Pagi tadi, semasa melintasi kawasan Rawang, kawan aku yang duduk di sebelah membuka zip begnya. Dikeluarkan sebekal makanan. Aku yang sedang memandu sempat menjeling ke arah bekas makanan hijau - berisi sandwich. Lebih tepat lagi, sekeping sandwich.
Melihat sandwich, timbul pula rasa teringin.Tapi aku pura-pura pandang ke arah jalan dengan serius. Kawan aku tiba-tiba bersuara,
Kalau aku makan sandwich ni, dia akan jadi bekal aku pada hari ni.
Tapi,
Kalau aku bagi kau sandwich ni, dia akan jadi bekal aku di Akhirat nanti!
Nah ambil.
Tanpa banyak soal, aku ambil sandwich - suap ke mulut. Dan terus memandu ke Kuala Lumpur sambil menitiskan airmata.