Lama Arissa memandang hidangan di atas meja panjang. Kemudian memandang kepada tukang masak yang sedang membakar ayam, udang dan pelbagai makanan laut untuk hidangan BBQ mereka malam itu.
Kenapa sayang
Terkejut Arissa apabila pinggangnya disentuh oleh Hakimi dari belakang.
Banyak benda yang Walid tak boleh makan, keluhnya. Tak tahu apa yang patut diambil untuk bapa mentuanya itu.
Ambil nasi goreng tu. Tapi jangan banyak. Ayam tu ayam bakar kan, ambil seketul dua. Udang...
Udang Walid tak boleh makan. Dia allergic. Lepas tu udang banyak kolesterol, jelas Arissa.
Ikan pula tak ada. Patutnya letaklah ikan sama, keluh Hakimi melihat pada hidangan yang sedang dipanggang oleh tukang masak hotel.
Tak apalah, ambil ayam dengan seekor udang.
Takut Walid kempunan. Arissa sengih.
Hakimi senyum.
Hantar Walid punya. Ris punya abang ambil kan. Sayang nak apa soal Hakimi ingin tahu.
Tolak batu dengan kayu. Arissa terus berlalu menuju ke meja Encik Razali dan Dato Azizan yang sedang bersembang.
Walid tak boleh makan udang banyak-banyak tau. Cukup seekor. Ayam ni Ris buang kulit dia. Arissa meletak pinggan di hadapan Encik Razali.
Ya, terima kasih nak. Lebar sengih dia mendengar pesanan Arissa.
Mujur ada nurse, ya.Uncle pun nak appoint seorang nurse macam Arissa, usik Dato Azizan dengan tawanya.
Arissa hanya sengih. Kemudian memandang Hakimi yang meletak pinggan di hadapannya dan duduk di sebelahnya. Begitu juga Shima yang duduk di kirinya.
Kalau nak, saya pun boleh jadi nurse Dato, sampuk Shima dengan sengih nakalnya.
Dato Azizan ketawa, begitu juga yang lain. Arissa memandang Shima lalu di siku temannya itu. Tak tahu nak cakap apa. Segan pun ada. Kelakar pun ada. Sabar jelah Shima ni.
Mana Dato Ilyas Arissa bertanya. Mata liar mencari lelaki bertubuh gempal yang sentiasa ceria dan suka ketawa.
Sana tu. Entah apa gosip dia dengan budak-budak tu. Dato Azizan menuding jari ke meja tidak jauh dari tempat mereka duduk.
Kata Naim ada sama. Mana dia Hakimi memandang sekitar mencari sepupunya. Dari tadi dia tidak melihat Naim di mana-mana.
Arissa memandang Encik Razali kemudian ke Badrul yang duduk di sebelah Encik Razali. Keduanya tidak memberi reaksi apa-apa. Mungkin tidak mahu Hakimi syak apa-apa dengan kejadian tempoh hari.
Budak tu! Keluh Dato Azizan tidak menghabiskan ayat-ayatnya. Ternyata lelaki itu seperti kesal dengan sikap Naim.
Kenapa Uncle Dia buat hal keSsoal Hakimi ingin tahu.
Adakah ia berkaitan dengan Wafa Hatinya kuat mengatakan yang Wafa sedang menghadapi sesuatu. Hendak meneka takut ia akan menjadi dosa dan fitnah pula. Apa pun lebih baik dipendamkan sahaja.
Apa lagi. Geram Uncle dengan dia tu! Balik dari rumah Walidnya hari tu dia ke mana entah pergi. Lepas tu balik ke hotel mabuk-mabuk. Habis semua pasu depan hotel tu dilanggarnya. Mujur tak ada orang yang cedera. Mukanya lebam macam kena tumbuk... Entahlah! keluh Dato Azizan sambil bercerita tentang kejadian tempoh hari.
Mabuk Dengan siapa dia pergi Soal Hakimi memandang Dato Azizan sejenak kemudian kembali memandang udang yang sedang dibuang kulitnya.
Entah! Pening dia dengan anaknya yang seorang itu. Sudahlah Naim seorang sahaja anak lelakinya.
Arissa senyap. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia baru sahaja hendak melupakan tentang Naim. Hakimi pula bertanya tentang lelaki itu. Dia tidak boleh menyalahkan Hakimi. Lelaki itu langsung tidak tahu tentang kejadian dua hari lepas. Agak-agak bagaimana reaksi Hakimi kalau tahu akan kejadian itu
Tak tahu apa nak jadi dengan si Naim tu. Lepas satu satu. Yang ni belum selesai dah buat hal lagi. Panjang keluhan Dato Azizan.
Masing-masing senyap mendengar keluhan Dato Azizan.
Naim dah ada sesiapa ke Uncle Hakimi kembali menyoal bapa saudaranya.
Semua mata tertumpu kepada Hakimi.
Entahlah... kenapa Dato Azizan memandang Hakimi.
Tanya je.
Lepas yang kawan Kimi hari tu... Uncle tak tahu. Dia jauh dekat JB. Uncle KL. Harap-harap dia tak buat perangai dengan orang lain. Malu Uncle tau! Dato Azizan menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hakimi memandang Encik Razali yang memandangnya. Kasihan dengan bapa saudaranya.
Sabarlah Uncle. Hakimi mengusap lembut belakang lelaki itu.
Dato Azizan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Encik Razali memandang Arissa yang tunduk menghadap hidangannya. Ralit menantunya membuang kulit ayam untuk dimakan.
Arissa, cukup tu... makan nak. Walid dah kenyang sangat ni. Memang banyak juga dia makan.
Baru dua ketul je. Nanti tengah malam Walid lapar pula. Arissa meletak ayam tadi ke dalam pinggan Encik Razali.
Ini last, ya. Dah tak mahu lagi. Arissa pula yang makan, suruhnya. Pinggannya dilapiskan di bawah pinggan Encik Johan.
Mereka ketawa dengan reaksi Encik Razali. Arissa senyum.
Dah makan... Hakimi meletak beberapa ekor udang ke dalam pinggan Arissa. Kemudian bangun dan menuju ke meja yang masih ada banyak lagi hidangan yang dihidangkan oleh pihak hotel.
WALID bukan budak-budak. Pergilah ke mana nak pergi pun, suruh Encik Razali kepada Hakimi. Faham sangat anak itu baru hendak bersama isterinya.
Uncle boleh teman. Jangan risau... pergilah honeymoon sekejap, usik Dato Ilyas dengan gelaknya. Bergegar tubuh lelaki gempal itu bila ketawa.
Hakimi tersengih. Perlahan-lahan dia pergi mendapatkan Arissa yang berada di ruang legar hotel. Shima pula mengikut Badrul dan Encik Johan ke kedai-kedai menuju ke Pantai Tengah. Waktu itu memang meriah dan ada lagi kedai-kedai cenderahati yang masih dibuka.
Jom. Hakimi menghulurkan tangannya kepada Arissa yang masih duduk di kerusi di ruang legar itu.
Arissa menyambut tangan Hakimi tetapi tidak bangun. Sengaja dia berbuat begitu.
Ke mana dia mendongak memandang Hakimi.
Ke bulan. Jawapan bengang Hakimi. Ke pantailah sayang! Ditarik tangan Arissa menyuruhnya bangun.
Lambat-lambat Arissa bangun. Kan gelap.
Gelaplah best. Hakimi sengih sambil terus melangkah menuju ke luar dari bangunan utama hotel dan menuju ke pantai melalui laluan yang ada di situ.
Tak takut ke gelap Tak baik berdua-duaan sebab yang ketiga tu...
Kita dah nikahlah sayang! Syaitan menjerit bila abang lafaz akad hari tu tau! Arissa ni kadangkadang suka buat dia bengang dan sengaja hendak menduganya.
Arissa sengih tanpa memandang Hakimi. Sengaja hendak mengusik suaminya.
Abang jangan buat benda tak elok pada Ris tau. Dahlah kita bertudung ni.
Arissa mengingatkan Hakimi agar menjaga perlakuannya. Walaupun mereka sudah sah suami isteri dia tetap merasa segan apabila Hakimi memeluknya dikhalayak ramai. Tidak tahu mengapa. Kalau sekadar berpegangan tangan okey lagi.
Ya, abang tahu. Saja nak bawa sayang jalan-jalan dalam gelap. Boleh tengok macam-macam.
Tak naklah, jom baliklah... takut tau tak! Hampir sahaja Arissa terpekik dan menarik Hakimi kembali ke hotel.
Mereka sudah pun berada di pantai dan ramai pelancong-pelancong yang sedang bersantai di kerusi rehat yang disediakan.
Hakimi menarik tangan Arissa sambil ketawa.
Tak ada apalah, sayang. Saja abang usik. Abang kan ada. Tangannya sudah memeluk pinggang Arissa. Geram pula dia dengan isterinya. Nak cium tak boleh. Tengah orang ramai. Aduh, sabar... malam masih muda, bisiknya.
Pegang tangan dahlah. Malulah orang pandang. Arissa membuka ikatan tangan Hakimi yang merantai pinggangnya.
Okey... akhirnya tangan Hakimi kembali memegang tangan Arissa.
Mereka terus melangkah menyusuri Pantai Chenang. Di dada langit kelihatan berjuta-juta bintang menghiasi langit malam.
Abang.
Hmm...
Girlfriend Encik Naim, Wafa kan Hakimi memandang Arissa.
Susah nak cakaplah pasal dia tu, keluhnya sendiri. Dia sendiri tidak pasti.
Teringat kisah Wafa. Apa masalah gadis itu Terdesak sangat suruh dia memujuk Naim meminangnya. Naim ni pun memang playboy tembaga.
Pantang nampak perempuan cantik semua nak di bawa atas katil. Gila betullah lelaki tu. Bila nafsu dah menguasai diri, keluhnya.
Kenapa Dia ada cakap apa-apa pada sayang ke
Tak ada. Nak cakap dengan Naim!, nak dekat dengan lelaki itu pun dia akan fikir empat puluh empat juta kali. Serik! Takut! Harap-harap lepas ini lelaki itu tidak akan jejak lagi ke rumah mereka.
Keluhan Hakimi sekejap tadi seperti menceritakan kisah antara mereka berdua. Hendak bertanya dia bimbang Hakimi akan memarahinya pula. Hmm... lebih baik dia senyap. Simpan sahajalah soalan itu, desisnya.
Umi macam mana
Langkah Hakimi terhenti.
Sayang tak tanya pun abang sihat ke tidak Mesti tanya pasal Umi Geram pula dia dengan isterinya.
Laa... abang dah ada depan mata Ris, mestilah sihat. Kalau sakit tentu abang tak sampai ke Langkawi buat kejutan macam ni kan jeling Arissa bengang.
Hakimi pula sengih. Ingatkan nak kenakan isteri tetapi dia sendiri yang terkena.
Ris nak tanya abang sesuatu boleh tak Dia memandang suaminya.
Hmm...
Sebelum Ris abang ada sesiapa ke Dia harap Hakimi jujur dengannya.
Walaupun Encik Razali sudah bercerita tentang Ainul tempoh hari dia masih tidak puas hati. Cemburukah dia dengan sejarah Hakimi sebelum ini Tetapi wanita itu tidak memiliki Hakimi. Dia kini sah sebagai isteri lelaki itu.
Lama Hakimi memandang Arissa.
Ya. Ada... tapi perkara tu dah lama dah, jelasnya. Arissa senyap.
Tangan Hakimi kembali ke pinggang Arissa dan ditarik rapat ke tubuhnya.
Sayang jangan bimbang, hmm... semuanya abang dah buang jauh dari hati ni. Yang ada... Arissa seorang je, ucap Hakimi lembut. Sayang adalah yang terbaik
untuk diri abang, tau tak!
Lebar senyuman Arissa. Betul ke
Betul! spontan dia memeluk Arissa dengan erat. Okey, abang nak tanya sayang pula. Ada sesiapa selain dari abang tak
Ada.
Spontan Hakimi merenggangkan sedikit tubuhnya untuk memandang Arissa. Mujurlah cahaya lampu di sekitar chalet-chalet yang ada menerangi sekitar pandai itu.
Ada Siapa! Terkejut dia dengan pengakuan Arissa. Tetapi boleh percaya ke Isterinya pun kuat mengusik dan menyakatnya.
Ada... dia sentiasa ada dalam hati Ris sejak dulu lagi.
Siapa Berdebar-debar dia mendengar tutur Arissa.
Mohd Salleh. Arissa senyum. Tanpa dia, Arissa takkan jadi isteri Hakimi Razali. Jadi jangan cemburu kan dia ya, usik Arissa.
Lama dia memandang Arissa. Kembali dia memeluk isterinya terasa terharu dengan apa yang dikatakan oleh Arissa. Mustahil untuk dia cemburukan isterinya yang begitu menyayangi ayahnya yang sudah tiada. Tentu lelaki itu amat istimewa pada Arissa semasa hayatnya.
Jom... kita balik ke biliklah. Kat sini tak boleh nak buat apa-apa. Buat meleleh air liur abang je. Hakimi meleraikan pelukan dari tubuh Arissa dan kembali memegang tangannya.
Itulah... tadi lagi Ris dah cakap. Abang tak nak dengar. Dia mengikut langkah Hakimi.
Cepat, cepat... abang dah tak sabar! Hakimi sudah ketawa.
Eee... gediknya Hakimi ni, kutuknya sendiri. Begitu pun langkahnya laju menyangi langkah Hakimi menuju semula ke hotel yang terletak hampir 50 meter.