MY DARLING ANGEL - 44
SEBAIK sahaja keluar dari bilik persidangan, Lyn menghela nafas. Dokumen-dokumen syarikat masih lagi terkepit kemas di celah ketiaknya. Cuaca petang yang redup serta angin bayunya yang sepoi-sepoi bahasa melajukan lagi langkah Lyn menuju ke bilik hotelnya. Dia bercadang untuk melepak di tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam di balik awan.

Sebaik sahaja pintu bilik tertutup rapat, hati dan badannya yang letih dek kerana kursus yang dijalaninya meminta untuk merebahkan diri di atas katil yang empuk. Apabila sudah bersatu dengan tilam dan bantal, mulalah pelupuk mata terasa berat. Ditambah pula dengan angin bayu laut membuatkan matanya semakin lama semakin mengecil.

Nada dering lagu Mine daripada Taylor Swift mula mencucuk-cucuk pendengaran Lyn. Dia yang baru sahaja terlelap selama lima minit begitu malas untuk menjawab panggilan. Semakin lama semakin kuat handphonenya menjerit meminta dijawab. Mengagaugagau Lyn menarik handphonenya dari dalam kocek seluar slacknya dan menekan butang hijau sambil matanya terpejam.

Assalamualaikum.. Ya Lyn bercakap ni. Siapa tu Suara yang lemau dan mengantuk memulakan bicara.

Waalaikumussalam, dik, Mak ni. Kenapa ni Adik okey tak

Oh, Mak. Adik okey je Mak. Cuma mengantuk sikit, adik baru je habis kursus tadi. Ni pun adik sempat terlelap lima minit je Mak. Kenapa Mak Lyn mengadu kepada Puan Rahimah.

Mengantuk rupanya, Mak ingatkan adik sakit tadi. Ni ah makan ke belum Soal Puan Rahimah prihatin terhadap anaknya yang kini berada jauh di seberang.

Lyn membelek handphonenya yang tertera jam. Bergegas dia bangun daripada katil bagaikan terkena kejutan elektrik. Rasa mengantuknya terus hilang. Mata yang layu terus terasa segar bugar.

Mak, adik belum solat asar lagi. Nanti adik telefon Mak semula. Assalamualaikum Mak. Lyn melompat turun daripada katil dan terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Fuh! Nasib baik sempat. Kalau tak mesti kena qada solat nanti. Alamak, perut dah berbunyilah pula. Daripada aku melepak sorang-sorang dalam bilik ni baik aku keluar cuci mata ke, cari makanan ke, lagi bagus. Lagi pun bukan tadi plan aku nak tengok matahari terbenam ke Sempat lagi ni kot Lyn membebel sendirian. Dia mencapai handphone dan pursenya lalu melangkah keluar meninggalkan bilik hotelnya.

Dari jauh lagi puput bayu angin laut berlumbalumba menampar wajahnya. Angin yang sepoi-sepoi bahasa mendamaikan hatinya. Dia melihat ramai pengunjung yang sedang menikmati keindahan di sepanjang pantai tersebut. Tenang dan damai. Itu yang dia rasakan sekarang ni. Walaupun matahari mulai menyorokkan diri tapi pemandangan di tepi pantai masih lagi cantik. Dia sempat menyaksikan pemandangan matahari terbenam dan ufuk merah mula mewarnai langit.

SubhanaAllah! Cantiknya! Lyn kagum melihat ciptaan Allah yang sungguh indah jarang-jarang dia dapat saksikan depan mata sendiri. Dia juga sempat merakamkan fenomena indah itu melalui handphonenya.

Sedang dia leka merakamkan pemandangan indah yang terbentang luas di hadapan matanya, tak semenamena dia dilanggar seseorang sehingga bajunya basah terkena air laut. Jatuhnya dia bagaikan nangka busuk jatuh dari pokok. Orang yang melanggarnya langsung tidak berhenti mahupun menoleh ke belakang. Dari jauh Lyn hanya mampu melihat kelibat orang yang melanggarnya semakin menjauh.

Dia cuba untuk bangun tetapi kesudahannya dia terduduk kembali. Buku lali kakinya terkehel memaksa dia duduk semula di atas hamparan pasir yang basah. Lyn meraba mencari handphonenya dan luluh hancur hatinya apabila melihat handphonenya sedang bermandikan dengan pasir serta air laut.

Lyn Lyn Mastura, am I right

Lyn menoleh dan melihat susuk tubuh seseorang yang mengenalinya. Dia cuba mengingati, tetapi gagal.

Siapa ya Maaf saya tak berapa ingat.

Ni Shah. Shahril Amiruddin. Tak ingat ke

Oh Shah! Ingat-ingat. Patutlah macam kenal je tapi tak ingat sangat. Aduh!

Kenapa awak duduk dekat sini Awak nak mandi laut ke dah senja-senja macam ni Soal Shah pelik Lyn cuba untuk berdiri.

Eh, Lyn Awak okey tak ni Nak saya tolong Tangan dihulur untuk memberikan bantuan, tetapi Lyn menolaknya secara lembut.

Tak apa Shah. Saya boleh bangun. Terima kasih.

Lyn cuba bangun sekali lagi. Dia sedaya upaya menahan rasa sakitnya tetapi akhirnya dia mengalah. Dia membelek buku lalinya dan kelihatan biru keunguan di tempat yang sakit.

Dah, awak tak payah nak bagi alasan apa-apa. kaki awak dah lebam, meh saya hantarkan awak pergi klinik yang terdekat. Nanti awak lagi tak boleh bergerak lagi susah.

Shah membantu Lyn yang sudah tidak boleh bangun. Walau sekuat mana niat Lyn untuk meronta tetapi dia terpaksa membatalkannya kerana dia sendiri tidak kuat untuk bangun dan berdiri. Shah memicit butang alarm keretanya dan membantu Lyn masuk ke dalam kereta.

KERETA Toyota Corolla laju meninggalkan perkarangan Damai Puri Resort dan Spa. Shah menuju ke Bandar Kuching. Lyn yang sudah

kebasahan terlena dalam kereta.

Tiba di perkarangan hospital, Shah menarik kerusi roda dan membantu Lyn mendapatkan rawatan. Lyn yang masih dalam kesakitan tidak berkata apa-apa melihat Shah bersusah-payah membantunya.

Shah, terima kasihlah sebab awak dah bersusahpayah tolong saya. Saya ni dah menyusahkan awak pula. Maaflah ya

Hei, kenapa awak cakap macam tu pula. Kita kan kawan. Takkanlah kawan tak boleh tolong kawan kot kan. Dahlah, awak lapar tak Jom pergi makan. Saya belanja.

Err, tak menyusahkan awak ke Mana tau awak

nak balik cepat ke.

Shah menggeleng.

Okeylah, saya ikut je.

Kita makan dekat resort je boleh tak sebab saya risau bengKak pada kaki awak tu makin teruk. Kalau dah surut nanti saya bawa awak pusing-pusing Bandar

Kuching.

Boleh, boleh, ujar Lyn tidak membantah.

Shah tersenyum lebar mendengar jawapan Lyn. Matanya melirik ke arah tangan Lyn yang masih menggengam handphonenya yang sudah rosak akibat berendam dengan air laut. Kelihatan raut wajah gadis itu sedih. Dengan pantas Shah menukar laluan pemanduannya dan menuju ke Bandar Kuching semula. Lyn sudah kehairanan.

Kenapa kita datang sini balik Kata nak makan dekat resort je

Kejap ya, ada hal sikit.

Okey.

Shah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai telefon.

Lyn tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin Shah ingin menambah nilai kredit handphonenya. Dipandang telefon bimbitnya yang sudah banyak berbakti. Sedihnya hati bila mengenangkan satu-satunya talian hayat untuk berhubung dengan semua orang kini sudah tidak dapat digunakan.

Setelah lima belas minit berlalu, Shah kembali dengan sebungkus plastik yang berisi kotak sederhana besar. Tanpa sebarang kata, tangannya laju memusing stereng menuju ke arah resort. Sepanjang perjalanan masing-masing hanya mendiamkan diri. Ruangan dalam kereta hanya kedengaran suara daripada penyanyi sahaja. Habis satu CD Shah memasang CD lain pula.