DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 45
Ini cerita 2 bulan terdahulu. Seorang lelaki awal 40-an. Datang ke klinik kerana jatuh di tempat kerja. Pergelangan tangan kanannya bengkak. Sekali tengok pun dah tahu. Kalau tak patah mesti retak punya. Aku hantar dia ke hospital. Untuk buat x-ray dan rawatan lanjut.

Lepas seminggu dia datang ke klinik. Mengadu sakit dan tangannya masih membengkak. Doktor kerajaan kata tak patah. Beri ubat dan MC dua hari. Langsung takda follow up. Dia cuba juga bekerja. Tetapi sakitnya tak boleh tahan. Langsung tak boleh nak pegang spanar.

Aku beri dia MC 3 hari dengan harapan bengkaknya surut. Lepas seminggu dia datang lagi. Keadaannya tak berubah. Dia pergi kerja. Tetapi duduk termenung tengok orang buat kerja. Aku suruh dia buat x-ray semula. Aku tak puas hati. Gerak hati aku kata mesti patah punya. Semalam dia datang lagi. Tekaan aku benar. Repeat x-ray mengesahkan ada tulang yang patah. Compression Fracture Distal Radius. Tangannya disimen selama 6 minggu. Nasib baik ada doktor yang prihatin. Nasib baik ada doktor yang pandai baca x-ray. Nasib baik ada doktor yang tak tuduh dia kaki MC. Tapi masalah terbaru. PERKESO reject permohonan claimnya. MCnya tak tally dengan kecederaannya. Pegawai PERKESO hairan, bagaimana tulang patah boleh pergi kerja

Ada kawan pakar Radiologi kata, Fracture macam ni kadangkadang boleh termissed. Terutama kalau x-ray dibuat pada hari dia jatuh. Juga kalau doktor-doktor baru yang kurang pengalaman yang merawatnya. Sebab itu jangan bergantung sepenuhnya pada x-ray. Kena tanya bagaimana dia jatuh, kena periksa dan pegang pergelangan tangannya. Bukannya mengharap keputusan x-ray semata-mata.

Ada banyak kes datang ke klinik. Anak-anak kecil jatuh dan benjol di kepala. Ibu bapa yang prihatin terus minta dirujuk ke hospital pakar. Nak minta x-ray ataupun CT Scan. Takut ada kecederaan dalaman. Padahal budaknya masih ligat macam biasa. Kalau aku tak cukup prihatin, aku terus rujuk je ke hospital. Habis cerita. Tetapi itu bukan cara rawatannya.

Bila anak kecil jatuh, soalan pertama aku,

Budak tu menangis ke tidak

Kalau menangis sekuat hati itu okeylah. Maksudnya tiada berlaku gegaran otak. Tak perlu tergesa-gesa nak pergi x-ray atau CT Scan. Lepas tu tengok dalam tempoh 24 jam. Kalau masih boleh bermain macam biasa, boleh makan dan minum macam biasa, takda demam ataupun muntah-muntah. Insya Allah, tak payah buang masa dan duit pergi ke klinik pakar.

Aku pening. Tak tahu macam mana nak membantunya.