Segala keburukan, pekung di dada didedahkan Hasya dengan harapan agar Rafael sedar bahawa Hasya bukan orangnya Hasya is not the one for him! Pendedahannya tentang sindrom ADHD yang yang dihadapi; yang memungkinkan segala tindakan luar dugaan terjadi, tentang sikap keanak-anakkannya yang boleh membuatkan orang sekeliling bisa diserang sakit jantung atau sekurangkurangnya cabut lari, ternyata tidak melemahkan Rafael untuk terus berusaha memiliki cintanya. Tidak cukup dengan itu, dikhabarkan juga kepada Rafael yang dirinya pernah dituduh mengidap Bipolar Disorder oleh kekasih lamanya seorang jejaka Perancis gara-gara perubahan emosi yang tidak terkawal selain split personality dek keperibadiannya yang sering didakwanya berubah warna dalam sekelip mata.
Tetapi apabila direnung-renungkan kembali, memang tidak berbaloi pun untuk meneruskan percintaan dengan Mathieu Binoche yang lahir daripada bangsa yang menganggap diri mereka sebagai superior itu. Kecuali jika Hasya bersedia untuk mengikut telunjuknya dengan mengorbankan sikap keras kepala serta kedegilannya sendiri, mana mungkin mereka bermimpi untuk mengecapi kebahagian yang diimpi Seringkali dia terfikir, apakah tuduhan-tuduhan Binoche yang mempertikaikan kestabilan mental dan emosinya itu hanya sekadar untuk menutupi kelemahan sendiri yang gagal menguasai dirinya
Tidak menghairankan, lelaki yang penuh keegoan akan mudah berasa terancam dengan wanita yang kuat sepertinya. Apabila sindrom inferiority complex atau rasa rendah diri ini menular di kalangan mereka, pelbagai alasan akan diberikan sebagai perisai dalam mempertahankan ego yang tercalar. Mendepani situasi dengan lelaki ego sebegini, bagi Hasya tidak lagi menjadi kudis dalam hidupnya. Dia sudah lali!
Berbalik kepada realiti: Ya Allah apa lagi yang harus dimomokkan agar Rafael ini mengerti
Rafael, if you forget, let me remind you that Im five years your senior.
Ya benar, Rafael baru saja mencecah usia 35 tahun walau pencapaiannya dalam karier amat memberansangkan. Namun dengan jujurnya dia menjawab, I dont see any problem there.
Well Im already 40 will get menopaused in ten or fifteen years time and by that time I might need a lot and lots of lubricant!
Mendengar perkataan menopause ditambah pula dengan ekpresi wajah Hasya yang penuh karektor bercerita, membuat Rafael tersenyum sambil menggeleng kepala. Memahami maksud perkataan lubricant iaitu pelincir dalam hubungan intim pula, memecah lagi tawanya menjadi robos. This one is a rare species, kata hati Rafael.
Belum pernah lagi ditemui wanita dari seluruh dunia yang pernah diterokainya bisa berbicara soal tabu sebegitu secara terbuka seperti wanita satu dalam seribu ini.
Hasya terfikir-fikir lagi akan jawapan apa lagi yang harus diberi, sambil mengunyah tart cookies penuh di mulut; yang sering menjadi pilihannya itu tiap kali mengunjungi Holiday Villa, Subang untuk high tea.
and I dont want children. Kids for me are nothing but a nuisance!
Bingo! Pasti Rafael terkedu kali ini. Siapa yang tidak mahukan anak, bukan Dan siapa yang mahu beristerikan wanita yang tidak mahu punya zuriat sendiri apatah lagi yang membenci kanak-kanak dengan menggelar mereka sebagai penyibuk pula Jadi, ini adalah umpan yang terbaik buat mana-mana lelaki yang wanita mahu elakkan, bukan begitu Why do you choose to never have children Not even one
Hasya mula lemas dan rimas. Im a child myself. How can a child possibly look after another child
Ternyata ramalan Hasya jauh sekali tersasar. Rafael will never fail, memang kena dengan motto hidup yang menjadi pegangannya selama ini. Dia tetap tidak peduli siapa sebenarnya Hasya malah mengkagumi sifat telus, terus-terangnya; tidak peduli apa jua kelemahan, kekurangannya kerana bagi seorang lelaki yang bernama Rafael ini, cinta lahir sejak kali pertama mereka bertentang mata. Yes you are crazy, Hasya but I love you.
Love Apa dan apa lagi yang harus dilafazkan bagi memudarkan rasa cinta Rafael Nasution kepadanya Im a love child.
Love child: Istilah anak luar nikah yang lahir dari rasa cinta membara antara dua ibubapa tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah dari hukum syarak. Kerana status anak luar nikah itulah dia dipulau keluarga pihak ibunya yang dituduh membawa aib dengan kelahirannya ke dunia kerana status anak luar nikah itu jugalah dia sentiasa mengelak supaya tidak terjebak dalam cinta dengan mana-mana lelaki Melayu agar statusnya yang berbintikan Abdullah itu tidak menjadi pertikaian di hari pernikahan kelak dan kerana lahir sebagai anak luar nikah jugalah, dia terpaksa berdepan dengan cemuh-cerca sewaktu bersekolah rendah dan menengah apabila menjadi buah mulut guru-guru dan jiran sebelah-menyebelah. Hanya apabila tinggal bersama-sama keluarga Jones, hidup Hasya berubah apabila dihantar ke sekolah swasta di Seri Chempaka.
Rafael yang masih ada darah Melayunya, pasti sedikit sebanyak akan tergugat juga dengan hakikat ini, fikirnya lagi.
Sayang sekali, tidak! Sambil memegang tangan Hasya, dia bernekad untuk kembali menetap di Malaysia; membina masa depannya bersama Hasya di sini, di tanahair tercinta serta melepaskan segala yang terbina di Kanada seandainya Hasya sudi menjadi isterinya. Ya Tuhan kenapa secepat ini Rafeal membuat keputusan yang sebegitu berani Rafael, you are too good for me I dont deserve you.
Airmata Hasya bergenang di kelopak matanya yang bewarna coklat gelap itu tatkala melafaz kata-kata yang menusuk kalbu; yang sememangnya layak ditujukan buat Rafael yang sama seperti bapanya Bahrain, juga seorang lelaki yang baik benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau.
Tapi Rafael, sekali pun papamu diketepikan sebagai calon pasanganku, kau tetap tidak boleh bersamaku.