Abstrak Cinta Aku & Dia - 45
BAB 45

MY Vi HITAM yang dipandu oleh Zack meluncur di atas jalanraya dengan kelajuan sederhana. Hanif pula masih menunjukkan wajah tanda-tanya, bercampur dengan bengang. Muka Zack yang selamba menyebabkan hatinya mula suam-suam panas.

Sebenarnya, kau nak minta tolong apa Hanif menyoal buat kali ke tiga.

Nantilah aku cerita. Tunggu tuan punya badan ada sekali. SenangJawapan yang lebih kurang sama juga Zack berikan.

Hanif tidak bertanya lagi. Beria Zack mengajak keluar malam ini. Selain ajak makan, Zack turut mengatakan mahu meminta bantuan. Bantuan apa Hanif tak tahu. Zack memberi alasan tunggu tuan punya badan ada sekali. Masalahnya, pemilik tuan punya badan pun dia tak tahu siapa. Zack bagai mahu berteka-teki pula. Disebabkan malas hendak banyak bersoal-jawab. Hanif menurut saja. Dan disebabkan malas hendak bersoal-jawab juga, dia terus diselubungi teka-teki.

At least, boleh tak kau beritahu, kita nak pergi mana Hanif menyoal lagi.

Rileklah Nep. Yang kau gabra sangat, apahal

Hanif mendiamkan diri. Tatkala Zack membelokkan kereta ke arah Vista Tasik, kening Hanif berkerut. Otaknya dikerah untuk mengingati sesuatu.

Zack, kita nak jumpa siapa sebenarnya ni Hanif bertanya.

Zack menjawab dengan sengih lagi. Keretanya di parkir di tepi jalan. Enjin dibiarkan hidup.

Ini, rumah kakak tiri kau kan

Zack angguk beberapa kali. Matanya melilau memandang ke arah luar. Tepat jangkaannya. Farid ataupun mamat psiko, ada di sini. Keretanya juga diparkir di tempat yang sama. Setiap kali. Seolah-olah tempat itu memang didaftarkan khas atas nama Farid.

Sepertinya Farid memang tak ada kerja lain selain memerhatikan Amy, mengintip pergerakan Amy. Memang patutlah Amy rimas.

Ikutkan hati, mahu saja dia memberi amaran pada Farid. Tapi menurut Amy, Farid memang tak faham bahasa. Mental punya orang...

Zack... Panggil Hanif.

Zack menoleh.

Apahal sebenarnya ni Tidak boleh tidak, Hanif menyoal lagi.

Kau nampak mamat tu Soal Zack pula.

Mana

Yang bawah lampu tu

Yang sandar tepi Lancer tu

Zack angguk.

Kenapa dengan mamat tuSoal Hanif buat kesekian kali. Siapa lelaki yang disebutkan Zack, dia kurang pasti. Langsung tak ingat siapa.

Mamat tulah punca masalah ni.

Masalah apa Zack Masalahnya sekarang, kau pun sama jugak bermasalah. Dari tadi aku tanya, apa masalahnya Kau tak jawab-jawab sampai sekarang.

Zack sengih lagi. Nantilah aku cerita. Aku suruh Amy turun dulu.

Hanif terdiam.

Zack terus mengeluarkan telefon bimbit dari poket jeans sebelah kiri tanpa menyedari wajah Hanif berubah. Mesej ringkas dihantar kepada Amy untuk memaklumkan bahawa mereka sudah sampai.

Zack Panggil Hanif.

Zack menoleh dengan kening terangkat.

Sejak bila kau berbaik dengan Amy

Itu hari.Zack tidak memberi jawapan tepat. Dia pun tak tahu, bila masa yang tepat dia dan Amy berbaik.

Hanif mengangguk perlahan. Dalam hati, sedikit kaget. Segan dan teruja bergaul. Dia pernah berjumpa dengan Amy hanya sekali.

Semenjak itu, terdetik di hati untuk berkenalan lebih lanjut. Tetapi, dek kerana segan, niat itu dipendam hingga terus dilupakan.

Lagipun, Zack tidak pernah berbaik dengan Amy. Pasti janggal jika tiba-tiba saja, dia mahu meminta Zack menjadi orang tengah.

Sekarang, mungkin dia berpeluang. Jantungnya mula mengepam darah lebih laju dari biasa. Gelisah semacam rasanya.

Amy dah sampai.Zack berkata. Dari cermin pandang belakang, dia melihat Amy berjalan ke arah keretanya. Terus dia keluar dari kereta diikuti Hanif di sebelah sana.

Zack menyapa dengan senyuman.

Amy senyum dengan kening terangkat. Matanya terarah pula pada Hanif lalu senyum segan.Hai

Hanif angguk dan turut tersenyum tanpa suara. Tak tahu apa yang hendak dikatakan pada Amy.

Kak, ni Hanif. Hanif, Amy. Ala, korang dah pernah jumpakanZack berkata.

Amy dan Hanif senyum dan angguk lagi.

Amy menjeling pandang kepada Farid di seberang jalan. Dia tahu, Farid memerhatikannya sejak dia keluar dari pintu masuk Vista Tasik. Dan pandangan mata Farid semakin tajam tatkala melihat dia berbual dengan Zack dan Hanif.

Zack turut memandang sekilas ke arah Farid lalu menggeleng. Memang bermasalah betul mamat ni

Jomlah. Zack mengajak Amy masuk ke dalam kereta.

Amy mengangguk. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta milik Zack.

Amy memerhatikan lagi Farid di seberang jalan. Bahasa tubuh Farid jelas menampakkan berang. Dia tarik nafas panjang. Terasa cuak namun perasaan itu cuba dibuang jauh. Selama ini, dia bersabar saja dengan tingkah laku Farid. Tapi, sebagai manusia biasa, kesabaran itu ada hadnya. Walaupun Farid tidak pernah bertindak di luar jangkaan, Amy benar-benar rasa rimas dengan sikap Farid.

Panggilan telefon dan setiap mesej yang diterima dari Farid begitu menjengkelkan. Mahu ditukar nombor telefon, terasa rugi berbuat begitu. Lagipun, tiada guna berbuat begitu. Tak dapat telefon, Farid tegar menunggu di kawasan tempat tinggalnya. Begitu juga di tempat kerja. Macam tak ada kerja lain...

Terfikir juga sama ada tindakannya ini betul atau tidak. Sengaja berpura-pura mempunyai teman lelaki yang baru dengan harapan, Farid akan mengalah dan terus hilang dari hidupnya. Mahukah Farid mengalah Adakalanya, dia terfikir untuk menurut saja saranan Noni, teman sepejabatnya agar membuat laporan polis. Masalahnya, polis pun belum tentu mahu menerima kesnya. Entah-entah, digelakkan sahaja.

Zack...aku cuaklah. Amy bersuara. Risau juga seandainya Farid buat yang bukan-bukan.

Jangan risaulah. Kita orang kan ada.Balas Zack.

Kereta MyVi hitam bergerak meninggalkan kawasan itu.

KERANA tidak tahu mahu ke mana, Amy akhirnya mencadangkan untuk melepak di McDonald Jalan Cheras sahaja. Tiada bantahan lalu Zack memandu kereta ke situ. Sepanjang perjalanan, Amy dan Zack berbual dan beberapa kali, bertikam lidah seperti selalu.

Hanif lebih banyak berdiam diri. Tidak tahu mana hendak dicelah perbualan di antara Amy dan Zack.

Restoran makanan segera itu kurang sibuk walaupun hari minggu. Sama ada memang secara kebetulan yang restoran itu tidak sibuk setiap kali mereka datang ataupun mereka memang bertuah kerana setiap kali datang, restoran itu kurang sibuk.

Hanif menawarkan diri untuk membeli hidangan. Masih ada rasa segan untuk berbual dengan Amy. Setelah memilih makanan, Zack dan Amy pergi mencari tempat duduk manakala Hanif beratur di kaunter.

Sementara duduk menunggu, Zack mengeluarkan telefon bimbit dan mencari halaman ke mukabuku. Kata laluan ditaip. Nama seseorang dicari sambil otaknya mengira perbezaan waktu di Malaysia dan United Kingdom. Jumpa. Namun butang hijau di sebelah nama yang dicari tidak menyala tanda orang tersebut tidak berada dalam halaman mukabuku. Tak mengapalah. Mungkin orang tersebut sedang sibuk menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya, boleh saja dia terus menghantar mesej di WhatsApp. Tapi, sengaja tidak mahu berbuat begitu. Tak tahu mengapa

Di dalam lubuk hati, Zack sedikit terasa. Melalui e-mel ataupun ketika berbicara di laman sosial, dia tahu yang Kate semakin rapat dengan sepupunya yang bernama Chad itu. Gambar Kate dan Chad juga beberapa kali hinggap di halaman mukabuku milik Kate.

Bukanlah dia cemburu namun dia merasakan, Kate seolah-olah sudah mendapat pengganti kawan yang baru. Kalau bukan cemburu, terma apa yang lebih sesuai

Zack geleng. Terasa sikapnya kurang rasional. Siapa dia untuk menentukan hidup Kate Dia tidak berhak menentukan dengan siapa Kate patut berkawan. Kate bukanlah kanak-kanak lagi. Sama seperti dia, Kate berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri, bukan

Its okay, Kate. Kalau kau happy, aku pun tumpang happy.

Laman muka buku didaftar keluar. Zack mengangkat muka lalu pandangan bertembung dengan Amy yang secara kebetulan sedang memerhatikannya. Suasana menjadi senyap dan janggal. Lama mereka saling merenung sebelum Amy tunduk, melarikan anak mata.

Hanif datang membawa dulang penuh berisi makanan. Muka Zack dan Amy dipandang bergilir-gilir. Pelik. Masa dalam kereta tadi, bukan main lagi kedua-duanya berbual rancak. Sekarang ini, senyap pula. Dah bergaduh balik ke

Dulang makanan diletakkan di atas meja. Hanif mengambil tempat duduk di sebelah Zack.

Apa pasal korang niSoal Hanif. Sejak petang tadi membawa ke malam, hidupnya dipenuhi dengan tanda soal gara-gara Zack. Kini, Amy turut sama menjadi punca tanda-soalnya.

Tak ada apa-apa. Okey ajeJawab Zack. Jujurnya, dia pun tak tahu kenapa dia tersenyap begitu.

Awak order McChicken kanHanif menyoal Amy.

Amy angguk dan senyum.

Sebiji McChicken Hanif letak depan Amy. Amy pula, pantas mahu mencapai aiskrim Sundae coklat kegemarannya tetapi

Wei. Aku punyalah tu.Amy tinggi suara apabila melihat Zack lebih pantas mencapai Sundae.

Iya ke Zack membuat wajah selamba.

Kan aku dah pesan pada Hanif tadi

Alakau makanlah yang lain.Ujar Zack, tanpa rasa bersalah.

Amy pandang dulang makanan. Hanya ada McFlurry Oreo sebagai pemanis mulut. Dia tak mahu. McFlurry Oreo bukan kegemarannya.

Kenapa tadi kau tak nak suruh Hanif beli Suara Amy masih lagi meninggi. Geramnya pada Zack bertambah.

LupalahJawab Zack, pendek. Masih selamba, masih tanpa rasa bersalah.

Monyet!Amy melepaskan geram. Keterlaluan Dia peduli apa. Zack lebih keterlaluan kerana mencuri aiskrimnya.

Apa kau panggil aku Zack pandang Amy.

Monyet! Ulang Amy.

Kau tu, beruk Mat Yeh! Zack membalas.

Kaulah beruk!

Kau pun sama!

Hanif tepuk dahi. Dah kenapa dengan korang ni Pasal aiskrim aje pun. Itu pun nak gaduh ke

Tiada siapa yang memperdulikan Hanif. Zack dan Amy terus bertikam lidah. Benar, mereka sudah berbaik. Tetapi, tabiat dari kecil itu memang sukar dibuang. Walau perkara sekecil Aiskrim Sundae berperisa coklat itu pun, boleh menjadi punca pertengkaran.

Hanif bangun dari kerusi. Malas mahu melayan kerenah kanak-kanak berusia '27 tahun' itu.

Zack dan Amy terdiam memerhatikan Hanif yang berlalu pergi entah ke mana. Tapi diam mereka cuma sementara. Tidak sampai beberapa saat, mereka bertengkar lagi.

Kaulah ni, punya pasal.Tuduh Amy. Nientah mana Hanif pergi

Aku pulak Kau yang mula dulu.Zack pantas membidas tuduhan Amy.

Mana ada!

Ahapa-apa ajelah.Balas Zack. Aiskrim Sundae disuap ke mulut, masih lagi dengan tanpa rasa bersalah.

Hisshhh! Teruklah kau ni. Sekarang ni, siapa nak berlakon jadi boyfriend akuMarah Amy.

Aneplah.

Hanif dah blah

Anep nak blah pergi mana aje Dah tentulah dia datang sini dengan aku. Takkan dia nak berlari balik rumah pulak

Kalau dia tak nak, macam mana Siapa nak jadi boyfriend aku Kau

Huh! Tak nak aku! Mati hidup balik pun, tak ingin aku jadi boyfriend kau.

Amy terus tersentap diam. Wajahnya berubah. Pandang Zack pun tidak. Kata-kata Zack tidak dibalas kali ini walau sepatah ayat.

KakPanggil Zack. Sedikit rasa bersalah terbit dalam hati apabila Amy mendiamkan diri. Mungkin gurauannya terlalu kasar kali ini.

Nak buat macam mana Sudah terbiasa begitu

Alakak. Merajuk ke apa kau niZack bersuara lagi.

Amy tetap diam.

Zack tarik nafas. Merajuk betul-betul rupanya

Yalahyalah. Aku gantilah balik, aiskrim kau tu Zack mahu bangun dari kerusi apabila Hanif muncul kembali.

Nahini awak punyaSecawan Sundae Coklat dihulur pada Amy.

Amy terkebil-kebil. Cawan Sundae disambut perlahan-lahan.

Dah ada sorang satu...kan Lepas ni, kalau korang bergaduh jugak, aku tak tahulah nak kata apaHanif menyambung kata sebelum kembali duduk di sebelah Zack.

Amy pandang Zack. Zack pandang Hanif. Hanif buat muka selamba. Zack pandang Amy. Tiba-tiba saja, tawa Amy pecah. Mulutnya ditutup dengan tangan. Zack turut ketawa.

Kejap gaduh, kejap gelak. Aku tak tahu siapa yang gila malam niUjar Hanif.

Tawa Amy berderai lagi.

Yang gila tu, Zack. Saya takJawab Amy, dengan sisa-sisa tawa.

Zack geleng sambil memutarkan biji mata manakala Hanif senyum melihat telatah Amy.

Sekarang, dah boleh ceritaapa masalah sebenarnyaHanif menyoal. Teka-teki nan satu ini masih belum terjawab sejak tadi.

Macam ni.Zack memberi mukadimah lalu memandang Amy. Hakak. Ceritalah... apa masalah kau

Isk Amy segan-segan. Kaulah cakap.

Kaulah cakap. Masalah kau kan Bukan masalah aku Suruh Zack.

Itu hari, kau kata nak tolong beritahu Hanif... Amy menggetap bibir.

Alakau cakap sendiri ajelah, senang.

Seganlah Amy menolak.

Hanif angkat kening. Kepala tergeleng. Bengang. Amy dan Zack terus-terusan berbalas kata, seolah-olah menidakkan kewujudannya di antara mereka. Sedangkan Zack dan Amy yang mengajak dia keluar, mahu meminta bantuan kononnya. Masalah betullah budak-budak ni.

Zack! Hanif menyergah.

Zack terdiam.

Kau cerita sekarang, apa masalahnya. Hanif berkata lagi, lebih kepada arahan. Suaranya agak tegas. Persis seorang abang sedang memarahi adik.

Macam niMukadimah sama, Zack beri. Amy nak minta tolong kau, jadi boyfriend dia

BerlakonAmy pantas menambah kata, masih dalam nada segan.

Berlakon jadi boyfriend diaZack membetulkan ayat.

Hanif diam, kening terangkat. Jelas mahukan lebih penjelasan.

Mamat yang kau nampak tadi tu, Farid namanya. Kalau kau ingat, mamat tulah yang kita jumpa kat Keramat dengan Amy dulu

Ohokey.Hanif mengangguk. Wajah Amy dipandang sekilas. Peristiwa Amy dimaki tenggelam timbul dalam fikiran. Ingat-ingat lupa.

Jadi, kenapa saya kena jadi boyfriend awak pulakSoalan diajukan kepada Amy. Nada masih tegas.

Sebab..errsayahmm.Amy tergagap-gagap, segan tak dapat dihilangkan dari hati. Mahu tak segan Tiba-tiba nak suruh anak teruna orang berlakon jadi teman lelaki Secara percuma pula tu!

Farid nak sambung balik dengan Amy tapi Amy tak nak. Farid pulak tak faham bahasa. Sebab tu nak minta tolong kau, jadi boyfriend Amy. Harap-harap, kalau Farid nampak Amy pun dah ada boyfriend lain, dia give-uplah.Zack bersuara bagi pihak Amy. Kasihan pula melihat Amy tergagap segan begitu.

Hanif mendiamkan diri. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.

Amy pandang Zack, sambil membuat isyarat tanda-tanya.

Zack angkat bahu, tanda dia pun tak tahu apa yang berlegar dalam minda Hanif.

Okey.Pendek Hanif memberi jawapan, akhirnya.

BetulAmy menyoal.

Hanif angguk.

Amy senyum sambil mengemam bibir.

Zack tersengih.

So, apa plannya Soal Hanif pula.

Plan apa Amy terpinga-pinga.

Awak suruh saya jadi boyfriend awak, gitu-gitu aje ke Tak ada plan Macam mana awak nak beritahu Farid, yang awak dah ada boyfriend baru

Err.Amy gigit bibir.

Betul kata Hanif. Macam mana nak beritahu Farid yang dia sudah punyai teman lelaki baru Takkan nak mengumumkan melalui telefon pula Itu kerja gila. Mahu bercakap dengan Farid pun dia tak mahu.

Tak adaplanAmy menjawab dengan muka kelat. Tak terfikir sampai ke situ. Pada saat ini, dia cuma mahu seseorang untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya. Sekarang sudah dapat. Apa langkah seterusnya

Kitafikirsekejap lagilah awak, boleh Ayat keluar sebutir-sebutir dari mulut. Amy senyum sebelum melarikan mata dari memandang Hanif. Malu...huhuhu!

Hanif membalas senyuman. Sikap Amy yang adakalanya seperti malu-malu kucing itu kelihatan comel padanya. Wajah Amy direnung dalam diam.