Lyn yang terdengkot-dengkot berjalan dengan perlahan untuk memastikan bahawa dia tidak terlalu memaksa tekanan di buku lali kakinya. Mereka memilih meja yang paling hampir dengan pintu masuk restoran.
Awak nak makan apa
Apa-apa jelah. Saya okey je.
Okey sekejap ya
Shah bangun dan menuju ke sebuah tempat di mana kesemua makanan disusun cantik. Shah mencapai dua pinggan dan mengisi makanan sehingga penuh. Dua buah pinggan yang penuh di atur di atas meja dan dua buah pinggan kosong letakkan di hadapan Lyn dan hadapannya.
Lyn hanya melihat sahaja Shah berulang alik daripada meja buffet ke meja mereka berdua. Selagi ada makanan, selagi itulah dia ambil. Di meja mereka kini sudah penuh dengan pelbagai makanan. Akhir sekali Shah kembali dengan menatang sepinggan penuh buah-buahan sebagai pencuci mulut. Lyn terkejut dan matanya segera membulat apabila Shah mengambil lagi makanan untuk mereka berdua.
Banyaknya awak ambil Shah Ni nak makan ke nak berniaga ni
Tak apa. Awak makan je banyak-banyak. Biar kaki awak tu cepat sembuh.
Tapi, ni banyak sangat ni. Membazir je kalau tak habis makan. Lagi satu, saya ni jenis tak makan banyak kalau waktu malam. Nanti mesti mahal nak bayar makanan ni semua, keluh Lyn.
Awak janganlah risau. Taulah macam-mana saya nak uruskan nanti. Yang penting sekarang ni awak makan dulu, yang lain-lain biar saya yang uruskan kemudian. Lepas makan malam ni, awak kena makan ubat terus. Oh ya, saya lupa pula nak tanya. Awak datang sini untuk bercuti ke sebab saya nampak awak seorang je. Shah mulai menunjukkan sifat prihatinnya kepada Lyn.
Lyn menggeleng, Taklah. Saya datang sini ada kursus sampai enam bulan ke depan. Saya tinggal dekat sini sampai bulan Jun nanti.
Oh! Maknanya syarikat yang buat kursus tu syarikat awaklah ya Syarikat Majutera Okey, okey. Kepalanya terangguk-angguk.
Macam mana awak tau nama syarikat saya soal Lyn kepelikan.
Rasanya dia tidak ada menyebut nama syarikatnya tadi kepada Shah. Lalu bagaimana Shah boleh mengetahuinya
Shah hanya ketawa. Dia menyuap Mee Kolok Sarawak ke dalam mulutnya.
Shah, cakaplah. Macam mana awak tau nama syarikat saya Awak berkerja dekat resort ni ke
Resort ni kepunyaan keluarga saya. Saya cuma Manager je dekat sini. Abang saya merupakan Pengarah Urusan resort ni. Saya tau nama syarikat awak sebab hanya syarikat Majutera je yang buat kursus jangka panjang dekat sini. Tapi, saya tak tau pula yang awak merupakan kakitangan syarikat tu. Kalau saya tau, dah lama saya tegur awak. Masa saya terserempak dengan awak dekat pantai tu pun saya was-was juga nak tegur awak sebenarnya. Tapi, bila awak menoleh masa saya panggil awak baru saya pasti yang tu awak. Terang Shah panjang lebar.
La... ni resort keluarga awak ke Patutlah awak macam tak kisah je kalau makanan yang awak ambil ni banyak atas meja. Tapi seriuslah, saya memang tabik dengan awak. Masa dekat universiti dulu awak dalam bidang multimedia, tapi sekarang dah jadi ahli perniagaan. Bukan calang-calang tu. Hebat!
Ish, tak adalah hebat mana pun. Janganlah puji lebih-lebih sangat Lyn. Saya ni cuma bantu mana yang patut je pun. Dekat sini pun saya kerja sebagai kuli je. Lagi pun kalau bukan ahli keluarga sendiri yang tolong uruskan siapa lagi kan Lagi satu resort ni ada potensi nak berkembang kalau kena dengan gayanya sebab kawasan dekat sini memang menarik.
Pandai keluarga awak bangunkan resort dekat tempat yang macam ni. Tempat ni memang cantik. Susah tak nak cari tapak untuk bangunkan resort dekat sini Ataupun awak memang ada kenalan dekat sini-sini
Lyn, awak lupa ya. Saya kan memang asal Kuching. Asalnya resort ni bukan keluarga saya punya, tapi sebab pemilik asalnya dah hampir muflis, ayah saya beli daripada dia. Kalau nak tutup sayang sebab resort ni ada potensi besar nak pergi jauh. Sekarang ini kami adik beradik bertungkus-lumus bangunkan resort ni bersama-sama sampailah jadi macam apa yang ada sekarang ni. Ya, memang saya minat multimedia dari dulu lagi tapi saya korbankan minat saya tu demi resort ni. Tapi, kalau ada job sampingan yang memerlukan khidmat saya, saya akan buat juga. Cuma sekarang resort ni adalah fokus utama saya. Senang nak cakap kerja utama saya.
Lyn menepuk dahinya. Dia terlupa bahawa Shah sekeluarga sememangnya berasal daripada bandar Kuching. Patutlah dia tau dan arif tentang selok-belok kawasan sini. Tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang bertelingkahan kedengaran tika itu. Pelbagai telatah para pelanggan yang dapat disaksikan oleh mereka berdua. Shah ralit menikmati makanannya dan Lyn seperti sedang mengelamun.
Lyn, kenapa ni kaki awak sakit lagi ke
Eh, taklah. Saya okey je. Saya cuma risau sikit je.
Risau apa Risau handphone awak yang rosak tu ke ataupun awak risau kursus awak tu
Saya risau kalau-kalau makwe awak ke isteri awak ke nampak awak dekat sini berdua dengan saya. Kang tak pasal-pasal saya juga yang kena pelangkung.
Habis jatuh saham saya nanti. Tak ada orang nak nanti.
Hey, saya tak kahwin lagilah. Makwe pun saya tak ada tau. Tak ada siapa nakkan saya ni Lyn. Dulu masa dekat Uni saya nak awak tapi awak yang tak nak. Sekarang ni saya langsung tak ada calon. Awak pula macam mana Dah kahwin ke Kalau awak dah kahwin rugilah saya.
Lyn mengetap bibir. Dia menyedari bahawa dia sendiri telah membuka jalan bagi mereka berdua membahaskan soal kahwin ni. Tiada jalan keluar bagi menutup persoalan kahwin ni melainkan dia menjawab ya ataupun tidak. Dia tahu dia sudah terperangkap dalam soalan jurus maut itu dan kalau ikutkan hatinya dia sendiri tidak mahu menjawab tapi apakan daya dia tidak mahu bersikap sombong lebihlebih lagi pada orang yang sudah membantunya tadi.
Hm... Belum lagi. Tapi, dah berpunya. Ringkas sahaja jawapannya.
Oh, bila nak kahwin
Shah sudah mengendurkan nada suaranya dan tiba-tiba hatinya pedih bagaikan dirobek-robek apabila Lyn mengatakan bahawa dia sudah pun berpunya.
Hakikatnya Lyn masih belum berpunya kerana dia dan Brian masih tiada hubungan istimewa kerana hanya dia sahaja yang menyukai Brian. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sama ada dia menyukai ataupun menyintai mamat kacukan Inggeris itu. Bahkan dia sendiri tidak tahu apa anggapan Brian terhadapnya.
Errr... tak tahu lagi. Shah, saya rasa saya nak balik biliklah. Sejuk dekat sini takut nanti masuk angin pula kaki saya ni. Risau makin bengKak pula nanti sebab saya tak pakai setoking. Saya minta diri dulu ya Lyn cuba mengelak dari memanjangkan persoalan itu dan terus bangun.
Kejap. Saya pergi settlekan ni dulu. Shah bangun menuju ke kaunter dan Lyn terlihat seperti Shah sedang berbisik kepada chef restoran itu. Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa sebungkus beg plastik yang dan tentu-tentunya berisi makanan.
Lyn sudah tidak mahu memikir yang bukan-bukan lalu dia hanya mengabaikan sahaja.
Shah membantu Lyn dan menghantarkannya sehingga ke pintu bilik. Setibanya di hadapan pintu biliknya, dia menoleh ke belakang dan senyuman nipis diberikan kepada Shah.
Terima kasih banyaklah Shah. Saya dah banyak susahkan awak. Dari awak bawa saya pergi hospital sampailah ke awak belanja saya makan dan hantar saya ke bilik. Terima kasih banyak-banyak.
Sama-sama. Nah, ni untuk awak. Saya tau nanti mesti awak lapar sebab saya perati je daripada tadi awak makan sikit je. Saya tapaukan nasi panas-panas dengan Midin. Lauk special daripada Sarawak. Nanti awak makanlah ya Jangan lupa makan ubat sekali.
Tengok, saya dah susahkan awak lagi sekali. Hm, terima kasih. Saya masuk dulu. Lyn sudah melangkah ke dalam bilik tetapi sempat ditahan oleh Shah.
Lyn...
Ya Kenapa Shah
Nah!
Lyn memandang pelik. Apa benda lagi pula tu. Nak kata makanan, sebungkus nasi panas dah dihulur.
Takkan makanan lagi kot. Apa ni soal Lyn.
Bukalah tengok.
Lyn mencapai bungkusan plastik hitam yang dihulurkan oleh Shah dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat kotak BlackBerry jenis yang sama dengan handphonenya yang sudah rosak itu. Dia menggeleng dan memulangkan kembali kotak tersebut kepada Shah.
Maaf Shah. Saya tak boleh terima ni. Saya dah terhutang budi dengan awak. Awak ambillah balik ya. Saya hargai niat awak tapi maaf, saya betul-betul tak boleh nak terima ni. Hari ni awak dah banyak sangat tolong saya walaupun kita dah lama tak jumpa.
Lyn, jangan macam tu. Saya belikan ni ikhlas untuk awak. Saya tau awak memerlukan handphone ni. Saya tak minta balasan pun atas apa yang saya bagi dekat awak. Awak mesti nak call keluarga awak ataupun pihak pengurusan awak. Handphone tu penting. Kalau awak tak ada handphone macam mana awak nak hubungi orang-orang penting. Kalau betul awak nak balas budi saya, nanti awak temankan saya makan. Itu je yang saya minta. Dah, sekarang ni awak masuk, rehat dan tidur.
Lyn serba salah untuk menerima hadiah pemberian Shah. Dia takut seandainya dia menerima akan mengundang suatu masalah yang lain di kemudian hari. Tetapi, desakan Shah menyebabkan dia menerima juga hadiah tersebut walaupun hatinya sangat berat untuk terima hadiah semahal itu.
Terima kasih Shah. Saya masuk dulu.
Sama-sama. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Sebaik sahaja kelibat Shah menghilang Lyn yang berjalan secara terdengkot-dengkot terus sahaja menuju ke arah bilik air. Setelah selesai mandi dan menunaikan solat isya dan juga mengqadakan solat maghrib, Lyn mencapai kotak BlackBerry hadiah pemberian Shah tadi dan mula memasukkan simkadnya lalu menghidupkan handphone tersebut. Sementara menunggu handphone itu dihidupkan, Lyn menepuk dahinya. Dia bagaikan teringat sesuatu. Lupa pula nak minta nombor telefon Shah!
SEBAIK sahaja handphone BlackBerry barunya dihidupkan, terus sahaja Lyn memicit nombornombor lalu mendial nombor rumahnya. Dua tiga kali panggilan yang dibuat oleh Lyn langsung tidak berangkat. Lyn sudah mulai risau memikirkan apa yang berlaku di rumah kerana tiada siapa pun yang mengangkat panggilannya. Dia cuba menghubungi rumahnya sekali lagi dan akhirnya panggilan mula bersambut.Nafas lega dihela perlahan apabila menerima respond yang diharapkan. Assalamualaikum, ya nak cakap dengan siapa ya Kedengaran suara disebelah sana mula mengatur perbualan.
Waalaikumussalam, Kak, ni adik lah. Mak mana Oh! Mak ada, dalam bilik. Mak tengah solat kot. Kau kat mana dik Mak punyalah risau sebab tiba-tiba tak dapat call kau. Apasal
Ha, tulah nak bagi tahu ni. Tadi handphone adik rosaklah tu yang tak dapat nak call tu.
Macam mana handphone kau boleh rosak Mak kata petang tadi Mak call kau okey je.
Dekat pantai tadi adik jalan-jalan nak tengok matahari terbenam tiba-tiba ada orang langgar lari lepas tu handphone pula adik tak sedar dah berendam dalam air laut. Tak sempat adik nak selamatkan. Oh, kaki adik terkehel tadi. Tapi, dah pergi hospital. Mujur tak teruk sangat, ngilu sikitlah sebab jalan ni pun dah terdengkot-dengkot.
Ish kau ni kan... Careless betullah. Cubalah lain kali tu hati-hati sikit. Macam mana boleh accident tu. Mesti berangan lebih sampai tak sedar orang langgar. Habis ni kau okey tak dik Doktor cakap apa Lisa membebel mendengar laporan yang baru sahaja dimaklumkan oleh Lyn.
Kau ni Kak... itu pun nak bebel. Bukan nak kesian dekat adik ni. Aii nasiblah badan. Call, call je dah kena bebel.
Macam mana tak kena bebel, kau tu jenis careless. Tulah control ayu sangat. Kau tu dahlah duduk jauh, apa-apa jadi dekat kau kan susah. Ni kau okey tak Habis tu ni kau pakai handphone siapa
Okey, tapi dapat MC juga. Yelah nak berjalan pun payah macam mana nak pergi kursus. Beli handphone
barulah, takkan nak guna public pula.
Aik Sakit-sakit pun sempat ....
Belum sempat Lisa menghabiskan ayatnya tibatiba talian terputus. Lisa yang terkejut dengan keadaan itu terus sahaja mendial semula nombor Lyn.
Kenapa terputus tadi
Kredit habis.
Hm, macam-macamlah kau ni dik. Dahlah pergi rehat, tidur. Nanti apa-apa Akak call balik. Esok Akak tolong top upkan. Pasal kau accident tu nanti Akak cakap dengan Mak. Karang kalau Akak tak cakap takut Mak lagi risau, yelah dia kan tak dapat call kau daripada petang tadi lagi.
Ha yelah Kak. Apa-apa nanti adik call balik. Terima kasih Kak. Kirim salam dekat semua ya.
Assalamualaikum!
Waalaikumussalam.
Kedengaran bunyi ganggang telefon diletakkan semula ke tempat asalnya. Lisa tergeleng kepala apabila mendengarkan keadaan terbaru adiknya, Lyn. Dia mengharapkan agar keadaan Lyn tidaklah begitu teruk sehingga menjejaskan keadaannya yang kini merantau jauh berseorangan di Sarawak kerana sedang mengikuti kursus di sana. Sebaik sahaja Lisa memastikan bahawa pintu dan tingkap telah dikunci rapat, kakinya dengan santai memanjat anak tangga menuju ke arah biliknya.