Kehidupan ini memang tidak pernah kita duga apa apa isi ceritanya.
Kesetiaan itu selalu mengingatkan aku pada kisah Mahabrata. Dalam Hikayat Seri Rama yang mana anak si Rawana iaitu Indrajit yang akhirnya mati di tangan Hanuman atas sebab kesetiaan pada bapanya walau dia tahu bapanya itu lambang kejahatan sejagat. Begitu juga HangTuah yang begitu setia pada rajanya atas laktor kesetiaan.
Begitu juga jika kejahatan itu perlu untuk melengkap apa yang kita namakan takdir. Kita wajib mempercayai takdir sebab itu termaktub dalam rukun iman. Qada dan qadar, usaha dan tawakal itu kehendak akal atas faktor warasnya kita sebagai manusia. Dalam Sijil Pelajaran Malaysia kita kena jawab dengan penuh usaha dan bertawakal lalu berserah. Adakah kita mempercayai takdir akan menggalakkan kita berputus asa Bukankah perjalanan ini telah ditentukan sebagaimana adanya dia dan alam ini
Sebenarnya, kawan aku menceritakan kepada aku tentang bapanya yang gagal berfungsi dan berperanan sebagai bapa yang bertanggungjawab terhadap anaknya. Bapanya seorang yang menjengkelkan dan tidak menghargai kehidupan ini. Itu merunsingkan fikirannya dan tentunya dia bertanya apa pandangan aku.
Begini pendapatku; walau siapa pun dia, dia tetap bapamu. Tanggungjawab kamu menghormati dia sebagai bapa. Berdoalah untuk kesejahteraannya.
Semoga dibukakan pintu iman untuk dia lebih memahami apa iru kasih sayang, apa itu sayang dan apa itu kehidupan. Sebab dia pun dijadikan Tuhan. Kita ini satu roh dan satu jasad.
Aku tidak boleh penat dengan kehidupan ini. Kalau aku putus asa, aku bukan di kalangan manusia yang berani dalam menangani. Bahkan semua orang harus begitu. Setiap kita mempunyai peranan dalam kehidupan ini. Ada yang jadi akauntan, ada yang jadi guru, ada yang jadi doktor dan ada juga yang jadi praniugari. Kita tidak boleh lupa bahawa ada juga yang akhirnya menjadi pelcur, pengemis, pencuri. Oleh itu, kita mempunyai penguasa untuk menjaga keamanan. Kalau tidak ada orang jahat, apa peranan penguasa dalam kehidupan bermasyarakat
Aku niasih ingat satu waktu dulu motor aku rosak teruk dan aku membawanya ke bengkel. Aku pelik bagaimana pomen boleh membetulkan motor aku Aku tabik pomen cina itu. Itulah seperti yang aku cakap tiap kita mempunyai peranan dan watak dalam kehidupan ini. Kita saling perlu memerlukan sebenarnya. Seperti aku, main muzik. Mungkin orang menghormati juga.
Bagi aku, perkara itu tidak membawa apa-apa erti kerana watak itu aku dalam kehidupan ini. Seperti Dome, beliau seorang jurugambar hebat dan pandai pula bermadah seloka. Jangan hairan sebab itulah watak dia dalam kehidupan ini. Siapa lagi Jangan belajar utnuk menjadi hairan tentang kehidupan ini sebab itu semua watak yang dipinjamkan sahaja untuk kita agar kita lebih bersyukur dan menerima seadanya hidup yang kita miliki ini. Bukankah begitu
Emm...cantik sungguh pemandangan itu - ada hijau, ada biru, ada putih, ada kuning. Menawan bikin hati tertawan.