Enggan terus berteka teki, Faliq terus menuju ke lobi Emerald Group. Di papan direktori, dia tercari aras yang menempatkan pejabat Nadhirah. Dari situ, dia meneruskan langkah menuju ke tingkat 5 Wisma Emerald Group. Ada yang perlu dia selesaikan.
We need to talk. Faliq menyerbu masuk ke dalam bilik baharu Nadhirah tanpa sebarang amaran.
Wajah Nadhirah yang kelihatan terkejut, ditatapnya lama. Gadis itu pantas membalas renungannya. Senyumlah Nadhirah, senyumlah supaya semua tanggapannya tadi adalah salah. Bisik hati Faliq. Namun, gadis itu sekadar mempamerkan wajah selamba.
I try to stop him, but
Its okay, leave us alone. Nadhirah memberi arahan kepada setiausahanya yang kelihatan cemas dengan perlakuan spontan Faliq yang meluru masuk sebentar tadi.
Are you sure Setiausaha Nadhirah kelihatan ragu-ragu mahu meninggalkan mereka berdua.
Nadhirah mengangguk pantas.
Miss... Pengawal yang turut mengekori setiausahanya turut beriak risau.
No worries, Ill be okay. Nadhirah kemudiannya menghantar isyarat tangan menyuruh setiausaha serta pengawal tersebut beredar. Dia dan Faliq memerlukan masa bersendirian.
Sunyi. Sepi. Perlahan Faliq menghelakan nafasnya perlahan untuk meredakan gelodak jiwanya. Akalnya sedang memilih kata-kata yang sesuai. Dia bimbang akan menghamburkan kata-kata yang bakal menyakitkan hati Nadhirah dan membuatkan dirinya menyesal.
Awak kata ada benda nak cakap tadi. Kenapa diam Nadhirah membuka mulut apabila Faliq hanya memandangnya dingin. Dia hairan melihat kehadiran Faliq yang tiba-tiba dengan wajah tegang.
Nadhirah, for a thousand times I keep saying that I love you and I tried to convinced myself that it is not you who Ive seen just now.
Melihat kelibat Nadhirah dan mendengar semua yang terjadi di dalam mesyuarat sebentar tadi, menyebabkan Faliq tak tentu arah. Kejutan yang dihadiahkan Nadhirah buat adik-beradiknya berjaya membuatkan Faliq terkejut sama. Apatah lagi apabila dia melihat sendiri bagaimana Nadhirah bertindak membiarkan sahaja tanpa membantu Puan Sri Munirah yang diserang strok.
Sebab itu ke awak tak terima saya
Apa maksud awak Saya tak faham apa yang awak cakapkan. Nadhirah menggigit bibir bawahnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Faliq.
Sebab saya tak cukup kaya. Sebab saya tak semegah mana. Sebab saya tak mampu nak berikan kehidupan mewah untuk awak. Sebab itu ke saya tak layak Sebab tu ke awak tak sudi nak jadi teman wanita saya. Awak terlalu sibuk kejar kedudukan dalam Emerald Group, kejar harta. Sebab itu ke
Apa awak cakap ni Kenapa tiba-tiba serang saya macam ni
Tak payah nak berlagak suci. Saya dengar semuanya tadi. Saya tengok semua yang awak buat di bilik mesyuarat tadi. Itu ke awak yang sebenarnya
Kenapa awak boleh ada di situ Awak buat apa di situ Nadhirah sedaya upaya cuba untuk bertenang. Dia benar-benar tidak menyangka yang Faliq mendengar semuanya.
Saya wakil Tazza Associates hari ini. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya, siapa awak yang sebenarnya. Faliq tergelak kecil tanpa sedar.
I didnt know you are there. Nadhirah terpempam. Dia langsung tidak menjangkakan yang Faliq akan berada di situ.
Kalau saya tak ada, awak nak buat apa Awak nak sembunyikan apa daripada saya Suara Faliq tertahan-tahan. Dia benar-benar marah.
Saya mengaku memang ada banyak benda yang saya ingin sembunyikan terutamanya daripada awak. Saya... Nadhirah tidak dapat meneruskan katakatanya. Lidahnya terasa kelu saat dia memandang wajah Faliq.
Maknanya kalau saya tak ada dekat bilik mesyuarat tu tadi, awak bolehlah memperbodohbodohkan saya Awak ingat saya ni apa
Bukan itu maksud saya... Nadhirah terpana mendengar kata-kata Faliq. Inilah kali pertama Nadhirah merasa begitu kecil di depan Faliq.
Habis tu Saya tak sangka awak boleh jadi perempuan yang sejahat ini. Saya tahu awak anak Tan Sri Malik. Saya tahu awak bukan calang-calang orang, tapi saya tak pernah bayangkan yang awak boleh bertindak macam ni.
Awak tak nak dengar ke apa yang saya nak cakap Bagi saya peluang untuk jelaskan semua, boleh tak
Dah cukup dengan apa yang saya tengok dan dengar. Semua dah terpampang depan mata. Awak pandai berlakon sebenarnya, kan Nadhirah Saya tak sangka awak tipu saya selama ni! Faliq tersenyum menyindir.
Nadhirah senyap. Dia biarkan sahaja Faliq meneruskan kata-katanya.
Berlakon baik, berlagak naf. Saya takkan memperbodohkan diri sendiri lagi. Faliq membuat kesimpulannya sendiri. Pada dia, kelakuan Nadhirah cukup untuk menjelaskan semua. Sisi hitam Nadhirah tidak dapat diterimanya.
Saya tak pernah berlakon. Awak tak dengar pun apa yang saya nak katakan. Kalau macam ni, saya rasa lebih baik awak keluar dari sini. Tak ada apa yang boleh dibincangkan sekarang. Lain kalilah kita bercakap lagi.
Takkan ada lain kali, Nadhirah! Cukuplah saya tertipu dengan lakonan awak. Saya dah tak nak dengar. Saya dah tak berminat lagi. Awak tahu tak perangai sebenar awak ni dah macam Kata-kata Faliq tidak disambung. Dia hampir terlepas cakap.
Macam apa Nadhirah memotong.
Matanya memandang tepat wajah Faliq yang sedang berdiri di hadapannya. Dia naik angin apabila dituduh melulu oleh Faliq.
Saya tanya sekarang ni, perangai saya macam apa Nadhirah yang hanya menerima setiap tuduhan Faliq sudah tidak dapat bersabar.
Sudahlah! Tak guna kita nak cakap banyak.
Fine! Memandangkan awak dah anggap saya pelakon, penipu, perampas harta orang... saya nak bagitahu semua yang saya buat hari ini adalah untuk menuntut semula semua hak saya. Selama ni dia orang bolot semuanya. Salah ke!
Akhirnya awak mengaku juga, ya Semudah tu manusia berubah hanya kerana harta, kan Faliq menahan marah apabila mendengar jawapan Nadhirah yang sedang mengakui semua.
Ya, memang saya macam tu. Kenapa tak boleh Selepas apa yang saya lalui dulu dan dengan apa yang saya rasa sekarang, kalau saya nak bunuh orang pun saya boleh buat. Inilah saya. Saya bukan perempuan yang awak kenal dulu.
Awak dah melampau Nadhirah. Awak buat kesalahan besar sekarang. Awak tahu tak Nadhirah Hentikan semua kegilaan awak ni sekarang.
This is me, Faliq. The real me! Awak dah tengok semua, kan Saya takkan berdalih lagi. Nadhirah menyandarkan diri dikerusi empuk milik Pengerusi Emerald Groups.
Kemarahannya menyebabkan dia mengakui semua tuduhan Faliq. Untuk apa membela diri pada insan yang memang sudah sedia tidak mahu mendengar. BUANG MASA!!!
Apa salah saya Saya tak rampas harta mereka, itu memang hak saya. Mereka dapat semua tu secara percuma hanya kerana mereka anak Tan Sri Malik yang sah. Saya pula terpaksa membayar setiap sen untuk benda yang sepatutnya jadi milik saya juga. Jadi, tak salah kalau saya ambil semula apa yang sepatutnya jadi hak saya, kan
Nadhirah, awak sedar tak apa yang awak cakap sekarang ni
Saya cukup sedar, Faliq. Saya tak musnahkan hidup dia orang. Tapi, dia orang yang musnahkan setiap peluang yang dia orang ada! Saya tak perbodohkan dia orang. Tapi, apa yang boleh saya buat kalau dah memang dia orang dilahirkan bodoh!
Nadhirah! Tengking Faliq. Rasanya dia tidak sanggup lagi berdepan dengan Nadhirah yang berada di hadapannya ini.
Saya tak menyesal langsung dengan apa yang saya dah buat. Saya sendiri tak tahu sejauh mana lagi saya boleh buat jahat, jadi awak tak perlu tunggu saya. Saya tak layak. Label pelakon, penipu dan perampas yang diberikan oleh Faliq benar-benar membuatkan Nadhirah berang.
Apa yang saya tahu sekarang, saya nak awak hentikan semua ni. Tak berbaloi rosakkan hidup orang lain hanya kerana sikap awak yang tamak. Kata-kata Faliq terus memburukkan keadaan. Faliq seolah-olah sudah percaya dengan apa yang diluahkan Nadhirah bulat-bulat.
Macam mana kalau saya yang sebenarnya dah rosak Nadhirah menyoal Faliq yang sedang memandangnya secara tiba-tiba.
Apa Faliq memandang Nadhirah tidak berkelip. Soalan yang dilontarkan Nadhirah menyebabkan dia sendiri hilang punca. Sungguh dia tidak menyangka yang dia bakal melihat satu sisi asing seorang Nadhirah.
Nadhirah yang sedang berdiri dan berkata-kata di depannya kini langsung dia tidak kenali. Terlalu angkuh dan tamak di mata Faliq.
Saya tanya awak, macam mana kalau bukan mereka, tapi saya sebenarnya yang dah rosak. Saya cuma nak beritahu awak satu benda. Saya sebenarnya dah lama rosak. Hidup saya hancur, impian saya lebur, masa silam saya kotor, jijik dan jiwa saya dah tak boleh nak diubati lagi.
Faliq menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar butir bicara Nadhirah.
Saya sangka yang saya boleh jadi normal macam orang lain, saya sangka saya boleh bina hidup yang lebih baik dengan kuatkan diri, tapi tak ada sesiapa pun yang cuba baiki saya. Tak ada. Semua orang pentingkan diri sendiri, jadi awak tak perlu nak pelik sangat bila saya memilih untuk turut sama pentingkan diri. Geleng Nadhirah.
Saya kecewa. Sikap awak benar-benar menghampakan saya!
Saya dah pergi sejauh ni. Saya tak mungkin boleh berpatah balik. Saya tak peduli dengan apa yang awak nak kata sekarang Faliq. Right now, the only person that I care most is myself. Nadhirah sudah tidak kuasa lagi mahu membetulkan tanggapan Faliq terhadapnya.
Dia penat untuk menjelaskan setiap satu pada semua orang yang sedang memandang serong padanya. Biarlah. Sejak dulu lagi dia sudah dipandang serong, tak luak pun kalau Faliq yang menjadi salah seorang daripada mereka-mereka yang memandang hina padanya. Walaupun sebenarnya rasa itu amat menyakitkan jiwa Nadhirah.
Jadi, macam mana dengan saya Macam mana dengan kita Soal Faliq tiba-tiba. Macam mana kita nak teruskan hubungan ini kalau awak dah terlalu jauh berubah Hati Faliq penuh dengan tanda tanya. Nadhirah bukan seperti yang dia pernah kenali dahulu.
Dah terlalu lama saya abaikan diri sendiri. Baru sekarang saya ada peluang. Baru sekarang saya ada ruang yang cukup untuk puaskan hati saya. Ujar Nadhirah tanpa sedikit pun sesalan.
Kali ni, semua orang kena pedulikan saya. Saya tak main-main. Dah tak ada ruang lagi untuk saya berpatah balik. Tambahnya lagi. Nadhirah tekad dengan apa yang dilakukannya.
Faliq mendengar setiap satu perkataan yang diluahkan Nadhirah dengan jelas.
Terus terang saya cakap dengan awak, saya puas hati atas apa yang terjadi pada Puan Sri Munirah. Lepas ni, saya nak Aidid sujud pula di kaki saya, saya nak Adelia sembah saya. Saya nak mereka merangkak depan saya kalau mereka nak dapatkan balik hak mereka. Nadhirah tekad dengan setiap tindakannya.
Di kala dendam mengaburi mata, Nadhirah sudah enggan peduli lagi dengan sesiapa termasuklah Faliq. Setiap kali jiwanya membantah dengan tindakannya yang keterlaluan, suara Tan Sri Malik yang mengakui perbuatannya pada Natrah seakan kembali berbisik di telinga. Kerana itulah dia tidak boleh berpatah balik, kerana itulah Nadhirah masih dicengkam dendam lama.
Saya tak sangka, Nadhirah! Dari awal kita bercakap tadi, awak cuma pentingkan dendam dan harta. Saya tak sangka hanya kerana harta, awak gelap mata. Faliq nyata kesal.
Perubahan Nadhirah menyebabkan dia kecewa kerana dia sudah tersalah pilih. Mungkin dia yang buta menilai manusia atau mungkin dia terlalu tergesa-gesa meluahkan rasa cintanya.
Inilah saya, saya tak nak berdepan dengan awak sebagai orang lain. Memang betul saya gelap mata sekarang, cari orang lain Faliq. Saya tak layak. Saya tak mungkin berpatah balik. Dah terlewat pun untuk
saya berpatah balik.
Dah! Cukuplah apa yang saya dah dengar. Rasanya setakat ini sahaja hubungan kita. Saya gembira sebab kita cuma baru sahaja bermula. At least, perpisahan kita taklah menyakitkan sangat. Faliq akhirnya membuat keputusan.
Walaupun dia masih mampu untuk mengatakan yang perpisahan ini tak mungkin mencacatkan ruang hatinya, namun dalam diam dia sudah merasa sakitnya kehilangan. Biarpun Nadhirah masih berdiri di depan matanya, namun hati Faliq sudah basah ditimpa hujan air mata.
Awak betul-betul fikir yang saya memang perempuan macam tu Lirih suara Nadhirah.
I think so. Tak ada guna lagi membela awak. Perempuan yang penuh duri dan dendam macam
awak, tak mungkin saya boleh baiki lagi.
Awak langsung tak nak dengar pun sebarang penjelasan dari saya Nadhirah masih cuba untuk meminta sedikit ruang dan peluang.
Dah terlambat. Saya dah tak berminat untuk mendengarnya. Faliq menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu terus diperbodohkan Nadhirah.
Kalau dah memang tak ada ruang lagi untuk saya, rasanya inilah yang terbaik untuk kita. Tak guna pertahankan benda yang kita dah tahu takkan berjaya. Nadhirah menarik nafas dalam-dalam.
Sejak dari awal tadi dia berfikir bagaimana dia mahu berdepan dengan Faliq dan akhirnya Faliq memudahkan semuanya. Keputusan Faliq untuk berpisah merungkai segala kekusutan Nadhirah. Dalam diam hatinya hancur sekali lagi. Tatkala dia berjuang untuk menjaga hati sendiri dia kehilangan satu hati yang benar-benar disayanginya. Hati Faliq dah tiada lagi untuknya.
Faliq juga sebenarnya begitu. Nadhirah masih berada di depan mata, namun dia kini merindui Nadhirahnya yang dulu. Nadhirah yang pendiam namun jujur dan tulus tindakannya kerana seorang Nadhirah yang sedang berdiri di depannya kini sukar untuk difahami, kejam dalam tindakannya dan terlalu ego dengan dendamnya.
Semua orang tinggalkan saya sejak dari kecil. Setakat awak, it takes no time for me to forget. Just go. Nadhirah turut meletakkan noktah. Faliq pula jelas tersentak.
Perkataan yang keluar dari mulut Nadhirah kedengaran begitu menyakitkan di telinga Faliq. Dia bakal menjadi salah seorang daripada merekamereka yang meninggalkan Nadhirah. Jujur hatinya membantah namun nasi sudah pun menjadi bubur. Faliq tidak dapat lagi menarik semula kata-katanya.
Macam mana saya nak hentikan awak Nadhirah
Dah terlambat. Saya takkan berhenti. Baliklah Faliq. Kita kembali ke tempat asal masing-masing. Anggap sahaja kita tak pernah kenal dan berjumpa.
Hati yang terluka menutup semua rasa cinta yang ada. Dendamnya pun belum lagi terbalas semuanya dan dia tiada langsung niat untuk memadamkannya. Biarlah Faliq pergi mencari yang lain, yang lebih sesuai, yang lebih layak. Nadhirah kuatkan diri agar tidak terjatuh, lututnya menggigil. Dia juga cintakan Faliq, tapi dendamnya sudah terlalu dalam. Biarlah mereka membawa haluan masing-masing sekarang.
Dah lama saya jadi peguam. Banyak orang yang saya jumpa. Banyak penipu, penjenayah, kaki belit, kaki putar alam. Semua saya jumpa dan sekali imbas pun saya dah boleh tahu sama ada mereka berbohong, mereka cerita atau berpura-pura. Tapi, dengan awak semuanya lain. Tak ada sekali pun saya curigai awak. Awak terlalu polos dan naf di mata saya sampailah saya dengar dan lihat sendiri sisi hitam awak di dalam bilik mesyuarat tadi. Saya salah menilai awak atau awak yang bijak memperbodohkan saya selama ini Soal Faliq perlahan. Dia kecewa sekali dengan apa yang terjadi.
Awak tahu yang saya takkan jawab soalan awak lagi, kan Its over. Saya tak mahu bersoal jawab lagi. Nadhirah sekadar menggelengkan kepalanya perlahan.
Saya belikan makanan untuk awak tadi. Makanlah. Ini kali terakhir saya jaga awak. No more next time for us. Take care, Nad. Ucap Faliq.
Bungkusan makanan yang dibelinya untuk
Nadhirah diletakkan di atas meja sebelum dia berlalu pergi. Dia kecewa mengenangkan setiap yang terjadi pada mereka berdua hari ini.
Dont go, Faliq... Rayu Nadhirah tanpa suara.
Air matanya mengalir laju. Kelibat Faliq yang sudah menghilang meruntuhkan tembok yang menampung air matanya sebentar tadi. Di bilik ini dia menangis sepuas hati.
Inilah kali pertama Faliq meninggikan suara padanya, inilah kali pertama mereka bertegang urat, inilah kali pertama Nadhirah merasa begitu kecil di hadapan Faliq dan ini juga kali terakhir mereka berjumpa, inilah kali terakhir mereka berbicara dan inilah juga kali terakhir mereka bertemu muka.