Sampai di Puduraya, jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Bas Eksekutif 626 pacuan dua belas roda milik Manov nampaknya tidak kelihatan. Selalunya kalau time macam ni bas Manov masih tak muncul, maka kesimpulannya ada dua saja. Pertama, Manov cuti berehat. Jadi bas pun cuti berehat sekali. Kedua, tak ada lain mesti rantai enjin dia rosak tepi lebuhraya macam biasa-biasa.
Aku tunggu sikit lagi sambil tolong bas Konsortium keluar parking lorong sebelah. Dalam 6.45 petang, bas tak sampai juga lagi. Cilakak! Nampaknya terpaksalah aku naik bas SKS pukul tujuh. Masa aku naik, bas dah padat. Tempat kosong ada sikit lagi dan kebanyakan yang duduk sebelah semua nama Hamid. Ada sorang makwe duduk sorang tepi tingkap belah belakang. Aku ambil keputusan untuk duduk sebelah makwe tersebut.
Bas mula bergerak. Aku cuba tidur tapi gagal. Aku cuba lagi, masih gagal. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berjaga dan menggunakan masa perjalanan berfikir tentang hidup. Mulamula aku fikir pasal Juara Lagu kelmarin. Apa hal Aizat guna budak sekolah rendah masa buat persembahan Aku tengok masa tu dah pukul 11. Mak bapak tak marah ke tidur lambat Itu belum masuk aku ungkit hal eksploitasi kanak-kanak dalam mengaut kejuaraan. Mengenangkan Juara Lagu tak berapa penting dan tak berfaedah, aku fikirkan pula hal yang lebih serius seperti kes pembakaran gereja. Sebelum memulakan fikiran aku toleh kiri kanan takut ada tangan yang pegang molotov koktel. Kalau koktel parti tu sedap juga aku nak minta segelas. Namun, hal bakar gereja aku tak dapat nak fikir banyak sebab aku kurang baca akhbar. Masa di pejabat nak bersembang pun tak berapa masuk. Aku terus bertekad nak baca segala jenis pendapat bakar gereja dalam Blogosfera bila sampai rumah nanti. Siap korang! Esok masuk pejabat memang aku bagi pendapat paling nampak pandai sekali. Ingat korang saja yang boleh bagi pendapat yang nampak pandai
Habis topik serius, aku ubah pula pola pemikiran kepada strategi keusahawanan. Projek lampin yang adik aku lancarkan dua minggu lepas dah boleh beli syarikat bas. Aku ingat nak suruh adik aku beli Stesen Bas Tanjong Malim tu dan jadikan bangunan belah atas sebagai pusat kebudayaan lampin. Bas-bas pergi Kuala Lumpur pula aku nak asingkan lelaki perempuan. Satu bas perempuan, satu bas lelaki. Idea ni mula-mula aku rasa cool. Nampak ciri-ciri agamawan. Tapi tiba-tiba aku terfikir pulak kalau ramai lesbian dengan gay macam mana aku nak settle Ah, aku boleh wajibkan penumpang pakai lampin besi! Bisnes jual lampin besi aku sub pada mana-mana kontraktor Melayu. Pergh, punyalah banyak duit aku boleh dapat! Itu belum masuk projek penjualan Kopi Peria lagi.
Lepas jadi usahawan, aku fikir pulak pasal kerja menulis blog. Peraduan yang aku nak buat memang habis dah ni. Tak masuk
Macam-Macam
dalam jiwa. Makwe-makwe blog pun aku tak habis mengorat lagi. Baik aku tumpukan tu dulu. Tangan nak menaip dah tak berapa jadi. Kejap-kejap berhenti masak Nasi Goreng Pattaya. Sekarang ada lagi satu hal. Aku kena siapkan kerja tadika si Fateem. Baru seminggu masuk tadika dah pandai suruh aku buat kerja tadika sambung garis putus-putus. Kerja macam ni 23 tahun lepas aku dah puas buat!
Setelah macam-macam aku fikir, bas pun tiba di Stesen Bas Tanjong Malim. Aku turun, start motor lalu merempit balik rumah dalam hujan renyai-renyai.
Aku lupa beritahu satu perkara.
Nama makwe yang duduk sebelah aku tu Ina. Belajar Sosiologi di UPSI. Baru tahun dua. Umur pun dua puluh dua. Budak Kelantan. Mula-mula aku ingat dia pergi Kuala Lumpur tengok wayang dengan budak lelaki belajar UM, rupanya tak. Dia pergi Kinokuniya beli buku pelajaran. Baik betul. Dia minat nak jadi cikgu. Tapi tak nak mengajar di Sabah. Kalau boleh nak balik mengajar di Kelantan. Adik beradik ada empat orang. Kakak sulung kerja doktor. Kakak nombor dua belajar di Jepun. Adik bongsu lelaki baru form 5, sekolah sains. Ending biasalah. Tukar nombor handphone.
Esok aku ingat nak sms tanya pelajaran dia ada masalah ke tidak.