Aku masuk ke barisan, turut beratur. Dino beratur di belakang aku. Sesekali aku memandang meninjau-ninjau ke depan, begitu juga Dino. Terasa seperti barisan tu adalah barisan yang paling panjang sekali dalam dunia. Terasa masa bergerak terlalu perlahan dan mengejek kami, Kesian, kesian kena beratur.
Sambil tu aku berborak dengan Dino demi membunuh masa. Dalam pada kami sedang rancak berborak, seorang mamat masuk dan terus ke depan, tak berbaris! Darah aku mula mendidih. Aku katakan pada Dino, Ni la, contoh orang tak ada otak. Mamat tu menjeling ke arah aku, kami memandang satu sama lain.
Kemudian, mamat bengap tu kembali mengalihkan perhatiannya daripada aku dan dia masih tetap tak berganjak, tetap berdiri di depan--memotong barisan.
Bodoh punya orang. Saja aku kuatkan suara agar dia dapat dengar.
Dia memandang dengan wajah sedikit bengis, Apa hang cakap
Mak hang ada kudis.
Apa!!
Mak hang berkurap kat ketiak.
Celaka, ni dah lebih ni. Dia mara ke arah aku dan terus menghayunkan penumbuknya ke pipi kiri aku.
GEDEBUK!!!
Jatuh terduduk dibuatnya. Terkejut juga dengan reaksinya. Aku bangun semula sambil tersenyum memandangnya. Dino terkedu, berdiri kaku. Aku tak salahkan Dino jika dia tak membantu. Dalam situasi macam ni, Nasi Ganja Ayam Panas memang penting.
Muka aku betul-betul berhadapan dengan muka mamat tu. Orang di sekeliling dah mula memerhatikan kami. Tapi tak buat apa-apa. Macam aku cakap tadi, waktu macam ni, Nasi Ganja Ayam Panas lebih penting. Jadi baik beratur daripada masuk campur.
Tu je ke yang hang mampu buat
GEDEBUK!!!
Satu lagi penumbuk singgah ke muka aku. Kali ni aku tak jatuh. Aku dah mula gelak. Mamat tu semakin berang, dia kemudiannya terajang di celah kelangkang aku. Terbatuk-batuk aku, terbongkok menahan senak.
Dah puas skang!! Jerit mamat tu pada aku yang masih menahan sakit.
Kalau macam ni je yang hang boleh bagi, sepanjang hari pun aku tak kisah kena belasah dengan hang bro. Balas aku. tersekatsekat.
Mamat tu mendapatkan aku, menarik rambut dan mencekik leher aku. Kepala terasa berdengung, mungkin sebab kesan kena penumbuk.
Dah macam ni pun hang kerek lagi Tanya dia.
PTUIHHH!!!
Aku ludah ke mukanya, tepat di mata. Mukanya kelihatan terkejut, sangat terkejut dan nampak bodoh. Nampak lebih bodoh berbanding ketika dia memotong barisan tadi. Belum sempat dia nak menghayunkan satu lagi penumbuk, aku menghantukkan kepala ke hidungnya. Dia menggelupur, darah merah pekat keluar mengalir laju daripada hidungnya. Baju kemeja putihnya kini dah dipenuhi dengan darah merah. Aku berjalan perlahan ke arahnya sambil tangan mencapai sesuatu. Lagi sekali dia tak sempat melakukan apa-apa, aku menghayunkan tangan tepat ke mukanya. Nasibnya lebih malang, sebab sesuatu yang aku capai tu adalah jug minuman. Jug pecah, serpihan kaca bertaburan di kawasan sekitar dan dapat dilihat dengan jelas, salah satu serpihan tersebut terkena matanya.
Mamat bodoh tu kini sedang terbaring, meraung sekuat-kuat hati. Hang nak aku tolong hang ke Kata aku yang ketika tu sedang berdiri di sisinya, melihat dia meraung kesakitan.
Tolong bro, tolong... sakit ni. Rayu dia.
Jap, hang tunggu sini. Aku kembali dengan garfu di tangan lantas mengorek matanya yang terkena kaca tu. Raungannya semakin kuat kedengaran. Orang di sekeliling hanya memerhatikan apa yang terjadi, tak ada seorang pun yang cuba memberhentikan pergaduhan tersebut kerana mereka sedang beratur untuk mendapatkan Nasi Ganja Ayam Panas dan yang lain-lain sedang makan dengan lahap. Barisan dah semakin pendek dan Dino dah mengambil alih tempat yang aku tinggalkan tadi. Ceh, mana boleh jadi, Dino ambil tempat aku. Biji mata mamat bodoh yang aku korek tu kini di tangan, aku letakkannya di lantai--aku pijak biji matanya. Berkecai. Aku bangun, mengusap kepala mamat tu sambil membetulkan baju aku yang dah berkedut, aku melangkah kembali masuk ke barisan.
Kena beratur, tak boleh potong line.