunjuk sangat depan Idlan. Nanti apa kata suaminya sedang dia pernah berjanji takkan ulangi kesilapan serupa.
Idlan mengeluh panjang. Hati sedang berbelah bahagi. Kalau dia pergi, nampak sangat dia dah langgar tekad. Kalau tak pergi, nampak macam kejam sangat.
Sayang...
Ada apa, abang Nak pergi tengok kak Irdiana
Erm...
Abang pergilah cepat. Ika menggesa sambil memegang lembut bahu Idlan. Cuba memberi ketenangan walau hati sendiri tak setenang yang diharapkan.
Sayang ikut abang...
Abang nak Ika ikut sekali
Kalau sayang tak ikut, abang rasa macam tak kena pula. Rasa tak selesa kat sana nanti.
Okey. Abang tunggu kejap. Ika tukar baju.
IKA mendakap erat tubuh Idlan. Muka disembam ke dada suaminya. Sesekali mata dipejam-pejam. Sesekali dibuka penuh hati-hati. Tak sanggup melihat keadaan Irdiana terlantar di katil. Suara Irdiana yang menjerit halus, merintih dalam kesakitan, buatkan dia tak betah berdiri di situ lebih lama.
Ruang di bilik wad hospital kelas pertama itu dipenuhi bau tak menyenangkan. Bau itu datang dari tubuh Irdiana yang bernanah. Nanah pula bercampur lendir dan darah. Entah apa sakit Irdiana, doktor sendiri tak tahu apa punca.
Idlan kelihatan sebak apabila melihat keadaan bekas isteri. Tak sangka Irdiana terima nasib begitu. Wajah satu ketika dulu cantik di matanya, yang pernah dicintainya dan sebenarnya masih ada cinta itu hingga ke hari ini walaupun secebis, dibelai dengan penuh rasa kasih, kini bertukar menjadi hitam legam.
Doktor masih tak tahu apa puncanya, Papa Soal Idlan pada Dato Arshad yang kelihatan bersedih dan susah hati.
Datin Zabedah tak henti-henti membaca surah yasin dan sesekali suaranya bergetar menahan sebak.
Dato Arshad menggeleng. Cermin mata ditanggalkan dan terus dimasuk ke poket baju. Air mata yang meleleh ke pipi, disekanya perlahan.
Tak tahu, Lan. Hari ni dah masuk dua minggu tapi, doktor masih tak dapat kesan apa sakitnya.
Papa tak cuba cara kampung
Setakat ni belum lagi.
Idlan memerhati sekeliling. Mencari kelibat Arash.
Tapi, lelaki itu langsung tak kelihatan.
Arash mana, Pa
Dato Arshad merengus kasar apabila nama Arash disebut, telinganya panas tiba-tiba. Dia dah ceraikan Ir.
What Idlan hampir-hampir melopong. Macam tak percaya.
Lelaki tak bertanggungjawab tu, main lepas tangan saja bila Ir sakit macam ni.
Idlan meraup wajah. Penjelasan Dato Arshad benar-benar buat dia terkejut. Ika yang masih melekat di dadanya, sesekali cuba ditenangkan.
Saat itu Ika mendongak. Bibirnya bergerak-gerak ingin menyatakan sesuatu pada Idlan. Suaranya langsung tak keluar. Idlan dekatkan telinga. Rupanya Ika kata dia nak balik. Mungkin dah tak sanggup tengok keadaan Irdiana yang betul-betul menyeramkan.
Papa, saya balik dulu. Insya-Allah lain kali saya datang lagi, Idlan meminta diri dan sedia beredar.
Lan...
Idlan dan Ika sama-sama tersentak sejurus suara Irdiana yang memanggil. Idlan telan liur. Terasa kesat dan pahit.
Ketika itu Ika memerhati wajah Idlan. Mencaricari kalau Idlan tersentuh dengan panggilan itu. Tapi, Idlan langsung tak bereaksi. Hanya mematungkan diri dengan kaki kemas terpasak di lantai.
Abang, Ika keluar dulu. Kalau abang nak cakap apa-apa dengan kak Irdiana, pergilah. Ika tunggu abang kat luar, ya.
Idlan mengangguk lemah. Bersetuju dengan cadangan Ika. Walau hati berat nak menurut, tapi di saat-saat begini, dia tak boleh bersikap kejam terhadap Irdiana yang memanggil-manggil namanya. Tak cukup dengan itu, Irdiana merintih pula. Hati lelakinya tak kuat untuk tebalkan telinga.
Lan...
Idlan cuba kuatkan diri. Perlahan-lahan dia menghampiri Irdiana. Makin dia dekat, makin kuat bau busuk itu menerobos ke saluran hidung.
Lan... you datang Irdiana angkat sebelah tangan. Tenaganya lemah. Meminta supaya Idlan menyambut.
Datin Zabedah yang meneruskan pembacaan yasin, terhenti apabila Idlan berdiri di sebelahnya.
Lan nak duduk Soalnya pada bekas menantu yang masih menjadi kesayangan dia dan suami hingga kini.
Idlan mengangguk. Suaranya bagaikan hilang. Bau busuk yang buatkan tekaknya loya, cuba ditahantahan. Dari rambut hingga hujung kaki dia melihat keadaan Irdiana sangat memilukan.
Dia duduk di kerusi yang diberi Datin Zabedah. Terkumat-kamit mulut ingin mengatakan sesuatu pada Irdiana tapi, entah macam mana, dia langsung tak boleh bercakap.
Lan... I nak minta maaf... Sekali lagi Irdiana merintih. Kali ini memohon kemaafan pula. Sebuah kemaafan yang benar-benar diharapkan supaya Idlan beri padanya.
Irdiana memandang Idlan dengan penuh rasa sayu. Kemunculan Idlan di saat-saat begini, buatkan penderitaannya sedikit berkurangan. Saat itu, dia terpandang titis air mata Idlan jatuh pada cadar putih yang menjadi alas dia berbaring.
I banyak dosa dengan you Lan...
Idlan pejam mata. Walau tak di minta, kenangan itu terlayar semula. Segala perbuatan dan kata-kata Irdiana, kembali menghiris parut yang kini hampir sembuh. Luka yang sedang dirawat Ika, parut dari kesan luka yang hampir menghilang, kini berdarah semula apabila Irdiana menyebut tentang dosa. Dia tak pasti samada Irdiana benar-benar berdosa dengannya atau tak kerana itu bukan urusannya untuk menilai dosa dan pahala orang lain. Itu semua urusan Tuhan.
Tolong maafkan I, Lan... Irdiana cuba nak menyentuh tangan Idlan. Terketar-ketar tangannya ketika hampir bersentuhan kulit dengan bekas suami. Namun akhirnya dia kembali sedar diri. Dia tak layak bersentuhan dengan Idlan. Apatah lagi dalam keadaan begini. Tentu Idlan berasa jijik.
Idlan sedar Irdiana cuba menyentuh tangannya. Walaupun melihat kulit Irdiana bernanah dan berbau hanyir, taklah pula dia mahu berganjak. Tapi. entah kenapa Irdiana tak berbuat demikian. Saat itu bibirnya bergetar. Air mata lelakinya merembes keluar.
Adakah ini balasan Tuhan kerana Irdiana sering menderhaka
Rasa pilu dan simpatinya bertambah. Kalau dia ada kepandaian mengubati orang menghidapi sakit ganjil begini, tentu dia akan cuba pulihkan Irdiana. Tapi, siapa dia untuk buat semua itu. Dia tak ada kepakaran, tak ada kelebihan. Dia bukan ustaz, doktor jauh sekali.
Boleh you maafkan I, Lan... Irdiana masih memohon kemaaafan. Bibirnya yang basah dengan nanah, dikesat perlahan-lahan Datin Zabedah yang setia berdiri di situ.
Idlan menarik nafas. Hati cuba ditenangkan selagi boleh. Tak sampai rasa hati nak mendengar Irdiana merayu dan merintih begitu. Simpatinya kian tumpah melihat penderitaan terpaksa ditanggung bekas isteri. I... I maafkan you...
I banyak dosa, Lan. I selalu derhaka pada you. I selalu hina dan sakitkan hati you. Terima kasih sebab you pernah jadi suami yang baik pada I. Kalau I diberi peluang sekali lagi untuk betulkan keadaan, I akan sembah kaki you, Lan. I akan buat apa saja untuk you...
Jangan cakap lagi, Ir. You rehatlah. Idlan cuba mengalih perhatian Irdiana.
Tak perlu Irdiana menyebut perkara yang lepas. Tak mungkin masa dapat diputar semula. Apa yang berlaku, ini semua ketentuan Ilahi. Baik dia atau
Irdiana sendiri, tak pernah meminta semua ini terjadi.
Ika yang berada di luar, mencuri dengar apa yang dibualkan Irdiana dan suaminya. Dia juga terkesan dengan kata-kata Irdiana. Mana mungkin dia buat tak endah dengan rintihan Irdiana. Tentu sekarang ni Irdiana sangat menyesali perbuatannya yang lalu.
Melihat keadaan itu, Ika berkira-kira nak pulang sendiri. Biarlah dia beri ruang pada Idlan untuk meluang masa dengan Irdiana. Dia faham situasi sulit dihadapi Idlan. Mungkin Idlan tak sampai hati nak tinggalkan hospital dalam waktu terdekat ini. Dia sebagai isteri, harus memahami.