Dia membetulkan kedudukan tudung yang senget benget akibat ditiup angin kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini. Sebelum melangkah masuk, ditatapi penampilannya di sebalik pintu kaca automatik depan lobi. Agak berpuas hati, dia melangkah masuk dengan penuh semangat.
Sejak tadi senyum manis tak lekang di bibir walhal dalam hati begitu kencang debaran hingga dirasakan mahu tercabut keluar jantungnya. Pagi ini adalah penentu di mana dia berjaya atau tak menempatkan diri menjadi sebahagian dari keluarga besar hospital terkemuka ini, THSC.
Chup! Aku nak tanya siapa ni Soal Qamra Ain sendiri sambil berjalan ke arah papan tanda digital yang terpampang di tengah lobi. Dia menyeluk sesuatu di dalam poket beg galas lalu mengeluarkan sekeping sampul berwarna coklat. Dibuka sampul itu lalu dikeluarkan isi perut di dalamnya.
Tingkat 2, Bilik VP Temuduga doktor pelatih aje kut. Takkan sampai nak jumpa high level
Qamra Ain melebarkan pandangan di sekeliling lobi hospital. Kelihatan berpusu-pusu orang lalu lalang dan tak kurang juga barisan doktor yang kelam kelibut berjalan ke arah destinasi masing-masing dan dia Masih lagi tercegat di tengah lantai lobi. Sekejap dia menoleh ke kiri, sekejap ke kanan dan akhirnya ternampak kaunter penyambut tetamu yang terletak di sudut tepi.
Dia mengatur langkah pantas ke arah situ. Hanya tinggal beberapa tapak untuk sampai ke kaunter, tak semena-mana ada seorang pengunjung hospital tiba-tiba rebah betul-betul di depannya. Qamra Ain tergamam, terkedu, tercungap dan segala emosi yang bercampur baur menyelinap ke dalam urat saraf. Dia melirik jam di pergelangan tangan. Tinggal 15 minit lagi untuk sampai ke tempat temuduga pagi ini. Qamra Ain memerhatikan pesakit yang terlentang tak sedar diri tadi. Yang mana satu harus utamakan Temuduga atau pesakit itu
Ah! Kenapa aku harus fikir begitu, aku belum lagi memegang status seorang doktor di sini. Itu pun kalau berjaya. Jadi, sudah tentu pesakit itu tiada kena mengena langsung dengan situasi aku di tatkala ni, kan Kan Kan
Seorang demi seorang doktor yang lalu lalang di situ cuba dipanggil namun disebabkan oleh bunyi bising menyebabkan tiada seorang pun yang mendengari suaranya. Qamra Ain panik. Hati mahu melangkah pergi tapi kaki pula berasa berat. Takkan dia nak biarkan saja sedangkan dia sedia tahu yang keadaan lelaki itu sangat kritikal.
Doktor! Tolong! Ada pesakit rebah di depan sana! Panggil Qamra Ain.
Tiada respon. Bukan hanya seorang, entah berapa ramai doktor cuba dipanggil namun masing-masing sibuk tergesa-gesa ke tempat lain.
Maaf, saya ada pesakit di ICU.
Maaf ya, cik adik. Saya ada pesakit lebih kritikal yang perlu saya rawat.
Saya tak boleh nak bantu, kena bergegas ke OT! Ada wanita bersalin caesarean pagi ni. Awak pergi ke kaunter sana, maklumkan pada receptionist suruh paging team ER Resus.
Macam-macam jawapan yang dia dapat. Qamra Ain bergegas lari sekuat yang boleh ke arah kaunter penyambut tetamu dan memaklumkan terus tentang pesakit yang sedang terlantar di lantai tengah-tengah lobi.
Ada seorang pesakit rebah di tengah lobi sana! Tolong panggilkan doktor cepat! Beritahunya tercungap-cungap.
Belum sempat penyambut tetamu berbaju kebaya hijau itu memberi respon dia berlari semula mendekati lelaki itu. Dia juga turut berasa cemas. Pantas dia mencapai gagang telefon dan terus menelefon ke TED.
Dia pula, perlahan-lahan turun melutut dan tiada pilihan lain selain dari melakukan bantuan pernafasan (CPR) pada lelaki tadi. Kalau dibiarkan takut keadaan bertambah kritikal dari pemerhatian mata kasarnya. Sementara menunggu pasukan ER datang, dia nekad lakukan CPR. Kepala lelaki itu didongak ke atas. Qamra Ain mendekatkan telinganya ke mulut. Tiada pernafasan!
Hai lah pakcik, dalam ramai umat kat lobi sebesar alam ni, kenapalah depan saya juga yang pakcik nak landing Apa aku nak buat ni Ayuh, Qamra Ain! You can do it!
Teragak-agak dia mahu menyentuh mulut lelaki itu. Ialah, lelaki yang entah turun dari planet mana secara tiba-tiba selamba rebah tengah lobi takkan semudah itu dia mahu lakukan CPR. Kali terakhir dia melakukan latihan CPR semasa masih menuntut di A-AH. Itu pun, dia lakukan pada mulut patung. Kalau cium mulut berapa kali pun rasa tak berdosa. Kini, dia perlu lakukan pada lelaki yang bukan muhrimnya. Yang haram bila bersentuhan apatah lagi di bahagian terlarang. Tambahan lagi, dengan bau mulut serupa longkang yang entah berapa tahun lelaki ini tak gosok gigi. Yuck!!!
Haish, kenapa aku harus fikir begitu Nyawanya lebih berharga dari andaian merapu aku pagi ni! Kau dalam keadaan darurat, Qamra Ain!
Qamra Ain membuang tanggapan tentang lelaki ini sejauh yang mungkin. Tanpa berlengah, mulut lelaki itu dibuka dan tangan sebelah lagi memicit hidung lelaki itu. CPR harus dilakukan dengan segera. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan kemudian dihembus nafasnya ke dalam mulut sambil memejamkan mata. Setelah itu dia beralih memandang ke arah dada sekiranya ada pergerakan. Tiada perubahan! Dia mengulangi semula dan masih lagi di situasi yang sama. Tiada menunjukkan tanda-tanda dada lelaki itu mula berombak.
Dia perlu melakukan cara lain. Cara yang pernah dipelajarinya di A-AH dulu. Tangan kanan ditindihkan ke atas tangan kiri dan dengan berhati-hati dia menekan perlahan-lahan dada lelaki itu 15 kali.
Setelah hampir 15 minit berkerja keras melakukan apa yang termampu akhirnya, Qamra Ain terdengar lelaki itu terbatuk-batuk. Tak lama kemudian tiba pasukan ER Resus mendekati mereka berdua. Dua orang doktor lelaki bersama tiga orang jururawat. Seorang jururawat terus menolaknya ke tepi hingga terjelopok dia atas lantai lobi. Qamra Ain mengaduh kesakitan dek sikunya terhentak kuat.
Encik tak apa-apa Soal salah seorang doktor itu sambil meletakkan stetoskop di dada. Lelaki itu cuba menarik nafas namun dirasakan sempit liang pernafasannya.
Hubungi team ER Resus, kita ada pesakit yang kritikal di sini. Maklumkan pada mereka Electrokardiogram (ECG) perlu dilakukan segera! Lekas! Arah doktor tadi sambil melingkari semula stetoskop di leher.
Jururawat mengangguk faham dan bergegas pergi menuju ke TED yang terletak aras yang sama dengan lobi. doktor lelaki tadi pula beralih pandang ke arah gadis yang leka memerhatikan kelam kelibut pasukan ER Resus menjalankan tugas. Susah juga menyandang tugasan seorang doktor dari pengamatan mata kasarnya.
Excuse me, you siapa Soal doktor lelaki tadi spontan sambil memerhatikan pasukan ER membawa lelaki tua tadi pergi dengan katil beroda. Dia berkalih wajah ke arah gadis tadi yang masih tercegat berdiri.
Sekali pandang, Qamra Ain terkesima. Potongan rambut doktor kacak yang ala-ala Korea itu membuat kelopak matanya tak berkelip dan rahang mulutnya ternganga. Kim Dongwan ke depan aku sekarang ni
Hello! You masih di sini atau di planet lain Soalnya sambil mengawang-ngawang tangan di depan muka.
Serta-merta Qamra Ain kembali ke alam nyata.
Ya Eh bukan, saya alamak! Saya kena pergi! Qamra Ain terus pecut beredar pergi menuju ke kaunter penyambut tetamu tadi. Ralat sungguh menyelamatkan lelaki di lobi tadi sampaikan terlepas sesi temuduganya.
Dia yang masih tak berganjak itu hanya mampu memerhatikan saja gadis yang tak sempat bertanyakan nama itu berlalu pergi begitu saja. Dia tak pasti sama ada gadis tadi merupakan pelawat atau pun pesakit yang menjalankan pemeriksaan berkala di hospital ini.
Dr. Rudy, ada pesakit sedang menanti doktor di Zon Hijau, maklum jururawat kanan bernama Maya mengalihkan terus perhatiannya.
Jururawat itu menghulurkan fail perubatan pesakit ke tangannya, Saya ada pesakit kritikal di Resus. You kelui Azmeer.
Dr. Azmeer at rhesus right now. Dia yang minta Dr. Rudy gantikannya di Zon Hijau. Dr. Azmeer pesan lagi yang kes tadi dia take over alang-alang ada di Resus.
Rudy Armani mengeluh perlahan. Dia ingatkan usai menjalankan rawatan dialisis pesakit pagi tadi, dapatlah berehat sebentar di bilik on-call. Tak kesampaian nampaknya.
Nanti kelui Dr. Azmeer. Lepas selesai nanti, saya jumpa dia di Resus, pesan Rudy Armani dan sambil berjalan dia meneliti rekod perubatan pesakit yang bakal diperiksa sebentar lagi ditemani oleh Maya.
Apa Morning sickness Lelaki pun ada morning sickness ke, Maya buntang terus matanya membaca sebaris ayat di dalam rekod perubatan itu. Maya hanya mampu menjungkit bahu.
Ctertulis di surat ni kat mana Soal Qamra IK, saya ada temuduga pagi ni. Bilik yang
Ain sambil menunjukkan surat temuduga pada penyambut tetamu yang dijumpai tadi.
Oh bilik ni. You nampak lif yang belah kiri tu tak You naik lif tu. Jangan naik lif sebelah sana sebab lif sana untuk ke aras ganjil. You ada temuduga hari ni ke Kejap I check nama you dulu. Tadi ada beberapa calon yang datang walk in, jadi I tak benarkan mereka naik ke atas tanpa pengiring.
Oh ya ke Sepatutnya sejam tadi, cik... Adura, ujar Qamra Ain sekilas melirik ke arah tanda nama yang tersemat di baju gadis manis itu.
Qamra Ain Qaseem, 8.30 pagi tadi jadual temuduga you, kan You dah terlepas waktu. Kalau nak naik juga ke atas, I confim you kena halau. Surat ni juga ada tulis yang you ditemuduga oleh VP. Kat sini semua pekerja takut nak jumpa si kuku besi tu. But, kalau nak cuba nasib you bagi IC kat I untuk rekod dalam sistem dan bagi you pas pelawat.
Hatinya berbelah bagi. Antara mahu pergi atau tak. Jika dia berundur, impiannya turut sekali berkecai sekaligus dikecewakan harapan Tunku Hazreen yang bersusah payah menghantar resume ke sini. Dia nekad. Alang-alang menyeluk duit syiling, biar sampai dapat minuman tin yang keluar dari vending machine! Dapat atau tak belakang kira. Yang penting aku akan pastikan bilik tu menjadi saksi yang aku pernah datang ke sini!
Qamra Ain menghulurkan ICnya ke tangan Adura. Usai mengesahkan maklumat di dalam data sistem pelawat, Adura menyerahkan semula IC itu ke tangannya berserta dengan kad pelawat.
Semoga berjaya! Fighting! Adura memberi semangat dan dibalas dengan senyum manis yang menyerlahkan lekuk di kedua-dua belah pipi. Terima kasih, cik Adura! Ucap Qamra Ain. Selepas menerima pas pelawat, dia bergegas pergi ke arah lif yang ditunjukkan oleh Adura tadi.
Adura turut tersenyum. Timbul rasa simpati bila melihat gadis tadi yang secara tak langsung terjebak sekali dengan insiden yang tak diduga berlaku di tengah lobi hospital tadi. Bertahun dia bekerja di sini, dihujani pula dengan pelbagai ragam dan kes kecemasan yang berlaku di depan mata. Belum lagi dikira dengan bunyi siren ambulan yang membingitkan telinga setiap minit. Hanya pagi tadi, inilah pertama kali dilihat seorang yang bukan dari hospital ini spontan menyelamatkan nyawa seorang lelaki tua di tengah kesesakan orang ramai yang lalu lalang di lobi.
Selepas dari gadis tadi maklumkan padanya, terus dihubungi pasukan ER Resus. Sementara menanti, dari sudut di stesen kerja Adura memerhatikan gelagat gadis itu tak senang duduk dan mencuba sedaya upaya menyelamatkan lelaki itu.
Inilah jadinya kalau terlampau sangat ikut kehendak hati memilih calon. Sekarang, siapa yang susah THSC juga yang bermasalah sebab tak cukup doktor! Tun Tunku Harith melahirkan rasa kesal sambil menggeleng kepala.
THSC sudah jauh berubah. Ramai doktor pakar berpindah ke hospital lain disebabkan sikap egois Tunku Raffzul, anak saudaranya yang mula gila kuasa itu.
Tuan Harith, nak saya aturkan pertemuan dengan Tuan Raff Perkara ni harus diselesaikan secepat mungkin sebelum ianya melibatkan orang awam seperti tadi. Jatuh reputasi THSC nanti, cadang Saiful yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dengannya.
Siapa gadis tadi, Dura Tegur Tun Tunku Harith sambil ditemani oleh Saiful seperti selalu.
Adura tersentak. Kenal benar suara yang menegur tadi. Suara dari seorang lelaki yang terkenal di hospital ini.
Selamat pagi, Tuan Harith. Maaf, saya tak perasan Tuan tadi, ucap Adura serta memerhatikan lelaki maskulin itu sedang membutangkan butang di hujung lengan kemeja. Kemudian dia beralih pandangan ke arah Adura.
How do I look Kacak tak saya pagi ni Tun Tunku Harith perbetulkan kolar blazer hitam pula.
Adura tersenyum. Sudah dijangka soalan itu yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu setiap kali mereka bertemu di kaunter.
Daebak, Tuan. Cuma, kalau boleh Tuan nipiskan sikit misai biar tampak lebih maskulin. Kalau Tuan buat misai macam Wak Doyok pun cun juga, cadangnya seraya menunjukkan tanda bagus dengan ibu jari.
Saiful yang berada di belakang Tun Tunku Harith pula melihat gelagat mereka berdua sambil tersenyum lebar.
Puji ke perli Mulut Tun Tunku Harith diherot ke kiri. Kening sebelah yang berkerut diangkat. Sengaja menakutkan Adura. Gadis itu pula leka berkhayal memerhatikan Rudy Armani yang sedang berjalan beriringan dengan Azmeer melewati depan kaunter.
Ha! Kamu ni suka sangat berkhayal. Jangan amalkan selalu, bahaya! Tegur Tun Tunku Harith menepuk kuat meja kaunter sekaligus membuatkan gadis itu terkejut sekali lagi.
Ba baik, Tuan. Saya tak buat lagi. I promised you this is the last time, akui Adura sambil tunduk hormat.
Tergagap-gagap dia menjawab. Bukan sekali dua, sudah beberapa kali dia berbuat perangai begitu.
Iyalah, receptionist sepertinya tiada peluang untuk ke sana ke mari seperti kakitangan lain, haraplah mereka saja yang datang menyinggah di kaunter.
Cemburu juga di hati bila ada barisan jururawat pelatih yang berborak dengan barisan doktor kacak THSC. Sengaja mereka berhenti di hadapan kaunter sekadar menunjuk-nunjuk padanya.
Ala Korang setakat doktor aje! Aku lagi gempak dari korang! Tuan Presiden cari aku, bukan aku yang cari beliau! Tak heranlah!
Tahun pertama bekerja, terasa juga bosan selubungi dirinya setiap hari. Tak di waktu sekarang, dia lebih sukakan kerjayanya kini oleh kerana peluang lebih cerah bertemu dengan orang-orang kenamaan terutama sekali MD, Tun Tunku Harith. Tak sah kalau tak datang menyinggah di kaunter terlebih dahulu sebelum masuk ke pejabatnya di Tingkat 2. Oleh tu jangan rasa rendah diri bila kamu jadi receptionist ya, kawan-kawan!
Itu pesan bekas VP terdahulu, Tunku Hardie yang dijadikan sumber kekuatan untuk datang kerja setiap hari. Pengganti sekarang pula si angkuh terlampau. Haram nak tegur sapa bila lalu depan kaunter. Pandang sebelah mata pun tak nak!
Tengok tu, khayal lagi! Soalan saya bila nak jawab Tun Tunku Harith mengulangi pertanyaan tadi.
Kali ini dahinya dikerutkan sehinggakan kening tebal itu juga turut mengikut berkerut. Segarang mana pun wajah yang terpacar tak sedikit pun mengugat perasaannya. Bukan sehari dua dia kenal dengan Tun Tunku Harith. Walaupun menyandang status kerabat namun jauh di sudut hati masih berjiwa pesakit. Tak membezakan darjat dan keturunan. Semua staff bawahannya dilayan sama rata termasuk cleaner dan tea lady.
Good morning, Mr. President. Youre look gorgeous, tegur Prof. Noah dari RD seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tun Tunku Harith.
Kemudian berlalu pergi dengan tergesa-gesa kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri di pagi ini. Tergendala lagi Adura untuk menjawab soalan Tun Tunku Harith. Selepas Prof. Noah beredar, Tun Tunku Harith menoleh ke arah Adura semula.
Gadis bertudung ala Hana Tajima tadi ke, Tuan Harith Dia ada external interview dengan Tuan Raff pagi tadi. Tapi, sebab ada kes kecemasan dia terlewat sikit ke temuduga.
Tun Tunku Harith mengangguk faham. Dia juga seperti Adura. Memerhatikan gelagat gadis itu berhempas pulas di tengah lobi seorang diri. Dia yang ketika itu baru turun dari kereta Mercedes Benz terhenti langkah di pintu cermin automatik. Di sebalik pintu tadi, dia berdiri memerhatikan dari jauh tindak tanduk gadis tadi sehingga lelaki itu dibawa masuk ke dalam TED. Setahunya, gadis itu bukanlah dari kalangan doktor-doktor di hospital jika diperhatikan dari segi pemakaian yang langsung tak mencirikan seorang doktor di THSC.
Isu kekurangan doktor sudah diusulkan awal tahun lepas semasa di mesyuarat MC. Rata-rata mereka mengatakan yang Tunku Raffzul punca kebanyakan doktor di hospital ini beralih arah menyertai pasukan di hospital lain. Entah apa sebenarnya yang merasuk pemikiran anak saudaranya itu sampaikan ada saja doktor yang melayangkan surat perletakan jawatan di meja HRMD. Masa Tunku Hardie memegang jawatan VP keadaan taklah seteruk ini.
Bagus diakan, Tuan. Sanggup menolong orang yang tak dikenali, Adura memuji sikap keberanian gadis itu menyelamatkan lelaki tadi.
Kira dalam dunia yang ini masih ada orang yang prihatin meskipun hanya beberapa kerat. Paling asas pun kena tahu tentang CPR. Siapa jangka drama sebabak seperti tadi berlaku di luar jangkaan.
Saiful panggil Tun Tunku Harith pada pembantu peribadinya.
Saiful mendekatkan telinganya ke bibir Tun Tunku Harith dan sesekali mengangguk faham dengan arahan yang diberikan.
Baiklah, Tuan.
By the way Dura, you look gorgoues with your kebaya, puji Tun Tunku Harith sebelum melangkah pergi menuju ke lif aras genap yang terus membawanya ke tingkat 2 diekori Saiful dari belakang.
Sementara menunggu lif, sempat Saiful mengenyit sebelah matanya ke arah Adura membuatkan gadis itu tersipu-sipu malu.