Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 45
BAB 45

SEMINGGU berlalu. Bermakna seminggu juga kedai bunga Felisha terpaksa ditutup. Felisha pandang kalendar di atas meja. Baru tadi selesai kenduri di rumah Fariz. Kenduri menyambut menantu yang diadakan agak sederhana. Ramai juga tetamu yang datang termasuk anak-anak yatim. Fariz mengotakan janjinya nak meraikan anak yatim.

Hmm..dah tiga hari aku kat sini. Felisha pandang sekitar bilik Fariz. Wangi dengan bau bunga ros dan dihiasi indah dengan bunga tulip. Memang patutlah dipanggil encik Tulipo! Felisha gelak kecil.

Awak gelak apa

Felisha menoleh. Fariz sudah menapak masuk ke bilik.

Awak ni memang sukakan bunga tulip ke Felisha pandang Fariz yang sudah berubah rona wajahnya. Malu la tu!

Fariz tidak menjawab. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Laci ditarik perlahan. Dia capai sesuatu dari dalam laci.

Nah!

Apa ni Felisha capai kotak kayu yang dihulur Fariz.

Bukalah dulu! Nanti kalau saya beritahu tak surprise la namanya. Fariz senyum.

Perlahan Felisha buka kotak kayu. Tiga kuntum bunga tulip yang diperbuat daripada kristal, sungguh cantik dan unik. Ada ukiran FF di kelopak bunga.

FF Felisha belek lagi kelopak bunga tulip.

Ya! FF tu..nama awak dan saya. Felisha Fariz! Jelas Fariz dengan muka manis.

Felisha angguk-angguk.

Hadiah dari saya untuk awak. Bunga tu dah lama saya beli. Masa di Holland dulu. Fariz pandang wajah Felisha yang sudah teruja. Berseri-seri.

Terima kasih. Ingat juga awak kat saya ya. Felisha melemparkan senyuman manis.

Fariz senyum lebar. Senyuman Felisha sudah menusuk ke lubuk jantungnya. Aduh..macam mana aku boleh jatuh cinta kat dia ni Memang sejak pertama kali bertemu lagi, hatinya sudah berdebar. Saja dia tidak tunjuk pada gadis itu. Saja dia buat garang dan buat dek. Kalau boleh nak lompat sampai ke petala langit ke lapan!!

Terima kasih kerana sudi solat berjemaah dengan saya tadi. Fariz senyum penuh makna.

Kan berjemaah tu lebih afdhal. Felisha jeling Fariz. Sengih-sengih..entah-entah dah tak sabar nak aku serah diri. Matanya beralih pula pada bunga tulip kristal yang ada tiga warna, merah, kuning dan ungu.

Dah malam ni. Tidurlah. Esok awak nak ke kedai kan Fariz menapak perlahan ke katil.

Ya..esok kedai bunga kena buka. Dah seminggu tutup. Felisha letak semula bunga tulip di dalam kotak. Berhati-hati. Dia turut menapak ke katil.

Fariz pandang Felisha tak berkelip. Jantungnya berdegup kencang setiap kali menatap wajah bersih Felisha.

Felisha tunduk. Renungan mata Fariz dah rasa nak tembus matanya. Kenapa hati aku rasa berdebar semacam je ni Felisha mendongak. Fariz sudah baring di sebelahnya. Dah tidur la tu.

USAI solat subuh dan menyediakan sarapan, Felisha bergegas ke kedai bunga. Dia menolak dengan baik pelawaan Fariz untuk menghantarnya tadi. Laluan mereka berlainan arah. Tiba di kedai, Felisha mula mengemas dan menyusun pasu bunga yang sudah ditinggalkan seminggu. Bunga pula kebanyakannya digunakan masa majlis nikahnya dulu. Tak adalah membazir sangat. Stok baru mula dipesan dari Cameron Highlands.

Kak Sha! Wah! Makin berseri nampak! Ainul muncul di muka pintu.

Ainul! Akak rindunya pada Ainul! Pantas Felisha peluk Ainul.

Ya ke Kan akak dah ada pembantu baru Ainul jenguk Azila yang sedang menyusun bunga di rak.

Memanglah! Sukanya akak Ainul dah kerja semula. Baby sihat Felisha sudah teruja.

Sihat kak. Akak bila nak ada baby Usik Ainul.

Felisha menelan liur. Nama je tidur sekatil tapi mimpi berlainan.

Kalau ada rezeki..insyaAllah. Felisha senyum kelat.

Kak Sha! Ada orang nak jumpa! Laung Azila.

Felisha jenguk ke muka pintu. Badrul

Ish..nak apa lagi mamat miang ni.. Felisha pandang Badrul seketika.

Badrul menapak perlahan ke tempat Felisha berdiri. Dia pandang jemari Felisha yang disaluti inai merah. Dah nikah ke

Errawak dah nikah ke

Ya. Kenapa Felisha berkerut kening. Riak Badrul seperti orang yang tidak puas hati. Dia jarakkan diri dari Badrul. Buatnya Badrul bertindak macam dulu tu.

Oh..tak ada apa. Bagi saya bunga ros kuning tiga kuntum. Badrul mengesat peluh di dahi.

Felisha menapak kembali ke rak bunga. Dia mengarahkan Azila membungkus tiga kuntum bunga ros kuning.

Nah! Felisha hulur kepada Badrul yang masih berdiri di muka pintu.

Berapa ni

Tujuh ringgit setengah. Jawabnya bersahaja. Rezeki di awal pagi.

Duit bertukar tangan. Felisha kembalikan duit baki bila duit not sepuluh ringgit dihulurkan kepadanya tadi.

Saya pergi dulu.. Badrul minta diri.

Felisha hanya angguk. Lega. Badrul sudah beredar dari situ. Dia kembali ke rak bunga, menolong Ainul dan Azila menyusun dan mengemas. Banyak habuk perlu dibersihkan.

Kak Sha, minggu lepas ada pesanan. Saya terlupa nak beritahu. Dia kata, hantar minggu ni. Ni alamatnya. Azila menghulurkan sekeping kertas kepada Felisha.

Hmm..kita ada stok lagi ke bunga iris dan lavender ni Felisha jenguk ke rak bunga. Tadi dia perasan hanya ada bunga daisi, dahlia dan ros yang masih banyak. Bunga tulip pula hanya tinggal dua pasu saja lagi. Bunga lain masih banyak lagi.

Ada lagi kak. Cukup untuk satu jambak setiap jenis bunga tu. Azila turut jenguk ke arah rak bunga.

Hmmberapa jambak dia nak Ainul pula mencelah.

Kalau ikut apa yang ditulis atas kertas ni, sejambak iris, sejambak lavender dan sejambak daisi. Felisha baca apa yang tertulis di situ.

Kalau macam tu cukup kak! Laung Azila dari tempat bunga yang dimasudkan Felisha tadi.

Kalau macam tu, Zila bungkus ya. Nanti akak hantar! Felisha jeling jam di pergelangan tangan. Menghampiri sepuluh pagi.

Felisha bergegas ke tempat letak kereta. Bunga yang telah siap dibungkus tadi diletakkan di bahagian sebelah penumpang. Sebelum bertolak tadi, sempat dia berpesan pada Ainul dan Azila.

Janganlah jumpa tempat yang pelik-pelik lagi. Dah serik aku. Felisha mula memandu mencari alamat yang tertulis di atas kertas. Kalau mengikut alamat itu, ia sebuah rumah dan bukan bangunan kedai.

Senang la sikit kalau rumah ni. Felisha senyum. Teringat bunga tulip kristal yang dihadiahkan Fariz padanya malam tadi. Memang cantik.

Hmm..pelik aku. Sejak nikah ni, sikap Fariz dah berubah 360 darjah. Cakap pun dah berubah tona. Lembut, senyumdia dah jatuh cinta kat aku ke Felisha masih berfikir tingkah Fariz.

Sesekali dia lihat cermin pandang belakang. Ada sebuah kereta mengekorinya.

Eh, tu macam kereta kelabu yang ikut aku dulu tu. Ya Allah.. Felisha sudah pucat. Dia pandang sekeliling. Hanya ada jalan kecil yang sunyi.

Kakinya menekan pedal minyak dengan kuat. Memecut laju menuju ke arah alamat rumah tadi.

Kriiiikkkkkk!!

Kereta Felisha terbabas ke bahu jalan. Kereta kelabu tadi sudah memotong keretanya dengan tidak semena-mena. Felisha pucat. Membuntang melihat kereta kelabu tadi sudah berada di depan keretanya. Dia segera kunci kereta.

Baik aku undur! Cepat-cepat Felisha menukar gear dan undur sebelum menekan pedal minyak semakin kuat dan memecut laju meninggalkan kawasan tadi.

Ya Allah! Manalah alamat rumah ni. Felisha melilau mencari alamat. Balai polis pun tak ada di kawasan perumahan itu. Kawasan masih sunyi.

Dia pandang lagi cermin pandang belakang. Kereta kelabu tadi sudah tiada. Matanya menala pula ke arah kawasan rumah. Agak baru.

Aduh! Kawasan perumahan baru la pulak. Felisha sudah gelisah. Bermakna tak ramai lagi penduduk tinggal di situ. Dia segera mencari alamat seperti yang ditulis Azila.

Yang ni agaknyatak ada nombor rumah la pulak.. Felisha berhentikan kereta tepat di depan sebuah rumah teres dua tingkat di lot hujung. Di deretan rumah teres di situ, hanya ada tiga buah rumah yang berpenghuni. Itu pun di hujung sekali. Kereta kelabu diperhatikan lagi. Memang sah tak ada.

Lega Felisha masih teragak-agak hendak keluar dari kereta. Buatnya jadi macam dulu. Tiba-tiba je ada orang muncul dan menekup mulutnya. Dia cuba menghubungi nombor yang diberi.

Hish! Tak jawab la pulak. Macam mana aku nak hantar bunga ni. Kalau aku balik karang, dia cari pulak. Felisha masih bersandar di kerusi. Tangan masih di stereng.

Ah..aku keluarlah sekejap. Mana tahu orang tu ada kat dalam rumah tu. Perlahan Felisha buka pintu kereta. Dia menapak berhati-hati ke pintu pagar rumah.

Assalamualaikum!

Senyap.

Betul ke ni alamatnya Senyap je. Kalau ikutkan alamat ni, betullah ni rumahnya. Rumah corner lot di sebelah kanan. Felisha garu kepala.

Sekali lagi dia beri salam. Masih tiada jawapan.

Err..pakcik, rumah ni ada penghuni ke Felisha terus bertanya pada seorang lelaki yang agak berumur yang kebetulan lalu di situ.

Ada..mungkin dia tak dengar tu. Pakcik itu senyum dan berlalu pergi.

Felisha hanya senyum kelat. Pakcik itu kelihatan kurang ramah. Tak apalah. Felisha beri salam lagi. Dia pandang sekitar kawasan rumah. Sunyi sepi.

Aduh macam mana ni Felisha mundar-mandir di depan pintu pagar.

Baik aku call Azila kejap.

Felisha segera menghubungi Azila. Memang sah itu alamatnya. Dia menapak semula ke keretanya. Siapa pulak call aku ni Fariz

Awak nak apa Saya hantar bunga ni. Kat mana Err..ni kat Kajang..kawasan perumahan baru. Nak lunch sekali Felisha jeling jam di pergelangan tangan. Hampir dua belas tengah hari. Patutlah.

Awak dah ada kat kedai saya Tunggu jelah. Saya masih kat sini ni. Hah Awak nak datang sini Tahu ke Oh.. Felisha senyum hambar. Fariz beria nak temankannya. Mimpi apa dia nak teman aku hantar bunga ni Tahu ke dia cari alamat rumah ni Ah! Ainul mesti dah beritahu alamat tu.

Ya! Saya masih di sini. Felisha segera mengangkat bunga bila melihat pintu rumah sudah dibuka. Telefon bimbitnya masih melekap di telinga.

Suara Fariz di hujung talian masih leka bercakap. Felisha hanya mendengar. Entah butir apa yang Fariz cakap bila kakinya turut sama melangkah.

Dia menapak ke pintu rumah.

Err..awak, saya nak hantar bunga dulu. Dah sampai rumah pelanggan ni. Saya nak....ya Allah! Telefon di tangan Felisha terlepas. Jelas dia mendengar suara Fariz memanggil namanya dengan kuat.

Awak siapa Felisha menelan liur. Seorang lelaki bertopeng yang pernah dilihatnya dulu tercegat di muka pintu.

Tangan Felisha ditarik kasar masuk ke dalam rumah. Pintu terus dikunci. Sempat Felisha kuis telefon bimbitnya dengan kaki. Tercampak ke tepi sebuah sofa panjang. Suara Fariz masih kedengaran di hujung talian. Felisha jeling telefon bimbitnya. Bakul bunga sudah tercampak ke tepi dinding. Berterabur bunga di atas lantai. Dia menelan liur.

Awak nak buat apa ni Felisha sudah pucat. Dia perhatikan sekitar dalam rumah. Hanya ada sebuah sofa panjang.

Kenapa awak nikah Kenapa tak tunggu saya Lelaki itu menjerit kuat. Macam orang gila.

Felisha berkali-kali menelan liur. Apa mamat ni merepek ni Apa kena mengena pulak dia ni dengan hal pernikahan aku

Sa..saya tak faham.. Tergagap-gagap Felisha bersuara.

Aku dah lama sukakan kau! Memang mulanya aku hanya ikut arahan tapi bila aku tengok kau, aku tak sampai hati nak rogol kau. Aku cintakan kau! Tapi ini balasannya Lelaki itu menghampiri Felisha yang sudah terduduk di tepi dinding.

Awak cakap apa ni Arahan siapa Felisha semakin rapat ke dinding. Lelaki itu sudah gila.

Hahahah!

Felisha semakin pucat. Suara ketawa lelaki itu semakin galak. Dia menelan liur.

Sekarang ni aku akan betul-betul ikut arahan tu. Lelaki itu semakin rapat dengan Felisha. Tubuh Felisha diangkat dan dihempas atas sofa.

Ya Allah! Selamatkan aku ya Allah! Felisha berkata sekuat hati. Lelaki itu sudah menindihnya dengan kuat. Tak terdaya dia melawan. Felisha menangis semahunya.

Badrul!!

Felisha menoleh. Najwa Felisha segera menarik topeng lelaki tadi. Badrul Dia bingkas bangun. Tudung yang sudah senget benget dibetulkan segera.

Wa! Tolong aku Wa! Felisha berlari ke arah Najwa yang sudah tercegat di muka pintu.

Badrul masih berdiri di tepi sofa. Dia pandang Najwa dan Felisha silih berganti.

Kau masuk bilik dulu. Aku kenal siapa dia ni. Kunci pintu! Najwa pujuk Felisha masuk ke bilik. Felisha seperti kena pukau. Dia hanya mengikut apa saja arahan Najwa.

Sebaik pintu ditutup dan dikunci, Najwa berpaling pula pada Badrul.

Kau ni kenapa hah Najwa menyinga.

Aku dah ikut arahan kau! Kenapa kau halang Badrul mengetap bibir.

Aku dengar apa yang kau cakap tadi! Kau cintakan minah tu Najwa jengilkan mata.

Memang aku cintakan dia! Badrul menjawab kuat.

Oh! Jadi sebab tulah rancangan aku selama ni tak menjadi Azhar yang aku suruh tu pun sudah lingkup dalam lokap! Sebab kaulah! Najwa mengetap bibir.

Hahaha!! Badrul ketawa nyaring. Minah penyangak ni nak kena ni!

Apa lagi kau buang masa Ikan dah ada dalam bilik tu! Aku nak kau rogol dia! Biar dia rasa macam mana adik aku rasa!! Najwa mula beri arahan.

Betul ni Kau tak cemburu Badrul sengih.

Cemburu Aku hanya berlakon jadi kekasih kau! Pada aku. Lelaki semua tak guna!!Najwa mengetap bibir.

Badrul mengetap bibir.

Aku akan jadi saksi! Aku nak dia menderita dan malu! Biar abang dia tahu, betapa seksanya bila dirogol! Najwa mengetap bibir. Dia mula ketawa.

Boleh! Tapi sebelum tumana upah aku Badrul sengih lagi. Tubuh Najwa ditatap rakus. Jeans ketat dan blaus sendat yang membaluti tubuh gadis itu cukup menaikkan nafsunya.

Bereskan dulu kerja kau! Najwa sudah menyinga. Geram bila Badrul memandangnya dengan pandangan pelik.

Badrul menghampiri Najwa.

Eh, kau nak buat apa ni Aku suruh kau rogol minah dalam bilik tu! Bukan aku!! Najwa tolak tubuh Badrul dengan kuat.

Memang aku nak rogol dia pun tapi sebelum aku rogol dia.. Badrul terkam Najwa. Najwa meronta ingin melepaskan diri.

FARIZ menekan pedal minyak semakin kuat. Sempat dia hubungi Fakrul tadi sebelum bertolak ke Kajang. Jelas di telinganya suara Felisha meminta tolong.

Aduih! Sesak la pulak jalan ni! Aku dah la nak cepat ni! Fariz buat U turn. Dia perlu ambil jalan lain.

Kereta dipandu laju menuju ke kawasan perumahan yang dimaksudkan Felisha. Sempat juga Ainul memberinya alamat rumah tu tadi ketika di kedai bunga.

Hmm..senyap je kawasan ni. Yang mana satu rumah ni Fariz jenguk. Dia perlahankan kereta sebaik memasuki kawasan perumahan baru.

Eh! Tu kereta Sha! Fariz segera menekan pedal minyak dan memandu laju ke arah kereta Felisha yang tersadai depan rumah di hujung sekali.

Fariz berlari masuk ke dalam rumah yang terbuka luas. Tiada sesiapa. Lantai rumah habis bersepah dengan bunga.

Bakul bunga dah tercampak di tepi dinding. Fariz jeling telefon Felisha di atas lantai.

Sha! Sha! Laung Fariz. Bergema lantunan suaranya dalam rumah yang hanya ada sebuah sofa. Fariz mula panik. Dia mencari seluruh rumah.

Pintu bilik semua berkunci. Dia merapati sebuah bilik di tingkat atas. Suara esakan jelas di telinganya.

Sha! Sha! Buka pintu ni!! Fariz cuba pulas tombol pintu. Pintu itu ditendang kuat. Terbuka luas. Erk! Fariz cepat-cepat berpaling ke arah lain.

Najwa sudah terlentang tanpa seurat benang. Fariz segera capai baju dan seluar yang bersepah atas lantai dan dicampak ke arah Najwa. Dia berlari keluar dari bilik semula. Tak sanggup melihat keadaan Najwa.

Mana Sha Fariz pandang Najwa sebaik pintu dibuka oleh Najwa.

Kau dah terlambat! Felisha sudah dirogol! Macam aku! Najwa ketawa berdekah-dekah.

Mana Felisha Fariz goncang bahu Najwa yang masih ketawa. Memang minah ni dah gila!

Dia ada dalam bilik bawah. Sedang diratah! Najwa ketawa lagi macam orang gila.

Fariz bergegas ke tingkat bawah. Bilik yang berdekatan dengan dapur cuba dibuka. Jelas dia mendengar suara Felisha merayu minta tolong.

Sha! Sha! Laung Fariz. Pintu diketuk dengan kuat. Bertalu-talu.

Tolong!! Laung Felisha dari dalam.

Ya Allah..janganlah apa-apa jadi pada bini aku! Fariz sudah buntu. Dia cuba tendang pintu. Masih tak terbuka.

Ipo! Mana Sha

Fariz berpaling ke arah pintu rumah, Fakrul sudah terpacak di situ.

Ada dalam bilik ni. Kunci dari dalam! Fariz tendang lagi.

Mereka berdua cuba tendang sekali lagi. Sebaik pintu terbuka, Felisha hampir pengsan ditindih lelaki itu. Fariz tendang lelaki yang menindih Felisha. Lelaki itu terduduk di tepi dinding. Sekali lagi tumbukan padu singgah di kedua pipi lelaki itu.

Fakrul segera mendapatkan Felisha. Baju kurung Felisha sudah terkoyak. Kain yang dipakai pula sudah terselak sehingga menampakkan pangkal paha. Fakrul cepat-cepat buka jaketnya dan menyarungkan ke badan Felisha.

Sha..sabar ya. Abang dan Fariz dah sampai. Alhamdulillah Sha selamat. Fakrul peluk erat adik kesayangan.

Felisha ketakutan. Dia peluk Fakrul dengan kuat.

Najwa muncul di muka pintu bilik sambil bertepuk tangan.

Najwa Fakrul berpaling.

Fariz turut berpaling. Matanya menala semula ke arah lelaki tadi yang sudah pengsan di situ.

Puas hati aku! Najwa ketawa.

Apa kau cakap ni Fakrul dan Fariz saling berpandangan.

Kau masih ingat Nadia Najwa renung tajam ke arah Fakrul.

Nadia Apa hubungan kau dengan dia Fakrul menelan liur.

Tak payah nak berpura-pura dengan aku. Kerana kaulah Nadia jadi gila. Kerana kaulah juga hidup aku jadi macam ni!! Najwa menjerit kuat.

Fakrul terkedu. Nadia jadi gila

Apa maksud kau Fariz pula bertanya.

Nadia..dia adik aku. Kau rogol dia! Kau tinggalkan dia terkontang kanting! Dia keguguran dan jadi gila. Manusia apa kau ni hah Najwa tuding ke arah Fakrul. Dia mengetap bibir semakin kuat.

Apa kau cakap ni Memang adik kau dirogol tapi bukan aku! Ben yang rogol adik kau! Fakrul genggam kuat tangannya.

Tak payah nak tuduh orang lain! Kau usung adik aku ke hulu ke hilir, kau nak tuduh orang lain Najwa semakin menyinga. Dendamnya selama ini dirasakan sudah terbalas. Badrul dilihat sudah pengsan di tepi dinding. Tentu Felisha sudah ditebuk Badrul. Macam Badrul meragut tubuh aku! Ah! Aku tak kisah! Itu semua sudah tak penting!

Nadia tu dah rosak tahu tak! Dia tidur banyak kali dengan Ben! Kau jangan nak tuduh Fakrul pulak. Ben mengaku yang dia tidur dengan Nadia! Fariz menjelaskan perkara sebenar. Teringat Benjamin yang bangga bercerita perihal perempuan yang ditidurinya. Terkedu mendengar pengakuan Ben yang begitu seronok merosakkan gadis yang digodanya. Entah berapa ramai gadis yang telah rosak di tangan Ben. Otak je bijak tapi perangai mengalahkan setan!

Najwa tunduk. Air mata yang laju menitis di pipi disapu kasar.

Kau jangan nak tukar cerita. Jangan nak cover manusia durjana ni! Najwa tuding ke muka Fakrul.

Wa..sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku Felisha akhirnya bersuara.

Hahaha!! Najwa ketawa lagi.

Aku nak kau rasa macam adik aku rasa. Adik aku dirogol oleh abang kau yang keparat ni! Jadi aku buat rancangan. Aku yang rancang semuanya! Najwa ketawa lagi.

Jadi..lelaki gila yang mengekori aku, surat ugut dan lelaki yang cuba rogol aku tu, kau yang rancang semua tu Felisha tinggikan suara.

Ya!! Sudah lama aku dendam dengan Fakrul! Aku jadi housemate kau. FYI, rumah sewa tu rumah aku! Makcik Hashimah tu kutip sewa dan hantar pada seorang lelaki. Aku kutip duit tu dari lelaki tu. Aku buat baik dengan kau. Aku buat semua tu semata-mata nak balas dendam pada abang kau yang tak ada hati perut ni! Najwa tuding ke arah Fakrul.

Baik abang cakap betul-betul! Apa abang dah buat pada Nadia Felisha pandang pula ke arah Fakrul. Patutlah Najwa selalu kunci bilik masa di rumah sewa dulu. Dan gambar dalam album Najwa dulu tu..memang benarlah dia Nadia, bekas kekasih Fakrul.

Abang tak buat apa-apa pun! Percayalah! Fakrul mengetap bibir. Felisha sudah meraguinya.

Kalau kau tak percaya, kau tanya Nadia sendiri. Kau tanya Ben! Fakrul jeling pula Najwa yang sudah kusut masai rambutnya.

Go to hell! Jerit Najwa.

Kau dah jumpa Ben ke Fariz bisik ke telinga Fakrul.

Dah. Lepas kita tak jumpa Ben hari tu, aku pergi keesokkan harinya. Aku kena juga jumpa Ben. Aku cari dia sebab aku rasa tak sedap hati sejak aku kenal Najwa masa hari pernikahan kau dengan Sha dulu. Fakrul berterus terang.

Wa..sudahlah. Kau dengar sendiri kan Abang aku tak bersalah. Kau dah salah faham ni. Felisha bingkas bangun dan merapati Najwa.

Kau diam! Apa kau rasa kalau kau berada di tempat aku Jerit Najwa lagi.

Wa..aku faham apa kau rasa tapi kau salah orang. Kau sepatutnya beri semangat pada adik kau dan cari Ben. Dia kena bertanggungjawab pada adik kau. Pujuk Felisha.

Diam aku cakap!!! Suara kuat Najwa bergema seluruh bilik.

Felisha menelan liur. Pisau sudah berada di tengkuknya. Najwa mengheret tubuhnya keluar dari bilik.

Wa..a..apa kau buat ni Felisha cuba pujuk Najwa. Tindakan Najwa sudah melampau.

Fariz dan Fakrul sudah panik. Silap sikit saja, Felisha akan jadi mangsa bunuh!

Perlahan Fariz mendekati Najwa. Najwa..ingat Allah. Allah maha pengampun. Istighfar!

Fakrul segera tepis tangan Najwa. Terpelanting pisau ke tepi dinding.

Jangan bergerak! Kami polis!

Semua berpaling ke arah luar rumah. Sebuah kereta polis sudah tiba. Fakrul lega. Tadi sebelum bertolak, sempat dia menghubungi pihak polis.

Najwa dan Badrul dibawa ke balai.