Tika Cinta Berbisik - 45
Epilog

MAJLIS pernikahan Anis dan Khairul dilangsungkan di rumah Tok Ayah, sesuai dengan keinginan kedua ibu bapa angkat mereka.

Nurul hanya memerhatikan pasangan mempelai itu sedang bergembira bersanding di atas pelamin. Hatinya sudah benar-benar reda dan ikhlas. Hanya Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Khairul bukan jodohnya.

Kemalangan tempoh hari telah menyebabkan lebih tiga bulan Nurul terlantar tidak sedarkan diri di hospital. Selama itulah, Anis dan Khairul menjaganya. Kaki kanan dan dua tulang rusuknya patah. Hentakkan keras pada cermin menyebabkan kepala Nurul mengalami gegaran yang menyebabkannya koma.

Anislah yang telah banyak berkorban menjaga kakaknya. Dia terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk sementara waktu. Anis juga akan menjaga Zafirah semasa Khairul mengambil giliran menjaga Nurul. Rupa-rupanya di dalam

diam, Khairul jatuh hati dengan cara Anis menjaga anak dan dirinya sendiri. Dalam kesibukkan menjaga Nurul, Anis sempat menjaga makan mi num Khairul. Rumah juga rapi berkemas.

Khairul tertawan melihat semua itu. Sementelah Zafirah pula semakin manja dan rapat dengan Anis. Langsung tidak mahu berenggang.

Nurul

Nurul spontan menoleh. Kenangannya sebentar tadi terus berkecai terbang dibawa angin apabila mendengar teguran itu. Nurul terasa bagaikan pernah mendengar suara itu. Sebaik sahaja menoleh, dilihatkan seorang lelaki yang cukup dikenalinya sedang berdiri memandang ke arahnya dengan hairan.

Encik Kamal

Betullah awak! Saya ingat saya salah orang tadi, Kamal tersenyum gembira sambil terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Nurul yang turut tersenyum melihat kedatangan bekas majikannya itu.

Pengantin perempuan tu, adik saya, Encik Kamal.

Pengantin lelaki tu pulak, kawan baik saya.

Memang jodoh saya nak jumpa awak hari ini!

Kamal benar-benar gembira. Takdir telah menemukannya semula dengan gadis yang pernah mencuri hatinya suatu masa dahulu. Sayangnya sebelum sempat dia meluahkan rasa, Nurul terlebih dahulu telah meletakkan jawatan dan hilang entah ke mana.

Nurul dah kahwin

Nurul separuh tersentak apabila mendengar soalan itu. Bisikan perlahan yang diucapkan oleh bekas majikannya terasa menusuk masuk ke dalam hati Nurul.

Perlahan Nurul mengangkat muka dan memandang Encik Kamal, tepat pada mata lelaki itu. Seketika kemudian, dia mengukir senyuman manis.

Dan, senyuman itu berbalas....

Tika cinta berbisik, hatinya pasti terusik....