Aku baru nak melayan DVD MTV yang aku baru beli dari kedai Ravi. Lagu-lagu disertai terjemahan lirik Melayu, Chinese atau Thai. Pilih saja mana aku suka.
Aku pilih melayu.
Lagu So Damn Cool adalah lagu pertama. Nyanyian Ugly Kid Joe. Sampai saja pada lirik Because you are so damn cool... muncul tulisan di bawah skrin Kerana engkau celaka punya sejuk...
Aku baling laptop ke dinding. Alih bahasa serupa gampang!