CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 45
IDLAN tak pulang ke rumah malam itu. Ika hanya tinggal sendirian. Sampai sekarang bayang Idlan masih tak nampak. Takkan ada di hospital lagi Dahlah begitu, Idlan langsung tak kirimkan pesanan melalui WhatsApp atau membuat panggilan.

Ika duduk di sofa. Hati cuba ditenang dan tak berprasangka yang bukan-bukan. Tak mungkin Idlan berada di hospital hingga lewat malam begini. Tentu suaminya dalam perjalanan pulang. Kalau Idlan sampai, dia nak bagi alasan apa kerana pulang seorang diri

Bunyi loceng mengejutkan Ika dari teka-teki. Dia tersenyum. Tapi, dalam kepala sedang memikir alasan sesuai nak diberi pada Idlan kalau suaminya bertanya kenapa dia pulang sendirian. Namun, lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Ika terpinga.

Boleh pakcik masuk Soal Dato Arshad ketika pintu dibuka. Melihat wajah polos isteri Idlan, buat hati tuanya yakin Ika akan penuhi permintaanya nanti.

Tapi, suami saya tak ada kat rumah. Saya tak boleh benarkan orang lelaki masuk.

Kalau begitu, boleh pakcik jumpa kamu kat luar Ada hal apa, pakcik

Pakcik datang ada perkara penting nak bincang.

Ika beriak hairan. Apalah yang nak dibincang Papa Irdiana dengannya Dia bukan ada kepentingan apaapa. Lainlah kalau nak bincang dengan suaminya. Tak berlengah, dia terus keluar dan berdiri depan koridor.

Dato Arshad berdeham perlahan. Dia perlu kuatkan diri untuk buat permintaan demi Irdiana. Di hospital tadi, tak sampai hati dia melihat Irdiana merintih dan menangis ketika Idlan datang melawat. Tapi, apabila Idlan ada di sana, Irdiana kata sakitnya berkurangan. Mungkin kalau Idlan terus bersama Irdiana, atau lebih tepat lagi kalau Idlan sanggup bernikah semula, mana tahu kalau penyakit misteri Irdiana boleh sembuh. Itulah yang dia harap-harapkan.

Pakcik nak minta tolong. Pakcik tahu kamu perempuan baik.

Apa yang pakcik nak minta tolong dari saya Cakaplah.

Beginilah... pakcik dah tak ada anak lain selain Irdiana. Sekarang dia sedang sakit. Kamu nampak tadi kan macam mana menderitanya dia dengan sakit yang dialaminya tu. Kalau penyakitnya dapat dikesan apa puncanya dan doktor tahu macam mana nak merawat, pakcik takkan datang sini jumpa kamu.

Apa yang saya boleh tolong Pakcik nak saya tolong carikan ustaz kat kampung untuk ubatkan kak

Irdiana

Bukan. Bukan macam tu...

Habis tu, apa pakcik

Dato Arshad menghela nafas berat. Begitu sukar meluah permintaan yang mungkin tak masuk akal. Permintaan yang boleh mengguris hati mana-mana isteri yang mendengar.

Tinggalkan Idlan.

Ika terkejut. Dia pegang dada dengan kedua-dua tangan. Mata dipicing dengan reaksi hairan.

Tinggalkan suami saya Kenapa

Anak pakcik masih perlukan dia.

Tapi, dia suami saya.

Pakcik tahu. Sebab tu pakcik datang sini merayu dengan kamu. Anak pakcik selalu sebut nama Lan sebelum kamu berdua datang melawat. Pakcik tak sampai hati tengok dia merintih dan menangis setiap hari sambil menyebut nama Lan. Tadi masa kamu balik, Lan masih kat sana temankan dia. Irdiana kata dia dah kurang rasa sakit bila Lan ada dengan dia. Saya... Ika mati kata-kata.

Tersayat hatinya saat itu mendengar permintaan Dato Arshad. Apakah Idlan tahu niat Dato Arshad Mungkin suaminya dah tahu. Kalau tak, takkan sampai sekarang Idlan belum pulang Lebih buat hatinya tersayat apabila dari awal dia sedia maklum, Idlan masih mencintai Irdiana.

Tolonglah pakcik. Kesianlah pada pakcik sekeluarga. Irdiana satu-satunya anak pakcik. Bila dia sakit, pakcik tak tahu nak buat apa untuk tolong dia. Cuma ini saja jalan terakhir pakcik boleh fikir. Pakcik tebalkan muka datang ke sini. Tolonglah... tinggalkan Lan. Pakcik sanggup berikan apa saja yang kamu mahu. Duit Rumah Pekerjaan Pakcik boleh bagi semua.

Ketika itu air mata Ika jatuh setitis dua. Sebak rasa hati apabila si suami menjadi pertaruhan untuk kebahagiaan orang lain. Bagaimana dengan dia Sanggupkah dia memenuhi permintaan seorang ayah yang begitu terdesak melakukan apa saja cara supaya anaknya sembuh Dia tak sampai hati sebenarnya apabila melihat keadaan Irdiana. Apatah lagi Dato Arshad.

Tapi, saya sayangkan abang Idlan. Saya cintakan dia dan ikhlas nak penuhi tanggungjawab sebagai isteri yang tak pernah kak Irdiana buat. Tak mungkin saya sanggup tinggalkan dia macam tu aje Lebih-lebih lagi kalau dia tak tahu apa-apa. Saya tak boleh, pakcik. Saya minta maaf. Kalau pakcik nak suruh saya beri keizinan abang Idlan bernikah semula dengan kak Irdiana, saya masih sanggup lagi. Tapi, untuk tinggalkan dia, saya takkan buat macam tu. Dia baru saja nak kenal erti bahagia hidup dengan isteri yang benar-benar ikhlas sayangkan dia. Tapi, bila pakcik minta saya tinggalkan dia, perkara tu tak mungkin terjadi. Saya takkan tinggalkan dia. Ika menarik nafas dalam-dalam. Selagi dia mampu pertahankan rumahtangganya, dia akan buat sehabis daya. Tak mungkin dia akan mengaku kalah sebelum dia berjuang habis-habisan. Tak mungkin.

Dato Arshad tiba-tiba melutut. Ika terkejut dan terus menjarakkan diri. Sungguh dia tak sangka, Dato Arshad sanggup melutut di hadapannya.

Tolonglah pakcik. Seumur hidup, pakcik tak pernah rendahkan diri di hadapan orang seperti apa yang pakcik buat depan kamu sekarang. Kalau kamu masih ada ayah, sanggup tak tengok ayah kamu melutut begini dan merayu demi melihat kamu bahagia Sanggup tak kamu Dato Arshad kelihatan sebak. Air mata tuanya jatuh beberapa titis.

Tiba-tiba Ika teringatkan ayah di kampung. Terbayang-bayang air muka Ayah Wan saat itu. Rindu menggamit tiba-tiba. Sejak dia tinggal di sini, belum pernah sekali pun dia dan Idlan pulang ke kampung kerana kesibukan kerja suaminya. Sekarang apabila Dato Arshad menyebut tentang perkara itu, hatinya bertambah sayat.

Pakcik hargai apa yang kamu katakan mengenai Idlan menikahi semula Irdiana. Tapi, pakcik tak yakin kalau Idlan setuju sebab pakcik tahu dia sayangkan kamu. Tak mungkin dia akan lukakan hati kamu. Pakcik kenal sangat dia. Tentu dia menolak kalau kamu sendiri yang beri keizinan. Tapi, kalau kamu hilangkan diri tiba-tiba dan dia tak tahu mana tempat nak cari kamu, untuk dia kembali semula pada Irdiana kemungkinan itu ada. Tolonglah... pakcik sanggup lakukan apa saja yang kamu mahu. Katakan saja apa yang kamu nak, pakcik akan usahakan.

Ika menyapu air mata yang makin lebat turun ke pipi. Bukan wang ringgit dan harta benda yang dia mahu kalau itu yang Dato Arshad maksudkan. Dia tak perlukan itu semua. Dia hanya perlukan Idlan dan keluarganya di kampung. Itu saja yang menjadi keutamaan.

Pakcik tahu kamu mempunyai sekeping hati yang luhur. Kalau kamu ada belas ihsan pada anak pakcik, berilah dia peluang mencipta bahagia bersama Idlan semula. Kali ni pakcik yakin, dia akan bahagiakan Lan. Pakcik yakin dia dah insaf dan mengakui kesalahan dan dosa yang pernah dia lakukan pada Lan.

Ika tak sanggup nak dengar lagi. Kedua-dua telinga ditutup rapat tapi, suara Dato Arshad yang merayu, masih jelas kedengaran. Entah kenapa di saat itu hatinya nekad untuk buat keputusan.

Baiklah, pakcik...

Dato Arshad mendongak. Air mata diseka perlahan. Nampaknya Ika bersetuju dengan permintaan. Dia bangun dari melutut dan segera menghampiri Ika.

Katakan yang kamu setuju dengan permintaan pakcik. Katakanlah yang sebetulnya...

Bibir Ika bergetar hebat. Dengan rasa berat hati dia mengangguk perlahan.

Semoga Allah saja yang dapat balas kebaikan kamu, kata Dato Arshad.

Tapi, saya ada satu permintaan.

Apa dia Cakaplah. Apa saja yang kamu nak, pakcik cuba tunaikan.

Tolong hantar saya balik kampung. Saya tak mahu abang Idlan nampak saya masih ada kat sini.

Baiklah. Biar pakcik sendiri yang hantar kamu. Pergilah kemaskan pakaian dan pakcik tunggu kamu di bawah.

Saat itu Ika bingung. Apakah betul keputusan yang dibuat Langkahnya berat nak masuk semula ke kondo tapi, dia tak punya pilihan kerana dah bersetuju dengan permintaan Dato Arshad.