kerjanya mempelawa Taufik duduk.
Aku tengah cari tempat duduklah ni. Taufik menjawab dengan matanya yang terkebil-kebil. Tangannya sibuk menguis-nguis dokumen, sampah, fail dan segala-galanya yang memenuhi ruang pejabat Faliq Helmi Mazlan ini.
Dia memandang sekeliling ruang pejabat Faliq yang penuh dengan barang-barang kes, cawan-cawan kopi yang belum dicuci, fail-fail yang menimbun serta buku-buku rujukan yang berserakan di atas meja dan kerusi.
Sorry, aku alihkan barang-barang ni sekejap.
Tak payah, aku buat sendiri. Taufik mencegah
Faliq bangun dari tempat duduknya. Kotak berisi dokumen-dokumen lama dialihkan sendiri.
Ni cawan-cawan ni kenapa tak bagi tukang cuci uruskan
Dia orang sibuk, tak apa nanti aku buat sendiri.
Faliq, tukang cuci memang selalu sibuk mencuci,
dan itu memang tugas mereka di pejabat kita ni. Setakat cawan kopi ni memang kau boleh uruskan sendiri. Tapi, masalah sekarang ni... diri kau sendiri tak terurus, macam mana nak urus cawan-cawan ni
Fik, it is just a few cups. Sekejap lagi aku cuci. Faliq sudah dapat menangkap maksud rakannya ini.
Bukan setakat cawan Faliq, aku cakap pasal kau. Kau ni dah kenapa Tiba-tiba kerja non stop. Taufik adalah satu-satunya manusia yang berani menjengah ke bilik Faliq pada hari ini.
Mana ada...
Aku tahu kau gila kerja, tapi takkanlah sampai macam ni Faliq Dah berjambang semua, diri tak terurus, tidur, mandi, tukar baju semua dekat sini, balik rumah pun tak. Kau kurung diri dalam pejabat ni sampai setiausaha sendiri pun dah naik takut.
Dia cakap dia takut ke
Dia tak cakap yang dia takut, tapi cuba kau cermin diri kau sekarang ni Faliq. Dah berserabut sangat. Aku pun takut. Kang aku cakap muka kau macam zombie, kau marah pula. Aku tengok macam Yeti pun ada juga.
Kau jangan risaulah. Aku okey, cuma banyak kerja je. Dah selesai nanti, aku baliklah.
Bila nak selesai Kes yang kau uruskan pun dah berlambak. Lepas tu semua kes baru kau nak. Kes orang lain pun kau rembat. Sampaikan kau paksa dia orang lepaskan kes tu pada kau, kan Kalau macam tu bila kerja-kerja kau tu nak habis
Ye ke Aku rasa macam tak banyak pun kerja aku.
Baliklah Faliq. Aku nak kau balik mandi, tidur, makan dan rehat. Esok kau datang pejabat balik.
Ish... kau ni. Hari ni, kan memang hari kerja. Takkanlah aku nak memonteng pula masa abang aku outstation.
Abang kau yang suruh. Dia yang ada di Toronto
pun dah tahu pasal habit baru kau ni. Satu pejabat dah sepakat nak suruh kau balik rumah. Tak ada dah yang sanggup nak menatap muka kau yang serabai ni. Aku
je yang sanggup. Baliklah.
Nantilah. Aku banyak kerja ni.
Lagi satu Encik Farhan pesan, kau serahkan balik kes-kes yang kau rancang nak rampas dari staf lain. Dia orang merungut yang dia orang dah tak ada kerja nak buat. Dokumen-dokumen zaman dinasor ni pun tak lama lagi aku angkut masuk stor balik. Kau tak payah nak sibukkan sangat diri kau tu.
Kejam kau orang ni. Aku nak kerja pun dihalau balik rumah.
Kau dah tiga hari memerap dan menetap dalam bilik ni. Kalau kau tak nak balik, aku call security dekat bawah. Suruh dia orang usung kau balik.
Kalau bab-bab nak mengenakan aku. serah aje pada kau, kan Faliq ketawa. Kata-kata Taufik menggeletek tangkai hatinya.
Cuba kau cakap dengan aku, kenapa dengan kau ni Teruk sangat dah aku tengok. Taufik mula mengorek rahsia.
Aku rasa aku dah jatuh cinta untuk pertama kalinya. Pengakuan yang meluncurkan laju dari bibir Faliq turut disertai dengan satu keluhan berat.
Patutlah asyik nak balik awal je kebelakangan ni. Tapi, yang kau jadi macam ni kenapa pula
Tak sempat nak bercinta lebih-lebih pun, dah putus. Sekarang aku dalam fasa frust menonggeng. Faliq tersenyum. Dia merasa seolah-olah diejek oleh dirinya sendiri.
Pula Perempuan mana buat kawan aku sampai macam ni
Dengan jiran sebelah rumah aku sebab tu aku malas nak balik. Pen yang berada di tangan sengaja diputar-putar.
What
Jiran yang tolong aku masa sakit hari tu.
Perempuan
Takkan lelaki pula
Taufik sengih. Sengaja mahu mengusik Faliq, Dah tu kenapa boleh putus
Kau kenal tak pengerusi baru Emerald Group
Pengerusi baru Ada juga aku baca surat khabar beberapa hari yang lalu. Kenapa
Kami putus sebab dia adalah perempuan yang sama yang aturkan rampasan kuasa Emerald Group tempoh hari.
Apa! Mulut Taufik seperti sudah tidak boleh ditutup rapat.
Faliq senyum.
Maksud kau, Cik Nadhirah Tan Sri Malik tu Teka Taufik penuh minat.
Faliq anggukkan kepalanya beberapa kali.
Look man, I am sorry to say this, but according to what I read from the tabloid few days ago, that woman is... Taufik tidak jadi mahu meneruskan ayatnya atau tidak apabila melihat wajah kusut Faliq. Dia tidak percaya dengan apa yang dibacanya.
Membayangkan bahawa Faliq jatuh cinta pada seorang gadis yang telah memusnahkan keluarga sendiri adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran Taufik. Takkanlah Faliq begitu buta menilai yang mana intan dan yang mana permata.
Nadhirah Tan Sri Malik merupakan satu figura yang baru sahaja merampas Emerald Group dari abang sendiri tanpa belas kasihan, dia membiarkan mamanya diserang strok. Itulah antara rempah ratus cerita yang dikarang di beberapa buah agensi akhbar dalam dan luar negara.
Sebab itulah kami putus. Faliq seolah-olah sudah dapat meneka apa yang bakal meluncur keluar dari mulut Taufik.
Macam mana dia boleh buat kau jatuh cinta dengan dia pula ni
Kau yang cakap cinta tu buta. I was enchanted by the other side of her.
What do you mean about her other side
Dia baik, lembut, pandai hormat orang, mama dan abah aku pun dah berkenan dengan dia. Tapi, kau pun dah tahu macam mana perangai sebenar dia, kan Dah beberapa bulan aku kenal dia, aku langsung tak sangka yang dia ada perangai yang begitu teruk.
Dia berubah jadi macam tu atau memang dia macam tu Taufik mula berminat mahu mendengar.
Aku tak tahu. Dah lama aku kenal dia, kucing kurang pun dia sanggup belikan makanan. Tapi, kau tengoklah apa yang dia mampu buat. Aku pun terkejut. Tak sangka langsung yang dia jadi macam tu.
Sedangkan laut lagikan berubah Faliq, apatah hati orang. Tapi, kau pun tak boleh terus buat keputusan nak putus macam tu. Tak matanglah. Ada kau dengar penjelasan dari dia
Dia ada juga cuba terangkan semua, tapi aku dah tawar hati. Malas nak dengar. Tak pasal kena tipu lagi.
Apasal pula macam tu Kau langsung tak dengarlah penjelasan dia Taufik menyoal lagi.
Tak. Kami bergaduh teruk lepas mesyuarat di Emerald Group hari tu dan kami buat keputusan untuk ikut haluan masing-masing. Its over.
Dia cakap apa
The last thing yang dia cakap adalah semua orang dah tinggalkan dia sejak dari kecil. It takes no time for her to forget me. Lepas tu kami putus. Semudah tu dia buang aku Taufik. Sakit hati aku.
Yang sebenarnya ni, kau yang tinggalkan dia atau dia yang tinggalkan kau Taufik jadi keliru. Faliq kedengaran seolah-olah kesal dengan apa yang terjadi.
Kenapa kau cakap macam tu
Ada kau bagi dia ruang untuk menjelaskan semua Ada kau bagi dia masa untuk berterus terang pada kau Ada kau tanya dia elok-elok
Faliq menggelengkan kepalanya pada setiap soalan Taufiq. Dia tahu yang kini Taufik sedang menyoal siasat dirinya, tapi dibiarkan sahaja.
Kau tak nak dengar apa yang dia nak cakap, kau tak nak ambil tahu pun sebarang penjelasan yang dia nak buat, kau tak bagi peluang pun untuk dia terangkan apa-apa pada kau. Lepas tu kau cakap yang dia boleh buang kau semudah tu Pada hemat akulah, yang sebenarnya putuskan hubungan ni adalah kau, bukan dia!
Apa-apa ajalah Taufik, aku malas nak fikir lagi. Buat sakit kepala aja. Faliq sudah enggan lagi mengusutkan kepalanya yang sudah sedia kusut.
Setakat sakit kepala itu perkara biasa, tapi kalau patah hati, teruk kesannya. Kau pasti ke yang kau dah tak nak fikir lagi
Rasanya macam itulah.
Aku cakap macam ni sebab aku tak nak kau menyesal. Aku rasa kau patut dengar dulu penjelasan yang dia nak bagi. Mana tahu kalau-kalau apa dia buat dengan Emerald Group tempoh hari tu bersebab. Kau juga yang gigit jari nanti. Menyesal pun dah tak guna masa tu. Ujar Taufik.
Apa alasan yang dia ada sampai dia sanggup biarkan ahli keluarga sendiri merempat macam tu Mama dia kena serangan strok pun dia buat bodoh je. Aku tak boleh nak terima yang dia adalah perempuan yang macam tu.
Dunia sekarang ni banyak yang tunggang terbalik. Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk buat semua tu. Lagipun Puan Sr Munirah cuma ibu tiri, mungkin mereka memang dah tak sebulu sejak dahulu. Siapa tahu, kan Kau patut dengar dulu apa yang dia nak cakap. Aku rasa itulah yang terbaik.
Tak tahulah Taufik. Aku kusut sangat sekarang ni.
Kita ni peguam Faliq. Banyak sangat kes di mahkamah yang membuktikan kadang-kadang apa yang kita dengar, apa yang kita nampak, tak semuanya betul. Banyak benda yang misteri dalam dunia ni. Komunikasi adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Kau tahu kan semua tu Tahu. Jawab Faliq pendek.
Kau masih cintakan dia, kan Faliq
Entahlah. Alih kiri muka dia, alih kanan muka dia, pejam mata pun aku nampak dia, terlelap pun aku boleh dengar lagi suara dia. Aku jadi sakit hati dengan diri sendiri sebenarnya. Dah terbukti pun perangai dia macam tu, tapi aku tak boleh buang dia dari kepala otak aku ni. Meluat betul aku.
Itulah yang orang panggil cinta. Aku tak kenal dia. Kenal dia pun dari surat khabar. That first impression of her is quite eerie for me. Dia nampak sangat kejam melalui cerita yang aku baca, tapi siapa tahu apa yang dia fikirkan Apa yang buat dia pilih untuk musnahkan hidup semua ahli keluarga dia
Kau rasa dia ada sebab sendiri ke
Semua benda dalam dunia ni bersebab. Kita menilai dia dengan apa yang kita nampak hari tu tapi cuma dia yang tahu sebab sebenar. Kau patut cari dia. Sembang elok-elok.
Should I Faliq bertanya pada Taufik dan bertanya pada dirinya sendiri.
You should. Kalau pun nak putus, pastikan kau orang putus dengan cara baik. Bukan dengan bergaduh macam ni. At least, kau tak sakit dan dia pun tak sakit.
Macam mana kalau dia mengaku yang dia buat semua ni sebab dia memang tamak dan gila harta.
Kalau macam tu, lagi senang. Kau tak payah nak peningkan kepala. Putuskan semua, lepas tu teruskan hidup. Jangan menyesal kemudian hari. Itu tak betul. Taufik bangun dan menepuk bahu Faliq kemas. Dia mahu Faliq berfikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan.
Faliq memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Kusut!
Aku dah nak keluar ni. Banyak kerja yang menunggu dalam pejabat aku tu. Kau jangan tak balik pula tau.
Ya, aku balik. Jangan risau.
Pukul berapa kau nak balik
Pukul 5 nanti.
Apa pula pukul 5, aku nak kau balik segera. Pukul 5 tu lambat lagi.
Apa pula yang lambatnya, sekarang dah pukul 3 dah pun.
Tak ada, tak ada. Aku nak kau balik sekarang. Aku bagi kau 15 minit. Make sure kau balik. Kalau tak aku panggil security. Faham tak Ada nada tegas yang terselit di dalam arahan Taufik pada Faliq. Dia tidak boleh lagi membiarkan Faliq begini. Faliq perlu pulang dan berehat.
Baik Encik, saya balik sekarang juga. Faliq akhirnya mengalah dengan permintaan Taufik.
Buang jambang tu semua. Serabut sangat dah tu. Pesan Taufik sebelum menghilangkan dirinya di balik pintu. Faliq pula sudah pun menyarungkan kot yang tersadai dikerusi kerjanya. Akhirnya terbuka juga pintu hatinya untuk balik ke rumah.