Bila Einstein habis saja belajar, beliau telah memohon untuk jadi pembantu fizik kepada seorang professornya iaitu Heinrich Weber. Namun antara 4 orang pelajar yang pergi temuduga pada bulan Ogos 1900M, 3 orang daripadanya telah dilantik menjadi pembantu penyelidik kepada professor tertentu, sementara Einstein selaku orang keempat langsung tak dapat tawaran apa-apa. Sebaliknya Weber telah melantik orang lain dan bukannya Einstein untuk jadi pembantu dia.
Tapi, Einstein tak putus asa.
Sebulan lepas temuduga tersebut, beliau memohon untuk menjadi pembantu penyelidik matematik di Politechnikum, tapi ditolak juga. Selain itu, Einstein juga ada memohon kerja dari Wilhelm Ostwald dari Leipzig, Jerman dan juga Heike Kamerlingh
Onnes dari Leiden, Belanda. Selain Einstein, bahkan bapa beliau sendiri pun ada menghantar surat pada Ostwald merayu supaya anaknya diterima bekerja.
Tapi kedua-duanya iaitu Onnes & Ostwald langsung tak membalas permohonan Einstein.
Jadi janganlah kita mudah merungut bila habis belajar tak dapat kerja. Masalah ini dah berlaku sejak tahun 1900M lagi. Bahkan manusia sepintar Einstein pun terpaksa merayu-rayu nak dapatkan kerja pada zamannya.
Bila Einstein tak dilantik sebagai penyelidik universiti, akhirnya beliau jadi guru sekejap di sebuah sekolah di Winterhur, Switzerland pada Mei 1901M.
Kemudian beliau berpindah pula ke sekolah lain dekat Schaffhausen, Switzerland. Dan akhir sekali beliau telah bekerja disebuah pejabat hak cipta (patent office) di Bern, Switzerland. Gaji yang diterimanya pula memang tak banyak, sekadar cukup-cukup untuk keperluan bulanannya.
Di pejabat tersebut, Einstein telah bekerja sekali dengan Michele Angelo Besso iaitu rakan beliau ketika di Zurich Politechnikum dulu.
Walaupun daripada kursus yang berbeza (Eistein dari jurusan fizik, Angelo jurusan kejuruteraan), Angelo selalu menjadi telinga kepada Einstein bila dia ada idea-idea fizik yang nak dikongsikan dan tak dinafikan beliau banyak memudahkan perjalanan Einstein untuk menghasilkan teori relativitinya. Einstein pernah cakap, I coud not have found a better sounding board in the whole of Europe.
Teori relativiti adalah sebuah teori dalam fizik moden selain dari mekanik kuantum. Mekanik kuantum telah dicipta pada tahun 1900M. Manakala relativiti telah dihasilkan pada tahun 1905M. Dalam mekanik kuantum, ahli fizik berbincang pasal tabii zarah-zarah yang unik dan ia tak didirikan oleh seorang individu saja sebaliknya melibatkan ramai ahli-ahli fizik seluruh dunia.
Dalam teori relativiti, Einstein menjelaskan sifat objek yang bergerak dengan kepantasan cahaya dan ia telah diasaskan oleh Albert Einstein seorang saja.
Teori relativiti dihasilkan secara dua peringkat. Peringkat pertama pada tahun 1905M dan peringkat kedua pada tahun 1915M. Pada peringkat pertama, teori relativiti dipanggil juga teori relativiti khas (special theory of relativity) dan peringkat kedua dipanggil teori relativiti umum (general theory of relativity). Kedua-dua teori ini telah memberi kesan yang besar bukan saja kepada dunia sains malah kepada sejarah dunia secara keseluruhannya.
Tak keterlaluan kalau kami cakap teknologi hari ini bergerak sebab adanya teori relativiti Einstein. Sistem GPS, satelit-satelit komunikasi dan banyak alat teknologi hari ini telah berjaya dibangunkan melalui teori relativiti tadi. Bahkan tanpa teori relativiti perang dunia pasti akan berlanjutan lebih lama daripada sepatutnya!
Bagi orang awam, beberapa perkara asas pasal konsep ruang, masa, cahaya perlulah dijelaskan terlebih dulu sebelum mereka dapat memahami apa itu teori relativiti.